Monday, May 9, 2016

JIKA DI TANAH JAWA TERKENAL DENGAN WALI 9, DAN DI TANAH MELAYU JUGA TERKENAL DENGAN 7 WALI MELAYU.


7 WALI MELAYU.

Mereka pernah berperanan di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura antara abad ke19 dan awal abad ke20 bagi menyekat pengaruh budaya penjajah barat dengan benteng iman, ilmu dan amal.

Mereka adalah ahli sufi yang bersiasah dakwah, menggunakan syakilah masing-masing dalam perjuangan jihad mereka bagi menyemarakan lagi pegangan agama di kalangan bangsa Melayu sehingga kini begitu sinonim Melayu-Islam. Jasa-jasa besar mereka harus dikenang dan dicontohi terutamanya oleh generasi hari ini yang mempunyai cita-cita perjuangan murni menggemilangkan semula Islam.

Mereka dikenali sebagai wali hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui (wallahu alam). Keperibadian mereka begitu mulia dengan amalan-amalan bermartabat tinggi di sisi Allah SWT dan RasulNya. Mereka adalah kekasih Allah:
HABIB NUH.

Nama penuh beliau ialah As-Sayyid Habib Noh bin Muhammad Al-Habsyi. Beliau yang datang dari Kedah adalah merupakan seorang yang berbangsa arab berasal dari Yaman dan asal-usul keturunan beliau juga adalah daripada keturunan Rasulullah s.a.w. menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a. Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang kehidupan awal beliau. Beliau yang hidup sekitar tahun 1788M – 1866 M datang dari keluarga empat adik-beradik lelaki iaitu Habib Nuh, Habib Ariffin dan Habib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau Pinang) dan Habib Salikin, yang meninggal di Daik.

TUKKU PALOH.

Nama penuh Tok Ku Paloh ialah Engku Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Zainal Abidin al-Aidrus. Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus juga mempunyai beberapa nama gelaran, yang paling popular ialah Tok Ku Paloh. Gelaran lain ialah Engku Sayyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu.

Ayahanda Tok Ku Paloh pula adalah Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin Hussain bin Mustafa al-Aidarus yang juga lebih dikenali sebagai Tok Ku Tuan Besar Syaikh al-Ulama Paduka Indera pada zaman pemerintahan Baginda Omar. Tok Ku Paloh merupakan anak kedua daripada perkahwinan Tok Ku Tuan Besar dengan isteri pertamanya iaitu Hajjah Aminah. Tok Ku Paloh mempunyai beberapa orang adik-beradik. Ada yang seibu sebapa dan ada juga yang berlainan ibu. Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah Sayyid Zain al-Aidrus yang digelar dengan Engku Sayyid Seri Perdana, Sayyid Ahmad al-Aidrus digelar Tuan Ngah Seberang Baroh, Sayyid Mustafa al-Aidrus yang digelar Tuan Dalam dan Sayyid Hassan yang dikenali Tuan Senik Parit. Adik-beradiknya selain yang disebut itu ialah Sayyid Abu Bakar atau digelar dengan nama Tuan Embong Solok atau Tuan Kecik, Sayyid Abdul Kadir yang dikenali sebagai Engku Sayyid Syaikh Aishadat dan Sayyid Hussain juga digelar Tuan Muda Wakaf. Manakala adik beradik perempuannya pula terdiri daripada Tuan Nik, Tuan Hitam, Tuan Senik, Tuan Puteh, Tuan Mariam, Tuan Saripah dan Tuan Wook.

TUAN TULIS.

Nama sebenar beliau ialah Ismail Jaaman. Beliau dipercayai lahir dalam tahun 1840an di Kampung Talang iaitu dalam Daerah Kuala Pilah dan yatim piatu sejak kecil.

Apabila berusia lapan tahun, beliau mula hidup berdikari dan berakhlak mulia. Tuan Tulis mendapat nama gara-gara kerajinan beliau menyalin isi kitab-kitab yang dimilikinya atau didakwa pernah menjadi jurutulis gurunya. Terdapat juga dakwaan bahawa beliau menulis kerana tidak mampu membeli kitab-kitab pengajian maka beliau terpaksa menyalin semula kitab-kitab yang dipelajarinya. Tuan Tulis menulis seolah-olah seperti membaca kitab-kitab itu. Ada pula memanggilnya Tuan Tulus kerana sifat peribadinya yang tulus ikhlas dalam menyampaikan dakwah.

SYEIKH SAID AL - LINGGI.

Nama penuh Haji Encik Sa ‘id ialah Haji Muhammad Said bin Haji Jamaluddin bin Haji Idris. Dikenali juga dengan panggilan al-Syaikh Muhammad Said al-Linggi al-Jawi. Datuknya, Haji Idris anak Hajjah Rahimah binti Khatib Musa bin ‘Amaluddin bin Awaluddin @ Dato' Awal bin Faqih@ Daeng Abdul Malik adalah seorang alim yang salih lagi keramat. Hampir separuh dari usianya dihabiskan di kola ilmu Makkah kerana menuntut ilmu.
Haji Idris berketurunan campuran Minangkabau-Bugis Linggi. Ini kerana isteri Khatib Musa yang berama Zalikha itu adalah anak seorang pembesar di Kampung Semabuk, Minangkabau.

Manakala Dato' Awaluddin pula disebut-sebut sebagai penoroka daerah Linggi (1783) di Negeri Sembilan. Satu sumber lain mengatakan nasab sebelah datuk bapanya sampai kepada Saidina Abdullah bin Abbas, sepupu Rasulullah s.a. w. Dikatakan demikian kerana suami Hajjah Rahimah, iaitu Haji Abdul Mu'min Linggi bin Syaikh Muhammad Nakhoda Minangkabau bin Ahmad bin Umar bin Saleh bin Abdullah adalah berasal dari Hadramaut.

Bapanya sendiri, Haji Jamaluddin (1835 -188) adalah seorang tokoh ulama' Melayu Negeri Sembilan yang pernah diberi kepercayaan mengajar di Masjid al-Haram semasa bermukim di kola Makkah. Dia masyhur zahid, berpendirian memada dan dikmniakan pelbagai karamah yang pelik-pelik. Diceritakan, pada hari matinya, dia tidak meninggalkan sebarang wang walau sesen pun!

Ibunya, Hajjah Safiah binti Haji Muhammad Saleh al-Fatani adalah seorang Qurra' yang terkenal elok bacaannya lagi penyantun. Pernah menjadi guru Qira'at al-Quran baik semasa tinggal di Makkah, mahupun ketika berada di Patani. Murid-muridnya tidak terbilang kerana terlalu ramai.

Manakala datuk sebelah ibunya, Haji Muhammad Saleh al-Fatani yang masyhur keramat itn adalah seorang guru pondok yang teralung pada zamannya. Murid-muridnya tidak kurang 500 orang pada satu-satu masa. Haji Muhammad Saleh berkahwin dengan Hajjah Mariam, juga terkenal dengan kesalihannya. Bapa Hajjah Mariam. Syaikh Abdul Rashid al-Fatani(4) pun seorang tokoh ulama' yang termasyhur pada zamannya, dianugerahi Allah dengan beberapa banyak keistimewaan yang tersendiri.
Ringkasnya, Muhammad Said lahir di tengah-tengah rumpun keluarga alim alama' yang terkemuka dan yang alim turun-temurun.

Muhammad Said dilahirkan di perkampungan Syi'b Ali Makkah "pada hari Sabtu yang keempat atau yang ketiga daripada bulan Sya'ban tahun 1292″ (5) yang bersamaan dengan 25 atau 18 September 1875. Dipelihara ibu dan neneknya (Hajjah Mariam) kerana ketika itu bapanya sedang berkhidmat di Tanah Jawi.

Syeikh Muhammad Nor Al- Kholidi.

Syeikh Muhammad Nor Al Kholidi mula berhijrah ke Tanah Melayu sekitar tahun 1884 dari kampung asalnya di Penyambongan, Sumatera Utara.

Turut berhijrah bersama ulama sufi ini ialah adik angkat-nya Syeikh Zainal Abidin dan dua ulama lain. Mereka dari keturunan Mendeleng.

"Keempat-empat mereka alim-alim belaka dan apabila sampai ke Semenanjung mereka berpecah, seorang menetap di Tapah, Perak, seorang lagi mungkin di Perak juga, cuma mereka berdua (Syeikh Muhammad Nor dan Syeikh Zainal Abidin) yang tidak pernah berpisah," kata Hajah Fatimah, 69 tahun, anak bongsu kepada Syeikh Muhammad Nor, ketika ditemui di rumah anaknya di Sentol Pasar,Kuala Lumpur.

Hajah Fatimah mendapat cerita sahih tentang ayahnya itu daripada mulut emak tuanya sendiri iaitu isteri Syeikh Muhammad Nor yang kedua, Hajah Halimah. Menurut cerita, Hajah Halimah adalah isteri yang paling alim dan warak di antara tujuh orang isterinya. Malah Syeikh Muhammad Nor pernah berkata bahawa Hajah Halimah adalah kitab tempat rujukannya dan tempat beliau berbincang terutamanya tentang hal-ehwal kaum wanita. Dan Hajah Halimah juga membantu suaminya mengajar dan membimbing kaum ibu secara terasing dari kaum lelaki.

Bersama Syeikh Zainal Abidin selaku pembantu kanannya, Syeikh Muhammad Nor meneroka perkampungan Sg. Cincin serta berjuang membangunkan sistem hidup Islam di dalamnya. Tapak perkampungan itu adalah tanah yang diwakafkan oleh Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang kelima (memerintah hingga 1938).

TUK KENALI.

Nama sebenar Tok Kenali ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871 M, wafat Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Ada meriwayatkan ini adalah berdasarkan pelbagai cerita yang didengar, oleh itu tidak terikat sangat dalam sistem penulisan ilmiah.

Pada tahun 1953, Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani hanya menyebut nama murid ayahnya itu dengan istilah Awang Kenali. Menurutnya, Syeikh Ahmad al-Fathanilah yang pertama menggunakan istilah ‘Awang’ itu. Riwayatnya, sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani menjadi utusan ulama Mekah ke Beirut dan Mesir untuk menyelesaikan pertikaian pendapat antara Saiyid Yusuf an-Nabhani (Beirut) dengan Syeikh Muhammad Abduh (Mesir) dalam rombongan itu, Awang Kenali ikut serta.

Ketika sampai di Bukit Tursina, kerana di tempat itulah Nabi Musa mendengar ‘Kalam Allah’, Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruh murid-muridnya munajat secara khusus. Awang Kenali ditugaskan supaya minta menjadi ulama. Nik Mahmud ditugaskan munajat minta menjadi seorang pembesar Kelantan. Setelah Tok Kenali munajat, Syeikh Ahmad al-Fathani menyatakan bahawa ilmu Awang Kenali tinggi hanya mencapai ‘awan’ tidak menjangkau kepada langit. Ilmu yang sampai ke peringkat ‘awan’ itulah yang dapat dijangkau oleh kebanyakan ulama di tanah Jawi.

Daripada perkataan ‘awan’ itulah kemudian bertukar menjadi ‘Awang’. Cerita yang sama juga saya dengar daripada Haji Wan Ismail bin Hawan, Qadhi Jala (cerita didengar pada tahun 1970).

Dalam surat-surat Syeikh Ahmad al-Fathani kepada pihak lain, termasuk kepada orang Arab dan Turki, apabila melibatkan muridnya itu, beliau mengekalkan tulisan dengan istilah ‘Awan Kenali’ saja tanpa menyebut nama lainnya.

Pada tahun 1969 diceritakan bahawa Tok Kenali pertama-tama datang ke Mekah penuh dengan peristiwa yang pelik-pelik (ajaib). Kehidupan sehari-harinya penuh dengan tawakal. Beliau tidak mempunyai pakaian yang lebih daripada sehelai, tidak memiliki wang, tidak siapa mengetahui beliau makan ataupun tidak pada setiap hari siang ataupun malam. Hampir-hampir tidak ada orang yang mengenalinya di Mekah ketika itu.

Orang yang tidak mengenalinya hanya memperhatikan keanehannya berada dari satu halaqah ke satu halaqah yang lain dalam Masjid Haram, Mekah. Keberadaannya dalam sesuatu halaqah tidak pula membawa sesuatu kitab seperti orang lainnya.

Pada kebanyakan masa ketika duduk dalam halaqah beliau memejamkan mata, orang menyangka beliau bukan mendengar pelajaran tetapi tidur. Antara ulama yang mengajar dalam Masjid al-Haram ketika itu ada yang tembus pandangannya, diketahuinyalah bahawa pemuda yang aneh itu bukanlah sembarangan orang, martabatnya ialah seorang ‘Wali Allah’.

Walau bagaimanapun, tidak seorang ulama peringkat Wali Allah di Mekah mahu membuka rahsia itu kepada murid-muridnya.

Ketika Tok Kenali sampai di Mekah, Syeikh Ahmad al-Fathani telah mengetahui pemuda yang berasal dari Kelantan itu, tetapi sengaja tidak dipedulikannya kerana pada firasat Syeikh Ahmad al-Fathani pemuda Kelantan itu sama ada lekas ataupun lambat akan datang juga kepada beliau.

Dalam masa berbulan-bulan peristiwa seperti di atas, pada satu ketika Tok Kenali mengunjungi halaqah Syeikh Ahmad al-Fathani.

Tok Kenali duduk jauh di belakang pelajar-pelajar lain. Syeikh Ahmad al-Fathani telah mempersiapkan sekurang-kurangnya tiga kemusykilan atau masalah, yang pada pemikiran Syeikh Ahmad al-Fathani tidak akan dapat dijawab oleh siapa pun yang hadir dalam majlis pengajiannya, kecuali seseorang itu memiliki pandangan ‘kasyaf’ ataupun telah memperoleh ‘ilmu ladunni’.

Sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani melemparkan pengujian atau pertanyaan kepada semua pelajar, Tok Kenali seperti orang tidur-tidur saja. Semua pelajar terdiam, tidak seorang pun berkemampuan menjawab masalah yang dikemukakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Tiba-tiba Syeikh Ahmad al-Fathani menyergah pemuda Kelantan yang sedang tidur. Pemuda itu terkejut. Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruhnya supaya datang ke hadapan duduk bersama beliau. Disuruhnya pemuda Kelantan itu menjawab masalah ujian yang dikemukakan lalu semuanya dijawab dengan sejelas-jelasnya.

Setelah peristiwa itu Tok Kenali menjadi murid yang paling mesra dengan Syeikh Ahmad al-Fathani. Bahkan Tok Kenali menjadikan dirinya sebagai ‘khadam’ kepada Syeikh Ahmad al-Fathani.

Seluruh gerak dan diam Tok Kenali hanyalah berkhidmat kepada gurunya itu, kerana diketahuinya bahawa seluruh kerja Syeikh Ahmad al-Fathani semata-mata untuk kepentingan agama Islam dan bukan kepentingan peribadinya. (Cerita yang sama juga didengar daripada Tuan Guru Haji Mahmud bin Yusuf Juani di Pondok Gajah Mati, Kedah pada tahun 1970. Beliau ialah murid Tok Bermin, sahabat Tok Kenali).

Hampir semua murid Tok Kenali yang pernah ditemui meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam masyarakat. Apabila seseorang murid itu lebih berkhidmat kepada beliau maka ternyata akan lebih pula ilmu yang diperolehnya.

Demikian juga kedudukan dalam masyarakat. Yang dimaksudkan berkhidmat di sini ialah ada yang pernah menyiram Tok Kenali ketika mandi. Bahkan ada murid yang pernah membasuh beraknya sesudah buang air besar.

Murid yang sampai kepada kedua-dua peringkat ini saja yang menjadi ulama besar, antara mereka termasuk Syeikh Idris al-Marbawi dan Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti. (Sumber cerita ini daripada murid beliau, Tuan Guru Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, Mufti Mempawah, yang didengar pada tahun 1969 di Mempawah; Tuan Guru Haji Mahmud di Gajah Mati, Kedah pada tahun 1970; Qadhi Haji Wan Ismail bin Hawan di Jala pada tahun 1970; Tuan Guru Haji Abdur Rahim Kelantan di Mekah pada tahun 1979, dan masih ada yang lain yang belum perlu disebutkan.)

Diriwayatkan ada dua atau tiga kali Tok Kenali pernah datang ke negeri Cahaya. Setiap kali Tok Kenali datang beliau dimuliakan orang. Tempat yang menjadi laluan Tok Kenali dihamparkan dengan kain kuning, demikian juga tempat duduknya. Orang ramai datang berduyun-duyun menziarahi Tok Kenali kerana mengambil berkat keramatnya. Ada orang tertentu yang didoakan oleh Tok Kenali ternyata dikabulkan oleh Allah sebagaimana doa yang beliau ucapkan (riwayat ini didengar di Caiya (Cahaya) pada 1992).

Penglibatan Tok Kenali dalam penulisan adalah sebagai bukti beliau seperti juga ulama-ulama terkenal lainnya. Beliau ialah Ketua Pengarang majalah Pengasuh yang pertama ketika majalah itu mula-mula diterbitkan. Dari sini dapat kita buktikan bahawa majalah Pengasuh merupakan majalah Islam yang paling lama dapat bertahan di Nusantara. Majalah Pengasuh masih kekal diterbitkan hingga sekarang ini (1427 H/2006 M) oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Semua majalah Islam di Nusantara yang diterbitkan peringkat awal, bahkan termasuk yang agak terkebelakang, semuanya tidak diterbitkan lagi.

Karya-karya Tok Kenali yang ditulis dalam bentuk risalah atau kitab pula antaranya ialah Risalatud Durril Mantsur, yang selesai ditulis pada bulan Jumadil Akhir 1310 H/Disember 1892 M.

Kandungannya merupakan terjemahan dan penjelasan fadhilat Burdah Bushiri. Dicetak dalam bentuk huruf batu/litografi oleh Syeikh Abdullah Mujallid, Mekah pada Jumadilakhir 1310 H.

Karya Tok Kenali dalam bidang ilmu sharaf pula ialah Madkhal Kamil fi ‘Ilmis Sharfi, selesai penulisan pada 15 Rabiulawal 1351 H. Kandungan merupakan karya tashhih tentang ilmu sharaf.

Kemungkinan maksud daripada gurunya Syeikh Ahmad al-Fathani, iaitu karya berjudul Abniyatul Asma’ wal Af’al. Dicetak oleh Mathba’ah al-Asasiyah al-Kalantaniyah atas perbelanjaan Haji Wan Daud bin Haji Wan Sufyan.

Karya Tok Kenali dalam bidang ilmu nahu pula ialah Mulhiq li Miftahit Ta’allum fi I’rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah ‘ala Ratbih, selesai penulisan pada 29 Sya’ban 1354 H.

Membicarakan ilmu nahu merupakan huraian kitab Matn al-Ajrumiyah. Kitab ini dikumpulkan atau ditulis kembali oleh salah seorang muridnya iaitu Tuan Guru Haji Abdullah Thahir bin Ahmad, Bunut Payung. Dicetak oleh Persama Press, Pulau Pinang atas kehendak Tuan Guru Abdullah Thahir bin Ahmad bin Muhammad Zain pada 9 Safar 1356 H.

Tuan Hussein Kedah Al-Banjari.

Abu Abdullah Hussin bin Muhammad Nasir bin Muhammad Thayyib bin Mas’ud bin Qadhi Abu Su’ud bin Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari dilahirkan pada hari Ahad 20 Jumadil Awwal 1280H bersamaan 2 November 1863 di Titi Gajah, Kedah. Nama timangan sewaktu kecilnya adalah Che Megat. Gelaran Megat diperolehi kerana ayah beliau Haji Muhammad. Nasir, seorang kebanyakan telah berkahwin dengan Tengku Fathimah binti Tengku Mahmud, seorang kerabat Diraja Kubang Pasu, Darul Qiyam. Kemudiannya beliau mashyur dengan nama Tuan Guru Tuan Hussin Kedah.

Keturunan Tuan Hussin Kedah adalah berasal dari Kelompoyan Martapura Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia. Dan beliau adalah dari keturunan seorang ulama yang sangat tersohor di Nusantara iaitu Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, pengarang kitab Sabil al-Muhtadin. Sejarah kedatangan keturunan beliau ke Kedah adalah apabila datuk kepada datuknya yang bernama Qadhi Haji Abu Su’ud diceritakan bahawa beliau pulang dari Makkah untuk meneruskan perjalanannya pulang ke Banjar telah singgah di Kedah. Apabila sultan Kedah mendapat tahu kehadiran ulama Banjar ini maka baginda Sultan Kedah telah meminta kepadanya supaya tinggal di Kedah untuk menjadi guru baginda dan juga rakyat Kedah.Di Kedah Qadhi Haji Abu Su’ud al-Banjari atas kehendak Sultan Kedah telah kahwin dengan perempuan bernama Rajmah. Dari perkahwinan itu memperoleh anak dinamakan Mas’ud, iaitu moyang kepada Tuan Hussin Kedah.

Moyang kepada Tuan Hussin Kedah ini iaitu Haji Mas’ud bin Qadhi Abu Su’ud selain menjadi ulama di Kedah, beliau juga dilantik oleh Sultan Kedah, menjadi salah seorang panglima perang kerajaan Kedah ketika menentang kerajaan Thai (Siam Budha). Dan beliau gugur sebagai syahid ketika peperangan menentang Thai.Pendidikan dan Membuka Pondok.

Tuan Hussin Kedah mendapat didikan awal dari datuknya Haji Muhammad Thayyib bin Mus’ud al-Khalidi an-Naqsyabandi dipondok Titi Gajah. (Insyaallah, tulisan mengenai tokoh ini akan paparkan keblog ini nanti). Seterusnya beliau menyambung pelajarannya di di Pondok Bendang Daya, Fathani. Beliau sempat belajar dengan Tuan Guru Syaikh Haji Wan Mushthafa bin Muhammad al-Fathani (Tok Bendang Daya I) dan selanjutnya kepada anak beliau, Syaikh Abdul Qadir bin Syaikh Wan Mushthafa (Tok Bendang Daya II). Ketika di Bendang Daya dipercayai beliau bersahabat dengan Wan Ismail bin Mushthafa al-Fathani (Tok Ayah Doi – pengasas pondok Gajah Mati, Kedah) dan Tok Kelaba. Selain di Bendang Daya, Tuan Husein Kedah juga pernah belajar di Pondok Semela, pondok dimana datuknya pernah menuntut ilmu. Tuan Hussain Kedah telah merantau ke Kelantan, Terengganu, Singapura, Johor dan Perak untuk mendalami ilmu agama.

Setelah lama di perantauan mencari ilmu, beliau kembali ke Titi Gajah dengan niat untuk membantu datuknya mengajar.Memang sudah menjadi tradisi pada zaman tersebut, tidak lengkap ilmu seseorang sekiranya tidak melanjutkan pelajaran ke Mekah, yang merupakan pusat ilmu ketika itu. Maka pada tahun 1892, beliau berangkat ke Mekah bersama isterinya iaitu Wan Khadijah binti Wan Yusuf untuk mengerjakan haji dan menambahkan pengetahuan agamanya. Ketika di Mekah beliau sempat berjumpa dan berguru dengan ulama-ulama besar disana seperti Syaikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Syaikh Nawawi al-Bantani, Syaikh Umar Sumbawa, Syaikh Ahmad Umar Bali, Syaikh Ahmad Lingga, Syaikh Wan Ahmad al-Fathani dan ramai lagi.

Apabila Tuan Hussain pulang dari Mekah pada tahun 1896M, beliau meneruskan pengajarannya di pondok Titi Gajah dan pada waktu yang sama beliau ditawarkan untuk membuka pondok di kampung Alor Ganu, sebuah perkampungan yang berhampiran.

Beliau menerima tawaran tersebut dan mengajar di sana selama tiga tahun. Pada tahun 1900, beliau berpindah Bohor dan membuka pondoknya di sana. pelajar-pelajar lelaki dan perempuan di pondok Bohor berumur antara 15 hingga 60 tahun.

Terdapat dua kumpulan pondok iaitu Pondok Dalam di mana disediakan untuk orang yang sudah berkeluarga dan Pondok Luar untuk anak-anak bujang. Tuan Hussin mengendalikan pondoknya di Bohor selama 12 tahun sehingga beliau terkenal dengan panggilan “Tuan Hussain Bohor”.

Justeru itu, amatilah jasa-jasa perjuangan, kebijaksanaan, kewarakan dan kemuliaan karamah daripada Allah SWT pada 7 tokoh Melayu ini. Mengingati orang soleh mendatangkan rahmah"
____________________________

Saturday, May 7, 2016

ADAB-ADAB DAN SUNNAH-SUNNAH YANG MESTI KITA JAGA

ADAB-ADAB DAN SUNNAH-SUNNAH YANG MESTI KITA JAGA BETUL-BETUL DAN ISTIQOMAH AMALKAN SUPAYA KITA TAK NAK KERUGIAN WALAUPUN SEDIKIT DI DALAM IBADAH SEMBAHYANG YANG KITA KERJAKAN SETIAP HARI.

TIDAK KIRALAH KAMU IMAM YANG MEMIMPIN SEMBAHYANG BERJEMAAH KE ATAUPUN KAMU MAKMUM KE ATAUPUN JUGA KAMU SEMBAHYANG BERSENDIRIAN TIDAK PERGI BERJEMAAH.

SELALULAH INGAT DAN AMALKAN  PERKARA INI. JANGANLAH SAMPAI KITA MEREMEHKAN PERKARA-PERKARA INI SEHINGGA MENCACATKAN DAN MERUGIKAN AMAL IBADAH KITA DAN ORANG LAIN.

INGATLAH!! KECIL DI MATA KITA TETAPI IANYA BESAR DI SISI ALLAH TA'ALA

Jangan kita cacatkan, rugikan amal ibadah kita yang mana dalam sembahyang kita disunatkan mengangkat tangan pada 4 tempat tapi kita tak buat.

1)Tempat pertama diwaktu takbiratul ihram.

2)Pada waktu kita akan rukuk. Jangan langsung kita turun ke bawah rugi kita.

3)Angkat tangan pada masa i'tidal.

4)Kita akan angkat tangan kita diwaktu kita bangkit daripada tasyahud awal atau daripada rakaat kedua menuju rakaat ketiga.

Antara pesanan Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki Hafidzohullah lagi yang sering kali diingatkan setiap kali menyampikan tausiyah baik itu kepada imam yang memimpin solat berjemaah begitu juga kepada makmum yang lainnya. Yang mana perlu untuk kita selalu INGAT dan AMALKAN iaitu.

Setiap kali selepas sembahyang fardhu. Jangan sesekali kita lupa untuk baca WIRID yang dimulai dengan ISTIGHFAR sekurang-kurangnya 3 KALI. Setelah itu sebelum mengubah duduk iftirasy ataupun duduk tahiyat akhir kepada duduk biasa.

Jangan lupa untuk membaca " LAA ILAAHA ILLALLAAHU WAHDAHUU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU YUHYII WA YUMIITU WAHUWA ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR."

Secara SUNNAHNYA 10 KALI selepas MAGHRIB dan juga selepas SUBUH yang dengan balasannya itu adalah perlindungan, pemeliharaan, kita akan mendapat pagar, jati diri daripada godaan syaitan yang terkutuk, terelak dari diri kita daripada godaannya dan terjaga diri kita sepanjang waktu.

Kita nak balasan yang dijanjikan oleh Nabi kita dengan membaca "ALLAHUMMA AJIRNI MINAN NAAR".

Secara SUNNAHNYA sebanyak 7 KALI setiap kali SELEPAS MAGHRIB dan juga SELEPAS SUBUH maka yang saat seseorang itu meninggal dunia pada hari itu maka Allah akan bebaskan dirinya daripada Api Neraka.

Akan ditulis kebebasan dirinya daripada Api Neraka dibaca diwaktu subuh kalau dia meninggal disiang harinya. Dibaca selepas maghrib kalau dia meninggal pada malam harinya kebebasan diri daripada Api Neraka itu sudah kita dapatkan.

Kemudian ketika nak dibaca "ALLAAHUMMA ANTAS SALAAM, WA MINKAS SALAM, WA ILAYKA YA 'UDUSSALAM, FAHAIYINA RABBANA BISSALAM, WA ADKHILNAL JANNATA DAARAS SALAAM, TA BAARAKTA RABBANAA WA TA'AALAITA YAA DZALJALAALI WAL IKRAAM"

Barulah Imam dibenarkan untuk mengubah kedudukan posisi duduknya mengadap separuh badan ke kanan ataupun juga mengadap sepenuhnya badannya ke arah makmum. Manakala makmum tetap terus mengadap ke arah kiblat.

Setelah itu barulah kita membaca SURAH AL-FATIHAH dan ingatlah jangan kita MALAS, LUPA dan TAK NAK untuk membaca AYATUL KURSI setiap kali selepas sembahyang fardhu kerana kelebihannya yang besar. Ayat Kursi ini adalah TIKET kita untuk nak masuk SYURGA. Menurut riwayat hadis "Tiada apa yang dapat menghalangi orang yang membacanya untuk masuk SYURGA kecuali MATI."

Kemudian dibaca selepas itu tasbih (SUBHANALLAH 33 KALI), tahmid (ALHAMDULLILAH 33 KALI) dan takbir (ALLAHU AKBAR 33 KALI). Janganlah kita MALAS untuk nak mengira bilangan TASBIH 33 KALI TAHMID 33 KALI dan TAKBIR 33 KALI. Kalau kita ikut Imam dan imam tidak membacanya cukup bilangannya. Bererti kita sudah MENGALAMI SUATU KERUGIAN YANG SANGAT BESAR. 1 ucapan SUBHANALLAH itu lebih berat daripada DUNIA dan SEISINYA.

Jadi jangan sampai kita rugi di situ kerana kita malas untuk nak membacanya, malas untuk nak mengiranya. Jadi semuanya 99 KALI jumlahnya yang mesti kita baca setiap kali setiap selesai sembahyang fardhu kita.

Kemudian dibaca "ALLAHU AKBAR KARIIRAN WAL HAMDULILLAHI KATSIIRAN WASUBHAANALLAAHI BUKRATAN WA ASHIILAA. LAAILAAHA ILLALLAAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAH LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU YUHYI WA YUMIITU WA HUWA ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR."

Bagaimana kira-kira kalau kita tak dan membacanya? Bagaimana kira-kira kalau imam tidak memimpin kita untuk membacanya? Bererti itu merugikan kita. Rugi besar bukan setakat dengan lamborghini, bukan setakat dengan sebuah banglo, bukan hanya setakat dengan harta yang mewah tetapi dunia dengan segala isi-isinya kerugian yang menimpa kepada kita masih belum mampu membayar kerugian yang saat ketika kita tidak mengikuti pedoman sunnah yang disunnahkan oleh Baginda Rasulullah ﷺ.

Akhir sekali pesanan yang disampaikan oleh Tuan Guru Syeikh adalah mengenai ADAB BERSELAWAT ke atas Baginda Rasulullah ﷺ. Kalau boleh bila kita berselawat "ALLAHUMMA SHALLI 'ALAA MUHAMMAD".

Kita CANTIKKAN lagi SELAWAT kita dengan tambahkan Sayyidina. Jadi "ALLAHUMMA SHALLI 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD"

Mudah-mudahan selawat kita lebih sempurna, selawat kita lebih cantik, selawat kita lebih istimewa. Tidak membuat remang-remang dan samar-samar. Siapa yang kita maksudkan dengan Muhammad?
Muhammad yang siapa kita maksudkan? Nama Muhammad itu banyak tapi kalau kita kata Sayyidina itu Penghulunya kami, itu Pesuruhnya Allah, itu Kekasihnya Allah, itu adalah yang akan memberikan syafaat itu yang akan menolong, itu yang memberikan bimbingan dan panduan kepada ummat.

Jadi pada saat ketika berselawat kita bagikan selawat yang terbaik. Mudah-mudahan selawat kita kepada Nabi kita tidak membuat nama Baginda ﷺ itu jadi remang-remang dan samar-samar. Kira-kira Muhammad yang mana kita maksudkan? Kalau kita maksudkan Penghulu kita sebut Maulana sebut Sayyidina.

Perumpamaan yang mudah yang diberikan oleh Tuan Guru Syeikh adalah saat ketika kita menyebut nama orang-orang kenamaan misalnya Sultan ataupun Yang Dipertuan Agung. Adakah wajar kita memanggil mereka dengan panggilan nama mereka saja? SEBAGAI CONTOH Yang Dipertuan Agung Sultan Abdul Halim yang walaupun kita bukan orang kedah, walaupun kita bukan orang Malaysia dari Indonesia sebut Halim Halim sahaja.

Saya jumpa Halim di airport KLIA. Kurang asam kamu itu Yang Dipertuan Agung kami. Begitu kita macam mana dengan kita sampai terasa hati saat ketika ada salah seorang warga asing sebut Abdul Halim, Abdul Halim sahaja sebab Abdul Halim itu samar tapi kalau kita sebut Sultan Yang Dipertuan Agung itu yang kita bagikan.

Inikan pula Baginda Nabi ﷺ LEBIH LAYAK dengan GELARAN seperti itu yang perlu untuk dihormati yang perlu dimuliakan yang perlu diagungkan kerana yang agung sultannya, rajanya, presidentnya. Semua makhluk akan mendapatkan imbasan syafaat daripada Baginda Nabi ﷺ pada hari kiamat hatta kepada non-muslim pada orang-orang kafir tidak ada perbezaannya.

Begitu juga Para Sahabat Baginda Nabi ﷺ. Jangan sesekali kita memanggil nama Para Sahabat dengan namanya sahaja. Sebagai contoh Saidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu'Anhu. Kita panggil Abu Bakar sahaja. Siapa kita nak memanggil Para Sahabat yang mulia begitu sahaja. Tidak sopan, tidak beradab.

Jadi panggillah sebutlah dengan penuh sopan, penuh beradab dan penuh kasih sayang dengan kita menyebut di hadapannya Saidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu'Anhu dan juga Para Sahabat Radhiyallahu'Anhum Ajmain yang mulia yang lainnya.

#MutiaraKata[TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI HAFIDZOHULLAH]

JANGAN SESEKALI KITA TINGGALKAN WIRID/ZIKIR SELEPAS SOLAT FARDHU KERANA SEKIRANYA KITA MENINGGALKAN MAKA KITA PASTI AKAN RUGI BESAR SEBAB ITU KITA DITUNTUT, SANGAT DIANJURKAN UNTUK PERGI MENUNAIKAN SOLAT BERJEMAAH KERANA DENGAN BIMBINGAN IMAM DAN MAKMUM YANG LAINNYA MAKA KITA AKAN TERBIMBING DAN BERSEMANGAT UNTUK BERZIKIR KEPADA ALLAH.

TERINGAT PESANAN TUAN GURU SYEIKH NURUDDIN HAFIDZOHULLAH "KALAU SAAT KETIKA WAKTU SOLAT DAN SELEPAS SOLAT PUN KITA TAK MAMPU UNTUK NAK LUANGKAN SEDIKIT WAKTU KITA UNTUK BERZIKIR INGAT KEPADA ALLAH.

AGAK-AGAKNYA WAKTU BILAKAH KITA AKAN INGAT KEPADA ALLAH? BILA DAH DILUAR SOLAT AGAK-AGAKNYA KITA LAGI MUDAH INGAT ALLAH ATAUPUN TIDAK?"

MARI KITA MUHASABAH DIRI MASING-MASING. TAK AKAN KITA INGINKAN SETIAP HARI KITA BERLALU PERGI TANPA KITA SEMAKIN BERTAMBAH DEKAT KEPADA ALLAH TA'ALA?

ALANGKAH RUGINYA KITA INI SEANDAINYA SETIAP HARI KITA BERLALU PERGI TANPA KITA MENGINSAFI, BERMUHASABAH DIRI KITA, MEMIKIRKAN,MENGAMATI MENGENAI NIKMAT UMUR DAN MASA YANG TELAH KITA GUNAKAN SELAMA INI.

APALAH GUNANYA KITA INI SELALU DIPANDANG MULIA DI PANDANGAN MATA MANUSIA, DIKENALI RAMAI ORANG  TETAPI HAKIKATNYA KITA INI TIDAK DIPANDANG, TIDAK DIMULIAKAN OLEH ALLAH TA'ALA DAN PENDUDUK DI LANGIT.

INGATLAH SESUNGGUHNYA KEMULIAAN, PENGHORMATAN ITU ADALAH MILIK ALLAH TA'ALA. ORANG YANG MULIA DI KALANGAN KITA SEMUA ADALAH ORANG YANG PALING BERTAQWA DI SISI ALLAH TA'ALA BUKANNYA DIKENALI, DIMEGAHI, DISANJUNGI OLEH RIBUAN, RATUSAN RIBU, JUTAAN MAKHLUK YANG TIDAK BERKUASA SEPERTI KITA INI.

SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA, MEMBERIKAN KITA KEFAHAMAN DI DALAM MEMAHAMI AGAMA, DIKURNIAKAN KEPADA DIRI KITA ILMU YANG BERMANFAAT SERTA DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK KITA BERAMAL DENGAN IKHLAS DAN ISTIQOMAH SEHINGGA KITA MENDAPATKAN HUSNUL KHOTIMAH.

SEMOGA ALLAH MENJADIKAN KITA ORANG-ORANG YANG SEMAKIN BERADAB DAN BERAKHLAK, MENJADI ORANG YANG CINTA KEPADA PARA ULAMA, ORANG YANG SUKA BELAJAR ILMU, ORANG YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA

DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN. SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH  سبحانه  وتعالى KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA

#JomKitaMuhasabahDiri
#SolatHadiahTeragungIsraMikraj
#JomKitaJagaSolatKita
#JomKitaSolatBerjemaah
#JomKitaJadiKakiMasjid
#TakutlahKitaKepadaAllah
#PeringatanKebaikanBersama
#JomKitaMenangis
#PaksaMataKitaUntukMenangis
#JomKitaBeramal
#JomKitaBersihkanHatiKita
#JomKitaBertaubat
#JomKitaBanyakkanIstighfar
#JomKitaBerselawat
#JomKitaMengingatiMati
#BertaubatlahKeranaAllah
#JomKitaBetulkanNiatNiatKitaDiDalamKitaMenuntutIlmuAgama
#JomKitaMengimarahkanRumahAllahBerusahaMenjagaSolatBerjemaahDanMenghadiriMajlisIlmu
#JomKitaDekatkanDiriDenganParaUlamaDanParaSolihin
#MelihatWajahMerekaMemberikanKetenanganKepadaHatiMengingatkanKitaKepadaAllahTaala
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanKesilapanKesalahanDiDalamPenulisanTidakSamaSepertiYangAsalDisampaikan
#SemogaMendatangkanManfaatKepadaSemuaYangMembacanya