Sunday, October 18, 2009

Tidak Takut pada hukum!

Pak Sheikh berpesan dengan tegas tentang kelalaian ramai dari masyarakat tentang hilang perasaan takut dengan hukum hukum ...ini perihal kian banyak nya kes kes jenayah yang berleluasa...mencuri, merompak, merogol dan segala nya...termasuk lah aktiviti jenayah yang membabitkan penganyaian terhadap kaum yang lemah, tua atau muda...bahkan tidak takut mereka kepada pihak berkuasa...POLIS!

Tidak ada perasan gentar langsung dengan hukum hukum dunia ... bagaimana mereka akan takut dengan hukum hukum ALLAH! sudah tentu tidak kisah langsung!

***

Adalah salah bila kita beranggapan urusan agama ini membawa beban kepada kita...solat itu beban! atau puasa itu beban? membayar zakat itu beban!...walhal menghadirikan diri ke majlis majlis agama, maulidur rasul, majlis hol, majlis du'a selamat dan pengajian agama pun mereka merasa ianya  satu beban!...banyakkan istighfar jika ada di dalam hati perasan ini...

"kalian yang ada hari ini pun pasti rasa kadang kadang malas nak pengaji!...Betul???"

Tetapi sebalik segala suruhan ALLAH terhadap hamba nye ada makna dan hikmah nye...ade sebab sebab tertentu kenapa puasa itu perlu, solat itu perlu, pembahagian fara'id sedemikian itu perlu...ALLAH MAHA mengetahui!...tugas kita dan ibadah kita hanya mengikuti nya dengan penuh sabar.

Pak Sheikh kata Imam Ghazali didalam pengajaran nya ada menyentuh tentang "TIME MANAGEMENT"...satu pertiga masa kita untuk rihat, satu pertiga masa kita untuk mencari rezeki dan satu pertiga dari masa kita untuk mencari ilmu dan mengeratkan hubungan dengan ALLAH!...satu hari ade 24 jam...8 jam - 8 jam - 8jam...dalam setiap lapan jam itu mesti lah  di penuhi dengan baik...quality time!

Menunggu dan menghabiskan masa di shopping mall tidak melalakan???
Borak borak kosong di kedai kopi tidak melalaikan???
Sure Heboh, Jom Heboh itu semua tidak melalaikan???....bertanya pak sheikh

Beliau sentuh tentang antara kita yang meletakan "low priority" perihal 1 pertiga yang akhir...iaitu pengajian agama atau mencari ilmu akhirat...kebanyakan nya selalu melebihkan 1 pertiga mencari rezeki itu dan selalu sangat termakan waktu 1 pertiga untuk agama dan hubungan dengan Illahi...ini adalah satu permulaan kehancuran hidup...tegas Pak Sheikh


Walaupun kita akan berjaya dalam hidup dunia dan kerjaya akibat kita berbuat demikian tetapi kehancuran hidup tetap akan datang bila kita tidak endahkan lagi waktu untuk agama!!! Kita sering membesarkan kerjaya dengan teramat menghormati ahli ahli keluarga kerjaya kita (boss boss) tetapi lalai menghormati ahli ahli keluarga agama kita...(dan ahli ahli keluarga kita yang bertanggungjawab terhadap kita)....penulis ini amat terasa bila Ustaz sebut ini.

Kata beliau "jangan terlampau bangga dengan kejayaan dunia, kereta besar, gaji lumayan, baju cantik, barang barang berharga...bila kita tahu yang sebenarnya 1 pertiga yang akhir itu langsung kita tidak endahkan!"...."Jangan terlalu rilek memikirkan yang kita buat sikit sikit cukup le!"...Dengan tegas Pak Sheikh mengingati kita!

Ingat!...bencana alam semakin banyak merosakan dan ramai yang mati...dalam keadaan ape kita nanti jikalau ianya berlaku terhadap kita?

"Bila kita tidak mahu menerima ataupun menolak HUKUM HUKUM ALLAH....maka bersabarlah menerima balasan bala Nya nanti!..."Astaghfirrullah...

****

Sekarang ramai yang bermegah megah dengan majlis kerja kahwin yang berbelanja besar besar!....akhirnya tak sampai setahun dua...pengantin berCERAI!

Mereka sering merebut kehormatan (atau respect) dengan "membeli"nye... iaitu berbelanja besar supaya kawan kawan dan saudara mara boleh tengok kehebatan nya...!!! konon hebat la tu!...rumah besar!, belanja besar!...tapi tak de berakat!...cerai berai, anak anak tak terjaga, tak hormat, tak tau hukum...suami isteri tidak tahu tanggungjawab....liefstyle ala hollywood!...suami dengan girlfriend dan isteri dengan boyfriend....inilah kehancuran nye bila 1 pertiga tidak di peruntukan untuk hubungan dengan ALLAH!

(Pak sheikh kata-"Respect must be earned and not bought!")

Pak Sheik berpesan agar kita beringat dalam hal hal seperti ini...majlis kahwin jangan sampai MEMBAZIR!!...jaga hukum dan barakah lebih mustahak dari kemegahan ahli dunya!

No comments:

Post a Comment