Monday, February 27, 2017

FADHILAT DAN KHASIAT SURAH AL MULK



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.


Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 


Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.


Kandungan Surah Al Mulk


Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.


Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.


Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.


Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.


Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.


Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”


Kelebihan Surah Al Mulk


Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.


“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”


Di antara kelebihan Surah ini ialah:


1. Surah ini akan menjadi penyelamat.


2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.


3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).


4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).


5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.


Fadhilat Dari Hadis


Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:


1. Mendapat Syafaat


Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”

Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 

Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”


2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur


Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.


Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.


Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.” 

Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” 

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”. 

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 

Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)


3. Hati Beriman


Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”


4.  Mendapat Keistimewaan


Saiyidina ‘Ali berkata: “Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.” 

Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.” 


Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk


Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:


1.  Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk


أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ ﴿١٤


Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!


1. Dipandang hebat dan berwibawa.


2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.


3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.


4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.


5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.


6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.


7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:


a. Solat hajat.


b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.


c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.


2.  Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk


قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ ﴿٢٣


Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.


Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.


Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.


Wallahua’lam bish showab

Thursday, January 26, 2017

Sekadar Perkongsian Bersama.. Surah Yaasin



Pengertian Setiap Ayat :
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. 

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. 
Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. 
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. 

Ayat 77 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" 

Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Ayat 80 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan 👍
Sila kongsikan, semoga kita sama2 dpt manfaat..😃

Tuesday, January 24, 2017

TIPS BACAAN AL-QURAN



Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysini
هذه #وصايا_أثناء_القراءة كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله .. 
Terjemahan oleh: BroSyarief

١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك .
1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca),

بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد
Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.

٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، .
2. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat,

وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن
dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan mintalah agar diterima ganjaran kelebihan membaca al-Quran.

٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخفظاً فتملوتنعس ، 
3. Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau sesak dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk.

ولتكن سرعتك وسطاً لا سريعة فتهذ ولا بطيئةً فتسئم .Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau sendiri resah.

٤- للقرآن هيبة ووقار ، 
4. Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan.

ومن عظم القرآن في قلبه عظم الله مكانته بين الناس ، Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia.

فلا تقطع قراءتك بالكلام مع فلان وفلان
Maka jangan engkau putuskan bacaanmu dengan perbualan bersama orang lain.

٥- كان السلف إذا شرع أحدهم في قراءة سورةٍ لا يقطعها حتى يتمالسورة ،
5. Generasi salaf dahulu apabila mereka menetapkan untuk membaca satu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga sempurna bacaan satu surah tersebut.

وهذا من الأدب مع كلام الله ، والبعض يقطع الآيات !
Ini adalah di antara adab dengan kalam Allah. Membaca sebahagian itu memutuskan ayat.

٦- إذا بدأت قراءتك فلا تلتفت لأحد 
6. Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kepada sesiapapun.

وإذا أراد أحدهم الحديث معك فأشر بيدك له معتذراً ، 
Jika seseorang ingin berbicara denganmu, berikan isyarat dengan tanganmu meminta maaf.

وهذا من تعظيمك لكتاب الله
Ini merupakan sikap memuliakan kitab Allah.

٧- إن كنت ولا بد قاطعاً تلاوتك لحديثك لأحدهم ، فلا تجبه فورحديثه 
7. Jika engkau perlu untuk menghentikan bacaanmu untuk berbicara dengan seseorang (yang mengajakmu berbicara), jangan terus (berhenti untuk) menjawabnya.

بل لينتظرك حتى تقف على رأس الآية في موقف مناسب .
Malah hendaklah dia menunggu sehingga engkau berhenti di hujung ayat, pada tempat berhenti yang sesuai.

٨- يجب عليك تحريك لسانك أثناء القراءة ، .
8. Hendaklah engkau menggerakkan lidahmu ketika membaca al-Quran,

أما قراءة العين فهي لا تجزئ ولا تعبر قارئاً 
adapun bacaan dengan mata sahaja, tiada ganjaran dan tidak dianggap sebagai membaca.

هكذا أفتى العلامة بن باز رحمه الله
Ini sebagaimana yang difatwakan oleh Ibn Baz rahimahulLah.

٩- من عدم احترامك لكلام ربك أن تقرأ آيات يسيرة ثم تتابع تويتروتليجرام و..و..و ثم تعود ، ثم تتصفح وهكذا !
9. Di antara tanda hilangnya rasa hormat kepada kalam Tuhanmu, ialah apabila engkau baru membaca sedikit ayat-ayat al-Quran, kemudian engkau sambung pula dengan melihat Twitter, Telegram, dan ini, dan itu, kemudian sambung, kemudian semak lagi, dan seterusnya.

١٠- أنصحك أن تذهب لمسجد بعيد لا معارف لك به 
10. Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yang jauh, yang engkau tidak biasa dengannya;

وأن تذهب الأخت لغرفة منعزلة ، .
Dan bagi wanita, agar pergi ke sebarang bilik atau ruangan yang terasingkan.

لتخلوا بكتاب ربك فتذوق حلاوته وتتدبر آياته
Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayatNya.

١١-مهمة:

شر جليس لك في قراءتك هاتفك !
11. (PENTING!!) Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca al-Quran, ialah 'handphone'mu.

فأنصحك أن تتركه في المنزل أو السيارة 
Maka, aku menasihatkanmu, agar engkau meninggalkan ia di rumah atau di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat)

وتذهب للقراءة وحدك حتى لا يدخل منه الشيطان 
Dan engkau pergi membaca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya (yakni: telefon itu)

١٢- أثناء قراءتك ستمر عليك آيات رحمة ووعيد
12. Semasa engkau membaca, engkau akan melalui ayat-ayat tentang rahmat dan ancaman.

قف .. عند بعضها
Berhentilah.. pada sebahagian dari ayat-ayat tersebut.

وارفع يديك واسأل الله من فضله
Angkatlah kedua tanganmu dan mintalah kepada Allah dari kelebihanNya.

فلها أثر على القلب كبير .
Baginya, terdapat kesan kepada hati yang sangat besar.

١٣- إن كنت بطيئ القراءة أو لا تحسنها
13. Jika engkau (menghadapi masalah) perlahan membaca al-Quran atau engkau tak mampu membaca dengan baik,

فأعلم أن أجرك مضاعف فلك الأجر مرتين .
Ketahuilah bahawa ganjaran pahala engkau digandakan. Maka, bagi engkau, ganjaran pahala sebanyak dua kali (1 kerana membaca, 1 kerana usaha dalam susah)

وأوصيك بتحميل القرآن صوتياً بهاتفك وتابعه .
Dan aku pesan kepada engkau supaya muat turun rakaman bacaan al-Quran di dalam handphone dan (belajar membaca dengan) ikuti (rakaman bacaan) itu.

١٤- ختم قراءتك على أواخر السور أكمل وأفضل من ختمها على أواخر الأجزاء .
14. Habiskan bacaan engkau pada penghujung surah adalah lebih sempurna dan lebih baik dari menghabiskan di penghujung juz-juz.

-ابن عمر إذا شرع في سورة لا يقف حتى يختمها .
Ibn 'Umar dahulu, jika membaca pada satu-satu surah, dia tak akan berhenti sehinggalah dia menghabiskannya.

١٥-لا يشغلنك قطع الأجزاء عن التدبر ومما يساعدك عليه تكرار الآية مرتين وثلاث وعشر حتى يلين لها قلبك ، 
15. Jangan engkau sibukkan (fokus) untuk menghabiskan juz-juz, daripada (yang sepatutnya, iaitu fokus) kepada tadabbur dan apa-apa yang sebenarnya membantu engkau untuk mengulang-ulang sesuatu ayat sama ada 2 kali dan 3 kali dan 10 kali, sehinggalah hatimu menjadi lembut kerana ayat itu.

تقبل الله منا ومنك .
Semoga Allah menerima (usaha ini) dari kami dan dari engkau.

i Generasi Pertama Ma'had Darul Musthofa,

Berikut ini Generasi Pertama Ma'had Darul Musthofa, Hadhromaut, Yaman, asuhan Guru Mulia Adda'i ilallah Al 'Alim Al 'Allamah Al Musnid Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz yang terpilih dari seluruh penjuru tanah air pada tahun 1993

1. Ustadz Muhammad al-Baiti (Sumenep),
2. Al-Habib Muhammad Haikal Khanamen (Jakarta),
3. Al-Habib Soleh al-Jufri (Solo),
4. Al-Habib Mahdi bin Muhammad al-Hiyed (Tegal),
5. Ustadz Munthohhar Ridho (Pontianak),
6. Ustadz Ahmad Idris (Palembang),
7. Ustadz Hamzah (Bekasi),
8. Ustadz Ridhwan al-Amri (Puncak, Bogor),
9. Ustadz Nurhadi (Pasuruan),
10.  Ustadz Mufti (Pasuruan),
11.  Ustadz Azmi at-Tamimi (Pontianak),
12.  Ustadz Ubaidillah (Jakarta),
13.  Ustadz Yahya Rosyad (Purwodadi),
14.  Ustadz Salim Nur (Malang),
15.  Ustadz Ibrahim at-Tamimi (Pontianak),
16.  Ustadz Junaidi (Pontianak),
17.  Al-Habib Shadiq Hasan Baharun (Sumenep),
18.  Al-Habib Quraisy Baharun (Kuningan),
19.  Al-Habib Abdul Bari bin Smith (Manado),
20.  Al-Habib Ja’far Bagir al-Attas (Jakarta),
21.  Al-Habib Hasan al-Muhdhor (Samarinda),
22.  Al-Habib Hasan bin Ismail al-Muhdhor (Purbalingga),
23.  Al-Habib Hadi al-Aydrus (pasuruan),
24.  Al-Habib Jindan bin Novel bin Jindan (Jakarta),
25.  Al-Habib Sholeh bin Abdullah Al-Kaff (Jatibarang Brebes)
26.  Al-Habib Abdullah bin Hasan al-Haddad (Tegal),
27.  Al-Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid (Jember),
28.  Al-Habib Haidar al-Hinduan (Situbondo),
29.  Al-Habib Anis bin Husin al-Attas (Pekalongan),
30.  Al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawwa (Jakarta),

Friday, November 11, 2016

Barnabas

Subhân'Allâh! Inilah *Injil Asli* yang Menggemparkan Dunia. 12 Tahun dirahasiakan. Menjelaskan Nabi Isa AS tidak Disalib dan Membenarkan Nabi Muhammad SAW. Mengguncang Vatikan dan Kristen di Seluruh Dunia!!!

_Bismillâhir-Rahmânir- -Rahim_. Belum lama ini, Pemerintah Turki mengumumkan tentang penemuan Kitab Injil Asli, *BARNABAS*, salah seorang diantara murid2 pertama Yesus (Isa al-Masih).
Hal ini tentu saja mengejutkan banyak pihak, terutama fihak Vatikan sendiri. Sebagaimana diberitakan oleh _Daily Mail_, _Basijpress_ dan _National Turk_, bahwa *Injil Barnabas* asli tersebut ditemukan pada tahun 2000 lalu di Turki, namun ditutupi-tutupi oleh Pemerintah Turki selama lebih dari 12 tahun dan baru sekarang dibeberkan ke publik. Lembaran-lembaran kulit hewan itu ditulis dengan huruf Syriac dengan dialek bahasa Aramia, bahasa yang sama dan lazim digunakan pada masa Yesus, Isa al-Masih.
Pemerintah Turki menyakini bahwa kitab kulit hewan tersebut adalah *Injil Barnabas Asli*. Hal yang menarik dari Kitab Injil Barnabas Asli asal Turki tersebut menyatakan bahwa *YESUS TIDAK PERNAH DISALIB*, dan terdapat ayat-ayat yang menyatakan bahwa Islam adalah agama yang benar serta  pengakuan tentang kehadiran Nabi akhir zaman, yaitu Muhammmad SAW.
Pengakuan itu terdapat pada bab 41 Injil Barnabas yang ditemukan di Turki tersebut. Berikut ini terjemahannya: _”Allah telah menyembunyikan diri-Nya sebagai Malaikat Agung Michael berlari mereka (Adam dan Hawa) dari surga, (dan) ketika Adam berbalik, ia melihat bahwa di atas pintu gerbang ke surga tertulis “La Ela ELA Allah, Muhammad Rasul Allah”_. Kitab yang masih menjadi perdebatan tersebut disebutkan kini disimpan di _Justice Palace_, Ankara, Turki, dengan pengawalan ketat polisi bersenjata lengkap dan keamanan maksimum.
Pihak Iran, lewat _Basij Press_, menyatakan bahwa apa yang tertulis di kitab Barnabas asli tersebut adalah bukti tentang kebenaran Islam, yang walau begitu ditanggapi dengan sinis oleh pelbagai pihak.
Bahkan pihak Kristen, lewat berbagai jamaatnya, menyatakan bahwa Kitab Injil Barnabas tersebut diragukan keasliannya.
Namun begitu pihak Vatikan lebih arif dengan menyatakan telah mengajukan permohonan resmi ke Pemerintah Turki untuk membaca dan menganalisa keaslian kitab kontroversial itu.
Para agamawan menyatakan bahwa jika Alkitab Barnabas tersebut terbukti asli, maka akan mengakibatkan rusaknya kredibilitas Gereja, dan akan menimbulkan revolusi agama Nasrani besar-besaran di seluruh dunia.Tentu saja penemuan ini cukup menarik, sama menariknya dengan penemuan dan fakta sejarah bahwa Benua Amerika pertama kali di temukan oleh para pelaut tangguh Muslim. 
_Wallâhu a’lam bish-shawâb_.
Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah.
_Wabillâhi at-Taufîqu wa'l-Hidayah_!

http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/islam-mancanegara/12/06/05/m530xu-turki-terjemahkan-injil-berusia-1500-tahun

Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita....
Semoga Allah senantiasa memberikan pertolongan kepada kita...amiiin

Thursday, November 3, 2016

Perbanyakkan selawat dengan Selawat Sultan Ghornawi, 1 kali selawat = seratus ribu kali selawat.


لرضاءلله 
ومحبة في رسوله الكريم 
وبين المسلمين
والعافى عن الناس
Selawat Sultan Mahmud Al-Ghaznawi/Gharnawi:
1 kali = 100 ribu kali selawat. 

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلّ وسلّم على سيّدنا محمد 
وَ عَلَى آل سيّدنا محمد 
1) بعدد رحمة الله
Kemudian diulang  bacaan, 
اللهم صلّ وسلّم على سيّدنا محمد 
وَ عَلَى آل سيّدنا محمد
Bagi setiap satu yang berikut.

2)  بِعَدَدِ فضلِ الله  
3)  بِعَدَدِ خَلقِ الله 
4)  بِعَدَدِ مَا فِى عِلمِ الله 
5)  بِعَدَدِ كَلِمَاتِ الله  
6)  بِعَدَدِ كَرَمِ الله  
7)  بِعَدَدِ حُرُوفِ كَلاَمِ الله  
8)  بِعَدَدِ قَطرِ الأمْطَار  
9)  بِعَدَدِ وَرَقِ الأَشجَارِ  
10)بِعَدَدِ رَمْلِ القِفارِ 
11)بِعَدَدِ الحُبُوبِ وَالثِمَارِ  
12)بِعَدَدِ مَا اَظلَم عَلَيهِ اللَّيلُ وَ اَشْرَقَ عَلَيْهِ النَّهَارِ  
13)بِعَدَدِ مَنْ صَلَّى عَلَيْهِ  
14)بِعَدَدِ مَنْ لَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ  
15)بِعَدَدِ اَنْفاسِ الْخَلا ئِقِ  
16)بِعَدَدِ نُجُوْمِ السَّموَاتِ  
17)بِعَدَدِ كُلِّ شَيْئٍ فِى الدُّنْيَا وَ الآخِرَةِ
 
Kemudian terus disambung, 

وَصَلَوَاتُ اللهِ تَعَالى وَ مَلاَئِكَتِهِ وَأنْبِيَائِهِ وَرُسُلِهِ وجَمِيْعِ خَلْقِهِ عَلى 
سَيِّدِالْمُرْسَلِيْن وَإمَامِ المُتَّقِيْنَ 
وَقَائِدِ الغُرِّ الْمُحَجَّلِيْنَ وَشَفِيْعِ 
الْمُذنِبِيْنَ سَييِّدِ نَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِهِ وَأصْحَابِهِ وَأزْوَاجِهِ وَ ذ ُ رِّيَّتِهِ وَ أهْلِ بَيْتِهِ وَالاَئِمَّةِ الْمَاضِيْنَ وَالْمَشَايِخ الْمُتَقَدِّمِيْنَ وَالشُّهَداءِ وَالصَّالِحِيْنَ وَأهْلِ طَاعَتِكَ أجْمَعِيْنَ مِنْ أهْلِ السَّموَاتِ وَالأرَضِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَيَاأكْرَمَالأكْرَمِيْنَ 
وَالْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن 

Kesemuanya 18 kali sebutan selawat tetapi nilainya sama seperti 100,000 kali selawat. 

 Selawat ini berasal dari mimpi seorang sultan bernama Mahmud Al Ghaznawi atau Al Ghornawi. 

Sepanjang hidupnya beliau selalu menyibukkan dirinya dengan membaca selawat kepada nabi Muhammad SAW. Setiap kali selesai solat subuh, dia membaca selawat sebanyak 300, 000 kali. Oleh kerana membaca selawat yang banyak itu, dia tidak sempat memberi tumpuan kepada berbagai tugas negara dan berbagai macam permintaan rakyatnya yang bergantung padanya. Sehingga bila pagi tiba, sudah banyak rakyatnya yang berkumpul di istana menunggunya untuk mengadukan persoalan masing-masing.

Namun beliau tidak keluar dari kamarnya, selagi belum menyelesaikan wirid selawatnya. Setelah kejadian ini berlalu agak lama, pada suatu malam beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW.

Di dalam mimpinya, Rasulullah SAW bertanya, "Mengapa kamu berlama-lama di dalam kamar? Sedangkan rakyatmu selalu menunggu kehadiranmu untuk mengadukan berbagai persoalan mereka." 
Raja menjawab, "Saya duduk berlama-lama begitu, tak lain karena saya membaca selawat kepadamu sebanyak 300,000 kali, dan saya berjanji tidak akan keluar kamar sebelum bacaan selawat saya selesai."
Rasulullah SAW lalu berkata, "Kalau begitu, kesihan orang-orang yang mempunyai keperluan dan orang-orang lemah yang memerlukan perhatianmu. Sekarang aku akan ajarkan kepadamu selawat yang apabila kamu bacanya sekali sahaja, maka nilai pahalanya sama dengan bacaan 100,000 kali selawat. Jadi kalau kamu baca tiga kali, pahalanya sama dengan 300,000 kali selawat yang kamu baca." 
Rasulullah SAW lalu membacakan lafaz selawat itu yang kemudiannya dikenali dengan nama Selawat Sultan.

Sultan Mahmud mengikuti ajaran Rasulullah SAW tersebut, dan membaca selawat itu sebanyak tiga kali sehari. Dengan demikian, beliau dapat selesaikan wirid selawatnya serta mempunyai masa untuk urusan negara yang dapat dijalankannya dengan sempurna.

Setelah beberapa waktu mengamalkan selawat itu, dia kembali bermimpi bertemu Rasulullah SAW yang bertanya kepadanya, "Apa yang kamu lakukan, sehingga malaikat kepenatan menulis pahala amalmu?" 
Raja menjawab, "Saya tidak mengamalkan apa-apa, kecuali selawat yang tuan ajarkan kepada saya itu." 

(Dipetik dari Kitab Al Qirthos Fi Manaqib Al Attas oleh Al Habib Ali bin Hasan Al Attas)

Tuesday, November 1, 2016

4 TANDA HIDUP TAK BERKAT
Kita mungkin tak sedar bahawa hidup kita ini sebenarnya tidak berkat.
Bagaimana kita mahu tahu jika hidup kita ini berkat atau tidak?
Diantara tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:
1. Duit banyak, tapi cepat habis.
Tak tau duit pergi mana.
Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup je, tak pernah yang cukup.
Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia.
Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah.
Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja tapi tak siap-siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya.
Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya.
Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu yang tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang lain pandai, tapi diri sendiri pun tunggang langgang.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.
Leka main facebook, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan.
Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir dan wirid entah ke mana, Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri.
Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan hidup?
-Ustaz Ahmad Nasir-

Friday, October 28, 2016

Al-Allamah Al Habib Umar Bin Salim Bin Hafidz Maulid Akbar Masjid Husein Seremban 2 .


Sesungguhnya Allah mempunyai 360 pandangan untuk diberikan. Kalau saya seorang hamba mendapatkan satu pandangan daripada Allah maka tidak akan celakalah selama-lamanya. 
.
Dan malam jumaat merupakan waktu pandangann daripada Allah. Umat-umat sebelum kita tidak mendapat petunjuk akan kemuliaan hari jumaat. Dan dikhususkan untuk kita perbanyakkan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ pada hari jumaat. 
.
Rasulullah ﷺ bersabda,  Sesungguhnya hari yang paling baik kepada kamu adalah hari jumaat maka perbanyakkan berselawat kepadaku. Sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku walau dimana kamu berada.
.
Wahai kamu semua yang mengharapkan pandangan daripada Allah, berselawatlah kepada Rasulullah ﷺ. Tidak mungkin pandangan Allah tidak sampai kepada kamu kalau kamu berselawat kepada Rasulullah ﷺ. 
.
Kamu di sini sudah dibasahi dengan selawat. Sesungguhnya selawat adalah ikatan dan sambungan dengan Rasulullah ﷺ. Buah dan hasil selawat itu sabda Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan Imam Tarmidzi dan perawi yang lain, sesungguhnya orang yang paling hampir denganku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.
.
Tahukah kamu betapa hebatmya kedudukan itu? Tahukah kamu alangkah hebatnya anugerah itu? Orang yang paling dekat dengan Rasulullah ﷺ di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadanya.
.
Sabdanya yang lain, barangsiapa yang berselawat kepada Rasulullah ﷺ sekali maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali. Ini adalah merupakan bekalan kepada kaum mukminin sama ada dilakukan secara berjemaah atau sendirian, sama ada senyap-senyap ataupun terang-terangan.
.
Tidak berkumpul satu kaum di satu perkumpulan lalu tidak berzikir dan berselawat kepada Rasulullah ﷺ melainkan mereka bersurai dalam keadaan rugi.
.
Orang yang membaca surah Al-Kahfi pada malam jumaat atau hari jumaat, Allah akan berikannya cahaya sampai cahaya itu ke baitul atiq, cahaya itu memanjang sampai ke jumaat yang akan datang. 
.
Barangsiapa yang baca surah Ad-Dukhan pada malam jumaat maka pada malam itu dia akan diampunkan oleh Allah.
.
Di dalam hadisnya yang lain, barangsiapa yang berselawat kepada Rasulullah ﷺ selepas asar sebanyak 80 kali maka Allah akan mengampunkan dosanya selama 80 tahun. 
.
Dan barangsiapa yang bersuci atau mandi daripada rumahnya untuk menghadiri solat jumaat lalu dia mendengarkan khutbah jumaat dan tidak mengganggu sesiapa yang nak solat jumaat maka dia akan diampunkan oleh Allah sehingga jumaat yang akan datang ditambah lagi 3 hari.
.
Adakah kamu melihat dan mendengar fadilat-fadilat tadi?
.
Wahai umat nabi Muhammad ﷺ tidakkah apa yang kamu telah didengarkan dengan anugerah-anugerah yang besar tadi?
.
Sehingga dikatakan bahawasanya para malaikat itu apabila melihat umat-umat sebelum nabi Muhammad ﷺ diselamatkan oleh Allah daripada api neraka dan mereka mengatakan Alhamdulillah tapi malaikat tidak merasa taajub. 
.
Tetapi yang mereka taajub apabila kalau ada umat Nabi Muhammad ﷺ yang tidak selamat daripada api neraka. Malaikat merasa taajub bagaimana dia tidak selamat sedangkan dia umat nabi Muhammad ﷺ. 
.
.
.
Al-Allamah Al Habib Umar Bin Salim Bin Hafidz
Maulid Akbar Masjid Husein Seremban 2

NASIHAT HB.UMAR BIN HAFIDZ



لا تحمل هم الدنيا فإنها لله ، ولاتحمل همَّ الرزق فإنه من الله ، ولاتحمل هم المستقبل فإنه بيد الله .. فقط احمل همًا واحدًا : كيف ترضي الله
"Janganlah kamu menanggung kebingungan dunia karena itu urusan Allah, Janganlah kamu menanggung kebingungan rizki karena itu dari Allah, Janganlah kamu menanggung kebingungan masa depan karena itu kekuasaan Allah.
Yang harus kamu tanggung adalah satu kebingungan, yaitu Bagaimana Allah SWT Ridho kepadamu....والله اعلم

Wednesday, October 12, 2016

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI

Asmaul Husna

Ia telah ditemui oleh Doktor Ibrahim Karim (biologi) bahawa Asma ul Husna, nama yang baik kepada Allah (SWT) mempunyai kuasa penyembuhan untuk sejumlah besar penyakit.
Dia menggunakan kaedah ketepatan dalam pengukuran tenaga dalam tubuh manusia dan mendapati bahawa setiap satu daripada nama-nama Allah (SWT) merangsang tenaga dalam sistem imun badan manusia untuk berfungsi dengan cekap di dalam badan manusia yg tertentu. Beliau mendapati bahawa sebutan (membaca) dengan nama-nama Allah (SWT) membawa kepada peningkatan dalam trek Bio Energy dalam tubuh manusia, dan selepas 3-tahun penyelidikan Doktor Ibrahim Karim sampai kepada yang berikut:

Kaedah rawatan: Letak tangan anda pada tempat sakit dan memuji nama Allah (SWT) di atasnya sesuai dengan penyakit anda sehingga sembuh  Insyallah.

01. Telinga - As Sami
02. Tulang - Al Nafi 
03. Tulang Belakang - Al Jabbar 
04. Lutut - Al Rauf (The Clement)
05. Rambut - Al Badi (Pencipta)
06. Jantung - Al Nur (Cahaya)
07. Otot - Al Qawi (Maha Kuat)
08. Gelombang Jantung - Al Wahab
09. Jantung otot - Al Razaqq
10. saraf - Al Mughni 
11. Arteri - Al Jabbar 
12. Perut - Al Razaqq 
13. Kanser - Al Jalil (The Mighty)
14. Tiroid - Al Jabbar 
15. Thigh- Al Rafi (The Exalter)
16. Migrain - Al Ghani (The Rich One)
17. Mata Arteri - Al Mutaali
18. Buah Pinggang - Al Hayy 
19. Colon - Al Rauf (The Clement)
20. Usus - Al Razzaq 
21. Hati - Al Nafi 
22. Pankreas - Al Bari 
23. Lemak Sacks - Al Nafi 
24. Rahim - Al Khaliq (Pencipta)
25. Pundi Kencing - Al Hadi (Panduan)
26 Reumatik - Al Muhaymin (The Guardian)
27. Prostat - Al Rashid 
28. Saraf Mata - Al Zahir 
29. Kelenjar pineal - Al Hadi 
30. Tekanan Darah - Al Khafed 
31. Paru-paru - Al Razzaq 
32. Thymus Kelenjar - Al Qawi 
33. Kelenjar atas Buah Pinggang - Al Bari 
34. Rambut Peel - Al Jalil (The Mighty)
35. Rongga Hidung - (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem)
36. Mata - (Al Nur, Al Basir, Al Wahab)

mesti mesti kongsi ...

,* semoga bermanfaat buat kita semua.. aamiiin.. ..
Nasihat daripada Prof Dr Harlina Shiraj

Amin ,,,,آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
Assalam..Mari.kita amalkan

Monday, September 26, 2016

HOW MANY OF US REALLY DO THIS?



1. Go to sleep with Wudhu.

2. Sleep on your right shoulder.

3. Fall asleep with the intention to pray
fajr.

4. Read the Kalima.

5. Drift off reading the Ayat-ul-Kursi.

6. Recite Salawat 10 times.

7. Read Surah Fatiha 4 times.

8. Read Surah Ikhlas 3 times.

9. Read 4 Qul Surahs

10. Do Istighfaar

11. Forgive everyone before falling asleep.

12. Finally, "whoever says 'Bismillah' 21
times before falling asleep, Allah tells the angels to
write down a good deed for
every breath he takes."

Send this as Sadqa Jariya (everlasting
charity)..

If someone acts on any of this information, you will
benefit too.
Quran as cure. . . Good things to know.
3 important & beneficial thngs:
1.Hazrat Muhammad s.a.w. Says that if a person
recites Ayatul Qursi after every Farz Namaz then
there will be nothing between him & heaven except
death.
2."LA haula wala quuata illa billahil aliyul Azeem" is
such a great medicine that it cures every disease and
the most minor disease it cures is Sorrow.
3."if a person recites Surah Ikhlaas(QUL
HUWALLA)10 times in a day then Allah will build a
palace 4 him in heaven.
And last but not the least Allah says "Spread
whatever knowledge u have" Don't wait for
tomorrow....forward to all;
ﻵ ﺍِﻟَﻪَ ﺍِﻟّﺎ ﺍﻟﻠّﻪُ ﻣُﺤَﻤَّﺪٌ ﺭَﺳُﻮُﻝ ﺍﻟﻠّﻪ
May Allah clear all your worries.
Did u know if u do wudhu before going to bed, your
soul goes to Allah SWT and does sajda. Allah SWT
then appoints an angel to stand next to your bed and
everytime you move he makes dua for your
forgiveness. So do wudhu before bedtime and pass
on the message. Only takes 1 minute to do!!
THIS Message made me ashamed of myself
Let our logo be
" Quran is my best friend."
Only 7% will re- send the
message.
Scientifically proven;
Listening to Quran reduces the prevalence of
cancerous cells in the human body and even destroys
them.
The prolongation of prostration strengthens memory,
and prevents stroke.
Prostration removes positive charges in the body - in
a world where EVERYTHING uses electricity and
affects us negatively, learn the importance of this.
Satan said "I wonder how humans claim to
Love Allaah and disobey Him, and claim they hate me
yet they obey me!
Will take 60 seconds to benefit ur loved ones, pass it
on as a reminder.
Advice -  
Do not send later. Send now.
May Allah grant success to every one who reads and
sends.

Sunday, September 25, 2016

Jabal Abi Qubais dan terlihat jelas dari Masjidil Harom


FOTO]: Perhatikan tanda panah! Masjid Bilal yang dibangun oleh cicit Rosul, Imam Ali al-'Uraidhi masih berdiri kokoh diatas Jabal Abi Qubais dan terlihat jelas dari Masjidil Harom.

Kini, Jabal Abi Qubais telah "dipapras" habis sedemikian rupa sehingga berdiri istana raja yang megah diatasnya.

Padahal, di tempat itulah dahulu junjungan kita yang mulia Nabi Muhammad Shollallohu 'Alaihi Wasallam membelah bulan menjadi dua bagian.

Selain itu, seruan Nabi Ibrohim kepada Umat Manusia untuk melaksanakan ibadah Haji pun dahulunya dilakukan diatas bukit bersejarah tersebutt.

Di timur Ka'bah Baitulloh, apabila kita membelakangi hajar aswad yang mulia, maka akan tertujulah pandangan kita pada sebuah istana megah berdiri diatas bukit yang telah dipapras habis.

Bukit itulah yang dinamakan Jabal Abi Qubais, ia memiliki ikatan yang erat dengan sejarah Baitulloh dan Kota Makkah al-Mukarromah.

Jabal Abi Qubais atau lebih masyhur disebut sebagai "Jabal Qubais", dahulunya memiliki ketinggian 420 meter. Bahkan ada riwayat yang menyatakan bahwa Jabal Abi Qubais ini merupakan gunung / bukit yang pertama kali diciptakan oleh Alloh diatas muka bumi setelah Ka'bah Baitulloh.

Imam as-Suyuthi rohimahullohu ta'ala meriwayatkan dalam "al-Wasaa-il fi Musaamirotil Awaa-il" halaman 6 menulis:

"Dan seawal-awal jabal (gunung) yang diletakkan Alloh atas bumi adalah Abu Qubais, kemudian terpencar (tersebar) darinya segala jabal. Ibnu 'Asaakir menyatakan bahwa dalam sanad hadits ini ada rawi yang majhul dan bahwasanya ia dihafadz / diterima daripada perkataan 'Atho". wAllohu a'lam.

Adapun mengenai peristiwa bersejarah yang berkaitan dengan Jabal Abi Qubais, berikut ini adalah beberapa hal yang patut kita ketahui bersama:

1). Jabal Abi Qubais dikenal sebagai Jabal al-Amin (bukit kepercayaan / bukit penyimpan amanah).

Karena Alloh telah mengamanahkan hajar aswad dalam simpanannya tatkala terjadi taufan dan air bah zaman Nabi Nuh 'Alaihishsholaatu Wassalam.

Ketika Nabi Ibrohim membangun kembali Ka'bah Baitulloh, maka Jabal Abi Qubais mengeluarkan kembali hajar aswad, kemudian dibawa oleh Sayyidina Jibril 'Alaihissalam untuk diserahkan kepada Nabi Ibrohim 'Alaihishsholaatu Wassalam.

Selain itu, diriwayatkan juga bahwa batu-batu yang digunakan untuk membangun Baitulloh yang mulia diambil dari Jabal Abi Qubais.

2). Peristiwa terbelahnya bulan.

Terdapat sebuah riwayat yang menyatakan bahwa mukjizat Junjungan kita Nabi Muhammad Shollallohu 'Alaihi Wasallam membelah bulan terjadi di Jabal Abi Qubais.

Ketika baginda diminta oleh kaum musyrikin Makkah agar memperlihatkan satu mukjizat, maka baginda Shollallohu 'Alaihi Wasallam menunjuk jari baginda yang mulia ke arah bulan hingga terbelah menjadi dua bagian.

Peristiwa itu disaksikan sendiri oleh kaum musyrikin Makkah bahwa bulan benar-benar terbelah dua, satu belahan di atas Jabal Qubais, sedangkan belahan lainnya pergi ke Jabal Quayqo'aan (Jabal Qiiqo'aan atau Jabal Hindi).

3). Perintah dakwah secara terang-terangan

Selain peristiwa terbelahnya bulan, sebagian mufassir juga menceritakan bahwa tatkala turun firman Alloh Ta'ala yang artinya:

"Dan berilah peringatan kepada kaum kerabatmu yang dekat." (QS. asy-Syu'aro: 214 - Tafsir Pimpinan ar-Rohman), yang berisi perintah untuk berdakwah secara terang-terangan kepada kaum kerabat baginda,

maka Junjungan kita Nabi Shollallohu 'Alaihi Wasallam memberikan seruan tersebut dari Jabal Abi Qubais ini. Menurut sebagian mufassir lain, baginda melakukan seruan dakwah tersebut dari Bukit Shofa.

Namun kedua riwayat tersebut tidak bertentangan karena Jabal Shofa tempat dimulainya ibadah sa'i, terletak di ujung Jabal Abi Qubais, dan termasuk daripada jajaran Jabal Abi Qubais, sedangkan Jabal Marwah berada di jajaran pertama Jabal Qiiqo'aan / Jabal Quayqo'aan / Jabal Hindi.

4). Seruan Nabi Ibrohim kepada Umat Manusia untuk melaksanakan ibadah Haji. Yang mana "gaung" seruannya itu, masih "terdengar" sampai saat ini hingga ke penjuru dunia.

Sebagian kitab tafsir seperti "Tafsir Jalalain" dan "Tafsir Qurthubi" dalam memberikan tafsiran tentang firman Alloh Ta'ala:

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah Haji, niscaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan mengendarai unta yang kurus, yang datang dari segenap penjuru yang jauh", (QS. al-Hajj: 27 - Tafsir Pimpinan ar-Rohman)

Menyatakan bahwa seruan Nabi Ibrohim ini dilakukan oleh beliau dari puncak Jabal Abi Qubais.

Imam Qurthubi meriwayatkan dalam tafsirnya tersebut, dari Sayyidina Ibnu 'Abbas dan Sayyidina Ibnu Jubair rodhiyallohu 'anhuma yang menceritakan bahwa setelah Nabi Ibrohim menyelesaikan pembangunan Baitulloh, maka Alloh berfirman kepada baginda,"Serulah segala manusia untuk mengerjakan haji!"

Maka Nabi Ibrohim bertanya, "Wahai Tuhan, apakah seruanku akan sampai kepada mereka?"

Alloh menjawab: "Serulah! dan Akulah yang akan menyampaikannya."

Lalu naiklah Nabi Ibrohim Kholilulloh ke atas Jabal Abi Qubais serta berseru, "Wahai manusia! Bahwasanya Alloh telah memerintahkan kamu untuk menunaikan haji ke Baitulloh ini, agar kamu diganjari dengan haji tersebut akan syurga, dan diselamatkan kamu daripada azab neraka, maka berhajilah kamu."

Seruan Nabi Ibrohim ini telah dijawab oleh segala ruh manusia yang berada di tulang-tulang sulbi lelaki dan rahim-rahim perempuan dengan ucapan talbiyyah, "LaibaikAllohumma labbaik",

Siapa yang menjawabnya pada saat itu, maka dia akan berhaji sebanyak jawabannya, jika menjawab sekali maka akan berhaji sekali, dan jika dua kali maka akan berhaji dua kali, sehingga dari sinilah awal mulanya ucapan talbiyyah tersebut menjadi semboyan atau syiar para hujjaj ketika pergi berhaji.

[CATATAN]:

Menapak-tilasi peristiwa Nabi Ibrohim 'Alaihishsholaatu Wassalam yang melakukan seruan dari atas Jabal Abi Qubais agar umat manusia menunaikan ibadah haji, maka jaman dahulu banyak orang yang naik pula ke atasnya untuk berbuat demikian.

Dahulu, di puncak bukit Abi Qubais terdapat sebuah masjid kecil yang dinamakan Masjid Bilal. Menurut cerita sebagian orang, masjid tersebut dibangun diatas tapak kaki Nabi Ibrohim manakala beliau membuat seruan tersebut.

Oleh sebab itu, demi menelusuri jejak sejarah dan meraih peluang yang sama, manusia datang menziarahi masjid tersebut untuk sekedar "melambai", yakni dengan berdo'a agar ahli keluarga, rekan, dan handai taulan yang belum berkesempatan datang ke Baitulloh diberi peluang oleh Alloh untuk kesana.

Menurut penuturan jama'ah haji tahun 1974, saat mereka mendaki Jabal Abi Qubais dan menziarahi masjid tersebut, memang terlihat amat jelas Baitulloh dari sana.

Namun sayang, saat ini semuanya sudah tidak ada lagi, karena tidak ada lagi rumah, tidak ada lagi rubath, tidak ada lagi masjid di atas Jabal Abi Qubais, yang ada hanyalah istana megah keluarga bani Sa'ud.

Meskipun pemusnahan dan penjarahan tempat-tempat bersejarah atas nama pembangunan dan modernisasi di Tanah Suci hingga kini masih berlangsung secara masif dan terus menerus, mudah-mudahan segala tempat bersejarah akan tetap dikenang dan dikenali umat. Aamiin.

[DO'A] oleh al-'Allamah al-Musnid al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz:

اللهم احفظ الحرمين الشريفين ومن فيهما وما فيهما، وارفع اللهم البلايا عن الأمة، واجعل هذا الموسم من أبرك المواسم علينا وعلى المسلمين، والطُف بهم، وأصلح أحوالهم، وارفع البلايا والكروب عنهم، واختم لنا بالحسنى واليقين، حتى نلقاك وأنت راضٍ عنا يا أرحم الراحمين.

Yaa ALLOH lindungilah al-Haromain asy-Syarifain, dan mereka yang ada di dalam keduanya, dan apa-apa yang ada di dalam keduanya, dan angkatlah yaa ALLOH bala' bencana dari Ummat, dan jadikan musim Haji ini sebagai musim yang paling barokah bagi kami dan seluruh kaum muslimin, dan lembutlah kepada mereka, dan perbaikilah keadaan mereka, serta angkatlah bencana dan kesulitan dari mereka, dan wafatkanlah kami semua dalam kebaikan dan keyakinan (Islam), sehingga kami berjumpa dengan ENGKAU dalam keadaan ENGKAU Ridho kepada kami, wahai Yang Maha Berkasih Sayang melebihi semua yang memiliki sifat kasih sayang.

Wednesday, September 14, 2016

Best reply ever by Rashidah Abdul Rahman to Nicole Yin who created a petition to ban Korban in Singapore.


Dear Ms Nicole Yin, 

We thank u very much for ur kind concern and compassion towards the animals. 

Indeed, Islam do teach us to be kind to ALL creatures be it man or animal. We are all made by the same Creator. Even to kill an ant for no rhyme or reason is prohibited. 

U are indeed very brave to question a practice, that has been deeply rooted in a religion that has 2 billion followers. 

In that 2 billion mass, we hv doctors, lawyers, scientists, thinkers, communicators, writers. Many of the so called modern foundings in Science was already discovered by this representation of 2 billion in numbers. 

We are not a barbaric crowd of human who are blood thirsty violent creatures definitely NOT what the media made us out to be. 

The atrocities that u see happening around us... is not Islam. 

Its driven by greed and power crazed individuals, using religion as a medium to oppose. 

May Allah have mercy on them.

Back to the topic on the Qurban ritual done once a year to honor our Prophet Ibrahim. 

May I know, if u hv the chance to PERSONALLY watched how the ritual is being done? Also what are the MANDATORY methods in which our animals are slaughtered daily?

There is a long list of criteria but this are some pertinent ones. 

I hope u will find some time to do FULL RESEARCH before starting such a petition which can create an ugly uproar in a country which pride itself on racial acceptance and tolerance. 

Most important rules during animal slaugtering in the Islamic rites are: 
- Animal must be fit and not handicapped. 
- Animal must NOT be pregnant. 
- Animal must be properly fed and maintained with tenderness. 

The slaughter can ONLY be performed by a SANE ADULT MUSLIM who is strong n fit. NOT anyone can come and Kill another being unless he is a serial killer! 

The knife used for slaughtering... must be very clean and resharpened after each slaughtering. 

The slaughter must on the point of pressure, reach the jugular and two major veins ensuring SWIFT and QUICK death of animal. 

The head must NOT be separated fr the body and at no time, shld the strike reach the back bone or spine. 

The animals will be comforted and given water before the process, the animals are separated fr each other out of respect that it also feels and understand the surrounding. 
The invocation of Allah's name IS A MUST and an intention must be consciously made that the death of this animal is purely for consumption. 

None of the body parts is to be wasted. All of it will be handed out to the poorest of the poor who is in some region starving and in hunger. 

Meat is a luxury that they cannot afford.

The ritual that u are questioning, is as instructed in our Holy Quran in which very strict guidance are listed. 

If we are not doing it right than it is not the religion that is questionable but the pple who is not doing in accordance to the teachings.

I wld like to reiterate, that u attend for urself and witness what goes on. 

As a child i attended this event and was feeling scared in the beginning. 
My father took his time to explain the whole process. 

We were allowed to stroke and pat our animal before offering it as a gift to the poor. 

We take honor to be present as if to tell the animal that we are there with them and that we will meet again in afterlife in the sirratul mustaqim. 

This animal that was offered today will be raised to witness what we hv done for our fellow needy brothers n sisters in faith.

Nicole, this is a religion of Mercy and Compassion. 

We don't need activists to question our rituals. 

The very fact that we NOT condone the use of machinations to cull the animal already show the respect and honor we have for it. 

We placed a very sincere INTENTION upon touching the animal to comfort it and take its life away with full respect. 

Its madness otherwise to be handling struggling animals but we adhere becos this is the basic fundamentals of Islam when it comes to consumption of livestocks.

Pls do ur own research in the benefits of Islamic Slaughtering and compare it to the conventional method. 

Compare also why Muslims abstain fr pork. 

It has got to do with veins and neck. 

Islam knows 1400 years ago what modern world is discovering only in the 21st centuries. 

Perhaps it is the culling of pigs and its consumption u shld be petitioning for, since u hv that much time.

I am not opposed to ur voicing out ur concerns. U are a brave young girl and learned but I and the rest of my fellow muslim request that u do ADEQUATE research into all areas and reasoning as to why we do what we do.

Thank you. 

Happy Eid Mubarak to my fellow Muslims around the globe... indeed this is our Jihad to explain to a non believer what they know not. 
As the Prophet s.a.w. had mentioned, Holding on to Islam in the Final Days will be like holding on to burning coals. 

We are heavily tested. 

Allahu Akbar Wa lilah Ilham.

...and petition was closed.

This is what we Muslims shld do as Khalifa on this earth. Educate those non-Muslims wherever we can...Insyaa Allah.

Tuesday, September 13, 2016

Eid Adha

Every civilization in history has celebrated festivals. These festivals aren't just a time to enjoy and get together with loved ones but also an occasion to commemorate important historical events that define the very essence of a people. Allah in His wisdom gave this Ummah two festive occasions per year and today we find ourselves surrounded in the joy of one of them. Let us remember what this celebration commemorates and how it should transform not just what we do to celebrate this day but also what the true essence of joy means to us. 

We the Ummah celebrate our father Ibrahim (AS) who was able to pass some of the most incredible and seemingly insurmountable trials to prove His total submission to Allah, body and soul. He was willing to give up his body when he was being thrown in the fire. He was willing to give up a huge piece of his heart when he placed a knife on his dear son's neck. These are just two of the several tests this great father of ours passed with flying colors. 

We will be tested in life. Some of those tests will be ones that bring us discomfort and pain and others will involve pain coming to those we love. We celebrate that Allah hasn't given us the kind of tests He gave our father Ibrahim (AS) and that if Allah can assist him through those impossible tasks, rest assured He will see each of us through our own trials. 

Lastly, our messenger was told what to do with the slaughtered animal that is at the heart of this Eid's celebration. He was told to feed the one in misery (البائس), the one in bankruptcy (الفقير), the one who won't even ask despite desperate circumstances (القانع), and the one who is so dragged down by difficulty that he has to give up his self self-esteem and ask (المعتر). 

When revelation told us to take care of these people in our midst, we were being taught to show them a reason to be joyous and made our joy inseparable from theirs. Let us help those in need around us and include them in our celebration and make them feel like they're not alone. This is how a believer celebrates!

Eid Mubarak Everyone.

Monday, September 5, 2016

YANG MEMBUAT MU'AZ MENANGIS

|
Imam Abdullah bin al Mubarak ra telah meriwayatkan dalam 'Kitab Al Zuhd' dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (Khalid bin Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz r.a:
“Wahai Muaz r.a!
Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah saw."
Lalu Muaz r.a menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz r.a berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz r.a berkata:
"Aku mendengar Rasulullah saw pernah bersabda kepadaku:
Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti.
Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah swt telah menjadikan tujuh orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi kemudian lalu ditentukannya pada setiap langit seorang Malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut.
Lalu naiklah Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang.
Amalan tersebut mempunyai Nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila Malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit yang pertama.
Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata Malaikat penjaga langit pertama itu bagi Malaikat Hafazhah:
“Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah Malaikat penjaga ghibah (mengumpat).
Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas.”
Kemudian datang pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba.
Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (Malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama kerana orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit kedua itu:
“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran.”
Kemudian naik pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang penuh sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang, puasa.
Para Malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit yang pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga maka berkata Malaikat penjaga langit ketiga itu:
“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah Malaikat Takbur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai.”
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba.
Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip.
Baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji dan umrah. Para Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke pintu langit yang keempat maka berkata Malaikat penjaga langit keempat itu:
“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah Malaikat Ujub.
Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujud dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya.”
Kemudian naik pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya amalannya itu berseri-seri) lalu berkata Malaikat penjaga langit yang kelima:
“Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah Malaikat Hasad ia sangat hasud kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasud akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadah ia juga mencela mereka.
Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku.”
Kemudian naik pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba.
Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata Malaikat penjaga langit tersebut:
“Berhenti kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian.
Akulah Malaikat Rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi aku.”
Kemudian naik pula Malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba.
Amalan itu ialah sembahyang, puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu langit tersebut:
“Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah Malaikat Zikir (zikir di sini bermakna: mencari sebutan, iaitu seorang yang beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain). Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku.
Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namanya di merata tempat.
Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah ria dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang ria.
Kemudian naik pula Malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba.
Amalan itu berupa sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada perkara yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para Malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para Malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para Malaikatnya:
“Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya. Ia sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. Ia hanya mengkendaki sesuatu yang lain daripadaKu oleh kerana itu maka Aku turunkan ke atasnya akan laknatKu.”
Lalu para Malaikat tadi berkata:
“Ke atasnya laknatMu dan juga laknat kami.”
Lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya.
Mendengar sabda Rasulullah saw ini lalu Muaz r.a menangis seraya berkata:
“Engkau adalah Rasulullah saw sedangkan aku adalah Muaz r.a (hamba Allah yang bukan Rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera.
Lalu Rasulullah saw bersabda:
“Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan.
Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang membaca Al Quran (Golongan Ulama) dan pertanggungkanlah segala dosamu ke atasmu dan jangan engkau mempertanggungkan dosamu ke atas mereka dan jangan engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula engkau mencela orang lain dan jangan engkau memuji dirimu di hadapan mereka. Dan jangan engkau campurkan urusan dunia di dalam urusan akhirat.
Dan jangan engkau menyombong diri di dalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada di sisimu dan jangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus daripadamu segala kebaikan di dunia dan di akhirat.
Dan jangan engkau carikkan (pecah belah) akan manusia maka mencarik akan dikau oleh anjing2 api neraka pada hari kiamat nanti.
Allah telah berfirman:
Maksudnya: "Demi yang mencarik akan carikkan." (QS: Al Nazi’at: 2)
Apakah engkau ketahui wahai Muaz r.a siapakah mereka yang mencarik itu?
Muaz r.a bertanya: “Ya Rasulullah saw, sebenarnya siapa mereka?”
Lalu Nabi saw menjawab: “Itulah anjing-anjing garang di dalam api neraka yang akan mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang.”
Muaz r.a bertanya: “Ya Rasulullah saw siapakah orang yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi?
Dan siapakah yang akan selamat daripada seksaan itu?”
Nabi saw menjawab: “Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah”
Kemudian lalu Khalid bin Maadan berkata:
"Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak membaca Al Quranul Karim lebih daripada Muaz r.a kerana beliau faham terhadap hadis yang besar ini.”
Renungkan baik-baik perkara yang terkandung di dalam hadis ini wahai orang yang gemar kepada ilmu pengetahuan.
Maka lihatlah pada dirimu dan timbanglah baik-baik, yang mana yang lebih penting dan yang mana lebih baik.
Apakah yang lebih baik itu belajar ilmu yang membawa kalian supaya berhati-hati daripada segala perkara yang dapat membinasakan kalian lalu kalian sibuk dengan memperbaiki hatimu dan membangun akhiratmu ataukah yang lebih baik itu kalian bergaul dengan orang yang bercakap kosong maka kalian mencari ilmu yang menjadikan kalian orang yang takabbur, riak, hasad, ujud sehingga akhirnya kalian binasa bersama dengan orang yang binasa.
Dan ketahuilah olehmu bahawa tiga perkara ini (HASAD, RIAK dan UJUD) ialah punca kepada segala penyakit hati dan baginya tempat tumbuh yang sama, iaitulah “hubbud dun-ya” (cinta dunia)
Wassal[truncated by WhatsApp]

Tuesday, August 30, 2016

Hayatiah kesah 7 anak Muar

Sultan-Sultan yang ada sekarang ini bolehlah mencontohi tindakan2 oleh Ninda2 Baginda dahulu. Tidak mudah murka walau ditegur oleh tokoh2 Melayu rakyat biasa. 

Hayatiah kesah 7 anak Muar memulakan penentangan  terhadap penubuhan Malayan Union walaupun sudah ditandatangani oleh semua Raja2 Melayu dahulu. 

Semoga kesah ini menginsafkan kita semua. 
.....................................................................
KEBANGKITAN ORANG TUJUH MUAR 

Langkah Jebat Menentang Malayan Union
#AnakJatiMuar

Sejarah merupakan satu khazanah penting untuk dipelihara supaya ia akan menjadi satu pelajaran dan iktibar kepada jenerasi jenerasi akan datang. ia memberi satu gambaran dan fahaman dimana asas serta benteng yang telah dibina oleh orang orang lama dirasai nikmatnya oleh generasi yang akan menyusulinya. 

Walaubagaimana pun, ada peristiwa peristiwa yang cukup penting dan bermakna yang tidak diketahui umum diatas sebab sebab yang kita sendiri tidak mengetahuinya. 

Satu daripada peristiwa yang cukup penting ini ialah kebangkitan tujuh orang anak kelahiran Muar menentang penubuhan Malayan Union.

Alhamdullillah saya masih hidup dan dapat berkongsi cerita sebenarnya kepada anak anak muda Muar betapa besarnya pengorbanan orang tujuh ini terhadap bangsa, agama dan tanahair kita. Bacalah cerita sebenarnya:

Pada 11hb Oktober 1945, dengan senyap senyap dan tidak diketahui umum, wakil khas kerajaan British yang bernama Sir Harold MacMichael telah tiba diPort Swettenham (sekarang Port Klang) dengan membawa satu utusan serta cadangan iaitu untuk menubuh apa yang dipanggil Malayan Union. Iaitu gabungan semua negeri negeri didalam Persekutuan Tanah Melayu termasuk Straits Settlement iaitu negeri Melaka dan juga Pulau Pinang. 

Penubuhan ini akan memberi kerakyatan penuh kepada semua bangsa termasuk bangsa Cina dan India dan mereka akan menjadi rakyat setaraf dengan bangsa Melayu. Disamping itu, semua Sultan dinegeri masing masing akan hilang kedaulatan mereka dan Sultan Sultan ini akan bertanggungjawab kepada saorang pemerintah British yang akan bergelar Governor-General.

Setibanya diPort Swettenham, Sir Harold MacMichael terus berangkat keKuala Lumpur dengan diiringi oleh Sir Alec Newboult. DiKuala Lumpur beliau terus pergi ke King's House dan disini beliau telah berbincang dengan pegawai pegawai British yang bertugas diKuala Lumpur.

Untuk menjadikan Malayan Union satu kenyataan, semua Sultan Sultan perlu menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan British dengan memberi persetujuan yang tidak berbelah bagi.
Ketika itu, Almarhum Sultan Ibrahim Johor merupaka Sultan yang sangat dihormati dan disegani oleh Sultan Sultan negeri lain. Jadi untuk memudahkan tanggungjawabnya, Harold MacMachael mengesyurkan supaya mendapatkan tandatangan Sultan Johor terlebih dahulu.

Pada 20hb Oktober, beliau telah dapat berjumpa dengan Sultan Johor dan setelah menerangkan butit butir penubuhan Malayan Union, Sultan Johor pun menandatangani surat perjanjian itu dan bersetuju diatas penubuhan Malayan Union tadi. Dengan ini, kerja beliau menjadi lebih senang dan mudah untuk berbincang dengan Sultan Sultan negeri lain.

Surat perjanjian diantara Sultan Johor dengan kerajaan British disaksikan olih Tengku Ahmad dan Encik Abdul Kadir.

Pada 20hb Oktober 1945, MacMichael berjumpa dengan Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah dan Sultan Selangor juga menandatangani surat perjanjian itu. Ia disaksikan oleh Encik Hamzah dan Raja Nong.

Pada 2hb November 1945, Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Riayatudin Al-Muazzam Shah telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Tunku Mohammad dan G.E. Mohammad.

Pada 14hb November 1945, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan menandatangani surat perjanjian itu bersama sama dengan 4 Undang seperti berikut:
1. Undang Sg. Ujong - Dato Kelana Putra.
2. Undang Jelebu - Dato Shahruddin.
3. Undang Johol - Dato Johol
4. Undang Rembau - Dato Hipap
dan Tengku Sharifah Loyah mewakili Tunku Besar Tampin.
Surat perjanjian ini disaksikan oleh Tengku Nasir, Tengku Jaafar dan Tengku Hussain.

Pada 22hb November 1945, Sultan Perak iaitu Sultan Abdul Aziz telah menandatangani surat perjanjian dengan disaksikan oleh Raja Yusof, Raja Muda Perak dan Dato Temenggong.

Pada 2hb Disember 1945, Sultan Kedah iaitu Sultan Badlishah telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Encik. M. Shariff dan Encik Yaakub.

Pada 12hb Disember 1945,Raja Perlis pula telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Encik Ahmad dan Encik Wan Ahmad.

Pada 17hb Disember 1945, Sultan Ibrahim dari negeri Kelantan telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Tengku Ibrahim Petra dan Nik Ahmad Kamil..

Pada 21hb Disember 1945, Sultan Terengganu iaitu Sultan Ismail Nasirudin Shah telah menandatangani surat perjanjian dan disaksikan oleh Dato Omar dan Tengku Halim.

Maka berjayalah Harold MacMichael untuk mendapatkan semua tandatangan Sultan Sultan diPersekutuan Tanah Melayu. Ini bermakna rancangan untuk menubuhkan Malayan Union tiada lagi halangan.

Pada 6hb Januari 1946, berangkatlah MacMichael keEngland dengan kesemua surat surat perjanjian itu. Pada 22hb Januari 1946, satu kertas putih telah dibentangkan didalam parlimen kerajaan British untuk kelulusan.

Setelah mendapat kelulusan parilmen kerajaan British, satu Warta Kerajaan British yang mengandungi butir butir berkenaan penubuhan Malayan Union diTanah Melayu telah disiarkan oleh pihak berkuasa Pentadbiran Tentera British (BMA) diTanah Melayu untuk pengetahuan rakyat dan penduduk Tanah Melayu.
Sebaik sahaja tersiar Warta Kerajaan British itu, seluruh bangsa Melayu telah terkejut dan merasa Kertas Putih itu adalah satu cabaran yang tajam, menyentuh maruah bangsa Melayu.

Tidak ada perkataan yang dapat mensifatkan bagaimana perasaan orang orang Melayu ketika itu-- perasaan geram dan marah yang meluap luap terhadap perbuatan Kerajaan British dan perasaan kesal dan dukacita terhadap terlanjurnya Raja Raja Melayu menurunkan tandatangan baginda baginda keatas perjanjian MacMichael yang memperdayakan itu.

Tetapi apakan daya, semua surat perjanjian itu sudah menjadi kertas rasmi dan tidak dapat diperbetulkan lagi. Nasib bangsa Melayu kini akan hancur dan kedaultan bangsa Melayu akan hilang ditanah tumpah darah dato nenek moyang mereka sendiri.
DiJohor Bahru, 

Setelah mengetahui butir butir kandungan Perjanjian MacMichael itu, beberapa orang pemimpin Melayu Johor yang diketuai oleh Dato Abdul Rahman bin Mohammad Yasin telah membantah dengan sekeras kerasnya.Sebaik baik jalan memansuhkan perjanjian itu ialah membuktikan bahawa Sultan Johor telah bertindak diluar batasan Undang Undang Tuboh negeri dan perbuatannya tidak sah dari segi undang undang.

Dato Abdul Rahman yang berasal daripada Parit Bakar, Muar terus pulang keMuar untuk berjumpa dengan pejuang pejuang Melayu ketika itu. Diantara orang pertama yang beliau berjumpa ialah Dr. Hamzah, Hj. Taib dan Ciku Kosai. Dr. Hamzah merupakan anak Melayu Johor pertama menjadi doktor dinegeri itu. Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk menentang perbuatan Sultan, bukan untuk menderhaka kepada baginda tetapi lebih untuk menyelamatkan kedudukan baginda sebagai Sultan berdaulat dinegeri Johor.

Apabila mendegar cadangan untuk menentang penubuhan Malayan Union ini, dua orang lagi anak Muar tampil kehadapan untuk memberi bantuan dan kerjasama. Mereka adalah dua beradek yang bernama Cikgu Ahmad Suleiman dan Cikgu Safiah Suleiman.

Didalam satu jamuan makan malam dirumah Dr. Hamzah Hj. Taib, dua orang lagi penjuang dari Muar menghadir untuk memberi bantuan. Mereka ialah Hj. Hassan Yunos (sepupu kepada Dato Abdul Rahman) dan Dr. Awang bin Hassan (saudara rapat dengan Dato Abdul Rahman dan Dr. Hamzah).
Secara kebetulan, Dato Abdul Rahman ketika itu ialah Pegawai Keawangan Negeri Johor, Hj. Hassan Yunos pula ialah Mufti Kerajaan Negeri Johor, dan Cikgu Kosai ialah Pegawai Jabatan Hutan.

Mereka telah membuat satu risalah menerangkan kepada orang ramai bahawa perbuatan Sultan Johor adalah salah disisi undang undang tuboh kerajaan negeri Johor. Risalah itu disebarkan kepada seluroh negeri Johor dan rakyat Johor mula memberi sokongan kuat kepada gerakan mereka.

Dato Abdul Rahman berhasrat untuk mengandap baginda Sultan tetapi dihalang oleh pegawai pegawai istana. Malah kesemua mereka telah digantung kerja masing masing tetapi ini tidak memantahkan semangat mereka.

Hari demi hari, sokongan rakyat Melayu Johor semakin bertambah dan ini membimbangkan pihak Istana. Pada ketika ini, Dato Onn Jaafar langsung tidak menyebelahi gerakan mereka.
Maka mereka bersefakat untuk menghantar satu petition bantahan kepada baginda Sultan dan setelah berbincang, mereka mencadangkan agar Hj. Hassan Yunos saorang sahaja mengandap baginda Sultan dan statusnya sebagai Mufti Kerajaan Negeri membolehkan perkara ini berlaku.

Satu perutusan telah dihantar kepada baginda Sultan supaya menerima kunjungan Hj. Hassan Yunos. Alhamdullillah, baginda Sultan bersetuju untuk berjumpa dengan Hj. Hassan Yunos.

Pada hari yang telah ditetapkan, ramai penyokong penyokong telah berhimpun diperkarangan Mesjid Abu Bakar diJohor Bahru. Jarak antara Mesjid Abu Bakar dan Istana Besar tidak lah begitu jauh. Maka berjalanlah saorang diri Hj. Hassan Yunos menuju keIstana dengan membawa petition tersebut.

Menurut anak Hj. Hassan Yunos iaitu Encik Murad (sahabat rapat saya), apabila ayahnya sampai ditangga Istana Besar, lututnya megeletar dan susah untuk menaiki tangga. Perasaan takut memang ada tetapi tanggungjawab untuk menjaga maruah bangsa Melayu tidak boleh dipermain mainkan. Beliau mendoa hadarat llahi supaya memberikan dia semangat yang kuat apabila mengandap baginda Sultan nanti.

Setibanya dipintu besar Istana, saorang pegawai Istana menjemputnya keruang tamu sambil menunggu keberangkatan baginda. Tidak lama kemudian, muncullah baginda Sultan, lantas Hj. Hassan terus bangun dan mencium tangan baginda. Dijemputnya Hj. Hassan supaya duduk dan dengan penuh tertib, Hj. Hassan menerangkan satu persatu dimana kesalahan baginda. 

Apabila habis penerangan Hj. Hassan Yunos kepada baginda Sultan, barulah baginda sedar yang perbuatan baginda itu adalah salah disisi undang undang tuboh negeri Johor. Baginda Sultan berjanji dengan Hj. Hassan yang baginda akan menarik balik perjanjian itu. Maka gembiralah Hj. Hassan bahawa beliau telah berjaya mengajak baginda kembali kepangkal jalan yang sebenar. Baginda Sultan menerima petition itu dan mengucapkan selamat jalan kepada Hj. Hassan.

Suasana diperkarangan Mesjid Abu Bakar cukup resah dengan penyokong penyokong menunggu kepulangan Hj. Hassan dari Istana. Tidak lama kemudian, mereka melihat Hj. Hassan berjalan menuju keMesjid Abu Bakar dengan mengangkat tangan tanda kejayaan. 

Dengan tiba tiba suasana menjadi riuh rendah, ada yang menjerit jerit tanda kesukaan dan ada yang menandah tangan kelangit untuk melafazkan kesyukuran kehadrat Allah. Dato Abdul Rahman dan rakan rakan seperjuangannya berpeluk peluk sambil menangis kegembiraan. Mereka telah berjaya untuk mematahkan penubuhan Malayan Union.

Beberapa hari kemudian, baginda Sultan Johor telah menulis sepucuk surat kepada kerajaan British dengan kandungan isinya seperti berikut:

"Beta tidak dikerasi dan dikejut kejut dan beta tidak menurunkan tandatangan denga penuh kemahuan akan tetapi setelah memikirkan semula perkara itu beta berpendapat bahawa beta telah menyain perjanjian itu dengan tidak terlebih dahulu menyiasat dengan sehalus halusnya seperti yang sepatutnya diperbuat dan malangnya beta tidak sedar akan kesan kesan yang mengenai lebih jauh.

Oleh hal yang demikian, beta suka menyatakan iaitu didalam hal yang demikian beta tidak sanggup lagi bertanggungjawab kepada persetujuan yang beta berikan mula mula itu."

Setelah mendengar yang baginda Sultan Johor telah menarik balik surat perjanjian itu, kesemua Sultan Sultan lain telah mengikut jejak yang sama. Maka apabila orang orang Melayu mendapat tahu bahawa Raja Raja Melayu telah menarik balik perjanjian mereka, seluruh rakyat Melayu bangkit dengan penuh bersemangat. Disaat inilah baru munculnya Dato Onn Jaafar.

Begitulah pengorbanan yang telah diberikan oleh pejuang pejuang anak kelahiraan Muar kita. Mereka sanggup melawan Sultan bukan untuk menderhaka tetapi untuk menjaga supaya institusi Raja Raja terpelihara.

Mengapakah mereka digelar Orang Tujoh Muar? Ini oleh kerana hanya tujuh orang yang menandatangani petition kepada Sultan.
Cikgu Kosai sebenarnya berkelulusan tinggi iaitu daripada Cambridge, England. Oleh kerana beliau bermula kerja sebagai saorang guru, maka panggilan Cikgu Kosai cukup mesra dengannya.

Hj. Hassan kemudian menjadi Menteri Besar Johor dengan gelaran Tan Sri. Dr. Hamzah Hj. Taib meninggal dunia semasa masih muda. Dr. Awang Hassan kemudian menjadi Gabenor Pulau Pinang dengan gelaran Tun,

Begitulah kesah perisitwa yang cukup bermaknya ini. Marlah kita menghadiahkan Al fatiha kepada tujuh anak kelahiran Muar yang mana jasa mereka kepada bangsa Melayu tidak terhingga besarnya.

Alfatiha buat
1. Allahyarham Dato Abdul Rahman Mohd. Yassin.
2. Allahyarham Dato Suleiman Abdul Rahman.
3. Allahyarham Tan Sri Hj. Hassan Yunos.
4. Allahyarham Tun Dr, Awang Hassan.
5. Allahyarham Dato Kosai.
6. Allahyarham Encik Ahmad Sulaiman.
7. Allahyarhamah Cik Safiah Sulaiman.
Wasallam.
.
sumber dari : Dato Kamaruddin Abdullah
penulis buku 'Pages From My Past'