Wednesday, June 10, 2015

SalingIngatMengingatkan

BERPEGANGLAH PERCAYALAH DENGAN SEPENUH KEYAKINAN KITA DENGAN PENUH KEIMANAN KITA DENGAN APA SAHAJA YANG DIKATAKAN OLEH BAGINDA RASULULLAH KERANA APA YANG DIKATAKAN OLEH BAGINDA RASULULLAH PASTI AKAN BERLAKU

Semasa Peristiwa Hijrah Nabi ﷺ dari Makkah ke Madinah bersama Saidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu'Anhu.Seorang musyrik yang bernama Suraqah Bin Malik berusaha mengekori dan mengejar Baginda Rasulullah ﷺ kerana ingin mendapatkan ganjaran 100 ekor unta yang ditawarkan musyrikin Quraisy ketika itu.

Maka apa yang berlaku ialah kudanya terjatuh dan Suraqah turut terjatuh.Dia bangun dan bertekad mengejar Baginda Rasulullah ﷺ akan tetapi kudanya berkali-kali terjatuh dan akhirnya kedua-dua kaki depan kudanya terperosok ke dalam tanah yang menyebabkan kudanya sudah tidak boleh bergerak lagi.

Akhirnya Suraqah menjerit meminta pertolongan dan Baginda Rasulullah ﷺ dan rombongan sahabat yang ketika itu pun menolong mengeluarkan dua kaki kuda itu.Akan tetapi ternyata niat jahat Suraqah yang menginginkan ganjaran 100 ekor unta itu masih lagi berada di dalam dirinya yang mana beliau tetap mahu mengejar rombongan Baginda Rasulullah ﷺ.

Sehinggalah dia terjatuh lagi berkali-kali dari kudanya kerana disebabkan niat jahatnya itu.Lalu apa yang berlaku Suraqah menyedari bahawa sesungguhnya Baginda Rasulullah ﷺ memang benar-benar mendapat perlindungan Allah  سبحانه وتعالى.

Akhirnya beliau sedar dan berjanji kepada Baginda Rasulullah ﷺ bahawa beliau tidak lagi akan melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh Baginda Rasulullah ﷺ.
Kemudiannya Rasulullah ﷺ mengatakan kepada Suraqah bahawa "suatu hari nanti pasti kamu akan memakai dua gelang kebesaran Kisra Raja Paksi."

Dan ternyata apa yang dikatakan oleh Baginda Rasulullah ﷺ benar-benar berlaku apabila ketika Parsi jatuh ke tangan tentera Islam pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu maka diserahkan dipakaikan barang-barang kebesaran Kisra kepada Suraqah Bin Malik.

Apa yang dikatakan oleh Baginda Rasulullah ﷺ pasti akan berlaku sebab itu kita kena betul-betul yakin dan percaya dengan setiap apa yang dikatakan oleh Baginda Rasulullah ﷺ kepada kita.Tidak boleh kita percaya sesetengah perkara sahaja dan setengah perkara lagi kita tidak percaya kerana kita tidak dapat melihatnya lagi.

Sepertimana yang terdapat di dalam hadis sahih  Bukhari yang diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah Radhiyallahu'Anhu yang mengatakan Rasulullah ﷺ bersabda di dalam hadis itu "Bilamana kamu melihat seekor lalat berada di dalam air maka tenggelamkan lalat itu kerana di sebelah sayapnya terdapat bakteria/virus dan di sebelah sayapnya yang lain ada penawar kepada bakteria/virus itu."

Di zaman dahulu berlaku suatu peristiwa yang mana terdapat golongan manusia para saintis yang melakukan kajian mengenai lalat ini.Mereka mengaji mengenai lalat dan didapati memang benar disebelah sayap lalat itu mempunyai bakteria/virus.Akan tetapi,mereka tidak menjumpai pula penawar yang berada di sayap yang sebelahnya.

Maka ada pihak yang mengatakan bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah ﷺ itu tidak benar kerana mereka tidak menjumpai penawar yang berada di sebelah sayap lalat itu.Dan ada pula pihak yang mengambil jalan selamat yang mengatakan hadis itu adalah dhoif perawi hadisnya tergantung tidak jelas.

Maka setelah bertahun-tahun berlalu peristiwa ini ternyata ada seorang saintis daripada barat yang mengkaji lagi mengenai lalat ini yang mana beliau menggunakan teknologi yang lebih hebat yang lebih canggih lagi daripada yang dilakukan oleh Para Saintis terdahulu.Dia menggunakan microskop yang lebih canggih lagi.

Dan ternyata apabila dikaji dan dikaji didapati memang benar disebelah sayap lalat itu mempunyai suatu kantung kecil yang mempunyai suatu bahan yang apabila ditenggelamkan maka akan pecah itu kantung sehingga menjadi penawar kepada bakteria/virus yang satu lagi itu.

Maka setelah dibuktikan mengenai penemuan itu barulah golongan yang pada asalnya mengatakan apa yang dikatakan oleh Baginda Rasulullah ﷺ itu tidak benar mula untuk mempercayai.Begitu juga dengan golongan yang satu lagi yang mengatakan mungkin hadis itu dhoif tetapi apabila dah dibuktikan mereka terus percaya mengatakan betullah apa yang dikatakan oleh Baginda Rasulullah ﷺ.

Ketahuilah bahawa segala kata-kata yang disebutkan oleh Baginda Rasulullah ﷺ pasti benar dan akan berlaku.Kata-kata Nabi Muhammad ﷺ tidak akan salah tetapi kata-kata selain daripada Nabi Muhammad ﷺ pasti akan salah.

Mungkin hari ini kata-kata mereka itu betul tetapi mungkin lain kali boleh jadi kata-kata mereka itu salah.Akan tetapi kata-kata Nabi Muhammad ﷺ pasti benar tiada yang salah dan ianya pasti akan berlaku walaupun kamu tidak lagi menjumpai sebarang bukti saintifik di zaman kamu sekarang ini.

Maka berpeganglah teguhlah dengan sebenar-benar keyakinan kamu kepada apa yang diberitahu oleh Baginda Rasulullah ﷺ

Sesungguhnya orang-orang yang yakin dan percaya sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh Baginda Rasulullah ﷺ dan mengikuti mencontohi segala macam perkara yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah ﷺ di dalam kehidupannya maka pasti mereka akan bahagia di dunia dan di akhirat.

#MutiaKata[AL-HABIB MUSA KADZIM BIN JA'AFAR MUHAMMAD AS-SEGGAF HAFIDZOHULLAH]

#MuhasabahDiri
#KuatkanKeyakinanDanKepercayaanKita
#BerimanSepenuhnyaKepadaBagindaRasulullah
#MelaksanakanSegalaSuruhanNyaDanMeninggalkanSegalaLaranganNya
#MenghidupkanSunnahBagindaDalamkehidupanKita
#MendekatkanDiriKepadaParaUlama#MengambilIlmuDaripadaParaUlama
#MencontohiAdabDanAkhlakMereka
#MelihatParaUlamaDanSolihinUbatBagiHati
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaSolatBerjemaah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#PeringatanBuatDiriSendiri
#PeringatanBersama
#SalingIngatMengingatkan

No comments:

Post a Comment