Received ijazah from Kiay Ahmad Jamhuri at Surau At Taufiqiyyah, Kajang on 7th Feb 2012
untuk keluarga yang di kasihi agar blog ini dapat menemani kalian dalam mengharungi liku liku hidup yang kian di penuhi dengan unsur fitnah lagi merosakan. Kandungan paparan ini adalah berilhamkan dari tausiyah Tuan Guru yang di kasihi dari pengajian beliau dan juga dari para para masheikh yang telah berkongsi ilmu dan pendapat mereka dalam ceramah dan kitab kitab mereka . Semoga kita mendapat iktibar dari nya dengan penuh tawadduk dan keinsafan, AMEEN
Wednesday, February 8, 2012
Niat Pernikahan
"Aku niat dalam pernikahan dan perkahwinan ini kerana cinta kepada ALLAH Ta'ala serta berusaha meramaikan anak untuk mengekalkan mahkluk manusia di muka bumi Allah Ta'ala dan niat cinta pada Rasullulah s.a.w. serta memperbanyakan kebanggaannya, sebagaimana sabda Baginda s.a.w." Barangsiapa kamu serta perbankyakan keturunan kerana sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya kamu daripada umat yang terdahulu"
" Aku berniat berkahwin dan apa sahaja yang berkaitan dengannya dari perkataan dan perbuatan agar mendapat barakat daripada doa anak yang solih dan meminta syafaat dari anak yang mati kecil jika anak itu mati sebelumku. Aku niat berkahwin ini agar terhidnar dari godaan syaitan, memecahkan keinginan yang sangat kuat, menghindarkan malapetaka yang menimpa, memejam mata dari segala hal yang di haramkan oleh ALLAH Ta'ala serta gangguan was was dan aku berniat juga menjaga kemaluanku dari perbuatan yang di keji"
"Aku niat berkahwin ini untuk menenangkan diri dengan memgembirakan pasangan (suami/isteri) di dalam pergaulan dengannya memandang dan juga cumbuan cumbuan dengan nya, aku berniat juga untuk menyenangkan hati dan menambahkan ketaqwaan dalam ibadah, juga berniat mententeramkan hati ketaqwaan dalam ibadah, juga berniat mententeramkan hati dari perkara yang berkait dengan dapur, dari memasak, mengemas, menyapu, menghamparkan tikar, membasuh punggin mangkuk serta menyediakan keperluan kehidupan. aku beniat bernikah juga untuk melawan hawa nafsu dan melatihkan nya dengan penjagaan, pengawasan supaya dapat melaksanakan kewajipan keluarga, sabar rerhadap tingkah laku, sabar dan menahan diri dari gangguan mereka berusuaha mencari rezeki yang halal untuk keluarga serta berniat melaksanakan perintah Allah ta'ala dalam mendidik anak serta meminta kekuatan dan penjagaan dari NYA dan memohon taufiq NYA dan penyerahan diri kepada hadrat illahi dan aku berniat untuk kesemua yang di sebut tadi kerana ALLAH ta'ala. Aku berniat juga seperti ini dan juga selainny adari perbuatan dan perkataan yang aku lakukan dan katakan didalam nikah ini kerana Allah ta'ala serta aku berniat seperti niat orang orang yang salih dan ulama yang mengamalkan ilmunya.
Subscribe to:
Posts (Atom)