Monday, February 27, 2017

FADHILAT DAN KHASIAT SURAH AL MULK



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.


Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 


Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.


Kandungan Surah Al Mulk


Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.


Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.


Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.


Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.


Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.


Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”


Kelebihan Surah Al Mulk


Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.


“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”


Di antara kelebihan Surah ini ialah:


1. Surah ini akan menjadi penyelamat.


2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.


3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).


4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).


5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.


Fadhilat Dari Hadis


Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:


1. Mendapat Syafaat


Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”

Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 

Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”


2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur


Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.


Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.


Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.” 

Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” 

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”. 

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 

Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)


3. Hati Beriman


Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”


4.  Mendapat Keistimewaan


Saiyidina ‘Ali berkata: “Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.” 

Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.” 


Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk


Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:


1.  Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk


أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ ﴿١٤


Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!


1. Dipandang hebat dan berwibawa.


2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.


3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.


4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.


5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.


6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.


7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:


a. Solat hajat.


b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.


c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.


2.  Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk


قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ ﴿٢٣


Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.


Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.


Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.


Wallahua’lam bish showab

Thursday, January 26, 2017

Sekadar Perkongsian Bersama.. Surah Yaasin



Pengertian Setiap Ayat :
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. 

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. 
Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. 
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. 

Ayat 77 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" 

Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Ayat 80 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan 👍
Sila kongsikan, semoga kita sama2 dpt manfaat..😃

Tuesday, January 24, 2017

TIPS BACAAN AL-QURAN



Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysini
هذه #وصايا_أثناء_القراءة كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله .. 
Terjemahan oleh: BroSyarief

١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك .
1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca),

بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد
Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.

٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، .
2. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat,

وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن
dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan mintalah agar diterima ganjaran kelebihan membaca al-Quran.

٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخفظاً فتملوتنعس ، 
3. Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau sesak dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk.

ولتكن سرعتك وسطاً لا سريعة فتهذ ولا بطيئةً فتسئم .Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau sendiri resah.

٤- للقرآن هيبة ووقار ، 
4. Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan.

ومن عظم القرآن في قلبه عظم الله مكانته بين الناس ، Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia.

فلا تقطع قراءتك بالكلام مع فلان وفلان
Maka jangan engkau putuskan bacaanmu dengan perbualan bersama orang lain.

٥- كان السلف إذا شرع أحدهم في قراءة سورةٍ لا يقطعها حتى يتمالسورة ،
5. Generasi salaf dahulu apabila mereka menetapkan untuk membaca satu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga sempurna bacaan satu surah tersebut.

وهذا من الأدب مع كلام الله ، والبعض يقطع الآيات !
Ini adalah di antara adab dengan kalam Allah. Membaca sebahagian itu memutuskan ayat.

٦- إذا بدأت قراءتك فلا تلتفت لأحد 
6. Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kepada sesiapapun.

وإذا أراد أحدهم الحديث معك فأشر بيدك له معتذراً ، 
Jika seseorang ingin berbicara denganmu, berikan isyarat dengan tanganmu meminta maaf.

وهذا من تعظيمك لكتاب الله
Ini merupakan sikap memuliakan kitab Allah.

٧- إن كنت ولا بد قاطعاً تلاوتك لحديثك لأحدهم ، فلا تجبه فورحديثه 
7. Jika engkau perlu untuk menghentikan bacaanmu untuk berbicara dengan seseorang (yang mengajakmu berbicara), jangan terus (berhenti untuk) menjawabnya.

بل لينتظرك حتى تقف على رأس الآية في موقف مناسب .
Malah hendaklah dia menunggu sehingga engkau berhenti di hujung ayat, pada tempat berhenti yang sesuai.

٨- يجب عليك تحريك لسانك أثناء القراءة ، .
8. Hendaklah engkau menggerakkan lidahmu ketika membaca al-Quran,

أما قراءة العين فهي لا تجزئ ولا تعبر قارئاً 
adapun bacaan dengan mata sahaja, tiada ganjaran dan tidak dianggap sebagai membaca.

هكذا أفتى العلامة بن باز رحمه الله
Ini sebagaimana yang difatwakan oleh Ibn Baz rahimahulLah.

٩- من عدم احترامك لكلام ربك أن تقرأ آيات يسيرة ثم تتابع تويتروتليجرام و..و..و ثم تعود ، ثم تتصفح وهكذا !
9. Di antara tanda hilangnya rasa hormat kepada kalam Tuhanmu, ialah apabila engkau baru membaca sedikit ayat-ayat al-Quran, kemudian engkau sambung pula dengan melihat Twitter, Telegram, dan ini, dan itu, kemudian sambung, kemudian semak lagi, dan seterusnya.

١٠- أنصحك أن تذهب لمسجد بعيد لا معارف لك به 
10. Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yang jauh, yang engkau tidak biasa dengannya;

وأن تذهب الأخت لغرفة منعزلة ، .
Dan bagi wanita, agar pergi ke sebarang bilik atau ruangan yang terasingkan.

لتخلوا بكتاب ربك فتذوق حلاوته وتتدبر آياته
Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayatNya.

١١-مهمة:

شر جليس لك في قراءتك هاتفك !
11. (PENTING!!) Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca al-Quran, ialah 'handphone'mu.

فأنصحك أن تتركه في المنزل أو السيارة 
Maka, aku menasihatkanmu, agar engkau meninggalkan ia di rumah atau di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat)

وتذهب للقراءة وحدك حتى لا يدخل منه الشيطان 
Dan engkau pergi membaca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya (yakni: telefon itu)

١٢- أثناء قراءتك ستمر عليك آيات رحمة ووعيد
12. Semasa engkau membaca, engkau akan melalui ayat-ayat tentang rahmat dan ancaman.

قف .. عند بعضها
Berhentilah.. pada sebahagian dari ayat-ayat tersebut.

وارفع يديك واسأل الله من فضله
Angkatlah kedua tanganmu dan mintalah kepada Allah dari kelebihanNya.

فلها أثر على القلب كبير .
Baginya, terdapat kesan kepada hati yang sangat besar.

١٣- إن كنت بطيئ القراءة أو لا تحسنها
13. Jika engkau (menghadapi masalah) perlahan membaca al-Quran atau engkau tak mampu membaca dengan baik,

فأعلم أن أجرك مضاعف فلك الأجر مرتين .
Ketahuilah bahawa ganjaran pahala engkau digandakan. Maka, bagi engkau, ganjaran pahala sebanyak dua kali (1 kerana membaca, 1 kerana usaha dalam susah)

وأوصيك بتحميل القرآن صوتياً بهاتفك وتابعه .
Dan aku pesan kepada engkau supaya muat turun rakaman bacaan al-Quran di dalam handphone dan (belajar membaca dengan) ikuti (rakaman bacaan) itu.

١٤- ختم قراءتك على أواخر السور أكمل وأفضل من ختمها على أواخر الأجزاء .
14. Habiskan bacaan engkau pada penghujung surah adalah lebih sempurna dan lebih baik dari menghabiskan di penghujung juz-juz.

-ابن عمر إذا شرع في سورة لا يقف حتى يختمها .
Ibn 'Umar dahulu, jika membaca pada satu-satu surah, dia tak akan berhenti sehinggalah dia menghabiskannya.

١٥-لا يشغلنك قطع الأجزاء عن التدبر ومما يساعدك عليه تكرار الآية مرتين وثلاث وعشر حتى يلين لها قلبك ، 
15. Jangan engkau sibukkan (fokus) untuk menghabiskan juz-juz, daripada (yang sepatutnya, iaitu fokus) kepada tadabbur dan apa-apa yang sebenarnya membantu engkau untuk mengulang-ulang sesuatu ayat sama ada 2 kali dan 3 kali dan 10 kali, sehinggalah hatimu menjadi lembut kerana ayat itu.

تقبل الله منا ومنك .
Semoga Allah menerima (usaha ini) dari kami dan dari engkau.

i Generasi Pertama Ma'had Darul Musthofa,

Berikut ini Generasi Pertama Ma'had Darul Musthofa, Hadhromaut, Yaman, asuhan Guru Mulia Adda'i ilallah Al 'Alim Al 'Allamah Al Musnid Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz yang terpilih dari seluruh penjuru tanah air pada tahun 1993

1. Ustadz Muhammad al-Baiti (Sumenep),
2. Al-Habib Muhammad Haikal Khanamen (Jakarta),
3. Al-Habib Soleh al-Jufri (Solo),
4. Al-Habib Mahdi bin Muhammad al-Hiyed (Tegal),
5. Ustadz Munthohhar Ridho (Pontianak),
6. Ustadz Ahmad Idris (Palembang),
7. Ustadz Hamzah (Bekasi),
8. Ustadz Ridhwan al-Amri (Puncak, Bogor),
9. Ustadz Nurhadi (Pasuruan),
10.  Ustadz Mufti (Pasuruan),
11.  Ustadz Azmi at-Tamimi (Pontianak),
12.  Ustadz Ubaidillah (Jakarta),
13.  Ustadz Yahya Rosyad (Purwodadi),
14.  Ustadz Salim Nur (Malang),
15.  Ustadz Ibrahim at-Tamimi (Pontianak),
16.  Ustadz Junaidi (Pontianak),
17.  Al-Habib Shadiq Hasan Baharun (Sumenep),
18.  Al-Habib Quraisy Baharun (Kuningan),
19.  Al-Habib Abdul Bari bin Smith (Manado),
20.  Al-Habib Ja’far Bagir al-Attas (Jakarta),
21.  Al-Habib Hasan al-Muhdhor (Samarinda),
22.  Al-Habib Hasan bin Ismail al-Muhdhor (Purbalingga),
23.  Al-Habib Hadi al-Aydrus (pasuruan),
24.  Al-Habib Jindan bin Novel bin Jindan (Jakarta),
25.  Al-Habib Sholeh bin Abdullah Al-Kaff (Jatibarang Brebes)
26.  Al-Habib Abdullah bin Hasan al-Haddad (Tegal),
27.  Al-Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid (Jember),
28.  Al-Habib Haidar al-Hinduan (Situbondo),
29.  Al-Habib Anis bin Husin al-Attas (Pekalongan),
30.  Al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawwa (Jakarta),

Friday, November 11, 2016

Barnabas

Subhân'Allâh! Inilah *Injil Asli* yang Menggemparkan Dunia. 12 Tahun dirahasiakan. Menjelaskan Nabi Isa AS tidak Disalib dan Membenarkan Nabi Muhammad SAW. Mengguncang Vatikan dan Kristen di Seluruh Dunia!!!

_Bismillâhir-Rahmânir- -Rahim_. Belum lama ini, Pemerintah Turki mengumumkan tentang penemuan Kitab Injil Asli, *BARNABAS*, salah seorang diantara murid2 pertama Yesus (Isa al-Masih).
Hal ini tentu saja mengejutkan banyak pihak, terutama fihak Vatikan sendiri. Sebagaimana diberitakan oleh _Daily Mail_, _Basijpress_ dan _National Turk_, bahwa *Injil Barnabas* asli tersebut ditemukan pada tahun 2000 lalu di Turki, namun ditutupi-tutupi oleh Pemerintah Turki selama lebih dari 12 tahun dan baru sekarang dibeberkan ke publik. Lembaran-lembaran kulit hewan itu ditulis dengan huruf Syriac dengan dialek bahasa Aramia, bahasa yang sama dan lazim digunakan pada masa Yesus, Isa al-Masih.
Pemerintah Turki menyakini bahwa kitab kulit hewan tersebut adalah *Injil Barnabas Asli*. Hal yang menarik dari Kitab Injil Barnabas Asli asal Turki tersebut menyatakan bahwa *YESUS TIDAK PERNAH DISALIB*, dan terdapat ayat-ayat yang menyatakan bahwa Islam adalah agama yang benar serta  pengakuan tentang kehadiran Nabi akhir zaman, yaitu Muhammmad SAW.
Pengakuan itu terdapat pada bab 41 Injil Barnabas yang ditemukan di Turki tersebut. Berikut ini terjemahannya: _”Allah telah menyembunyikan diri-Nya sebagai Malaikat Agung Michael berlari mereka (Adam dan Hawa) dari surga, (dan) ketika Adam berbalik, ia melihat bahwa di atas pintu gerbang ke surga tertulis “La Ela ELA Allah, Muhammad Rasul Allah”_. Kitab yang masih menjadi perdebatan tersebut disebutkan kini disimpan di _Justice Palace_, Ankara, Turki, dengan pengawalan ketat polisi bersenjata lengkap dan keamanan maksimum.
Pihak Iran, lewat _Basij Press_, menyatakan bahwa apa yang tertulis di kitab Barnabas asli tersebut adalah bukti tentang kebenaran Islam, yang walau begitu ditanggapi dengan sinis oleh pelbagai pihak.
Bahkan pihak Kristen, lewat berbagai jamaatnya, menyatakan bahwa Kitab Injil Barnabas tersebut diragukan keasliannya.
Namun begitu pihak Vatikan lebih arif dengan menyatakan telah mengajukan permohonan resmi ke Pemerintah Turki untuk membaca dan menganalisa keaslian kitab kontroversial itu.
Para agamawan menyatakan bahwa jika Alkitab Barnabas tersebut terbukti asli, maka akan mengakibatkan rusaknya kredibilitas Gereja, dan akan menimbulkan revolusi agama Nasrani besar-besaran di seluruh dunia.Tentu saja penemuan ini cukup menarik, sama menariknya dengan penemuan dan fakta sejarah bahwa Benua Amerika pertama kali di temukan oleh para pelaut tangguh Muslim. 
_Wallâhu a’lam bish-shawâb_.
Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah.
_Wabillâhi at-Taufîqu wa'l-Hidayah_!

http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/islam-mancanegara/12/06/05/m530xu-turki-terjemahkan-injil-berusia-1500-tahun

Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita....
Semoga Allah senantiasa memberikan pertolongan kepada kita...amiiin

Thursday, November 3, 2016

Perbanyakkan selawat dengan Selawat Sultan Ghornawi, 1 kali selawat = seratus ribu kali selawat.


لرضاءلله 
ومحبة في رسوله الكريم 
وبين المسلمين
والعافى عن الناس
Selawat Sultan Mahmud Al-Ghaznawi/Gharnawi:
1 kali = 100 ribu kali selawat. 

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلّ وسلّم على سيّدنا محمد 
وَ عَلَى آل سيّدنا محمد 
1) بعدد رحمة الله
Kemudian diulang  bacaan, 
اللهم صلّ وسلّم على سيّدنا محمد 
وَ عَلَى آل سيّدنا محمد
Bagi setiap satu yang berikut.

2)  بِعَدَدِ فضلِ الله  
3)  بِعَدَدِ خَلقِ الله 
4)  بِعَدَدِ مَا فِى عِلمِ الله 
5)  بِعَدَدِ كَلِمَاتِ الله  
6)  بِعَدَدِ كَرَمِ الله  
7)  بِعَدَدِ حُرُوفِ كَلاَمِ الله  
8)  بِعَدَدِ قَطرِ الأمْطَار  
9)  بِعَدَدِ وَرَقِ الأَشجَارِ  
10)بِعَدَدِ رَمْلِ القِفارِ 
11)بِعَدَدِ الحُبُوبِ وَالثِمَارِ  
12)بِعَدَدِ مَا اَظلَم عَلَيهِ اللَّيلُ وَ اَشْرَقَ عَلَيْهِ النَّهَارِ  
13)بِعَدَدِ مَنْ صَلَّى عَلَيْهِ  
14)بِعَدَدِ مَنْ لَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ  
15)بِعَدَدِ اَنْفاسِ الْخَلا ئِقِ  
16)بِعَدَدِ نُجُوْمِ السَّموَاتِ  
17)بِعَدَدِ كُلِّ شَيْئٍ فِى الدُّنْيَا وَ الآخِرَةِ
 
Kemudian terus disambung, 

وَصَلَوَاتُ اللهِ تَعَالى وَ مَلاَئِكَتِهِ وَأنْبِيَائِهِ وَرُسُلِهِ وجَمِيْعِ خَلْقِهِ عَلى 
سَيِّدِالْمُرْسَلِيْن وَإمَامِ المُتَّقِيْنَ 
وَقَائِدِ الغُرِّ الْمُحَجَّلِيْنَ وَشَفِيْعِ 
الْمُذنِبِيْنَ سَييِّدِ نَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِهِ وَأصْحَابِهِ وَأزْوَاجِهِ وَ ذ ُ رِّيَّتِهِ وَ أهْلِ بَيْتِهِ وَالاَئِمَّةِ الْمَاضِيْنَ وَالْمَشَايِخ الْمُتَقَدِّمِيْنَ وَالشُّهَداءِ وَالصَّالِحِيْنَ وَأهْلِ طَاعَتِكَ أجْمَعِيْنَ مِنْ أهْلِ السَّموَاتِ وَالأرَضِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَيَاأكْرَمَالأكْرَمِيْنَ 
وَالْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن 

Kesemuanya 18 kali sebutan selawat tetapi nilainya sama seperti 100,000 kali selawat. 

 Selawat ini berasal dari mimpi seorang sultan bernama Mahmud Al Ghaznawi atau Al Ghornawi. 

Sepanjang hidupnya beliau selalu menyibukkan dirinya dengan membaca selawat kepada nabi Muhammad SAW. Setiap kali selesai solat subuh, dia membaca selawat sebanyak 300, 000 kali. Oleh kerana membaca selawat yang banyak itu, dia tidak sempat memberi tumpuan kepada berbagai tugas negara dan berbagai macam permintaan rakyatnya yang bergantung padanya. Sehingga bila pagi tiba, sudah banyak rakyatnya yang berkumpul di istana menunggunya untuk mengadukan persoalan masing-masing.

Namun beliau tidak keluar dari kamarnya, selagi belum menyelesaikan wirid selawatnya. Setelah kejadian ini berlalu agak lama, pada suatu malam beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW.

Di dalam mimpinya, Rasulullah SAW bertanya, "Mengapa kamu berlama-lama di dalam kamar? Sedangkan rakyatmu selalu menunggu kehadiranmu untuk mengadukan berbagai persoalan mereka." 
Raja menjawab, "Saya duduk berlama-lama begitu, tak lain karena saya membaca selawat kepadamu sebanyak 300,000 kali, dan saya berjanji tidak akan keluar kamar sebelum bacaan selawat saya selesai."
Rasulullah SAW lalu berkata, "Kalau begitu, kesihan orang-orang yang mempunyai keperluan dan orang-orang lemah yang memerlukan perhatianmu. Sekarang aku akan ajarkan kepadamu selawat yang apabila kamu bacanya sekali sahaja, maka nilai pahalanya sama dengan bacaan 100,000 kali selawat. Jadi kalau kamu baca tiga kali, pahalanya sama dengan 300,000 kali selawat yang kamu baca." 
Rasulullah SAW lalu membacakan lafaz selawat itu yang kemudiannya dikenali dengan nama Selawat Sultan.

Sultan Mahmud mengikuti ajaran Rasulullah SAW tersebut, dan membaca selawat itu sebanyak tiga kali sehari. Dengan demikian, beliau dapat selesaikan wirid selawatnya serta mempunyai masa untuk urusan negara yang dapat dijalankannya dengan sempurna.

Setelah beberapa waktu mengamalkan selawat itu, dia kembali bermimpi bertemu Rasulullah SAW yang bertanya kepadanya, "Apa yang kamu lakukan, sehingga malaikat kepenatan menulis pahala amalmu?" 
Raja menjawab, "Saya tidak mengamalkan apa-apa, kecuali selawat yang tuan ajarkan kepada saya itu." 

(Dipetik dari Kitab Al Qirthos Fi Manaqib Al Attas oleh Al Habib Ali bin Hasan Al Attas)

Tuesday, November 1, 2016

4 TANDA HIDUP TAK BERKAT
Kita mungkin tak sedar bahawa hidup kita ini sebenarnya tidak berkat.
Bagaimana kita mahu tahu jika hidup kita ini berkat atau tidak?
Diantara tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:
1. Duit banyak, tapi cepat habis.
Tak tau duit pergi mana.
Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup je, tak pernah yang cukup.
Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia.
Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah.
Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja tapi tak siap-siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya.
Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya.
Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu yang tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang lain pandai, tapi diri sendiri pun tunggang langgang.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.
Leka main facebook, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan.
Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir dan wirid entah ke mana, Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri.
Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan hidup?
-Ustaz Ahmad Nasir-