Friday, April 10, 2015

Sikit utk Renungan kita bersama.....

آمين يا الله.. يا رب العالمين
السلام عليكم  ورحمة الله وبركاته. .....
Ribuan kemaafan dipohon kpd semua di Pg Jumaat Penghulu segala hari ini......



Kata-kata Hikmah Ibn 'Arabi رحمه الله
Hikam Ibn ‘Arabi

Kitab Hikam al-Syaikh al-Akbar adalah antara kitab-kitab Hikam yang masyhur dalam ilmu tasawuf selain Hikam Abi Madyan, Hikam Ibn ‘Ata’illah, Hikam al-Haddad dan lain-lain. Ia mengandungi berbagai hikmah dan kaedah sufiyyah, dan telah disyarah oleh beberapa ulama antaranya oleh; Syeikh Muhammad bin Mahmud bin ‘Ali al-Damauni dan Syeikh Mulla Hasan bin Musa al-Kurdi al-Bani. Sebahagiannya telah diterjemahkan ke bahasa Melayu seperti yang dapat dilihat dalam lawan web Syeikh Yusuf Muhyiddin al-Bakhur al-Hasani. Di bawah ini pilih 21 permata hikam daripadanya untuk kita renungi dan ambil iktibar, iaitu:-

1. Segala anugerah yang sesuai dengan hawa nafsumu maka itu adalah ujian, dan segala ujian yang menyalahi hawa nafsumu maka itu adalah anugerah.

2. Seorang zahid bukanlah orang yang zuhud dari dirham dan dinar (harta), akan tetapi seorang zahid adalah yang zuhud dari yang selain daripada Yang Maha Perkasa (Allah).

3. Tidak akan memperoleh puncak keredhaanNYA seorang yang di dalam hatinya ada sesuatu yang selain NYA (Allah)

4. Tidak dapat diharapkan sampai kepada Allah dari orang yang tidak mengikuti Rasululllah SAW.

5. Tidak akan faham apa yang kami katakan, kecuali orang yang telah mengikuti jejak Rasulullah SAW.

6. Janganlah engkau mengambil ilmu kecuali dari orang yang mengamalkannya.

7. Selama engkau dalam pencarian al-Haq (Allah), maka janganlah berdiri bersama makhluk.

8. Barangsiapa yang ikhlas niatnya karena Allah semata-mata, maka Allah dan para malaikatNYA akan melindunginya.

9. Barangsiapa yang tidak mengambil jalan ini (jalan menuju kepada Allah) daripada para rijal (ahli ma’rifah), maka ia terus  berpindah dari mustahil kepada mustahil 

10. Engkau tidak akan menjadi hamba bagi Allah sedang engkau cenderung (hati) kepada sesuatu yang selainNYA.

Panjang sangat ada 21 kata-kata hikmah. Yg selebihnya 11  lg bersambung  lg akan datang insyallah......

Semoga bermanfaat untuk kita semua....

والسلام.......

No comments:

Post a Comment