Thursday, April 10, 2014

SIBUK VS CEMBURU

Assalamualaikum,

SIBUK VS CEMBURU

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:

🌷🍀🌹Allah akan SIBUKKAN KITA dengan urusan dunia

***Allah akan sibukkan kita dengan kerja  yang SIA2 (karaoke nightclub berpoya2???)

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambah harta

***Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa

😎😂Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan👋

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

Kerana TUJUAN KITA DICIPTA ALLAH  adalah untuk  MENYEMBAH NYA dan beribadat kepada NYA tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia.

Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT

***Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat dan harta

***Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain ada rumah besar dan kereta baru yang mewah .........
  
🌿🌺🌿TETAPI !!!

***Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ILMU orang lain lebih daripada kita

***Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak AMALAN daripada kita

***Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun di sepertiga malam solat tahajud dan bermunajat

***Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan 2 kali

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segalanya.

Alam DUNIA hanya Sementara alam AKHIRAT KEKAL ABADI

oleh itu TiNgkatkan ILMU AGAMA banyakkn AMALAN !!!!

🌺🍀⭐PERINGATAN UNTUK DIRI INI YANG SELALU TERLUPA dan untuk ANDA JUGA

No comments:

Post a Comment