Thursday, April 10, 2014

Nota Pengajian

Sedikit perkongsian dari Sahabat yg ke Kuliah Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid di masjid Al-Ansar (9/4/2014)

Antara orang miskin sabar dan orang kaya yang bersyukur mana lagi tinggi darjatnya ?

orang  miskin yang bersabar itu lagi tinggi darjatnya berbanding orang kaya yang bersyukur kerana ujian kemiskinan itu terlalu lah hebat

Rasulullah diberi pilihan oleh Allah untuk menjadi kaya tanpa mengurangkan sedikit pun darjatnya namun dipilih untuk menjadi miskin . al baithar fi mekah Allah hendak memberi kekayaan sebesar sebuah kampung masih ditolak oleh Rasulullah

ingatlah wahai orang yang tidak mempunyai harta bahawa tika engkau dilanda musibah manusia paling dekat denganmu adalah Rasulullah saw

kata s.umar al khattab kalau miskin itu ada berbentuk fizikal akan aku pancung kepalanya kerana miskin itu ujiannya terlalu hebat

ada yang sanggup murtad
ada yang hilang maruah
ada yang sanggup membunuh

dan tanamlah dalam diri dengan sifat qanaah iaitu sifat yang mencukupi apa yang diberi oleh Allah kerana ia sifat yang mulia dan paling mulia sifat itu ada pada junjungan kita Rasulullah saw

No comments:

Post a Comment