Sunday, July 26, 2015

BERHATI-HATILAH DENGAN GOLONGAN YANG MENDAKWA MEREKA BERPEGANG MENGIKUT AL-QURAN DAN HADITH

BERHATI-HATILAH DENGAN GOLONGAN YANG MENDAKWA MEREKA BERPEGANG MENGIKUT AL-QURAN DAN HADITH SEPENUHNYA SEHINGGA MENOLAK,TIDAK INGIN BELAJAR,MEMPERTIKAIKAN KITAB-KITAB ULAMA YANG TERDAHULU HANYA BERPEGANG KEPADA AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA TANPA MERUJUK KEPADA KITAB-KITAB ULAMA BAHKAN MEMPERTIKAIKAN DAN MERENDAH-RENDAHKAN ULAMA-ULAMA TERDAHULU

CARILAH,BELAJARLAH DAN TUNTUTLAH ILMU AGAMA ITU DARIPADA MEREKA YANG AHLINYA GURU-GURU YANG BERSAMBUNG SANAD KEILMUANNYA YANG BAIK AKHLAK DAN BUDI PEKERTINYA DAN YANG LEBIH PENTING TERUTAMA SEKALI ADALAH YANG BENAR AKIDAHNYA MENGIKUT PEGANGAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Hari ini antara punca yang menjadi keliru di dalam akidah adalah kita tak tahu yang mana kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah.Bahkan di masa kita setaro ini menjadi masa kelam kabut di mana masa menjadi "Nasi Kerabu" tak kenal dah yang mana Ahli Sunnah yang mana bukan Ahli Sunnah sehingga feqah pun tak tahu yang mana feqah Syafie yang mana feqah Hanafi kerana berpunca daripada terpedaya dengan slogan,terpedaya dengan ucapan pendakwah-pendakwah kata "KITA TAK PAYAH BELAJAR DARI KITAB-KITAB ULAMA,KITA KENA KEMBALI TERUS KEPADA AL-QURAN DAN HADITH."

Terpedaya dengan perkataan inilah kita tak tahu yang mana Ahli Sunnah tak tahu yang mana Ahli Punah,Ahli Fitnah.Perkataan kembali kepada Al-Quran dan Hadith itu merupakan suatu perkataan yang bagus perkataan yang baik yang tak boleh kita nak tolak sama sekali tetapi perkataan yang seperti itu adalah perkataan yang zahirnya baik,zahirnya betul.

Akan tetapi sebelah dalamnya adalah keliru dan sesat.Berkeadaan yang betul tapi dikehendaki dengan dia suatu perkara yang palsu.Akan timbul kepalsuan yang banyak dengan perkataan yang palsu.Kenapa saya kata begitu?

Cuba kita tinjau kepada Ulama-Ulama yang menjadi tokoh di dalam Islam yang menjadi Hujjatul Islam yang jadi Imam-Imam Mazhab ikutan orang Islam.Kalau kita mari kepada Mutaakhirin turun kepada Mutaqaddimin sampai kepada Salafunassoleh.

Mutaakhirin Imam As-Sayuti,Imam Ibnu Hajar,Imam Ramli,Imam Shalah,Imam Nawawi terus sampai kepada Imam Syafie sampai kepada Imam Malik sampai kepada Imam Abu Hanifah Rahimahullah.

Tidak ada seorang pun daripada Ulama-Ulama yang belajar Agama terus daripada Kitab Al-Quran dan Sunnah.Kesemua Ulama itu belajar daripada Kitab Ulama bermulanya sehingga Imam kita As-Syafie Rahimahullah.Beliau belajar dengan Imam Malik Rahimahullah.

Tak belajar daripada Al-Quran terus.Dia hafal Kitab Imam Malik.Imam Malik tulis kitab ambil daripada Ulama.Imam Abu Hanifah tulis kitab.Itu bererti dia tidak mengarahkan tidak mengajak manusia semuanya mari kita faham daripada Kitab Al-Quran dan Hadith sendiri.

Kesan apabila kita kembali kepada Al-Quran terus tanpa bimbingan,tunjuk ajar yang betul maka boleh kita tengok ini buah,natijah,kehasilannya yang ada pada kita pada hari ini.Apa terjadi?Pembohongan tambah dalam Agama perkara bidaah di dalam Agama sebesar-besar bidaah.Jadi
membahasakan kepada Al-Quran membahasakan kepada Hadith Baginda Rasulullah ﷺ perkara yang bukan Agama.

Maaf banyak-banyak sebagai contoh kita tengok Ulama letak hukum kalau dalam bab solat.Di dalam solat bila kita sembahyang ramai hari ini yang kembali kepada Al-Quran dan Hadith.Dia sembahyang "Ketika nak bangkit daripada sujud dia tumbuk bumi."Ramai buat begitu kenapa?

Kalau kita tengok ramai kebiasaannya yang mengatakan kembali kepada Al-Quran dan Hadith.Ada orang sembahyang menggerak-gerakkan jarinya kerana kembali kepada Al-Quran dan Hadith.Walaupun perkara itu kalau kita kata Khilaf Ulama.Kalau Khilaf Ulama kenapa kita kembali kepada Al-Quran dan Hadith?

Jangan kata Khilaf kalau kembali kepada Al-Quran dan Hadith mesti kita kena pakai Al-Quran dan Hadith maka di manakah,bagaimanakah hadith yang sabit betul-betul daripada Baginda Rasulullah ﷺ buat seperti demikian.

Akan tetapi berbeza memang kalau kita belajar Kitab-Kitab Ulama.Ulama mengatakan "Ketika bangkit daripada sujud kita pertekan di atas tapak tangan kita terus naik.Ketika turun kita turun dengan mendahulukan lutut kita kemudian baru 2 tangan kita."

Akan tetapi bagi orang yang mengatakan mereka itu berpegang dengan Al-Quran dan Hadith.Dia menurunkan tangan dahulu kemudian baru lutut.Berbeza kalau kita belajar.Bila kita check balik apa yang dihurai yang disampaikan oleh Ulama kita itu adalah SUNNAH Rasulullah ﷺ.

Apa yang dibuat oleh orang yang mendakwa bahawasanya itu SUNNAH itu perkara yang DIREKA-REKA di dalam Agama.Kalau kita terus kepada Al-Quran dan Hadith tapi kita tak belajar kitab-kitab Ulama,tak duduk bersama dengan Para Ulama maka kita tak akan tahu apakah istilah dia.Bagaimana kita nak faham hadith?Bagaimana kita nak tahu cara-cara mentafsir dan memahami Al-Quran?

Maka kesannya nanti kita akan dikelirukan dan kita akan menjadi sesat.Itu yang sangat-sangat bahaya tetapi kita tak sedar perkara itu bahaya iaitu orang yang mendakwa,
orang yang mengajak kepada Al-Quran dan Hadith terus.Dia kata tidak boleh kita nak mengerjakan apa yang tidak dikerjakan oleh Rasulullah ﷺ.

Ini punca dia nak kembali kepada Al-Quran dan Hadith.Buah hasil natijah kembali kepada Al-Quran dan Hadith kita tidak boleh buat apa yang tidak dikerjakan oleh Baginda Rasulullah ﷺ.Ini sangat-sangat bahaya boleh membawa kepada kekufuran boleh membawa kepada cacat Agama,rosak Agama tapi kita tak sedar.

Bahayanya bila kata tidak boleh buat apa yang tidak dibuat oleh Rasulullah ﷺ

1)Dia membahasakan kepada Al-Quran dan Hadith ada kekurangan

2)Dia membatalkan apa yang ada di dalam Al-Quran apa yang ada di dalam Hadith apa yang disebutkan di dalam Al-Quran dan di dalam Hadith.

Ini sangat-sangat bahaya.Bagaimana yang dia boleh faham boleh dia masukkan di dalam akal dia kata salah satu daripada sumber Agama iaitu kita bersumber kepada apa yang tidak dibuat oleh Baginda Rasulullah ﷺ.Apa yang tidak dibuat oleh Baginda Rasulullah ﷺ adalah bidaah adalah perkara yang salah.

Di mana dia ambil?Tidak ada seorang pun Ulama kita kalau kita belajar dalam Kitab-Kitab Islam.Tidak ada pun Ulama kita buat kaedah buat hujah kata satu daripada perkara yang salah di dalam Agama adalah buat,mengerjakan apa yang tidak dikerjakan oleh Baginda Rasulullah ﷺ.Tidak ada!!!!!!

Ini berpunca daripada orang yang mendakwa ikut Al-Quran dan Hadith kerana dia tidak ada "Stering" untuk dia nak pusing.Dia tiada bimbingan dan hala tuju yang betul.

Di dalam Al-Quran dan Hadith Rasulullah ﷺ menggalakkan kita untuk membuat kebaikan.Hendaklah kamu berbuat kebaikan nescaya kamu akan berjaya kalau kamu buat kebaikan.

Allah سبحانه  وتعالى suruh buat kebaikan.Kemudian ada orang yang mendakwa tidak boleh buat apa yang tidak dibuat oleh Baginda Rasulullah ﷺ.Tak boleh buat kebaikan.Kita nak berzikir selepas solat tak boleh,kita nak buat tahlil baca yaasin malam jumaat tak boleh,kita nak buat maulid tak boleh,kita nak berkumpul berselawat beramai-ramai tak boleh,kita nak berdoa tak boleh dan sebagainya.
Semuanya tak boleh dan salah.

Ini dia kata Allah سبحانه  وتعالى kata haram sedangkan Allah سبحانه  وتعالى
tidak kata haram.Baginda Rasulullah   ﷺ tak mengharamkan tapi dia mengharamkan.Rasulullah ﷺ tak pernah pun di masa hidup Baginda mengharamkan buat,melarangkan buat apa yang Baginda ﷺ tak buat.Tak ada!!!!!Itu sunnah Rasulullah ﷺ

Sunnah Rasulullah ﷺ adalah bila Para Sahabat buat apa yang Baginda ﷺ tak buat.Ada kalanya Baginda terima bila betul dengan cara yang dibenarkan di dalam Agama.Akan tetapi ada perkara yang dibuat oleh Para Sahabat yang tidak dibuat oleh Baginda ﷺ yang bertentangan dengan cara Agama itu baru Rasulullah ﷺ tolak.

Hari ini mari orang yang mendakwa ikut Al-Quran dan Hadith dia tolak kesemuanya.Itu tak betul dengan sunnah Rasulullah ﷺ.
Itulah yang kita katakan dengan berkat Para Ulama Alhamdullilah kita belajar,mengaji bersama dengan Ulama maka Allah taufikkan hidayah kepada kita,Allah taufikkan kita ke jalan yang benar.

Tidak lain adalah kerana barokah mereka itu.Alhamdullilah mereka nak menulis kitab.Kalau kita baca kitab di awal permulaan kitab dan di akhir kitab Ulama yang barokah yang karomah mesti dia akan berdoa kita masuk di dalam doa dia.Di awal kitab dia berdoa semoga Allah taufikkan hidayah,minta kitab dia menjadi sebab bagi mendapatkan kemenangan membimbing membawa orang kepada jalan yang lurus yang benar bagi orang yang membaca bagi orang yang belajar.

Sesudah itu dia berdoa pula di akhir kitab dia.Alhamdullilah inilah rahsia yang Allah سبحانه  وتعالى tunjukkan kepada orang yang belajar melalui Ulama yang bersanad lebih-lebih lagi Ulama-Ulama yang sangat barokah seperti Imam Nawawi,Imam Al-Ghazali dan mereka yang lainnya.

Agama Islam ini adalah Agama yang benar.Baik dari segi amalan mahupun baik dari segi akidah.Yang menjadikan ANAK KUNCINYA adalah AKIDAH.Kalaulah akidah kita itu salah dan silap segala amalan kita tidak diterima tidak dihisab.Budi pekerti kita tidak ternilai tidak terhisab juga.Baik macam mana sekali pun seseorang itu kalau pegangan akidahnya itu adalah pegangan yang salah ataupun akidah yang kufur dengan Allah yang syirik dengan Allah سبحانه  وتعالى.

Ilmu akidah ini adalah satu ilmu yang sangat-sangat penting kerana ianya adalah ibarat ANAK KUNCI SYURGA kerana bila silap akidah kita maka kita akan kecewa selama-lamanya.
Kita tidak akan berjaya selama-lamanya.Kita akan terus ke Neraka sebab kalau kita silap dalam akidah kita akan jadi kufur dengan Allah,kita akan menjadi murtad,kita akan jadi syirik dengan Allah.

Kita sedia maklum siapa yang murtad,siapa yang dalam keadaan kufur.Orang itu termasuk dalam golongan orang yang paling rugi di Akhirat,orang yang kekal di dalam Neraka Allah سبحانه  وتعالى tapi orang awam kita tak ambil berat ilmu akidah sehingga bila di check akidah masing-masing.

Ternyata dia tak berapa kemah tak berapa faham dengan akidahnya hampir-hampir dengan Agama Asing.Orang agama kristian,orang yang agama hindu,orang yang agama buddha.Kalau kita tanya dia tentu dia tak faham apa akidah dia.Hanya ikut-ikutan sahaja.

Kita sebagai orang yang beriman kepada Allah سبحانه  وتعالى tak faham Agama seperti mereka maka kita sehampir-hampir mereka.
Walaubagaimana pun sama-samalah kita berdoa kepada Allah minta Allah menurunkan kita,menunjukkan kita,memudahkan kita berpegang kepada akidah yang betul,membimbing kita menuju jalan yang lulus jalan yang benar.

Sebab itu kita kena mari mengaji duduk dengan Para Ulama hadir majlis ilmu supaya kita dapat memahamj Agama kita dengan betul dan benar Janganlah kita membaca kitab-kitab ataupun mentafsir Al-Quran dan Hadith mengikut kemampuan akan fikiran kita semata-mata tetapi hendaklah kita belajar melalui guru mendapatkan bimbingan guru yang ahlinya bukannya sewenang-wenangnya kita belajar.

#MutiaraKata[TUAN GURU HJ.GHAZALI AHMAD AL-FATHONI @ BABA LI HAFIDZOHULLAH]

#MuhasabahDiri
#JomKitaJadikanMasjidSebagaiTempatKesukaanKita
#JomKitaSolatBerjemaah
#JomKitaHadiriMajlisIlmu
#JomKitaMengambilIlmuSecaraBersanadBertalaqqiDudukBersamaParaGuru
#JomKitaJagaAkhlakDanAdabKita
#JomKitaPuasaEnamJanganLupa
#PeringatanBuatDiriSendiri
#YangSeringLekaDanLalaiMengingatiAllah
#PeringatanBersamaSecaraUmumnya
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SemogaMendatangkanManfaatkanBuatDiriSayaTerutamanyaDanKepadaSemuaYangMembacanya
#SalingIngatMengingatkan

No comments:

Post a Comment