Monday, November 17, 2014

Berzikir lah

Allah  سبحانه وتعالى  akan mengangkat darjat mereka yakni orang-orang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan asyik dan penuh kecintaan kepadaNya.

Rasulullah ﷺ mengatakan sekiranya kamu sentiasa sibuk berzikir nescaya Para Malaikat akan berjabat tangan dengan kamu ketika kamu berjalan dan ketika kamu tidur.

Dalam hadis yang lain Rasulullah ﷺ menyebutkan perumpamaan antara orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir itu umpama orang yang hidup dengan orang yang mati.

Orang yang sentiasa membasahkan lidahnya,memanfaatkan waktunya untuk mengingati Allah dengan zikirullah maka sudah pasti hatinya akan hidup memperolehi ketenangan,kenikmatan kepada Allah سبحانه وتعالى.Manakala orang-orang yang lalai tidak membasahkan nikmat kurniaan lidahnya itu untuk berzikir mengingati Allah maka hatinya akan menjadi mati,keras sepertimana orang yang tidak mempunyai nyawa.

Salman Al-Farisi Radhiyallahu'Anhu mengatakan apabila seseorang hamba mengingati Allah  سبحانه وتعالى dalam keadaan senang,kelapangan,kemewahan.

Kemudian apabila dia mengalami penderitaan dan kesusahan maka Para Malaikat akan berkata kepada Allah bahawasanya suara hambaMu yang daif dalam kesusahan itu biasa didengar lalu mereka memohon bantuan daripada Allah  سبحانه وتعالى 
untuknya.

Akan tetapi,sekiranya seseorang itu lalai dan tidak mengingati Allah maka Para Malaikat akan berkata kepada Allah  سبحانه وتعالى bahawa kami tidak biasa mendengar suara itu.

Dan ingatlah syurga itu mempunyai 8 pintu.Salah satu daripada pintu itu adalah khas bagi orang-orang berzikir kepada Allah  سبحانه وتعالى.

No comments:

Post a Comment