Friday, October 31, 2014

Pesanan Baginda

"Baginda Rasulullah ﷺ sentiasa mengajarkan kepada ummatnya agar supaya setiap hari membaca 3 kali
"Radhitu billahi rabba wabil islami deena wabi muhammadin nabiyyaw wa rasulaa"Saya redha Allah sebagai Tuhan.Islam sebagai Ugama dan Nabi Muhammad ﷺ sebagai Nabi dan RasulNya Utusan Allah سبحانه وتعالى

Baginda Nabi ﷺ menyebutkan 3 perkara yang perlu sentiasa kita ingati Allah sebagai Tuhan,Islam sebagai Ugama dan Nabi Muhammad ﷺ sebagai utusan yang dihantar dan diutuskan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada kita.

Adalah perkara yang  ditetapkan oleh Allah menjadi hak utama kepada Allah adalah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukan Allah dengan sesiapa pun juga.Ini adalah orang yang mensyukuri nikmat bertuhankan Allah سبحانه وتعالى.Mengabdikan diri kepada Allah redha kepada Allah.Berserah diri kepada Allah redha kepada Allah.Menerima ketentuan qada dan qadar Allah redha kepada Allah سبحانه وتعالى.

Dan yang kedua yang mempunyai hak kepada kita yang wajib untuk kita bersyukur adalah nikmat Islam yang diberikan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada kita.Barangsiapa yang menuntut dan mencari agama selain daripada Islam maka tidak akan diterima oleh Allah dan dia di hari akhirat termasuk daripada orang-orang yang rugi.

Allah akan berikan dunia kepada sesiapa yang Allah suka dan kepada sesiapa yang Allah tak suka.Allah tidak memberikan AGAMA kecuali kepada seseorang yang disukai oleh Allah سبحانه وتعالى.

Baginda Rasulullah menyebutkan nikmat agama adalah nikmat yang terbesar diberikan oleh Allah kepada seorang hamba yang mana kita diperintahkan setiap hari pagi dan petang untuk mengatakan SAYA REDHA ISLAM SEBAGAI UGAMA agar supaya mengingatkan kepada diri sendiri akan nikmat yang besar itu disebabkan agama ini adalah satu-satunya agama yang dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى untuk diredhai oleh Allah.
 
 Dan Allah menghiasi agama ini dengan sifat pemurah dan juga akhlak dan budi pekerti yang baik.Maka Baginda Rasulullah ﷺ bersabda "Hiasilah agama kamu ini dengan dua perkara iaitu yang pertama pemurah dan yang kedua budi pekerti yang luhur" yang kita tidak dapat mengetahui tanpa kita mendapatkan,mencontohi kepada Nabi Muhammad ﷺ

Disebabkan yang dipilih oleh Allah untuk dijadikan tauladan adalah beliau(Baginda Rasulullah).Sungguh terdapat pada peribadi Rasulullah tauladan yang baik.Kata Allah سبحانه وتعالى dan redha Nabi Muhammad sebagai Nabi dan Rasul utusan Allah سبحانه وتعالى.

3 perkara ini yang mesti kita jaga iaitu.

1)Allah سبحانه وتعالى sebagai Tuhan.

2)Islam sebagai Ugama

3)Nabi Muhammad ﷺ sebagai Nabi dan Rasul yang diutus oleh Allah سبحانه وتعالى.

#MutiaraKata[AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ABU BAKAR AL-HAMID]
maaf send lagi sekali sb yg mula2 td ada termiss point penting***Maaf sgt3

Maka dikatakan barangsiapa yang mengucapkannya 3 kali pagi dan 3 kali petang maka dia berhak untuk diredhai oleh Allah سبحانه وتعالى.