Sunday, October 25, 2009

Adakah selamat orang yang berserah diri kepada ALLAH...?




"Adakah selamat (sentosa) seseorang yang berserah diri kepada ALLAH walhal negeri ini sudah menjadi negeri mahinat (Fitnah)?"


 "Allah's Apostle said, 'The evil eye is a fact,' and he forbade tattooing." 

The Hadith, or sayings of the Prophet Muhammed, which also contain several other anecdotes suggests that tattoos are forbidden in Islam.  

Gambar ini melambangkan keadaan zaman kita sekarang...Astaghfirullah!


Dalam keadaan dunia kita ini yang penuh dengan fitnah dan dengki, boleh kah diri kita ini terselamat?....Ustaz memberi misal, bila orang berjalan atas air, adakah kaki dia tidak basah?...sudah tentu kena air bukan?...kalau tidak semua pun, sudah tentu kena percikan nye walau pun ia pakai selipar....dalam keadaan dunia kita ini yang di penuhi dengan fitnah, tidak selamat seseorang walaupun dia tidak terlibat!

Maka dengan itu , sentiasa beringat bahawa kuasa segala nya ialah milik NYA...kerja  dan tugas kita adalah BUAT dan kerja ALLAH ialah KEPUTUSAN!

Kerana barang apa yang ALLAH kehendaki maka ia akan lulus dan barang apa yang DIA tidak kehendaki tidak akan ia terjadi!

Dalam pada itu hamba hamba NYA adalah wajib berusaha sahaja dan kemudian berserah kepada ALLAH swt atas keputusan atau outcome usaha itu. Bila kita bertafwid (berserah) maka kita akan faham bahawa ursuan dunia yang kita sentiasa menghabiskan masa kita itu untuk cuba menentukan keputusan nye, sebenar nya adalah membuang masa saja kerana ALLAH saja yang mengetahui akhir nye, tetapi kerja kita dengan urusan ALLAH, akan dapat membantu kita dengan lebih baik lagi keputsuan nye, di DUNIA dan AKHIRAT., InsyaALLAH!



"BAGI KAMU...AMAL , BAGI ALLAH....KEPUTUSAN"- kata pak sheikh

Dalam bab memberi nafkah kepada isteri, ustaz menyebut

"berikan keluasan daripada keluasan" - di mana maksud PAK SHEIKH adalah jangan melampaui kemampuan mu untuk memberi nafkah kerana ALLAH tidak menetapkan nisbah nye., seribu ke , dua ribu ke atau beberapa jumlah benda dan barang....tetapi hanya berikan daripada keluasan yang anda ade...iaitu kemampuan yang ade.

Cari pasang yang faham tentang ni juga dan jangan tertipu dengan cinta!

"...ramai yang korbankan akhirat kerana cinta..." - Pak Shiekh, maka dengan ini tergadai lah hidup akhirat mereka kerana hendakan dunia.

"...orang yang rasa tidak cukup, maka ALLAH akan tidak mencukupkan ia, lalu melalaikan ia..."

Sesungguhnya ALLAH tidak akan menyuruh hamba NYA mengikuti RASUL NYA sekiranya RASUL itu tidak benar! Sesungguhnya ALLAH amat mengetahui dan MAHA Benar - (AL HAQ)


Ustaz berpesan supaya kita kaji diri kita bila kita di timpa musibah atau kecelakaan dan cuba hisab diri , fikirkan dari manakah akibat perbuatan kita yang boleh mungkin mengundang musibah itu.

Ustaz mengajak kita kekal dengan "wirid", ini bukan bermaksud wirid zikir sahaja,, bagi Ustaz sendiri, wirid dia ialah, memimpin pengajian di JENDERAM, di An Nuriah, dan Taufiqiyah. Kalau dulu, wirid nye termasuk di AT TAQWA, di TTDI tapi kerana orang yang mengajak nye ke sana, iaitu Arwah Hajjah Asiah sudah tidak ada dan kemudian Hjh RAUYAH pula pengganti nye sambung mengajak tetapi beliau pula pergi ke luar negara, maka putus lah wirid Ustaz di masjid sana!

Bagi kita yang datang mengaji, tetapkan wirid kita ini, kalau hari AHAD pagi kita tetapkan sebagai  hari pengajian, maka setiap bagi Ahad lah kita berwirid dengan pengajian di Jenderam....jangan putus!

Ini serupa lah dengan istiqamah dalam pengajian dan ibadah kita.

Kita kena susun hubungan kita dengan ALLAH swt dan itulah yang lebih baik dan lebih penting dari menyusun hidup kita atas keliling urusan dunia tanpa lansung menyimpan waktu untuk hubungan dengan ALLAH dan akhirat.

Dalam hal kahwin untuk anak anak kita, adalah lebih baik sekiranya kita kenali riwayat pasangan bakal menantu kita kerana tidak tentu apa yang tersimpan didalam riwayat nye yang boleh mungkin merosakan anak kita atau boleh melalaikan anak kita yang telah lama kita jaga.

Kata Ustaz, tak tentu lagi jika bapa nye seorang yang memakai serban dan kopiah maka anak nye juga boleh di anggap terperlihara. Sebenarnya, dalam keadaan begitu lebih banyak yang ada, anak anak nye rambut BECKHAM dan bersifat duniawi yang merosakan...USTAZ terpandang pada penulis ini sebagai peringatan!!!

Ustaz mengajak kita supaya jangan keluar dari daerah atau aurad kita...jangan kita tinggalkan benda yang selama ini mendekatkan kita dengan ALLAH. Walau bagaimana susah pun keadaan nye dan macamana susah rintangan nye pun atau pedas dengan cemuhan manusia pun, kita kena terima itu semua asalkan kita tidak keluar dari "daerah" kita. ALLAH akan membantu kita bila kita sabar!, InsyaALLAH!

"Ulama' yang keluar dari daerah nye sering di hina" - Pak Sheikh.

Maksud nya ialah kalau ulama itu biasa dengan kain pelikat dan baju melayu nye tiba tiba memakai seluar yankee dan t-shirt maka ini lah yang di katakan "keluar daerah" lazim nye dan akan tentu mengundang kehinaan.

Bila berlaku ini , maka martabat akan hilang dan di tanggal tawfid dan tiada kebaikan kalau ia berlaku.

"Tidak di namakan TAWFID melainkan dia menjaga nye dan ia sendiri di jaga!" - Pak Shiekh

Dalam satu cerita, Pak sheikh meriwayatkan bahawa IMAM NAWAWI, pernah menziarah maqaam RASULLULAH tapi bila hampiri maqaam tersebut, hanya dari beberapa jarak dan di belakang tiang sahaja lambaian salaamnye. Walaupun di jemput untuk dekat lagi kerana ada tempat untuk nye tetapi, beliau menolak kerana merasa segan akan dirinye sendiri dengan kehebatan RASULULLAH...ini lah yang setinggi tinggi adab kehormatan yang di beri kepada seorang yang Mulia dan patut di contohi kepada Guru Guru kita. Tetapi kita pulak pada zaman fitnah ini langsung tidak endah dengan adab ini

Jangan tukar wirid kalau ia sudah sebati dengan kita kerana ini zaman FITNAH! Takut takut ALLAH tidak memberi kita tafwid dalam sesaat pun dan terjatuh kita kepada binasa.


Inilah pesan pesanan untuk yang beringat....

No comments:

Post a Comment