Monday, March 3, 2014

TAZKIRAH HARI INI...UTK RENUNGAN BERSAMA. ...?? 9 Adab Majlis Walimah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
TAZKIRAH HARI INI...UTK RENUNGAN BERSAMA. ...??
9 Adab Majlis Walimah

Antaranya ialah : 
1) Bertujuan untuk melaksanakan ibadat kepada Allah dan bukan utk berbangga-bangga atau menunjuk.

2) Menghindari perbuatan syirik dan khurafat. Di dalam masyarakat kita terdapat beberapa adat yang melibatkan penyekutuan terhadap Allah.

3) Mengelak daripada melakukan maksiat. Mewujudkan suasana yang yang boleh membawa kemurkaan Allah.

4) Mengundang golongan yang kurang berada. Bukanlah satu sikap yang mulia apabila tetamu yang bakal hadir dipilih dari kalangan yang kaya dan ternama sahaja. Rasulullah saw pernah bersabda: 
"Seburuk-buruk makanan adalah makanan di satu walimah, (yang) diundang kepadanya orang-orang kaya dan terhalang darinya orang-orang miskin." 
(HR : Muslim dan Baihaqi)

5) Mengelakkan ikhtilat (percampuran di antara lelaki dan perempuan). Asingkan tempat untuk tetamu lelaki dan wanita semampu mungkin.

6) Menghindarkan hiburan yang boleh merosakkan nilai ibadat. Sakinah mawaddah warahmah bukan hadir daripada alunan muzik dan lagu-lagu perkahwinan. 

7) Menghindarkan pembaziran, iaitu dengan mengadakan majlis yang melampaui kemampuan sehingga sanggup berhutang-piutang.

8) Mengelakkan perhiasan yang melampau. Sebahagian masyarakat amat gemar mengandam pengantin dan menghias rumah sehingga berlebih-lebihan. Seringkali pengantin perempuan dijadikan barang tontonan dan dipamerkan di khalayak umum. Apatah lagi jika 'Pak Andam' dan jurugambar yang digunakan adalah kaum lelaki.

9) Memberikan ucapan selamat serta mendoakan kedua mempelai serta keluarga mereka. Para hadirin jarang sekali mendoakan keberkatan apabila melihat pengantin, bahkan tidak mengetahui pun doa tersebut. 

PENCERAHAN :
Cuba bayangkan seandainya semua hadirin mendoakan pengantin sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah saw alangkah indah dan bahagianya. Antara doa yang sering diucapkan baginda kepada para pengantin: 

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَوَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
"Semoga Allah memberkatimu dan mencurahkan barakah ke atasmu dan mengumpulkan kedua-dua kamu dalam kebaikan." (HR : Ahmad & Ashabus Sunan)
Tidak lupa juga doa kepada keluarga pengantin seperti ucapan Rasulullah saw :

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُم
"Ya Allah, ampunilah mereka, dan rahmatilah mereka dan berkatilah mereka pada apa yang telah Engkau kurniakan kepada mereka (anak menantu)." (HR : Muslim)

Dari al-Hasan : Bahawasanya Aqil bin Abi Thalib menikah dengan seorang wanita dari kabilah Juisyam. Kemudian datanglah para tamu. Mereka mengucapkan, “BIRRAFA’ WAL BANIN (semoga bahagia dan ramai anak !).” Dia menjawab: “Janganlah kalian melakukannya, sebab Rasullullah saw melarangnya." Mereka bertanya : ”Lalu apa yang harus kami ucapkan wahai Abu Zaid ?”

Dia menjawab: “Ucapkanlah “BARAKALLAHU LAKUM WA BARAKA ‘ALAIKUM (SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBERKAHAN PADA KALIAN DAN SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBERKAHAN ATAS KALIAN).” Begitulah kami diperintahkan”

Bukan kata-kata lain yang biasa kita ucap dan dengarkan seperti :
“Semoga berbahagia di kehidupan baru." Mungkin saja akan ada suatu masa yang mereka tidak bahagia. Mana ada orang yang berbahagia sepanjang masa di kehidupan baru. Melainkan kehidupan barunya itu dalam syurga!

“Semoga kekal ke anak cucu.” Sampai anak cucu je ? lepas tu bercerai-berai ? Mungkin anak cucu saja ramai tak terkira tapi hati mereka tak bahagia...

“Semoga murah rezeki." Mungkin saja mereka kaya harta melimpah-limpah, tetapi dibebani keresahan dan kebakhilan. Berapa ramai orang yang kaya raya tapi tak juga tenang dan bahagia.

Pendek kata, ada sisi negatif dalam setiap ucapan mereka, tapi yang mereka LUPA adalah untuk MENDOAKAN sebenarnya !!!

KESIMPULAN :
“Semoga barakah KEPADA kamu”, adalah doa buat kebahagiaan yang bakal mereka terima buat perkara-perkara yang mereka sukai dari perkahwinan itu, dan “Semoga barakah KEATAS kamu” pula adalah doa kecekalan bila menghadapi kesusahan, kesedihan dan apa jua cabaran yang bakal mereka hadapi. Akhir sekali adalah doa semoga mereka dikumpulkan dalam KEBAIKAN selamanya...

Wallahu a'lam

Mengawal Marah

Sesungguhnya kemarahan akan  mengumpulkan segala keburukan.
Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti muka menjadi merah, urat – urat leher menegang, tubuh seakan – akan mengigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk samada mengutuk atau mengeji.
Selain itu, akibat daripada emosi marah tanpa kawalan, seseorang itu boleh bertindak memukul, menumbuk atau membunuh.
Mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain dan akhirnya mewujudkan permusuhan serta kebencian.
Emosi Marah
Walaupun emosi marah adalah sifat semula jadi kita, namun seorang muslim hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala perkara yang boleh menyebabkan kemarahan.
Ayuh kita mengamalkan tiga langkah kebijaksanaan atau tiga kaedah mengawal emosi marah supaya stabil.
Kemarahan selalunya berpunca daripada kegagalan kita mengawal emosi, emosi marah.

Pelbagai dugaan hidup akan melahirkan pelbagai emosi dalam diri kita yang kadang – kadang membuatkan emosi tidak menentu.
Mengawal emosi marah : Banyakkan Minum Air Kosong
Tiga langkah bertenang yang pertama adalah; banyakkan minum air kosong. Jika pakar kesihatan menyarankan kita supaya minum air lapan gelas sehari, seboleh mungkin capailah angka ini.
Mengapa?
Kerana air memang akan menenangkan dan menyejukkan. Syaitan dijadikan daripada api, maka siramlah api yang berada dalam badan dengan air.
Jangan lupa baca Bismillahirrahmanirrahim setiap kali hendak minum air
Selain itu, jika dapat berwudhuk adalah lebih baik.
Mohon kepada Allah agar api kemarahan yang sedang menyala di dalam diri menjadi kecil dan akhirnya terpadam. Biar terhapus emosi marah tersebut.
Mengawal emosi marah : Memakai Pewangi Setiap Masa
Kedua, amalkan memakai pewangi setiap masa.
Wangikan tubuh dan kawasan persekitaran. Kewangian akan membawa emosi marah kembali stabil manakala bau yang busuk pula boleh menyebabkan kita cepat marah.
Tanpa sebarangan wangian memanglah tiada apa – apa, tetapi jika wangi dapat merangsang diri untuk lebih tenang dan bijaksana
Mengawal Emosi Marah : Amalkan Teknik “Pause”
Pernah dengar teknik ni?
Teknik Pause ialah Diam dan berfikir.
Konsep pause adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan. Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional.
Menjadi penyabar semasa marah adalah jalan terbaik. Tetapi kadangkala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita.
Oleh itu, konsep “pause” boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional semasa marah.

Semoga Allah menjadikan kita insan yang sangat tenang dan damai sepanjang usia yang masih berbaki. Tingkatkan amal ibadat dan basahkan bibir dengan zikrullah agar hati kita menjadi lebih lembut lagi tenang.

Minum duduk.

.Mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum sambil berdiri ? Ternyata secara medik, dalam tubuh manusia terdapat penyaring Sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum blm 100% steril untuk diolah oleh tubuh. Bila kita minum smbil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer keranan tertutup. Air yang tidak disaring oleh sfringer langsung masuk ke kantung kemih, dapat menyebabkan penyakit kristal ginjal. SubhanAllah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya. Terapi air putih : 1) minum 2 gelas setelah bangun tidur dapat membersihkan organ2 internal. 2) minum segelas air, 30 minit sebelum makan dpt membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal. 3) minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah. 4) minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke dan serangan jantung. Semoga dapat ilmu bermunafaat ptg ini..

Nabi Musa du'a untuk hujan !

Pada zaman Nabi Musa AS, Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan.  Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kalimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh
debu, haus dan lapar.

Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil  athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi..
asqinaa”..

Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kamu sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kamu”.

Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, kerana engkaulah hujan tak  turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksudkan.

Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.

Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kamu oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.

Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?”

Begitulah baiknya Tuhan..kalau lah dibuka aib kita setiap kali kita melakukan dosa, tentu lah malunya manusia. Tetapi dengan rahmatNya di tutup aib bahkan sekiranya bertaubat dan Allah ampunkan dosa2 bahkan bila  taubat di terima, akan di padam segala keaiban tersebut.

KISAH UWAIS AL-QORNI

Uwais Al-Qorni seorang yang miskin dari negeri Yaman. Beliau tidak dikenali oleh penduduk-penduduk Yaman, bahkan ada yang mentertawakannya, mempermainkan hatinya menerima celaan serta turut dituduh pencuri kerana kemiskinannya. Pernah suatu hari, seorang fuqoha’ negeri Kufah datang dan duduk bersamanya dan diberikan kepada Uwais 2 helai pakaian sebagai hadiah, Uwais seraya menolaknya dengan mengatakan “Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku dari mana aku memperoleh pakaian ini? Sudah pasti mereka akan menuduh aku mencuri”.
Uwais seorang anak yatim, tinggal bersama ibunya yang telah uzur, lumpuh badannya dan beliau tidak mempunyai adik beradik. Uwais bekerja sebagai pengembala kambing, dan upahnya cukup-cukup untuk menampung dirinya dan ibunya. Jika ada wang berlebihan, beliau akan memberikan kepada tetangganya yang miskin. Uwais memeluk Islam ketika seruan Rasulullah tiba di Yaman. Apabila seruan Islam tiba di Yaman, beliau terus memeluknya kerana Uwais sangat merindukan datangnya kebenaran. Banyak tetangganya yang memeluk Islam pergi ke Madinah untuk mendengar ajaran Nabi Muhammad s.a.w secara langsung. Sekembalinya dari Yaman, mereka akan memperbaharui keluarga mereka dengan cara hidup Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat tetangganya tiba daripada Madinah, mereka telah bertemu kekasih Allah, penghulu para nabi, sedangkan Uwais masih belum berkesempatan. Kecintaannya pada Rasulullah sangat dalam untuk menemui baginda tetapi apakan daya, dirinya belum mempunyai bekal yang cukup. Dirinya juga perlu menjaga dan merawat ibunya yang uzur serta lumpuh. Hari berganti hari, rindunya pada Rasulullah tidak dapat dibendung lagi. Uwais merenungkan dalam diri dan bertanya pada hatinya “Bilakah dia dapat bertemu dengan Nabi nya dan memandang wajah baginda dengan dekat?”..
Akhirnya pada suatu hari, Uwais menemui ibunya dan menyatakan hasratnya untuk bertemu Rasulullah s.a.w. . Ibunya terharu dan sangat memahami hati nurani anaknya yang bercita-cita menemui Rasulullah. Ibunya berkata “Pergilah wahai anakku, temui Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”. Dengan rasa gembira, segeralah Uwais berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa menyediakan keperluan ibunya sepanjang perninggalannya dan memohon tetangganya agar dapat menemani ibunya sepanjang beliau pergi. Keadaan gurun padang pasir yang panas di siangnya dan dingin dimalamnya, serta dirinya terdedah kepada penyamun tidak melemahnya semangat Uwais untuk melihat wajah Rasulullah di Madinah sepuas-puasnya. Jarak Yaman dan Madinah kira-kira 400km.
Akhirya tibalah Uwais di Madinah. Segera beliau menuju ke rumah Nabi s.a.w, diketuknya pintu dan memberi salam. Keluarlah sayyidatina Aisyah r.a., sambil menjawab salam Uwais. Uwais menanyakan nabi yang ingin dijumpainya. Namun baginda s.a.w tiada dan berada di medan peperangan.
Didalam hatinya tetap ingin menunggu kepulangan Nabi s.a.w . Beliau menunggu di hadapan rumah Nabi. Dari pagi hingga ke tengah hari, dari tengah hari hingga hampir petang. Di saat menunggu itu, terngiang- ngiang di telinga Uwais pesan ibunya yang uzur agar segera pulang ke Yaman setelah berjumpa Nabi s.a.w. Didalam hatinya berbelah bagi, adakah ingin terus menunggu nabi atau pulang kerumah. Sangat jauh perjalanan Yaman ke Madinah… Akhirnya kerana ketaatan Uwais kepada ibunya, Uwais memaklumkan kepada sayyidatina Aisyah r.a untuk pergi kerana beliau perlu segera pulang ke Yaman. Uwais menitipkan salamnya kepada Rasulullah s.a.w melalui Aisyah dan melangkah pulang dengan perasaan yang haru..
Sepulangnya baginda s.a.w dari medan peperangan, segera baginda menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi s.a.w menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit. Mendengar perkataan baginda, sayyidatina Aisyah dan para sahabatnya terpegun. Menurut Aisyah, memang benar ada orang mencari Nabi sepeninggalan Nabi. Beliau terpaksa segera pulang ke Yaman kerana ibunya sudah tua, uzur dan tidak dapat meninggalkan ibunya dengan masa yang lama.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah tapak tangannya.” Kemudian baginda memandang kearah sayyidina Ali dan sayyidina Umar dan bersabda, “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengannya, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langi dan bukan penghuni bumi”.
Tahun terus berlalu dan Nabi s.a.w pun wafat. Sehinggalah saat Khalifah Umar Al Khattab, beliau teringat akan sabda Nabi s.a.w berkenaan Uwais al-Qarni. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap kali terdapat kafilah dagang dari Yaman, mereka akan bertanya perihal Uwais al-Qarni. Bagi penduduk Yaman, Uwais seorang yang tidak terkenal, bahkan hanya dikenali seorang yang miskin. Kafilah-kafilah itu berasa hairan, apa sebenarnya terjadi sehingga Uwais dicari oleh Khalifah. Hari berganti hari, rombongan kafilah dagang silih berganti. Melihat kafilah dari Yaman, sayyidina Umar dan Ali mendatangi mereka dan menanyakan adakah Uwais al-Qarni turut serta didalam kafilah tersebut. Rombongan itu memaklumkan bahawa ada seorang bernama Uwais sedang menjaga unta-unta di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, segera mereka berdua bergegas tempat Uwais berada. Sesampainya di sana, mereka berdua memberi salam. Namun Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam mereka sambil bersalaman. Sewaktu bersalaman, segera Khalifah Umar membalikkan tangan Uwais untuk membuktikan tanda putih yang berada di telapak tangannya.
Benar seperti sabda Nabi s.a.w !, dialah penghuni langit. Dan ditanya oleh khalifah, siapakah nama saudara? Uwais menjawab “Abdullah”. Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan “kami juga Abdullah, yakni hamba Allah”. Tetapi siapakah nama kamu yang sebenarnya? Uwais kemudian berkata, “Nama saya Uwais al-Qarni”. Melalui perbicaraan mereka, tahulah bahawa ibu Uwais telah meninggal dunia. Sebab itulah Uwais dapat menyertai rombongan kafilah dagang saat itu.
Kemudian Khalifah Umar dan Ali memohon agar Uwais berkenan untuk mendoakan mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, ” Sayalah sepatutnya meminta doa daripada kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata, “Kami datang kesini adalah untuk memohon doa dan istighfar daripada anda”. Kerana desakan kedua sahabat Nabi ini, Uwais akhirnya mengangkat kedua tangannya serta berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu khalifah Umar berjanji akan menyumbangkan wang negara daripada baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata ” Hamba mohon agar hari ini sahaja hamba dikenali orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.
Sehingga saat itu, nama Uwais tenggelam. Beliau tidak dikenali. Namun terdapat banyak riwayat yang menceritakan perihal Uwais al-Qarni. Sehinggalah saat meninggalnya Uwais, terjadi perkara yang menghairankan. Kelihatan ramai orang yang tidak dikenali datang menguruskan jenazah Uwais. Sehinggalah menggali kuburnya, segalanya telah disiapkan oleh mereka yang tidak dikenali. Penduduk Yaman tercengang, ” Siapakah engkau wahai Uwais? Uwais yang kami kenali hanyalah seorang yang fakir, pengembala kambing dan unta, tetapi pada hari wafatmu, kamu telah menggemparkan penduduk Yaman dengan dipenuhi kehadiran orang-orang yang kami tidak kenali”.
Benarlah sabda Rasulullah s.a.w, bahawa Uwais al-Qarni adalah penghuni langit, bukan penghuni dunia..beliau tidak terkenal didunia tetapi sangat dikenali penghuni langit (malaikat)…
Maha Suci Allah…begitulah sahabat-sahabat, sekalipun kita langsung tidak dikenali oleh penduduk dunia, biarlah diri kita dikenali oleh penduduk langit sebagai seorang yang hebat dan tinggi taqwanya….
Wallahualam….

TAZKIRAH HARI INI... Ilmu Hadis ?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
TAZKIRAH HARI INI...
Ilmu Hadis ?

Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bila timbul isu anti hadis, maka timbullah minat masyarakat untuk mengetahui ilmu tentang hadis. Mamahami ilmu hadis, membolehkan kita beramal dengan hadis yang sahih, menolak tuduhan golongan anti hadis dan dapat mengetahui unsur-unsur israilliat dalam pentafsiran Al-Quran.

Apakah pengertian Hadis? Hadis ialah perkataan, perbuatan, perkhabaran, taqrir dan sifat yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Diantara fungsi hadis ialah mengukuhkan hukum yang telah ditentukan di dalam Al-Quran, mentafsir ayat Al-Quran yang mujmal, mentaqyidkan ayat Al-Quran yang mutlak, mentakhsiskan ayat Al-Quran yang umum dan menetapkan hukum yang tiada dalam Al-Quran. Terdapat begitu banyak pembahagian hadis dan jenis-jenisnya, antaranya ;

1. Apakah makna Hadis Qudsi ? Ialah sesuatu yang dikhabarkan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w melalui ilham atau mimpi kemudian baginda menyampaikan dengan menggunakan perkataan baginda sendiri. Contoh :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ” قَالَ اللَّهُ: أَنْفِقْ يَا ابْنَ آدَمَ، أُنْفِقْ عَلَيْكَ
Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, “Allah SWT berfirman, berinfaklah wahai anak adam, (jika kamu berbuat demikian) Aku memberi infak kepada kalian."
(HR : Bukhari dan Muslim)

2. Hadis Mutawatir ialah hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh ramai sahabat. Diantara syarat-syarat Hadis Mutawatir ialah diriwayatkan oleh perawi yang ramai yang mencapai satu tahap mustahil untuk mendustakan hadis Rasullah s.a.w. Jumlah perawi seimbang pada setiap peringkat dan hadis diterima melalui pendengaran dan penglihatan. Maka, kita wajib beriman dengan Hadis Mutawatir dan menolaknya adalah jatuh kafir @ kufur.

3. Hadis Ahad pula ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau dua orang atau lebih yang tidak memenuhi syarat-syarat Hadis Mutawatir. Hukum beramal dengan Hadis Ahad ialah wajib beramal dan berhujah pada setiap Hadis Ahad tetapi tidak kufur sesiapa yang menolaknya.

4. Masih ada lagi jenis hadis seperti Hadis Aziz, Hadis Gharib dan Hadis Masyhur. Hadis Aziz ialah suatu hadis yang diriwayatkan oleh dua orang perawi pada setiap peringkat manakala Hadis Gharib ialah suatu hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi pada mana-mana peringkat sanad. Hadis Mashyur pula ialah hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi @ lebih pada setiap peringkat tetapi tidak sampai had dan tahap Hadis Mutawatir.

5. Bagaimana pula dengan Hadis Sahih, Hadis Hasan dan Hadis Dhaif ? Hadis menjadi Hadis Sahih sekiranya menepati syarat Hadis Sahih seperti perawi bersifat adil, bersambung sanad, tiada syaz, tiada I’llah dan bersifat dhabit (kuat ingatan). Sekiranya kurang satu daripada syarat-syarat di atas jatuhlah dia sebagai Hadis Hasan. Walaubagaimanapun, kedua-dua martabat hadis ini wajib beriman dengannya dan hadis ini boleh dijadikan hujah. Sifat perawi yang adil adalah islam, baligh, berakal, tidak fasik dan tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah diri. 

6. Hadis Dhaif pula merupakan hadis yang lemah. Walaupun begitu, kita dibolehkan untuk beramal dengan Hadis Dhoiif tetapi hadis ini tidak boleh dijadikan hujah. Cara untuk beramal dengan Hadis Dhaif ialah hadis itu mestilah berkaitan dengan fadhailul amal (fadhilat beramal) sahaja, faktor kedhaifan bersifat sederhana dan mafhum Hadis Dhaif ada pada nas-nas syara' yang sahih.

7. Hadis Maudhu’ ialah hadis palsu, apa-apa yang direka dan disandarkan kepada Nabi saw atau selainnya dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat baginda tetapi secara dusta.

KESIMPULAN : 
Sekurang-kurangnya selepas ini, apabila disebut hadis kita tahu serba sedikit. Bukan semestinya kita wajib ingat semuanya, memahami sudah memadai sebagai seorang yang mengaku dan disahkan Islam dalam IC !

Wallahu a'lam
Semoga mendapat munafaat