Sunday, May 31, 2015

ZIKIR SAMBIL MENARI DAN MENGUCUP TANGAN & KAKI ORANG SOLEH: SUATU PENJELASAN ILMIAH

Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-‘Imran ayat 191).

Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya. Allamah al-Alusi (rah) dalam tafsirnya mengatakan bahawa ayat ini dijelaskan dengan sebuah riwayat oleh Ibnu Umar, Abdullah bin Zubair dan lain-lain bahawa suatu hari mereka keluar ketempat solat raya. Sampai disana mereka mula berzikir kepada Alah, tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata "Bukankah Allah berfirman 'dan mereka mengingati Allah ketika berdiri dan duduk...". Maka mereka semua bangkit dari tempat duduk masing-masing dan mula berzikir dengan berdiri untuk mengambil berkat dengan mengamalkan ayat al-Quran tersebut.

Sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dan al-Hafiz al-Maqdisi dengan rijal sahih, daripada hadis Anas Radiallahu Ta’ala Anhu telah berkata ; Adalah orang Habsyah menari di hadapan Rasulullah SAW dan sambil mereka berkata "Muhammad hamba yang soleh".

Bertanya Rasulullah SAW: Apa yang mereka katakan? maka dikatakan kepada Rasulullah sesungguhnya mereka berkata "Muhammad hamba yang soleh".

Ketikamana Rasulullah SAW melihat mereka dalam keadaan itu Nabi SAW tidak mengingkari mereka dan membenarkan perkara tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan hadis taqriri atau sunnah taqririyyah sepertimana diistilahkan oleh ulamak hadis seperti Al-Imam Nawawi dan dinaqalkan oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani R.A.;

ما أضيف إلى النبي صلى الله عليه وسلم من قول أو فعل أو تقرير

Apa yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada perkataan atau perbuatan atau pengakuan

Latar belakang kepada hadis diatas seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari(949), Muslim(2062), Ibnu Hibban (5870) ialah orang-orang Habsyah mengadakan persembahan tarian kebudayaan mereka didalam masjid Nabawi sambil mendendangkan qasidah memuji Rasulullah SAW "Muhammad hamba yang soleh". Mereka saling bermain lemparan tombak dalam persembahan tarian tersebut. Saidatina Aishah RA ingin sekali melihat persembahan tersebut maka Rasulullah SAW telah mengangkat Saidatina Aishah diatas bahunya supaya S.Aishah dapat melihat dari jauh lantaran ramai para sahabat lelaki dihadapan yang menyaksikan sama persembahan tersebut.

Sesuatu yang Nabi tidak larang maka ia kekal HARUS kerana jika ia sesuatu yang mungkar pasti Nabi akan melarangnya kerana Nabi SAW tidak akan redha dengan maksiat dan kemungkaran yang dilakukan oleh umat baginda dan inilah sebab Nabi dan Rasul diutuskan untuk menjelaskan apa yang betul dan apa yang salah di sisi syara’.

Hadis di atas menjadi dalil di atas keharusan berzikir dan memuji Rasulullah SAW dalam keadaan menari dan mengerakkan tubuh. Berzikir dalam keadaan menari atau menggerakkan tubuh tidak termasuk daripada tarian yang haram kerana ada dalil yang membenarkannya. Bahkan ia HARUS kerana boleh mencergaskan badan dan boleh membantu untuk menghadirkan hati mengingati Allah.

Oleh itu, niat dan tujuannya betul kerana kaedah menyebut 
الأمور بمقاصدها 
“setiap perkara itu mengikut tujuannya” Adapun jika niat dan tujuannya baik tetapi caranya diharamkan oleh Allah maka ia tetap haram tetapi dalam masalah ini ada nas yang membenarkan zikir sambil menggerakkan badan dan menari seperti yang telah dinyatakan di atas dan tujuannya juga baik maka ia kekal sebagai HARUS di sisi syara’.

Sebuah hadis sahih yang dilaporkan oleh Ahmad(3/68) dan al-Hakim(1/499) bahawa Saidatina Aishah RA mengatakan Rasulullah SAW bersabda "Hendaklah kamu berzikir sehingga manusia menyangka kamu gila".

Dalam hadis yang lain beliau mengatakan bahawa "Rasulullah SAW sentiasa berzikir kepada Allah setiap masa dan keadaan".

Mufti As-Saadah As-Syafiiyyah di Makkah, Al-Allamah Al-Kabir Ahmad Zaini Dahlan Rahimahullah menyebut di dalam kitabnya yang masyhur iaitu As-Sirah An-Nabawiyyah wal Aasar Al-Muhammadiyyah hadis yang dirawayatkan oleh Imam Bukhari di dalam sahihnya pada (كتاب الصلح ) : Selepas pembukaan Khaibar telah kembali daripada Habsyah Ja’far Bin Abi Tolib R.A dan bersamanya daripada kalangan muslimin. Bilangan mereka 16 orang lelaki dan Nabi SAW menemui Ja’faar dan mengucup dahinya dan memeluknya.

Rasulullah berdiri kepada Sofwan bin Umayyah dan ‘ Udayy bin Hatim Radiallahu ‘Anhuma dan Rasulullah SAW bersabda : Aku tidak tahu dengan dua sebab aku gembira samada sebab fathu khaibar ataupun dengan kepulangan Ja’faar? Dan bersabada Nabi SAW kepada Ja’faar : Kamu menyerupai kejadianku dan akhlakku. Maka Ja’far menari dengan kelazatan perkataan Nabi SAW kepadanya. Nabi tidak mengingkari perbuatan menari-nari Ja’afar Bin Abi Tolib itu.

Inilah yang menjadi dalil asas kepada golongan sufi ketikamana mereka mendapat kelazatan wijdan(keghairahan kerohanian) di dalam majlis zikir dan mereka menari-nari dengan asbab wijdan yang dicampakkan ke dalam hati-hati mereka ketika mengingati Allah.

Perasaan seronok dan lazat berzikir itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT.

Saidina Ali menyifatkan sahabat-sahabat Rasulullah SAW tika brzikir.Katanya:
"Maka apabila datang waktu pagi maka mereka (sahabat Rasulullah SAW) berzikir pd Allah SWT bergoyanglah tubuh mereka seperti bergoyangnya pokok yang ditiup angin dan brhamburan air mata mereka hingga basah pakaian mereka"
(Imam Ibnu Kathir dalam Kitab Bidayah Wan Nihayah dan Syeikh Yusuf Kandahlawi dalam Hayatus Sahabah)

Telah sah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.

Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari-menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.

Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.

Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”

Kata Syeikh Ahmad al-Burrulisi ('Umairah) rahimahullah [w.957 H]:

قَوْلُ الْمَتْنِ: (لَا الرَّقْصُ) قَالَ ابْنُ أَبِي الدَّمِ لَوْ رَفَعَ رِجْلًا وَقَعَدَ عَلَى الْأُخْرَى فَرَحًا بِنِعْمَةِ اللَّهِ تَعَالَى عَلَيْهِ إذَا هَاجَ بِهِ شَيْءٌ أَخْرَجَهُ وَأَزْعَجَهُ عَنْ مَكَانَهُ، فَوَثَبَ مِرَارًا مِنْ غَيْرِ مُرَاعَاةِ تَزَيُّنٍ فَلَا بَأْسَ بِهِ.
Maksudnya "Lafaz dari teks (Tidak Haram juga Tarian الرقص) kata Ibnu Abi ad-Dam: Jika seseorang mengangkat sebelah kaki dan duduk atas kaki yang sebelah lagi kerana gembira dengan nikmat ALLAH Ta'ala ketika mana datang sesuatu yang mengujakannya sehingga mengeluarkan dia dari kedudukan asalnya lalu dia melompat berkali-kali tanpa meraikan bentuk gerakan tertentu maka tidak mengapa". (Hasyiah Qalyubi)

Kata al-Imam al-Nawawi rahimahullah dalam al-Raudah (11/229):

وَالرَّقْصُ لَيْسَ بِحَرَامٍ.
Maksudnya: "dan الرقص menari tidaklah haram".

Mungkin ada yang menganggap berzikir dengan menari adalah suatu yang pelik. Namun perlu diketahui bahawa bukan semua pelik itu salah. Pelik atau tidak bukan persoalannya. Persoalannya boleh atau tidak? Ia perlu dikembalikan kepada kaedah dan usul feqah.

Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah yang mengharamkannya, berbaliklah kepada hukum feqah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”

Walhasil, amalan berzikir sambil menari itu sendiri tidak diharamkan kecuali jika ada unsur dari luar yang boleh menyebabkan ia tidak dibenarkan seperti percampuran lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan sebagainya.

Pelik pada pandangan kita kerana kejahilan kita terhadapnya bukan kerana ia sesuatu yang salah. Pelik tidak dijadikan kaedah hukum untuk menyatakan sesuatu itu haram atau tidak. Bila ada nas yang membenarkan walaupun macamana pelik sekalipun kita harus akur.

MENCIUM ANGGOTA TUBUH ORANG SOLEH

Sebenarnya amalan ini telah ada sejak zaman Rasulullah SAW, perhatikan hadis dibawah ;

Daripada Buraidah رضي الله عنه :
“Sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada Nabi صلى الله عليه وسلم lantas mencium tangan dan kaki Baginda صلى الله عليه وسلم”.

(Rujuk Kitab Al-Mustadrak oleh diriwayatkan oleh Imam Al-Hakim)

Juga daripada Safwan رضي الله عنه mengkhabarkan tentang kisah dua orang Yahudi yang bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم berkenaan 9 ayat keterangan, maka Baginda menjawabnya. Lalu mereka berkata: "Kami bersaksi bahwa engkau seorang Nabi”. Lantas kedua-dua orang Yahudi tersebut mencium TANGAN dan KAKI Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم. Dan Rasulullah SAW tidak melarangnya.

(Rujuk riwayat Imam An-Nasa’ie, Imam Ibnu Majah, Imam At-Tirmidzi, Imam Al-Hakim) dengan sanad yang kuat.

Dalam sebuah hadits dijelaskan:
عَنْ زَارِعٍ وَكَانَ فِيْ وَفْدِ عَبْدِ الْقَيْسِ قَالَ لَمَّا قَدِمْنَا الْمَدِيْنَةَ فَجَعَلْنَا نَتَبَادَرُ مِنْ رَوَاحِلِنَا فَنُقَبِّلُ يَدَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرِجْلَهُ – رَوَاهُ أبُوْ دَاوُد
Artinya : Dari Zari’ ketika beliau menjadi salah satu delegasi suku Abdil Qais, beliau berkata, Ketika sampai di Madinah kami bersegera turun dari kendaraan kita, lalu kami mengecup tangan dan kaki Nabi s.a.w. (H.R. Abu Dawud).

Dalam hadis yang lain, dari Az-Zair' Al-Abdi yang termasuk utusan dari Abdi Qais berkata, “ Ketika kami tiba di Madinah, kami cepat memburu Nabi SAW dan kami cium tangan dan kaki beliau SAW “. (HR. Abu Daud dan Al-Baihaqi)

Dalam kitab at-Talkhish al-Habir, al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani menuliskan sebagai berikut:“Tentang masalah mencium tangan bahkan kaki ada banyak hadits yang dikumpulkan oleh Abu Bakar ibn al-Muqri, beliau mengumpulkannya dalam satu juz penuh.

Di antaranya hadits ‘Abdullah ibn ‘Umar, dalam menceritakan suatu peristiwa di zaman Rasulullah SAW, beliau berkata:
فَدَنَوْنَا مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَبَّلْنَا يَدَهُ وَرِجْلَهُ (رواه أبو داود)
“Maka kami mendekat kepada Rasulullah lalu kami cium tangan dan kakinya”. (HR. Abu Dawud)

Adakah mencium tangan dan kaki itu khususiah hanya untuk Nabi SAW sahaja, TIDAK ! Ia juga dilakukan oleh sahabat kepada selain Rasulullah SAW.

Sesungguhnya Sayyidina Ali رضي الله عنه mencium TANGAN dan KAKI Saidina Abbas رضي الله عنه. (Rujuk kitab Adab Al-Mufrad oleh Imam Al-Bukhari)

Dalil ini menunjukkan bahawa mencium TANGAN dan KAKI bukanlah KHUSUSIYYAT NABI صلى الله عليه وسلم seorang (perkara-perkara khusus yang dilakukan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم sahaja)

Dan ada lagi beberapa dalil yang lain..

Al-Imam an-Nawawi (mujtahid fatwa dalam Mazhab Asy-Syafie) mengatakan amalan mencium tangan, kepala dan KAKI orang-orang yang salih, zuhud dan alim adalah MUSTAHAB(sesuatu yang digalakkan dalam agama) melainkan jika dilakukan atas dasar keduniaan (kekayaan dan pangkat).

(Rujuk al-Majmu' Syarh al-Muhadzzab, Kitab Solat, Bab Salam, Fasal ke-5, Furu' ke-4.)

Manakala membongkokkan tubuh mereka seperti rupa bersujud ialah untuk mencium kaki adalah merupakan tabi'(pengikut) kepada perbuatan cium , bukan cium itu mengikut perbuatan sujud. Kerana asal perbuatan ialah cium dan bukan sujud. Ianya diperbolehkan kerana ia bukan niat bersujud kepada makhluq namun berniat cium untuk menghormati dan memuliakan orang alim, orang soleh, guru dan ibubapa.

Benarlah kata Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah;
الناس أعداء بما جهلوا
“Manusia akan bermusuh dengan apa yang dia tidak tahu”

Janganlah mudah mengatakan tidak ada tetapi belajarlah mengatakan saya belum menjumpainya. Kerana kemungkinan ia ada tetapi belum sampai kepada pengetahuan kita. Seharusnya kita berlapang dada dengan sesuatu yang tidak kita setujui lantaran adanya dalil dipihak lain, walaupun artikel ini bukan untuk menggalakkan berzikir sambil menari tapi adalah supaya kita tidak tergesa-gesa menyesatkan orang lain yang tidak sehaluan dengan kita.

والله أعلم

Saturday, May 30, 2015

Jom kenali TAREQAT

👳TARIQAT: PENGENALAN, ASAL USUL DAN PERKEMBANGAN

Kata Tariqat berasal dari Bahasa Arab: (طرق), menurut makna bahasa Arab maksudnya: 'jalan' atau 'method', atau 'cara'. Menurut istilah tasauf dalam Islam maksudnya: "suatu jalan/kurikulum kerohanian yang khusus bagi orang-orang yang berjalan menuju Allah mengharungi berbagai rintangan untuk mencapai peningkatan rohani melalui pimpinan mursyid". 

Melalui praktik rohaniah dan bimbingan seorang pemimpin tariqat, calon penghayat tariqat akan berupaya untuk mencapai hakikat.

Tariqat yang ertinya ‘jalan’. Jalan yang dimaksud di sini adalah jalan untuk menjadi orang bertaqwa, menjadi orang yang diredhai Allah s.w.t. Secara praktiknya, tariqat adalah himpunan amalan-amalan taqwa (zahir dan batin) yang bertujuan untuk membawa seseorang untuk menjadi orang bertaqwa.

Tariqat adalah umpama sebuah madrasah yang mana subjek pengajian utama didalamnya ialah ilmu tasawuf, matlamatnya ialah untuk mencapai maqam ihsan. Ihsan adalah rukun agama yang ketiga yang wajib direalisasikan oleh setiap mukmin untuk menyempurnakan kehidupan agamanya.

Tariqat ialah seumpama organisasi yang menggabungkan Iman (Tauhid) dan Islam (syariat) dalam bentuk Ihsan. Hasilnya melahirkan graduan rohani atau mereka yang mempunyai hati yang selamat sejahtera dibawa pulang ke akhirat

Walaupun pada zaman Rasulullah (saw) nama tariqat belum lagi masyhur namun asal usul perjalanan tariqat ini adalah diambil dari kehidupan Rasulullah SAW bersama para sahabat terutama golongan ahli Suffah yang telah menjalani kehidupan yang zuhud dan mursyid atau pembimbing mereka ialah Rasulullah saw. Mereka sentiasa berada didalam Masjid Nabawi untuk mendapatkan bimbingan rohani dari Rasulullah SAW.

Seperti mana perkataan tauhid, fiqh, nahu,saraf, mustalah hadis, dan lain-lain belum wujud pada zaman Rasulullah SAW , yang mana ia hanya muncul selari dengan perkembangan Islam apabila ilmu-ilmu tersebut mula dibentuk dan disusun secara sistematik oleh ulamak Islam yang hidup antara 100-200 tahun setelah kewafatan Rasulullah SAW. 

Begitulah hal keadaannya dengan ilmu tariqat dan ilmu tasawuf, apabila ulama melihat perkembangan agama Islam yang semakin meluas dan semakin ramai umat Islam sudah mula mengabaikan aspek kerohanian dan kebatinan yang merupakan intipati agama ini, maka ulama seperti Imam Junaid al-Baghdadi telah mengambil intipati ajaran tasawuf dan tariqat dari al-Quran dan Hadis kemudian disesuaikan proses tarbiah dan tazkiyatun nufus (penyucian jiwa) dengan keadaan zaman, keadaan, murid dan situasi.

Penyusunan ilmu tariqat dikemaskini dengan lebih teratur oleh Syaikh Abdul Qadir al-Jailani(wafat pada 561H) yang mempunyai ribuan murid.

Metodologi tariqat yang digunakan oleh para mursyid (pembimbing tariqat) adalah berbeza namun hampir kesemuanya lebih tertumpu kepada menghubungkan hati kepada Allah setiap masa dan keadaan. Konsep yang dipakai juga berbeza-beza ,ada yang selesa dengan konsep mujahadah, ada yang lebih kepada konsep cinta, ada juga konsep syukur dan sabar, konsep puasa, dan lain-lain.

Tariqat yang asalnya untuk melahirkan mukmin sejati akhirnya telah menghasilkan mujahid-mujahid agama yang bertebaran keseluruh dunia untuk menyebarkan Islam dengan hikmah dan kasih sayang. 

Sejarah membuktikan bahawa jasa dan pengorbanan ahli tariqat dan tasawuf telah memainkan peranan penting dalam memberi pengaruh kepada dunia Islam dengan membawa amalan Islam dan intipati ajarannya ke seluruh pelosok alam termasuklah alam Nusantara ini.

Seperti mana dalam ilmu tauhid dan fiqah, ada saja golongan yang tersesat didalamnya kerana godaan nafsu, begitu juga nasib yang dialami oleh sesetengah ahli tariqat. Namun amat silap jika seseorang memandang sinis dan langsung meninggalkan ilmu tauhid, fiqah dan tasawuf/tariqat hanya kerana segelintir mereka ada yang tergelincir.

Hakikatnya masih banyak aliran tariqat yang masih berada diatas landasan yang benar dan sahih sehingga kini dalam membawa manusia kepada merealisasikan tujuan kita dicipta Allah Taala di alam dunia ini.

Antara Aliran-Aliran Tariqat dalam Islam

1.   Tarekat Qadiriyah
2.   Tarekat Syadziliyah
3.   Tarekat Naqsabandiyah
4.   Tarekat Yasafiyah dan Khawajagawiyah
5.    Tarekat Khalwatiyah
6.    Tarekat Syatariyah
7.    Tarekat Rifa’iyah
8.    Tarekat Ahmadiyah Idrisiyyah
9.    Tarekat Sammaniyah
10.  Tarekat Tijaniyah
11.  Tarekat Chistiyah
12.  Tarekat Mawlawyah
13.  Tarekat Ni’matuliyah
14.  Tarekat Sanusiyah
15.  Tarekat Alawiyyah / Haddadiyah
16.  Dan lain-lain

Mengenai pengharaman Tarekat Naqshabandiyyah Aliyyah Haqqani di Malaysia mungkin bermaksud ianya tidak sesuai untuk diamalkan di Malaysia atau mungkin sudah tiba masanya untuk pihak berwajib menilai semula sebab musabab tarekat ini diharamkan supaya kebenarannya terzahir.

Meskipun begitu, pengharamannya disini tidak bermakna ia tertolak kerana di negara luar, Tarekat Naqshabandiyyah Aliyyah Haqqani ini tetap disambut dan diterima oleh ulama dunia Islam antaranya Syaikh Dr. Ali Jumuah (Mantan Mufti Mesir), Syaikh Muhammad Yahya al-Kattani (Ulama al-Azhar), Syaikh Muhammad Ghanim(ulama al-Azhar), Syaikh Ahmad (ulama al-Azhar), Syaikh Usamah (Naib Mufti Mesir), al-Habib Ali al-Jufri (Abu Zabi), al-Habib Umar bin Hafiz (Yaman), Syaikh Muhammad al-Ya'qubi (ulama England), Syaikhul Islam Dr. Tahir al-Qadri (ulama Pakistan), Syaikh Ahmad Kuftaru (Mufti Besar Syria), Syaikh Faisal Hamid, Syaikh Yasir al-Kudmani (ulama Syria) Baba Aziz (ulama Patani), Syeikh Nuruddin al-Banjari, Syeikh Rahimuddin (Ulama Indonesia) dan lain-lain.

Usaha yang dibuat oleh Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan menubuhkan Bahagian Pendaftaran Tarekat adalah seharusnya dipuji dan dipandang baik.

Negeri Sembilan yang mengamalkan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah mempunyai Jilsah Al Turuq al-Sufiyyah. 

Apakah Jilsah Al Turuq Al Sufiyyah ? - iaitu Jawatankuasa yang terdiri daripada pengamal tareqat yang pakar mengikut landasan al Quran, As Sunnah, Ijmak dan Qiyas berperanan untuk menyelia, mengenalpasti tareqat-tareqat yang diamalkan benar mengikut manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dan didaftarkan. 

Antaranya terdiri dari Mufti Negeri Sembilan, termasuk Dr Abdul Manam, Dr Jahit Sidek, Dr Sulaiman bin Ibrahim. 

Jadi tidak timbul kekeliruan akibat orang yang tidak ahli tiba-tiba bercakap mengenai tareqat dan kemudian menyesatkan pula tareqat dan ahli tasawwuf. 

Info : 

1. Jilsah Al Turuq al Sufiyyah : http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/159-info-bahagian-tarekat-tasawuf

2. Senarai anggota : http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tarekat-tassawuf/159-info-bahagian-tarekat-tasawuf/611-senarai-anggota-jilsah-al-turuq-al-sufiyyah

3. Enakmen Tarekat Tasawwuf : http://muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/159-info-bahagian-tarekat-tasawuf/607-pengenalan-enakmen

4. Pelan Strategik : http://muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/159-info-bahagian-tarekat-tasawuf/610-pelan-strategik-jabatan-mufti-kerajaan-negeri-negeri-sembilan-darul-khusus-2011-2015-bahagian-tarekat-tasawuf

5. TAREQAT TASAWWUF YANG BERDAFTAR DAN DILULUSKAN :
http://muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/161-tarekat-tassawuf-berdaftar

6. Arkib Tarekat Tasawwuf : http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf

Mengandungi senarai tokoh tarekat tasawwuf, himpunan doa dan zikir, kertas kerja dan sebagainya. 

Semoga negeri-negeri lain di Malaysia mempunyai badan yang berfungsi seperti ini juga. Serahkan urusan pada ahlinya !

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Saturday, May 23, 2015

42 Kelebihan selawat ke atas nabi Muhammad Salallahu Alayhi Wassalam

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”
1. melaksanakan perintah Allah s.w.t
2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah S.a.w.
3. mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat
4. bersamaan dengan selawat para malaikat
5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat
6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. mendapat darjat al-sidq
14. ditunaikan segala hajat
15. selamat sejahtera pada hari kiamat
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak akan merasai fakir
23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
30. disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
31. mendapat keberkatan Alalh
32. mendapat kesempurnaan iman
33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
36. teguh pendirian dengan kebenaran
37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
41. antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

Wallahualam

Thursday, May 21, 2015

DAHSYATNYA SURAT AL-IKHLAS...

Sempatkanlah sebentar untuk membaca tulisan ini... 

Rasulullah Muhammad SAW pada suatu ketika bersabda, 

”Demi Allah yang jiwa ku di genggaman-Nya, sesungguhnya 
QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, 
ALLAHHUS SOMAD itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, 
LAMYALID WALAM YUULAD tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, 
WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s". 

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketika aku (Rasulullah SAW) isra’ ke langit, saya melihat Arasy di atas 360,000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan. 
Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surat Al-Ikhlas. 

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka, ”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mau pun perempuan". 

Riwayat Anas bin Malik juga merakam kisah berkaitan surat Al-Ikhlas. Suatu ketika 70.000 malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal. Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari. 

70,000 malaikat itu diutus hanya kerana arwah sering membaca surah ini. Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan malaikat Jibril datang kepada Nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah. 

Rasulullah S.A.W bersabda, 
"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga". 
(HR Qurthuby). 

SubhanAllah.... Semoga kita dapat mengamalkannya setiap waktu. Saudaraku..

TOLONG SAMPAIKAN. 
Sabda Rasulullah SAW, "Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."

Wednesday, May 20, 2015

Dari Ustaz Dato Ismail Kamus.

.

Amalan harian yang sepatutnya kita buat.

1. bangun malam ( sekitar jam 3 pg)
-mandi dan ambil wuduk
2. solat sunat wuduk.
3. solat sunat taubat.
4. solat sunat tahajjud (8rkaat).
5. solat sunat hajat ( mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak)
6. solat sunat witir 3 rakaat.
7. istighfr 100x
8. tahlil 300x
9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x
10. tasbih 40x 
11. solat sunat fajar
12. solat subuh.
13. baca yaassin lepas subuh.
14. solat sunat dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.
-solat sunat sebelum
-solat sunat selepas
16.Solat Asar
-solat sunat sebelum
17. Solat maghrib
-solt sunat selepas
18. Solat Isya'
-solat sunat sebelum
-solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :
- al-quran
- surah Al-mulk
- surah sajjadah
- surah al-waqiah
20.setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“didunia bukat tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

[ustaz Ismail Kamus]

*sebarkan kita pakat2 buat amal...insyaa Allah.

Saturday, May 9, 2015

♡Tadabbur Kalamullah♡

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan" [Surah An-Nur 30]

# Menundukkan pandangan ialah kunci keselamatan seorang muslim dalam memelihara hati dan akalnya daripada taklukan hawa nafsu.

# Penglihatan boleh menjadi pencetus kepada kebaikan atau punca kejahatan.

# Kata pepatah: "Dari mata turun ke hati".

# Allah sentiasa awasi perlakuan dan gerak hati manusia. Firmannya: "Allah mengetahui pengkhianatan pandangan mata seseorang serta mengetahui apa2 yg tersembunyi dlm hati" (Ghafir ayat 19)

# Sabda Nabi saw: "Ada 3 golongan yg matanya tidak akan melihat neraka:

1. Mata yang berjaga malam kerana takutkan Allah.

2. Mata yang menangis kerana takutkan Allah.

3. Mata yang ditahan daripada melihat perkara yang diharamkan Allah" (HR at-Tabrani)

# Nabi mengingatkan: "Zina mata dengan melihat. Zina telinga dengan mendengar. Zina  lidah dengan berbicara. Zina tangan dengan memegang. Zina kaki dengan melangkah" (HR Muslim)

♡Ayuh kita menjaga diri daripada penggoda mata utk berzina♡

Friday, May 8, 2015

🌴KEAGUNGAN TAHAJJUD🌴

🍀 Diantara keistimewaan dan keutamaan solat tahajjud, boleh rujuk didalam Al Quran: surah Ath-Thur ayat 49; Thaha ayat 130; Az-Zumar ayat 9; Al Furqan ayat 64-65; Ali Imran 113; Al Insan 26; Az Zariyat 15-19; Qaf 40; Al Isra 79 dan Al Muzammil 6.

🍀 Solat Tahajjud, merupakan ibadah yang pertama kali diperintahkan oleh Allah swt kepada Nabi kita Muhammad saw sebelum diperintahkan ibadah yang lain.

🍀 Solat Tahajjud juga, merupakan ibadah yang bernilai tinggi. Rasulullah saw bersabda “Dua rakaat yang dilakukan oleh seorang hamba dipertengahan malam yang akhir itu, jauh lebih baik dari dunia dan seisinya. Seandainya tidak akan menyusahkan umatku, niscaya akan saya fardhukan (tahajjud) keatas mereka “(Ihya Ulumuddin – Al Ghazali).

🍀 Solat Tahajjud, salah satu saranan untuk menjadi hamba yang bertaqwa. Allah swt berfirman “Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam, dan di akhir malam mereka memohon ampunan Allah“ (Adz-Dzariya ayat 17-18). Diantara ciri orang yang bertaqwa “Setiap kali mereka ingin tidur dan berbaring, mereka rindu utk berduaan dengan Allah swt, dan Allah mengejutkannya.”

🍀 Ahli Tahajjud dijanjikan Allah swt masuk syurga. Ibnu Mas’ud menyebutkan “Tertulis dalam Taurat, Allah menjanjikan sesuatu kepada orang-orang yang menyempatkan dirinya beribadah di waktu malam, berupa sesuatu yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga, dan belum pernah terlintas di hati siapapun, bahkan malaikat pun tidak mengetahui, tidak juga para Nabi yang di utus. Kemudian kami membaca Al Quran ‘Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka (berbagai kenikmatan) yang menyejukkan pandangan mata sebagai imbalan perbuatan mereka‘ (As-Sajdah (32 ) : 17)

🍀 Allah swt akan menempatkan ahli Tahajjud pada tempat yang terpuji. Allah swt berfirman “Pada sebagian malam hendaklah engkau bangun untuk bertahajjud, sebagai amalan nafilah (sunat) bagimu, mudah – mudahan Allah mengangkatmu ketempat yang terpuji“ (Al Isra ayat 79) 

🍀 Kerana itu mengapa ahli tahajjud zaman dahulu tidak tertarik dengan tawaran jabatan – jabatan apa pun di dunia?’ Jawabannya “Kerana Allah sebagai yang maha Penguasa Yang Menguasai alam semesta ini telah menjanjikan kepada Ahli Tahajjud akan diberikan jabatan atau kedudukan yang tidak dapat disamakan dengan jabatan di dunia ini”. 

🍀 Dharar bin Dhamrah Al Kanani bercerita tentang Ali bin Abi Thalib ra kepada Muawiyah bin Abi Sufyan“ Ia (Ali) menjauhi dunia beserta gemerlapannya. Ia sering merindukan malam dan kegelapannya.” Katanya lagi diantara ciri kekasih Allah “Hanya ingin terkenal di langit dan tidak ingin terkenal dibumi.” 

🍀 Disinilah peranan tahajjud, disamping untuk melatih keikhlasan. Kelihatan ulama-ulama akhirat yang bertahajjud punyai pengikut-pengikut yang ramai. Malah mereka dihormati dan dijadikan ikutan.

🍀 Kalau kita ingin mengungkap, mengangkat keutamaan dan keistimewaan solat Tahajjud, tidak akan habis, ibarat kita menyelam ke dasar samudera yang teramat dalam, semakin kedasar semakin indah dan banyak mutiara termahal yang tersimpan disana.

✴ Oleh itu, Ayuhlah kita wajibkan diri untuk bangun dan melaksanakan solat tahajjud, agar Kita diampun, diberi kasih sayang dan mendapat keredhaan sari Allah swt buat kita semua.. Wallahu a'lam..

Saturday, May 2, 2015

Sebuah kisah benar yang terjadi pada zaman kekhalifahan Umar bin Khattab.

Suatu hari Umar sedang duduk di bawah pohon kurma dekat Masjid Nabawi. Di sekelilingnya para sahabat sedang asyik berbincang sesuatu. Di kejauhan datanglah 3 orang pemuda. Dua pemuda memegang seorang pemuda lusuh yang diapit oleh mereka.

Ketika sudah berhadapan dengan Umar, kedua pemuda yang ternyata adik beradik itu berkata,
"Tegakkanlah keadilan untuk kami, wahai Amirul Mukminin!" "Qishashlah pembunuh ayah kami sebagai had atas kejahatan pemuda ini!".
Umar segera bangkit dan berkata,
"Bertakwalah kepada Allah, benarkah engkau membunuh ayah mereka wahai anak muda?".
Pemuda lusuh itu menunduk sesal dan berkata, "Benar, wahai Amirul Mukminin."
"Ceritakanlah kepada kami kejadiannya.", tegas Umar.

Pemuda lusuh itu mula bercerita,
"Aku datang dari pedalaman yang jauh, kaumku mengamanahkan aku untuk suatu urusan muammalah untuk ku selesaikan di kota ini. Sesampainya aku, ku ikat untaku pada sebuah pohon kurma lalu ku tinggalkan dia. Apabila kembali, aku sangat terkejut melihat seorang laki-laki tua sedang menyembelih untaku, rupanya untaku terlepas dan merosakkan kebun milik laki-laki tua itu. Sungguh, aku sangat marah, segera ku cabut pedangku dan ku bunuh ia. Ternyata ia adalah ayah dari kedua pemuda ini."

"Wahai, Amirul Mukminin, kau telah mendengar ceritanya, kami boleh mendatangkan saksi untuk itu.", sambung pemuda yang ayahnya terbunuh.
"Tegakkanlah had Allah atasnya!" timpal yang lain.
Umar terpegun dan bimbang mendengar cerita si pemuda lusuh.
"Sesungguhnya yang kalian tuntut ini pemuda soleh lagi baik budinya. Dia membunuh ayah kalian karena khilaf kemarahan sesaat", ujarnya.
"Izinkan aku, meminta kalian berdua memaafkannya dan akulah yang akan membayarkan diyat atas kematian ayahmu", lanjut Umar.
"Maaf Amirul Mukminin," sergah kedua pemuda masih dengan mata marah menyala, "kami sangat menyayangi ayah kami, dan kami tidak akan redha jika jiwa belum dibalas dengan jiwa".
Umar semakin bimbang, di hatinya telah tumbuh simpati kepada si pemuda lusuh yang dinilainya amanah, jujur dan bertanggung jawab.

Tiba-tiba si pemuda lusuh berkata, "Wahai Amirul Mukminin, tegakkanlah hukum Allah, laksanakanlah qishash ke atas ku. Aku redha dengan ketentuan Allah" ujarnya dengan tegas.
"Namun, izinkan aku menyelesaikan dulu urusan kaumku. Berilah aku tangguh 3 hari. Aku akan kembali untuk di qishash".

"Mana bisa begitu?", ujar kedua pemuda.
"Nak, tak punyakah kau kerabat atau kenalan untuk mengurus urusanmu?" tanya Umar.
"Sayangnya tidak ada Amirul Mukminin, bagaimana pendapatmu jika aku mati membawa hutang tanggungjawab kaumku bersamaku?" pemuda lusuh bertanya kembali.
"Baik, aku akan memberimu waktu tiga hari. Tapi harus ada yang mahu menjaminmu, agar kamu kembali untuk menepati janji." kata Umar.
"Aku tidak memiliki seorang kerabatpun di sini. Hanya Allah, hanya Allah lah penjaminku wahai orang-orang beriman", rajuknya.

Tiba-tiba dari belakang hadirin terdengar suara lantang, "Jadikan aku penjaminnya wahai Amirul Mukminin".
Ternyata Salman Al-Farisi yang berkata...
"Salman?" herdik Umar marah, "Kau belum mengenal pemuda ini,
Demi Allah, jangan main-main dengan urusan ini".
"Perkenalanku dengannya sama dengan perkenalanmu dengannya, ya Umar. Dan aku mempercayainya sebagaimana engkau percaya padanya", jawab Salman tenang.
Akhirnya dengan berat hati Umar mengizinkan Salman menjadi penjamin si pemuda lusuh.

Pemuda itu pun pergi mengurus urusannya.
Hari pertama berakhir tanpa ada tanda-tanda kedatangan si pemuda lusuh. Begitupun hari kedua.
Orang-orang mula bertanya-tanya apakah si pemuda akan kembali. Kerana mudah saja jika si pemuda itu menghilang ke negeri yang jauh.
Hari ketiga pun tiba. Orang-orang mulai meragukan kedatangan si pemuda, dan mereka mulai mengkhuatirkan nasib Salman. Salah satu sahabat Rasulullah SAW yang paling utama.
Matahari hampir terbenam, siang mula berakhir, orang-orang berkumpul untuk menunggu kedatangan si pemuda lusuh. Umar berjalan mundar-mandir menunjukkan kegelisahannya. Kedua pemuda yang menjadi penggugat kecewa kerana kein
gkaran janji si pemuda lusuh.
Akhirnya tiba waktunya penqishashan, Salman dengan tenang dan penuh ketawakkalan berjalan menuju tempat pembunuhan. Hadirin mulai teresak, orang hebat seperti Salman akan dikorbankan.

Tiba-tiba di kejauhan ada sesusuk bayangan berlari terhuyung-hayang, jatuh, bangkit, kembali jatuh, lalu bangkit kembali.
"Itu dia!" teriak Umar, "Dia datang menepati janjinya!".
Dengan tubuh bersimbah peluh dan nafas tercungap-cungap, si pemuda itu berpaut di pangkuan Umar.
"Hh..hh.. maafkan.. maafkan.. aku.." ujarnya dengan susah payah, "Tak ku sangka.. urusan kaumku.. mengambil.. banyak.. waktu..".
"Ku pacu.. tungganganku.. tanpa henti, hingga.. ia keletihan di gurun.. terpaksa.. kutinggalkan.. lalu aku berlari dari sana..".

"Demi Allah", ujar Umar menenanginya dan memberinya minum, "Mengapa kau susah payah kembali? Padahal kau boleh saja kabur dan menghilang?"
"Agar.. jangan sampai ada yang mengatakan.. di kalangan Muslimin.. tak ada lagi pahlawan.. tepati janji.." jawab si pemuda lusuh sambil tersenyum.
Mata Umar berkaca-kaca, sambil menahan haru, lalu ia bertanya, "Lalu kau Salman, mengapa semahu-mahunya kau menjamin orang yang baru saja kau kenal?".
 "Agar jangan sampai dikatakan, di kalangan Muslimin, tidak ada lagi rasa saling percaya dan mahu menanggung beban saudaranya", Salman menjawab dengan mantap.
Hadirin mulai banyak yang menahan tangis haru dengan kejadian itu.
"Allahu Akbar!" tiba-tiba kedua pemuda penggugat berteriak,
"Saksikanlah wahai kaum Muslimin, bahwa kami telah memaafkan saudara kami itu".
Semua orang tersentak kaget.
"Kalian.." ujar Umar, "Apa maksudnya ini? Mengapa kalian..?" Umar semakin terharu.
"Agar jangan sampai dikatakan, di kalangan Muslimin tidak ada lagi orang yang mahu memberi maaf dan sayang kepada saudaranya" ujar kedua pemuda membahana.
"Allahu Akbar!" teriak hadirin.
Pecahlah tangis bahagia, haru dan bangga oleh semua orang.
Begitupun kita disini, di saat ini..
sambil menyisipkan sekelumit rasa iri hati kerana tidak boleh merasakannya secara langsung bersama saudara-saudara kita pada saat itu..

"Allahu Akbar...".
Laa ilaa ha illa anta
Subhaanaka innii kuntu minaz zhaalimiin.

Banyak pengajaran dan iktibar dari cerita ini.
Inilah inspirasi pagi ini yang ku kongsi dari temanku sesama Muslim.....

🍃 ..🍃 ..🍃 ..🍃 ..🍃 ..🍃 ..🍃 ..🍃 ..🍃 
Seorang raja mempunyai. seorang hamba lelaki, pada semua keadaan, hamba tersebut selalu berkata,
"raja ku jangan berkecil hati dan kecewa kerana tiap sesuatu datang dari Allah dan pasti ada hikmahnya".
🍃 ..🍃 ..🍃  🍃 ..🍃 ..🍃 
Pada suatu hari, mereka pergi memburu dan haiwan buas telah menyerang raja, hamba raja itu  berjaya membunuh haiwan itu tetapi tidak dapat menyelamatkan satu jari baginda.
 🍃 ..🍃 ..🍃 ..🍃 
Marah dan tanpa menunjukkan rasa terima kasih, Raja berkata; jika Tuhan adalah baik, saya tidak akan diserang dan hilang satu jari.
🍃 ..🍃 ..🍃 
Hamba itu menjawab "raja ku jangan berkecil hati dan kecewa kerana tiap sesuatu datang dari Allah dan pasti ada hikmahnya"
🍃 ..🍃 ..🍃 ..🍃 
Marah dengan jawapan itu, raja memerintahkan supaya hamba itu dimasukan ke dalam penjara
🍃 ..🍃 ..🍃 ..🍃 
Ketika dibawa ke penjara, katanya kepada raja lagi, "aku tidak akan berkecil hati dan kecewa kerana tiap sesuatu datang dari Allah dan pasti ada hikmahnya"
🍃 ..🍃 ..🍃 ..
Beberapa hari kemudian, raja ditinggalkan sendirian untuk memburu dan telah ditangkap oleh orang asli yang menggunakan manusia yang sempurna untuk di korbankan
 🍃 ..🍃 ..🍃 ..🍃 
Di saat raja itu mahu dikorbankan, orang asli itu mendapati bahawa raja tidak mempunyai satu jari, dia dibebaskan kerana dia dianggap tidak "sempurna" untuk dikorbankan.
🍃 ..🍃 ..🍃 
Sekembalinya ke
istana, raja tersebut memerintahkan supaya hambanya dibebaskan dan berkata;
Kawan, Allah adalah benar-benar baik untuk saya. Saya hampir tewas tetapi kerana kekurangan satu jari. Jadi saya telah dibebaskan.
🍃 ..🍃 ..🍃 
Tetapi saya mempunyai satu soalan; Jika Tuhan begitu baik, mengapa Dia membenarkan saya untuk meletakkan anda di dalam penjara?
🍃 ..🍃 ..🍃 ..🍃 
Hambanya menjawab; Raja, jika saya tidak dimasukkan ke dalam penjara, saya akan pergi berburu dengan Tuan, dan akan dikorbankan, kerana saya tidak mempunyai jari yang hilang.
🍃 ..🍃 ..🍃 
Semua yang Allah izinkan terjadi adalah baik dan sempurna, Dia tidak pernah salah.
🍃 ..🍃 ..🍃 ..🍃 
Sering kali kita mengeluh tentang hidup, dan pemikiran negatif dalam diri kita membunuh positif dalam diri kita... jadi berfikir positif dan percaya Allah pada setiap masa. Setiap sesuatu yang menimpa diri kita, datangnya dari Allah dan pasti ada hikmahnya....
🍃 ..🍃  🍃 ..🍃 ..

Bila sudah tua...

Mengapa bila meningkat usia, byk perkara yg digemari sewaktu muda semakin tdk menyeronokkan? Lihatlah sesuatu yg Allah takdirkan dgn mata hati supaya kita dpt muhasabah diri. Cnth2 yg diberikan.

SATU •
Bila tua, keinginan utk makan sedap2 semkn berkrgn. Nafsu makan sudah tiada. Hikmahnya : Perbykkan puasa sunat ataupun mengqada’ puasa2 yang pnh ditinggalkan sewaktu muda.

DUA • 
Bila tua, kerap terjaga di waktu malam & mata sukar lelap kembali.
Hikmahnya : Bangunlah utk berkiamulail, mengerjakan solat2 sunat spt tahajud, solat taubat & lain2. Brgkali sewaktu muda tdk pnh melakukannya, maka Allah bg peluang utk melakukannya sblm berakhir usia.

TIGA • 
Bila tua, sdh tdk gemar menonton tv. Tdk lg ada rncgn tv yang diminati.
Hikmahnya : Waktu yg terluang itu, perbykkan membaca AlQuran. Mgkn sewaktu muda tdk pnh khatam, maka sewaktu tua ini berusaha lah utk khatam. Plg tdk pun sekali setahun.

EMPAT • 
Bila tua & sudah bersara, byk waktu lapang. Byk waktu senggang. Anak2 sdh denwasa & mempunyai keluarga sendiri, jadi kita blh mengurus masa dgn lbh bermanfaat. Sisa2 usia yg Allah pinjamkan blhlah digunakan utk hal2 berfaedah yg manfaatnya blh menjadi peneman kita di alam barzah/akhirat kelak. Bykkan menghabiskan masa di surau/masjid, menghadiri majlis ilmu, belajar alQuran, bertalakki dgn ustaz/ustazah/alhafiz dan lain2 prog yg berfaedah.

Wallahualam. Sekadar berkongsi.