Wednesday, December 10, 2014

Kisah nakhoda kapal dan penumpang..


*Sebuah kapal yang dalam pelayaran berhenti di satu  pulau.Kemudian Nakhoda kapal berkenaan memberitahu kepada semua penumpang bahawa tujuan kapal berhenti adalah untuk semua penumpang mencari bekalan sebanyak mungkin kerana mungkin ini adalah persinggahan terakhir.Kerana selepas ini mereka akan meneruskan pelayaran yang jauh..Nakhoda memberitahu apabila cukup waktu yang diberikan mereka perlu segera naik ke dalam kapal..

*Nakhoda kapal melepaskan kumpulan yang pertama.Apabila mereka turun ke pulau berkenaan,mereka terpegun melihat kecantikan pulau dan penduduknya.Mereka hanya berseronok sehingga lupa untuk mengutip bekalan untuk dibawa balik sehingga dipanggil oleh nakhoda kapal tersebut.Apabila ditanya apa yang mereka ambil sbg bekalan,mereka menjawab tiada apa-apa..

*Dilepaskan pula kumpulan kedua.Keadaan mereka sama seperti kumpulan pertama,tetapi mujur ketika masa mencari bekalan hampir tamat,mereka baru teringat dan segera mengambil bekalan yang sempat mereka capai untuk dibawa balik.

*Akhir sekali dilepaskan kumpulan ketiga.Apabila turun sahaja ke pulau berkenaan,mereka mengambil bekalan sebanyak-banyak yang boleh sbg bekalan didalam pelayaran yang seterusnya.

*Kisah ini digambarkan oleh Imam Al Ghazali bahawa manusia terbahagi kepada 3golongan.
1)digambarkan kepada orang kafir yang hanya tahu berseronok dan berfoya foya didunia.Tidak terfikir oleh mereka tentang hari akhirat dan mereka langsung tiada bekalan untuk dibawa bertemu Allah..

2)Golongan yang kedua digambarkan oleh Imam Al Ghazali sbg umat Islam yang pada mulanya hanya berseronok dan mengejar dunia sahaja pada awalnya,tetapi mujur diakhir hayat mereka baru tersedar dan baru nak mengingat Allah.Mereka menyesal dan bertaubat kepada Allah.Golongan ini dikira bernasib baik ..

3)Golongan ini digambarkan kepada Tabiin dan Alim Ulama yang hidup mereka diabadikan hanya kepada Allah..sibuk mencari bekalan untuk bertemu Allah sehingga akhir hayat mereka.

Semoga kisah ini bermanfaat untuk kita semua..Walllahualam..

Monday, December 8, 2014

Pesanan Habib

"Tidak seseorang itu dia memperlekehkan daripada solat berjemaah dan merasa kecil daripada berjemaah itu.Sama ada dia itu adalah orang yang bodoh yang mana terserlah kebodohannya ataupun munafik yang menyerlahkan kemunafikkannya.

Oleh kerana itu hendaklah kita sentiasa melaksanakan solat berjemaah.Barangsiapa yang mana dianya solat berjemaah dan tidak meninggalkan daripada takbiratul ihram dibelakang imam selama 40 HARI maka akan diberikan kepadanya DUA PERKARA iaitu

1)Pembebasan daripada Api Neraka
2)Pembebasan daripada sifat kemunafikkan.

Tapi semua ibadah itu hendaklah diiringi dengan baik pergaulan kita sesama makhluk.Secara ringkasnya kita kena faham.Sesungguhnya Allah tidak akan terima ibadah kita sekiranya kita tidak berbuat baik kepada hamba-hambaNya.

Ibadah yang diiringi dengan sifat takabbur tidak ada faedahnya,tidak diterima oleh Allah.Ibadah yang ada pada seseorang itu yang memperkecilkan kepada seseorang muslim yang lain maka tidak ada nilai.

Ini dibuktikan dengan sabda Nabi ﷺ yang mengatakan 3 orang yang mana solatnya itu tidak akan lepasi daripada kepalanya walaupun sejengkal iaitu

1)Orang yang mana adalah orang yang dibenci di dalam kaumnya.
2)Perempuan yang tidur sedangkan suaminya itu marah dan murka kepadanya.
3)Dua orang yang bersaudara yang saling bermusuhan.

Mereka itu solat tapi tiada faedah solatnya.Kalau solat itu yang merupakan asas di dalam agama tidak diterima maka tidak ada gunanya dengan ibadah yang lainnya seperti puasa,zakat dan sebagainya.

#MutiaraKata[AL-HABIB ALI ABU BAKR IBNI SYEIKH ABU BAKR SALIM diterjemahkan oleh AL-HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL-KHERED]

KENALI SIAPAKAH GOLONGON AHLU SUNNAH WAL JAMAAH??


"Baginda Rasulullah ﷺ menyebutkan di dalam hadis nanti di akhir zaman orang-orang yahudi berpecah kepada 71 golongan dan orang-orang nasrani berpecah kepada 72 golongan.Kemudian Nabi ﷺ mengingatkan nanti ummatku berpecah kepada 73 golongan.Semuanya masuk ke dalam neraka melainkan hanya 1 golongan sahaja.

Lalu Para Sahabat bertanya siapakah Ya Rasulullah golongan yang selamat itu?Maka Nabi ﷺ menyebutkan itulah Ahlu Sunnah Wal Jamaah.Di dalam riwayat yang lain Nabi ﷺ menyebutkan iaitu aku dan sahabatku berada di JalanNya".Sebab itu Para Ulama membahaskan siapakah dia golongan Ahlu Sunnah Wal Jamaah ini?

Maka Al-Imam Al-Sayyid Syeikh Murtadha Al-Zabidi menyebutkan di dalam kitabnya "Ithaf Sadat Al-Muttaqin bi Syarhi Asrar Ihya Ulumiddin".Beliau menyebutkan apa yang disebutkan oleh Para Alim Ulama.Apabila disebutkan Ahlu Sunnah Wal Jamaah ini merujuk kepada pengikut-pengikut Al-Imam Abu Hasan Al-Asyaari dan Al-Imam Abu Mansur Al-Maturidi.

Alhamdullilah kita di Malaysia secara umumnya kita mengaji aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah mengikut 2 aliran ini(Al-Imam Abu Hasan Al-Asyaari dan Al-Imam Abu Mansur Al-Maturidi).Ini penting sebab apa?

Kalau aqidah kita salah walaupun feqh kita betul walaupun akhlak kita bagus.Kalau aqidah kita tidak benar ini akan menyebabkan amalan kita tidak sah di sisi Allah  سبحانه وتعالى.

Sebab itu Al-Imam Al-Ghazali menyebutkan tidak sah sesuatu ibadah itu melainkan kenal siapa yang dia ibadahkan.Allah  سبحانه وتعالى mesti kita kenal kerana itulah aqidah yang benar,feqh yang benar,tasawwuf yang benar.Semuanya datang daripada 2 sumber iaitu Al-Quran dan hadis Nabi ﷺ. 
 
 Panduan kita dalam aqidah,ibadah dan tasawwuf ini adalah Ulama sebab Ulama itu adalah pewaris Para Nabi.Sebab itu kita dalam kehidupan beraqidah,berfeqh,berakhlak hendaklah kita mengikut panduan Ulama.

Jangan hanya kita merujuk kepada INTERNET semata-mata ataupun BUKU semata-mata ataupun GOOGLE semata-mata.Silakan sahaja untuk bertanya kepada Tuan Haji Google dan Ustaz Yahoo.Tetapi talaqqi,ilmu yang benar/sahih itu diambil daripada Ulama yang benar(Berguru).

Al-Imam Al-Hafiz Abu Bakar Al-Baihaqi menyebutkan tidak diambil ilmu yang benar melainkan daripada Ahli Ulama yang benar.

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ MUHADIR HJ.JOLL AS-SENARIYY]

Friday, December 5, 2014




Wednesday, December 3, 2014

Kita ikut salafi yang sebenar nya

1) imam hanafi lahir:80 hijrah

2) imam maliki lahir: 93 hijrah

3) imam syafie lahir:150 hijrah

4) imam hanbali lahir:164 hijrah

5) imam asy'ari lahir: 240 hijrah

Mereka ini semua ulama Salafus Soleh atau dikenali dengan nama ulama SALAF...Apa itu salaf?

Salaf ialah nama "zaman" iaitu merujuk kepada golongan ulama yang hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad hingga 300 HIJRAH.

1) golongan generasi pertama dari 300 tahun hijrah tu disebut "Sahabat Nabi" kerana mereka pernah bertemu Nabi

2) golongan generasi kedua pula disebut "Tabi'in" iaitu golongan yang pernah bertemu Sahabat nabi tapi tak pernah bertemu Nabi

3) golongan generasi ketiga disebut sebagai "Tabi' tabi'in" iaitu golongan yang tak pernah bertemu nabi dan sahabat tapi bertemu dengan tabi'in.

Jadi Imam Abu hanifah(pengasas mazhab hanafi) merupakan murid Sahabat nabi maka beliau seorang TABI'IN.Imam Malik,Imam Syafie,Imam Hanbali,Imam Asy'ari pula berguru dengan tabi'in maka mereka adalah golongan TABI' TABI'IN.

Jadi kesemua imam-imam yang mulia ini merupakan golongan SALAF YANG SEBENAR dan pengikut mazhab mereka lah yang paling layak digelar sebagai "Salafi" kerana "salafi" bermaksud "pengikut golongan SALAF".

Jadi beruntung lah kita di Malaysia yang masih berpegang kepada mazhab Syafie yang merupakan mazhab SALAF yang SEBENAR dan tidak lari dari kefahaman NABI DAN SAHABAT...

Rujukan Wahhabi pulak:

1) Ibnu taimiyyah lahir: 661 Hijrah (lahir 361 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

2) Albani lahir: 1333 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah atau 1999 Masihi,lahir 1033 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

3) Muhammad abd wahhab(pengasas gerakan Wahhabi): 1115 Hijrah(lahir 815 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

4) Bin baz lahir: 1330 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah atau 1999 Masihi,sama dengan albani,lahir 1030 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

5) Ustaimin lahir: 1928 Masihi(mati tahun 2001,lebih kurang 12 tahun lepas dia mati,lahir entah berapa ribu tahun selepas zaman SALAF.

Mereka ini semua hidup di AKHIR ZAMAN kecuali ibnu taimiyyah yang hidup di pertengahan zaman antara zaman salaf dan zaman dajjal(akhir zaman)...                   


tak de sorang pun imam rujukan mereka yang mereka taksub buta hidup di zaman SALAF....

Mereka ini semua TERAMAT LAH JAUH DARI ZAMAN SALAF tapi SANGAT-SANGAT ANEH apabila puak-puak Wahhabi menggelarkan diri sebagai "Salafi" (pengikut golongan Salaf).

Sedangkan rujukan mereka 

semuanya mer
upakan manusia-manusia yang hidup di AKHIR ZAMAN?Jadi kamu faham tak permainan mereka? 

fikir2kanlah&renung2kanlah
sebarkan kepada saudara2 kita yg lain ASWJ.

Thursday, November 20, 2014

Umur yang Di berkati

"Disebutkan di dalam hadis perpecahan ummat Nabi Muhammad ﷺ yang terbahagi kepada 73 golongan/kelompok.Semuanya itu akan masuk neraka kecuali satu.Sahabat bertanya "Siapakah golongan yang selamat itu Ya Rasulullah."Nabi kita menjawab."Golongan yang selamat nanti di hari kiamat itu adalah berpegang teguh dengan cara kehidupanku dan juga para sahabat-sahabatku.Sebagaimana aku dan jug para sahabat-sahabatku.

Jadi perlu didahulu peluang umur dan kesempatan yang Allah bagikan kepada kita ianya sekali dalam seumur hidup.Yang pada waktu kalau kita sudah salah memilih jalan maka kita tidak ada peluang kedua,ketiga dan keempat.

Sebabnya bagaimanapun putaran daripada waktu dan peredaran daripada roda(dunia) ini tidak pernah mundur kebelakang.Dari hari ke hari kita semakin tua semakin dewasa.Kalau dahulu masih anak-anak sekarang sudah dewasa.

Kalau dahulu janggut masih hitam sekarang sudah mulai putih,uban sudah bertaburan di sana sini.Pandangan sudah mulai kabur,gigi sudah banyak yang gugur,cara berjalan juga kadang-kadang maju mundur.

Itu membuktikan yang kita sudah dekat dengan kubur.Jadi kalau begitu sangat mustahak dengan kita mengambil masa,mengambil waktu,mengambil peluang untuk kita mengkaji dan juga untuk kita mempelajari akan jangan sampai kita salah pilih jalan.

Jangan sampai kalau waktu kita menyesal yang pada saat itu penyesalan sudah tidak ada maknannya.Sudah tidak ada ertinya.



Kalau rugi masih ada cara tertentu.Mungkin kita punya peluang yang banyak,bagaimana untuk bisnes yang selanjutnya dengan modal yang berikutnya,dengan usaha yang akan datang.Dengan itu kita akan dapat keuntungan yang lebih banyak.

Tapi kalau kesalahan kita bukan dalam masalah keuntungan,bukan dalam masalah bisnes,bukan dalam masalah hidup.Ketika kesalahan kita dalam memahami dalam menganuti ideologi-ideologi hidup atau akidah atau prinsip hidup.

Ini kalau waktu kita tersalah yang pada saat manusia itu akan sedarkan nanti dengan kematian.Peluang untuk kembali ke dunia itu tidak akan ada.

Maka untuk kita memastikan sebagaimana akhlakku,akidahku,pemikiranku,pengorbananku,perjuanganku,ubudiahku,pengabdianku,cara kehidupan daripada Baginda dapat kita kesan dan dapat kita pelajari.

Tidak ada satu pun yang lepas daripada tatapan Para Sahabat dan tidak ada satu pun yang lepas daripada pengamatan dan catatan daripada salafus soleh secara Nabi kita diangkat sebagai Nabi dan Rasul sampai Nabi kita wafat.

Apa yang kita nak tanyakan pasal hal ehwal Baginda Nabi,akhlak beliau,pergaulan beliau,pakaian beliau,cara makan beliau dan bermacam-macam lagi.Itu semuanya tercatit dan tercatat secara terperinci tidak ada satu pun yang terluput dan yang lemah daripada tatapan Para Sahabat.Mungkin hanya sebahagian kecil.

Dalam segala aspek kehidupan dan dalam segala akhlak kenabian dan kerasulan ternyata sau per sau dibawah tatapan dan pengamatan Para Sahabat.



Jadi makanya dengan kita secara pasti Islam yang sampai kepada kita,ideologi yany sampai kepada kita,akidah yang sampai kepada kita,fahaman yang sampai kepada kita.Itu bukan pengamatan daripada 3,4,5,6 orang manusia tetapi ini pengamatan yang tidak terhitung ramainya.

Maka jangan sesiapa yang komen tentang sahabat Nabi,sesiapa yang salah menyalahkan tentang sahabat,seseorang yang berpandang negatif kepada mereka.Justeru,dia yang akan binasa.

Kenapa?Sebab Allah Sang Pencipta Manusia Pencipta Makhluk dan Semesta Alam telaj menyatakan dan menjelaskan tentang kedudukan Para Sahabat Baginda Nabi kita itu seperti apa.

Allah telah redha dengan mereka dan mereka juga telah redha dengan Allah ﷻ dan mereka juga telah mendapat jaminan syurga daripada Allah  ﷻ dan juga Rasulullah ﷺ.

Kata Tuan Guru Syeikh kalau nak bahas mengenai hadis ini mengambil terlalu banyak masa kerana dilihat daripada pelbagai sudut lagi.Tetapi kesimpulan yang dapat dibuat adalah kalau kita nak selamat termasuk dalam golongan yang tidak dimasukkan ke dalam neraka adalah tetap berpegang teguh dengan ASWJ.

Ikut apa yang Rasulullah ﷺ ajarkan dan tinggalkan dan disambung dengan Para sahabat sehingga ke hari ini yang mana ianya tidak akan sesekali putus dengan rantaian sanad ilmu yang telah dibawa oleh Para Ulama kita InshaAllah kita akan selamat dunia dan akhirat hendaknya.

Jangan sesekali terpengaruh dengan ideologi-ideologi,fahaman-fahaman yang kafir mengkafirkan orang lain,menyebarkan fitnah sana sini tanpa menyelidik mengetahui hujung pangkal sesuatu itu.Adakah benar ataupun tidak.Mengatakan ini tak boleh itu tak boleh,membidaahkan sesuatu amalan kebaikan sehingga berlakunya perpecahan sesama ummat Islam sendiri.

Ingatlah yang hak itu hak dan yang batil itu batil.Jangan sesekali memandang negatif akan apa yang ada di dalam Islam termasuk kedudukan Para Sahabat Baginda Nabi ﷺ.
 
#MutiaraKata[TUAN GURU SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI]

Monday, November 17, 2014

Berzikir lah

Allah  سبحانه وتعالى  akan mengangkat darjat mereka yakni orang-orang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan asyik dan penuh kecintaan kepadaNya.

Rasulullah ﷺ mengatakan sekiranya kamu sentiasa sibuk berzikir nescaya Para Malaikat akan berjabat tangan dengan kamu ketika kamu berjalan dan ketika kamu tidur.

Dalam hadis yang lain Rasulullah ﷺ menyebutkan perumpamaan antara orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir itu umpama orang yang hidup dengan orang yang mati.

Orang yang sentiasa membasahkan lidahnya,memanfaatkan waktunya untuk mengingati Allah dengan zikirullah maka sudah pasti hatinya akan hidup memperolehi ketenangan,kenikmatan kepada Allah سبحانه وتعالى.Manakala orang-orang yang lalai tidak membasahkan nikmat kurniaan lidahnya itu untuk berzikir mengingati Allah maka hatinya akan menjadi mati,keras sepertimana orang yang tidak mempunyai nyawa.

Salman Al-Farisi Radhiyallahu'Anhu mengatakan apabila seseorang hamba mengingati Allah  سبحانه وتعالى dalam keadaan senang,kelapangan,kemewahan.

Kemudian apabila dia mengalami penderitaan dan kesusahan maka Para Malaikat akan berkata kepada Allah bahawasanya suara hambaMu yang daif dalam kesusahan itu biasa didengar lalu mereka memohon bantuan daripada Allah  سبحانه وتعالى 
untuknya.

Akan tetapi,sekiranya seseorang itu lalai dan tidak mengingati Allah maka Para Malaikat akan berkata kepada Allah  سبحانه وتعالى bahawa kami tidak biasa mendengar suara itu.

Dan ingatlah syurga itu mempunyai 8 pintu.Salah satu daripada pintu itu adalah khas bagi orang-orang berzikir kepada Allah  سبحانه وتعالى.