Tuesday, May 20, 2014

AD Dajjal

Ringkasan Kuliah Bulanan Masjid Bukit Antarabangsa yang disampaikan oleh Al Habibuna Ali Zaenal Abidin Al Hamid, 18 Mei 2014,

Ad Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa Alaihissalam dgn menggunakan tombak yg dicucuk tepat mengenai dadanya dihadapan Baitul Maqdis.
Setelah tiga tahun Ad Dajjal dibunuh, akan keluar pula Yakjuj dan Makjuj..
Bilangan Yakjuj dan Makjuj ini sangat banyak kerana dikatakan 1 yakjuj dan makjuj boleh melahirkan sehingga 1000 yakjuj dan makjuj yg lain..
Yakjuj dan Makjuj akan memakan segala tumbuh2an dan haiwan2 ternakan yang terdapat atas muka bumi ini..
Kelebihan yg Allah berikan kpd Yakjuj dan Makjuj ini adalah mereka tidak dapat dibunuh dgn apa cara sekali pun melainkan dgn izin dari Allah,
Penyakit kulat yang Allah turunkan kpd Yakjuj dan Makjuj atas asbab doa dari Nabi Isa Alaihissalam itulah yang akan membunuh mereka, betapa banyaknya bilangan bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di atas muka bumi ini sehingga tidak menampakkan tanah dan bau busuk yang bertebaran atas muka bumi ini serta semua binatang yg memakan bangkai menjadi gemuk2 belaka.
Setelah Nabi Isa Alaihissalam berdoa kpd Allah, diturunkan hujan sehingga banjir dan banjir tersebut membawa kesemua bangkai2 Yakjuj dan Makjuj ke lautan, barulah bumi ini pada ketika itu menjadi bersih dan tumbuh2an tumbuh dgn suburnya serta bumi ini menjadi sangat indah.
Di katakan pada ketika itu segala buah2an yang tumbuh menjadi sangat luar biasa sehingga dikatakan juga 1 buah delima tumbuh dgn besarnya sebesar kubah masjid dan isinya boleh dimakan sekian ramainya org pd ketika itu..
Satu tangkai anggur dikatakan juga boleh dimakan sehingga kenyang.
Setelah bumi ini dipenuhi dgn keindahan tumbuh2an, Allah mencabut segala perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia. Satu sifat kemesraan antara makhluk dgn makhluk. Sehinggakan pd waktu itu dikatakan singa boleh berjalan dgn lembu, harimau blh berjalan dgn unta, serigala blh berjalan dgn kambing. Bahkan dikatakan di dalam hadis, anak2 kecil boleh bermain dgn ular dan tangan kanak2 tersebut boleh masukkan ke dalam mulut ular.
Ketika kemesraan antara manusia sesama manusia, haiwan sesama haiwan sehingga tiada pembunuhan yg berlaku, barulah Nabi Isa Alaihissalam meninggal dunia kemudian Allah menghantarkan angin lembut utk menarik nyawa setiap org2 yang beriman.
Sebelum ditarik nyawa org2 yg beriman, tiada lagi manusia yg sibuk mengejar dunia. Pada waktu itu kita tidak akan dpt menjumpai org yang ingin menerima sedekah kerana tiada lagi sifat rakus terhadap dunia. Seperti sabda Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam yang bermaksud:
"Bersedekahlah kamu sebelum tiba satu zaman yang manusia tidak mahu menerima sedekah"

Setelah kesemua org2 beriman meninggal dunia, Allah akan mengangkat al Quran sehingga tiada satu org pun yg akan menyebut dan melafazkan nama Allah, dan barulah akan terbitnya matahari disebelah barat, dan kiamat pun akan berlaku pada ketika itu..

'Moga2 Allah menyelamatkan kita dan juga keturunan kita dari termasuk dalam golongan fitnah Ad Dajjal serta fitnah Yakjuj dan Makjuj juga tidak tergolong dalam golongan orang2 akhir zaman yg pd ketika itu hidup tidak ada lagi yg menyebut dan melafazkan nama Allah Subhannahu wa Ta'ala, inshaaAllah, AameenAllahummaAameen'

-mohon maaf jika ada kekurangan dalam ringkasan yg dicoretkan ini, segala kekurangan adalah dtgnya dari saya sendiri, dan segala kebaikan datangnya dari Allah Ta'ala-
Kiriman Usth Jun.

No comments:

Post a Comment