Tuesday, August 30, 2016

Hayatiah kesah 7 anak Muar

Sultan-Sultan yang ada sekarang ini bolehlah mencontohi tindakan2 oleh Ninda2 Baginda dahulu. Tidak mudah murka walau ditegur oleh tokoh2 Melayu rakyat biasa. 

Hayatiah kesah 7 anak Muar memulakan penentangan  terhadap penubuhan Malayan Union walaupun sudah ditandatangani oleh semua Raja2 Melayu dahulu. 

Semoga kesah ini menginsafkan kita semua. 
.....................................................................
KEBANGKITAN ORANG TUJUH MUAR 

Langkah Jebat Menentang Malayan Union
#AnakJatiMuar

Sejarah merupakan satu khazanah penting untuk dipelihara supaya ia akan menjadi satu pelajaran dan iktibar kepada jenerasi jenerasi akan datang. ia memberi satu gambaran dan fahaman dimana asas serta benteng yang telah dibina oleh orang orang lama dirasai nikmatnya oleh generasi yang akan menyusulinya. 

Walaubagaimana pun, ada peristiwa peristiwa yang cukup penting dan bermakna yang tidak diketahui umum diatas sebab sebab yang kita sendiri tidak mengetahuinya. 

Satu daripada peristiwa yang cukup penting ini ialah kebangkitan tujuh orang anak kelahiran Muar menentang penubuhan Malayan Union.

Alhamdullillah saya masih hidup dan dapat berkongsi cerita sebenarnya kepada anak anak muda Muar betapa besarnya pengorbanan orang tujuh ini terhadap bangsa, agama dan tanahair kita. Bacalah cerita sebenarnya:

Pada 11hb Oktober 1945, dengan senyap senyap dan tidak diketahui umum, wakil khas kerajaan British yang bernama Sir Harold MacMichael telah tiba diPort Swettenham (sekarang Port Klang) dengan membawa satu utusan serta cadangan iaitu untuk menubuh apa yang dipanggil Malayan Union. Iaitu gabungan semua negeri negeri didalam Persekutuan Tanah Melayu termasuk Straits Settlement iaitu negeri Melaka dan juga Pulau Pinang. 

Penubuhan ini akan memberi kerakyatan penuh kepada semua bangsa termasuk bangsa Cina dan India dan mereka akan menjadi rakyat setaraf dengan bangsa Melayu. Disamping itu, semua Sultan dinegeri masing masing akan hilang kedaulatan mereka dan Sultan Sultan ini akan bertanggungjawab kepada saorang pemerintah British yang akan bergelar Governor-General.

Setibanya diPort Swettenham, Sir Harold MacMichael terus berangkat keKuala Lumpur dengan diiringi oleh Sir Alec Newboult. DiKuala Lumpur beliau terus pergi ke King's House dan disini beliau telah berbincang dengan pegawai pegawai British yang bertugas diKuala Lumpur.

Untuk menjadikan Malayan Union satu kenyataan, semua Sultan Sultan perlu menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan British dengan memberi persetujuan yang tidak berbelah bagi.
Ketika itu, Almarhum Sultan Ibrahim Johor merupaka Sultan yang sangat dihormati dan disegani oleh Sultan Sultan negeri lain. Jadi untuk memudahkan tanggungjawabnya, Harold MacMachael mengesyurkan supaya mendapatkan tandatangan Sultan Johor terlebih dahulu.

Pada 20hb Oktober, beliau telah dapat berjumpa dengan Sultan Johor dan setelah menerangkan butit butir penubuhan Malayan Union, Sultan Johor pun menandatangani surat perjanjian itu dan bersetuju diatas penubuhan Malayan Union tadi. Dengan ini, kerja beliau menjadi lebih senang dan mudah untuk berbincang dengan Sultan Sultan negeri lain.

Surat perjanjian diantara Sultan Johor dengan kerajaan British disaksikan olih Tengku Ahmad dan Encik Abdul Kadir.

Pada 20hb Oktober 1945, MacMichael berjumpa dengan Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah dan Sultan Selangor juga menandatangani surat perjanjian itu. Ia disaksikan oleh Encik Hamzah dan Raja Nong.

Pada 2hb November 1945, Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Riayatudin Al-Muazzam Shah telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Tunku Mohammad dan G.E. Mohammad.

Pada 14hb November 1945, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan menandatangani surat perjanjian itu bersama sama dengan 4 Undang seperti berikut:
1. Undang Sg. Ujong - Dato Kelana Putra.
2. Undang Jelebu - Dato Shahruddin.
3. Undang Johol - Dato Johol
4. Undang Rembau - Dato Hipap
dan Tengku Sharifah Loyah mewakili Tunku Besar Tampin.
Surat perjanjian ini disaksikan oleh Tengku Nasir, Tengku Jaafar dan Tengku Hussain.

Pada 22hb November 1945, Sultan Perak iaitu Sultan Abdul Aziz telah menandatangani surat perjanjian dengan disaksikan oleh Raja Yusof, Raja Muda Perak dan Dato Temenggong.

Pada 2hb Disember 1945, Sultan Kedah iaitu Sultan Badlishah telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Encik. M. Shariff dan Encik Yaakub.

Pada 12hb Disember 1945,Raja Perlis pula telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Encik Ahmad dan Encik Wan Ahmad.

Pada 17hb Disember 1945, Sultan Ibrahim dari negeri Kelantan telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Tengku Ibrahim Petra dan Nik Ahmad Kamil..

Pada 21hb Disember 1945, Sultan Terengganu iaitu Sultan Ismail Nasirudin Shah telah menandatangani surat perjanjian dan disaksikan oleh Dato Omar dan Tengku Halim.

Maka berjayalah Harold MacMichael untuk mendapatkan semua tandatangan Sultan Sultan diPersekutuan Tanah Melayu. Ini bermakna rancangan untuk menubuhkan Malayan Union tiada lagi halangan.

Pada 6hb Januari 1946, berangkatlah MacMichael keEngland dengan kesemua surat surat perjanjian itu. Pada 22hb Januari 1946, satu kertas putih telah dibentangkan didalam parlimen kerajaan British untuk kelulusan.

Setelah mendapat kelulusan parilmen kerajaan British, satu Warta Kerajaan British yang mengandungi butir butir berkenaan penubuhan Malayan Union diTanah Melayu telah disiarkan oleh pihak berkuasa Pentadbiran Tentera British (BMA) diTanah Melayu untuk pengetahuan rakyat dan penduduk Tanah Melayu.
Sebaik sahaja tersiar Warta Kerajaan British itu, seluruh bangsa Melayu telah terkejut dan merasa Kertas Putih itu adalah satu cabaran yang tajam, menyentuh maruah bangsa Melayu.

Tidak ada perkataan yang dapat mensifatkan bagaimana perasaan orang orang Melayu ketika itu-- perasaan geram dan marah yang meluap luap terhadap perbuatan Kerajaan British dan perasaan kesal dan dukacita terhadap terlanjurnya Raja Raja Melayu menurunkan tandatangan baginda baginda keatas perjanjian MacMichael yang memperdayakan itu.

Tetapi apakan daya, semua surat perjanjian itu sudah menjadi kertas rasmi dan tidak dapat diperbetulkan lagi. Nasib bangsa Melayu kini akan hancur dan kedaultan bangsa Melayu akan hilang ditanah tumpah darah dato nenek moyang mereka sendiri.
DiJohor Bahru, 

Setelah mengetahui butir butir kandungan Perjanjian MacMichael itu, beberapa orang pemimpin Melayu Johor yang diketuai oleh Dato Abdul Rahman bin Mohammad Yasin telah membantah dengan sekeras kerasnya.Sebaik baik jalan memansuhkan perjanjian itu ialah membuktikan bahawa Sultan Johor telah bertindak diluar batasan Undang Undang Tuboh negeri dan perbuatannya tidak sah dari segi undang undang.

Dato Abdul Rahman yang berasal daripada Parit Bakar, Muar terus pulang keMuar untuk berjumpa dengan pejuang pejuang Melayu ketika itu. Diantara orang pertama yang beliau berjumpa ialah Dr. Hamzah, Hj. Taib dan Ciku Kosai. Dr. Hamzah merupakan anak Melayu Johor pertama menjadi doktor dinegeri itu. Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk menentang perbuatan Sultan, bukan untuk menderhaka kepada baginda tetapi lebih untuk menyelamatkan kedudukan baginda sebagai Sultan berdaulat dinegeri Johor.

Apabila mendegar cadangan untuk menentang penubuhan Malayan Union ini, dua orang lagi anak Muar tampil kehadapan untuk memberi bantuan dan kerjasama. Mereka adalah dua beradek yang bernama Cikgu Ahmad Suleiman dan Cikgu Safiah Suleiman.

Didalam satu jamuan makan malam dirumah Dr. Hamzah Hj. Taib, dua orang lagi penjuang dari Muar menghadir untuk memberi bantuan. Mereka ialah Hj. Hassan Yunos (sepupu kepada Dato Abdul Rahman) dan Dr. Awang bin Hassan (saudara rapat dengan Dato Abdul Rahman dan Dr. Hamzah).
Secara kebetulan, Dato Abdul Rahman ketika itu ialah Pegawai Keawangan Negeri Johor, Hj. Hassan Yunos pula ialah Mufti Kerajaan Negeri Johor, dan Cikgu Kosai ialah Pegawai Jabatan Hutan.

Mereka telah membuat satu risalah menerangkan kepada orang ramai bahawa perbuatan Sultan Johor adalah salah disisi undang undang tuboh kerajaan negeri Johor. Risalah itu disebarkan kepada seluroh negeri Johor dan rakyat Johor mula memberi sokongan kuat kepada gerakan mereka.

Dato Abdul Rahman berhasrat untuk mengandap baginda Sultan tetapi dihalang oleh pegawai pegawai istana. Malah kesemua mereka telah digantung kerja masing masing tetapi ini tidak memantahkan semangat mereka.

Hari demi hari, sokongan rakyat Melayu Johor semakin bertambah dan ini membimbangkan pihak Istana. Pada ketika ini, Dato Onn Jaafar langsung tidak menyebelahi gerakan mereka.
Maka mereka bersefakat untuk menghantar satu petition bantahan kepada baginda Sultan dan setelah berbincang, mereka mencadangkan agar Hj. Hassan Yunos saorang sahaja mengandap baginda Sultan dan statusnya sebagai Mufti Kerajaan Negeri membolehkan perkara ini berlaku.

Satu perutusan telah dihantar kepada baginda Sultan supaya menerima kunjungan Hj. Hassan Yunos. Alhamdullillah, baginda Sultan bersetuju untuk berjumpa dengan Hj. Hassan Yunos.

Pada hari yang telah ditetapkan, ramai penyokong penyokong telah berhimpun diperkarangan Mesjid Abu Bakar diJohor Bahru. Jarak antara Mesjid Abu Bakar dan Istana Besar tidak lah begitu jauh. Maka berjalanlah saorang diri Hj. Hassan Yunos menuju keIstana dengan membawa petition tersebut.

Menurut anak Hj. Hassan Yunos iaitu Encik Murad (sahabat rapat saya), apabila ayahnya sampai ditangga Istana Besar, lututnya megeletar dan susah untuk menaiki tangga. Perasaan takut memang ada tetapi tanggungjawab untuk menjaga maruah bangsa Melayu tidak boleh dipermain mainkan. Beliau mendoa hadarat llahi supaya memberikan dia semangat yang kuat apabila mengandap baginda Sultan nanti.

Setibanya dipintu besar Istana, saorang pegawai Istana menjemputnya keruang tamu sambil menunggu keberangkatan baginda. Tidak lama kemudian, muncullah baginda Sultan, lantas Hj. Hassan terus bangun dan mencium tangan baginda. Dijemputnya Hj. Hassan supaya duduk dan dengan penuh tertib, Hj. Hassan menerangkan satu persatu dimana kesalahan baginda. 

Apabila habis penerangan Hj. Hassan Yunos kepada baginda Sultan, barulah baginda sedar yang perbuatan baginda itu adalah salah disisi undang undang tuboh negeri Johor. Baginda Sultan berjanji dengan Hj. Hassan yang baginda akan menarik balik perjanjian itu. Maka gembiralah Hj. Hassan bahawa beliau telah berjaya mengajak baginda kembali kepangkal jalan yang sebenar. Baginda Sultan menerima petition itu dan mengucapkan selamat jalan kepada Hj. Hassan.

Suasana diperkarangan Mesjid Abu Bakar cukup resah dengan penyokong penyokong menunggu kepulangan Hj. Hassan dari Istana. Tidak lama kemudian, mereka melihat Hj. Hassan berjalan menuju keMesjid Abu Bakar dengan mengangkat tangan tanda kejayaan. 

Dengan tiba tiba suasana menjadi riuh rendah, ada yang menjerit jerit tanda kesukaan dan ada yang menandah tangan kelangit untuk melafazkan kesyukuran kehadrat Allah. Dato Abdul Rahman dan rakan rakan seperjuangannya berpeluk peluk sambil menangis kegembiraan. Mereka telah berjaya untuk mematahkan penubuhan Malayan Union.

Beberapa hari kemudian, baginda Sultan Johor telah menulis sepucuk surat kepada kerajaan British dengan kandungan isinya seperti berikut:

"Beta tidak dikerasi dan dikejut kejut dan beta tidak menurunkan tandatangan denga penuh kemahuan akan tetapi setelah memikirkan semula perkara itu beta berpendapat bahawa beta telah menyain perjanjian itu dengan tidak terlebih dahulu menyiasat dengan sehalus halusnya seperti yang sepatutnya diperbuat dan malangnya beta tidak sedar akan kesan kesan yang mengenai lebih jauh.

Oleh hal yang demikian, beta suka menyatakan iaitu didalam hal yang demikian beta tidak sanggup lagi bertanggungjawab kepada persetujuan yang beta berikan mula mula itu."

Setelah mendengar yang baginda Sultan Johor telah menarik balik surat perjanjian itu, kesemua Sultan Sultan lain telah mengikut jejak yang sama. Maka apabila orang orang Melayu mendapat tahu bahawa Raja Raja Melayu telah menarik balik perjanjian mereka, seluruh rakyat Melayu bangkit dengan penuh bersemangat. Disaat inilah baru munculnya Dato Onn Jaafar.

Begitulah pengorbanan yang telah diberikan oleh pejuang pejuang anak kelahiraan Muar kita. Mereka sanggup melawan Sultan bukan untuk menderhaka tetapi untuk menjaga supaya institusi Raja Raja terpelihara.

Mengapakah mereka digelar Orang Tujoh Muar? Ini oleh kerana hanya tujuh orang yang menandatangani petition kepada Sultan.
Cikgu Kosai sebenarnya berkelulusan tinggi iaitu daripada Cambridge, England. Oleh kerana beliau bermula kerja sebagai saorang guru, maka panggilan Cikgu Kosai cukup mesra dengannya.

Hj. Hassan kemudian menjadi Menteri Besar Johor dengan gelaran Tan Sri. Dr. Hamzah Hj. Taib meninggal dunia semasa masih muda. Dr. Awang Hassan kemudian menjadi Gabenor Pulau Pinang dengan gelaran Tun,

Begitulah kesah perisitwa yang cukup bermaknya ini. Marlah kita menghadiahkan Al fatiha kepada tujuh anak kelahiran Muar yang mana jasa mereka kepada bangsa Melayu tidak terhingga besarnya.

Alfatiha buat
1. Allahyarham Dato Abdul Rahman Mohd. Yassin.
2. Allahyarham Dato Suleiman Abdul Rahman.
3. Allahyarham Tan Sri Hj. Hassan Yunos.
4. Allahyarham Tun Dr, Awang Hassan.
5. Allahyarham Dato Kosai.
6. Allahyarham Encik Ahmad Sulaiman.
7. Allahyarhamah Cik Safiah Sulaiman.
Wasallam.
.
sumber dari : Dato Kamaruddin Abdullah
penulis buku 'Pages From My Past'

Monday, August 29, 2016

DI ANTARA AMALAN PARA AULIYA YANG PALING TERMASYUR DI SELURUH DUNIA DARI ZAMAN BERZAMAN ADALAH HIZIB BAHR KARANGAN AL-IMAM SYEIKH ABUL HASAN ASY-SYADZILI رضي الله عنه.



SIAPAKAH AL-IMAM AL-QUTHUB SYEIKH ABUL HASAN AS-SYAZILI رضي الله عنه?

Beliau adalah PENGASAS TAREQAT SYAZILIYAH. Seorang Wali Quthub di zamannya. Apa itu Wali Quthub? Wali Quthub ini adalah Pemimpin Para Wali. Setiap abad hanya ada seorang Wali Quthub sehingga ke Hari Kiamat dan beliau ini adalah Al-Quthub Al-Ghouts di zamannya.

Nama lengkap, nasab beliau adalah Al-Imam Al-Qutb Abul Hasan Ali Bin Abdullah Bin Abdul Jabbar Bin Tamim Bin Hurmuz Bin Hatim Bin Qushoy Bin Yusuf Bin Yusya Bin Ward Bin Abu Batthal Ali Bin Ahmad Bin Muhammad Bin Isa Bin Idris Al-Mutsanna Bin Umar Bin Idris Bin Abdullah Bin Hasan Al-Mutsanna Bin Sayyidina Hasan Bin Sayyidina Ali Bin Abu Thalib dan Sayyatina Fatimah Az-Zahra Binti Sayyidina wa Habibina wa Syafiina Muhammad Rasulullah ﷺ.

Lahir di kampung Syazilah iaitu sebuah kampung di Ghumarah, Maghribi di Afrika pada tahun 593H / 1197M. Kemudian beliau menetap di Iskandariah iaitu satu bandar besar di Mesir menyebarkan ilmu dan menjadi Syeikh Tariqat Syazilah. Beliau seorang yang buta tetapi Allah memuliakannya dengan dikurniakan mata hati yang terang benderang. Dan beliau wafat di Padang Sahara Idzaab pada tahun 656H dalam perjalanan beliau untuk menunaikan ibadah Haji. Ini adalah serba sedikit manaqib Al-Imam Al-Quthub Al-Ghouts (Pemimpin Para Wali) Syeikh Abul Hasan As-Syazili رضي الله عنه.

Bacalah kisah-kisah dan manaqib Para Auliya dan Solohin nescaya kita akan berasa takjub, malu dan hina sehina-hinanya melihat akan keadaan diri kita pada hari ini. Orang-orang terdahulu, mereka menuntut ilmu, mempelajari ilmu, mendapatkan kemuliaan bukannya dengan bersenang-lenang dan bermewah-mewahan sepertimana kita hari ini.

Hari ini kita lebih gemar mengejar dan mengharapkan perhatian makhluk daripada mendapatkan perhatian Allah سبحانه  وتعالى. Hati kita tanpa disedari telah pun diselubungi dengan FITNAH. Cinta kepada DUNIA. Kalau orang Agama sendiri pun menggunakan AGAMA untuk mengejar dan mendapatkan DUNIA, mengabaikan AKHIRAT. Tidak mengajak ummat untuk sama-sama beramal menyediakan bekal dan perisai untuk menghadapi fitnah yang dahsyat yang sedikit demi sedikit telah pun terzahir di akhir zaman ini.

Agak-agaknya bagaimanakah keadaan ummat pada zaman ini? Yang mana kami rata-ratanya sebagai orang awam ini hanyalah mengikut, berpandukan kepada panduan yang diberikan kepada kami. Diberi PENAWAR Alhamdullilah tapi bagaimana sekiranya yang diberikan itu adalah RACUN? Binasalah kami.

Marilah kita mencari orang-orang yang benar-benar boleh membimbing kita, menuntut kita, membawa kita untuk betul-betul mengenal kepada Allah سبحانه  وتعالى bukannya hanya sekadar mengenal Islam sahaja. Islam itu zahir. Batin kita itu adalah Iman. Hari ini masalah iman/ tauhid paling merisaukan. Tidakkah kita pernah mendengar hadis Rasulullah ﷺ yang mewawarkan kepada kita mengenai perpecahan Ummat Baginda Rasulullah ﷺ pada akhir zaman kepada 73 golongan?

Tanda-tanda besar hari kiamat dan tanda-tanda kecil hari kiamat semua? Dunia ini semakin hari semakin sampai ke penghujungnya. Bukannya semakin maju dan canggih sepertimana yang diperlihatkan kepada kita pada hari ini. Perang di sana sini, anak zina merata-rata, riba, rasuah, maksiat dan kemungkaran di mana-mana tidak terbendung. Kita nampak semua itu tapi kita hanya memejamkan, membutakan mata kita sahaja.

Pesan Para Ariffbilllah "Akhir zaman ini selamatkanlah dirimu dan orang-orang yang kamu sayangi. Asingkan dirimu daripada manusia yang ingin membawa kamu tenggelam bersama-sama mereka di dalam lautan fitnah. Duduklah bersuhbah bersama-sama dengan orang-orang yang menasihatimu, membimbingmu menuju kepada Allah سبحانه  وتعالى. Berhati-hati di dalam memilih sahabat. Tidak semua yang mendekatimu itu adalah sahabatmu. Boleh jadi mereka bersamamu kerana inginkan sesuatu daripadamu. Ramai sekali manusia yang bersahabat kerana inginkan sesuatu. Baik itu kerana rupa paras, inginkan nama, pangkat, jawatan, kedudukan, harta tetapi sedikit sekali manusia yang mampu bersahabat kerana Allah. Oleh kerana itu bersamalah dengan Allah selalu dengan kamu memperbanyakan zikirullah."

Alangkah beruntungnya orang-orang yang mana Allah telah pun menarik hati-hati mereka untuk menuju kepada Allah. Itulah yang sepatutnya kita semua harapkan sekarang ini.
Setiap apa yang mereka pelajari itu mereka berusaha sedaya upaya mereka untuk diamalkan di dalam kehidupan mereka.

Tidak sepertimana kita hari ini. Hari ini kita sangat lemah dikeranakan kita lebih seronok, hati kita terpaut dengan kecanggihan, kemodenan yang disajikan di hadapan kita. Kita lebih banyak makan, banyak cakap dan banyak tidur daripada banyak beramal.

Tidak sepertimana mereka orang-orang terdahulu. Inilah yang sangat-sangat dirisaukan oleh golongan Para Auliya, Para Ulama dan Solihin. Waktu mereka sentiasa diisi, dipenuhi dengan zikirullah, ilmu, amal, rasa takut dan berharap kepada Allah. Kalau tidak kerana munajat mereka, tangisan mereka, rintahan mereka nescaya kita hari ini sudah pun binasa.

Marilah kita bersama-sama menghidupkan kembali hati-hati kita, mengeluarkan diri kita daripada belenggu fitnah yang bersarang di dalam hati dengan kita mengikat hati kita bersama-sama dengan Para Auliya, Para Alim Ulamak dan Solihin. Bukan BERSAMA itu maksudnya sekadar kita  berkhidmat, mengenal kepada mereka ataupun kita duduk bersama dengan mereka ataupun kita belajar dengan mereka sahaja. Apatah lagi sampai kita bergambar, berselfie dengan mereka sahaja.

Akan tetapi yang lebih penting daripada itu semua adalah kita semua berusaha untuk MENCONTOHI
kepada mereka. Baik itu ADAB dan AKHLAK mereka. Begitu juga dengan AMALAN mereka. Perlulah setiap pergerakan kita, percakapan kita, duduk dan diam kita semua itu mencontohi kepada mereka yang dekat dengan Allah.

Marilah bersama-sama berusaha mulai dari sekarang. Kita niatkan, azamkan untuk kita nak sama-sama cuba mengamalkan setiap apa yang kita pernah dengar, tahu dan belajar daripada Guru-Guru Mulia kita.

Di sini  bagi mereka yang pernah dengar ataupun tahu ataupun memang Alhamdullilah sudah pun mengamalkannya, mengalami dan merasai akan HIZB BAHR karangan Al-Imam Al-Quthub Abul Hasan As-Syazli رضي الله عنه. Jom kita sekali lagi bersama-sama mengenal akan sejarah Hizib Bahr dan cara mengamalkannya.

APA ITU HIZIB?

Hizib itu ertinya himpunan daripada amalan, himpunan daripada wirid, himpunan daripada bacaan yang di antaranya diambil daripada Al-Quran dan hadis-hadis Sayyidina Rasulullah ﷺ. Yang juga di antaranya dikumpul dan dihimpun daripada perkataan-perkataan Para Auliya sehingga dijadikan suatu amalan, rutin yang diamalkan pada waktu-waktu tertentu ataupun juga diamalkan pada setiap waktu terutama sekalinya selepas subuh dan asar.

Hizib Bahr ini diajarkan oleh  Rasulullah ﷺ langsung melalui mimpi Al-Imam Al-Qutb Abul Hasan Asy-Syazili رضي الله عنه sewaktu beliau dalam keadaan berdukacita dan kesedihan. Inilah yang menjadi ubat kepada kalangan Para Auliya apabila mereka dalam keadaan berdukacita, sedih, kecewa, dihina, dikeji dan sebagainya. Yang akan mengubati, menggembirakan hati mereka itu adalah Allah سبحانه  وتعالى dan Sayyidina Rasulullah ﷺ.

Suatu hari, Al-Imam Al-Qutb Syeikh Abul Hasan As-Syazili رضي الله عنه mendapat "isyarat" untuk  pergi ke Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan fardhu Haji pada tahun itu melalui jalan laut. Lalu diberitahu kepada anak muridnya. Maka mereka pun mencari orang yang boleh membawa mereka menaiki kapal. Akan tetapi didapati hanya ada satu kapal sahaja yang tinggal dan kapten kapalnya itu pula merupakan seorang Nasrani (Kristian).

Lalu mereka pun menyampaikan hajat mereka dan menaiki kapal itu untuk pergi ke Makkah al-Mukarramah. Di tengah-tengah perjalanan tiba-tiba angin tidak lagi bertiup. Hal ini membuatkan kapal yang dinaiki oleh Al-Imam Abul Hasan As-Syazili رضي الله عنه tidak boleh meneruskan perjalanan disebabkan tiada tiupan angin. Keadaan ini bukan setakat sehari. Malah berhari-hari tiada tiupan angin menyebabkan kapal tidak boleh berlayar.

Lalu bertanya seseorang kepada Al-Imam Abul Hasan As-Syazili رضي الله عنه "Wahai Imam. Bagaimanakah keadaan ini? Bukankah Tuan mendapat isyarat untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun ini. Adakah kita masih sempat untuk sampai?"

Sepanjang tempoh tiada tiupan angin itu telah membuatkan semua anak-anak kapal menjadi gelisah dan berdukacita dikeranakan khuatir mereka tidak sempat sampai ke Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan ibadah Haji tahun itu. Dalam kegelisihan inilah. Al-Imam Abul Hasan As-Syazili رضي الله عنه
telah tertidur di siang hari dan dengan izin Allah telah bermimpi bertemu dengan Sayyidina Rasulullah ﷺ.

Baginda Rasulullah ﷺ telah mengajarkan kepada Al-Imam Abul Hasan As-Syazili رضي الله عنه
akan hizib ini. Apabila terjaga daripada tidurnya, Al-Imam Abul Hasan As-Syazili رضي الله عنه terus mengamalkan hizib ini dan menyuruh kapten kapal itu untuk bersiap-siap untuk berlayar.

Hal ini menyebabkan kapten kapal itu kehairan kerana mana ada tiupan angin yang membolehkan mereka untuk berlayar. Lalu bertanya kapten kapal itu "Mana anginnya Tuan?". Lalu dijawab oleh Al-Imam Abul Hasan As-Syazili رضي الله عنه "Sudah!! Siap-siap. Sekarang angin datang."

MashaAllah Tabarakallah dengan izin Allah, beberapa saat kemudian angin pun datang. Oleh kerana peristiwa yang luar biasa ini telah pun mengetuk pintu hati kapten kapal yang merupakan seorang nasrani itu untuk memeluk agama Islam. Akhirnya disebutkan kapten kapal itu telah pun menjadi seorang hamba Allah yang taat.

CARA MENGAMALKAN HIZB BAHR

Berkata Al-Alim Al-Faqih Al-Allamah Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki Hafidzohullah "Seeloknya Hizib Bahr ini diamalkan setelah sembahyang asar. Nak beramal dengan Hizib Bahr kalau ada hajat. Tidak kira apa-apa hajat sekalipun. Hajat itu untuk mendapatkan, memperoleh sesuatu besar mahupun kecil. Dimulai dengan membaca SURAH AL-FATIHAH sebanyak 7 KALI. Disambung dengan dibaca SURAH AL-QURAISH sebanyak 21 KALI. Kemudian barulah dimulakan dengan membaca Hizib Bahr sebanyak 3 KALI SELEPAS SEMBAHYANG SUBUH."

Seeloknya setiap apa-apa pun amalan yang kita nak lakukan. Seafdal-afdalnya untuk mendapatkan BAROKAH dan merupakan jalan ilmu. Kita mendapatkan IJAZAH ataupun SANAD daripada mereka yang ahlinya yakni Para Alim Ulama yang mempunyai sanad bersambung, bersambung, bersambung terus kepada pengarang kitab.

Untuk sanad Hizib Bahr ini. Di Malaysia ini ramai Para Alim Ulamak dan Asatizah kita yang mempunyai sanadnya. Ada rezeki, peluang dan kesempatan untuk mendapatkan sanad Hizb Bahr ini. Diizinkan untuk memperolehinya cubalah dapatkan ijazah sanad ini daripada Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki Hafidzohullah, Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki Hafidzohullah, Syeikh Dr.Mahmoud Mrglani Al-Husayni Al-Madani As-Syazili Hafidzohullah, Syeikh Feras Salou Ad-Dimasyqi As-Syazili Hafidzohullah, Para Habaib kita dan Para Asatizah yang lainnya. Dengan syarat kita betul-betul berniat dan berazam sungguh-sungguh nak mengamalkannya. Bukan sekadar dapat sanad tapi tak diamalkan.

Cumanya di sini kalau siapa yang pernah dapat sanad secara langsung daripada Al-Alim Al-Faqih Al-Allamah Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki Hafidzohullah. Sanad beliau terus sambung kepada pengarang kitab yakni Al-Imam Al-Quthub Abul Hasan As-Syazili رضي الله عنه.

SANAD HIZIB BAHR TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI HAFIDZOHULLAH

1)Al-Musnid Ad-Dunya Syeikh Muhammad Yassin Al-Fadani

2)Sayyid Idris Salim Al-Bard

3)Salim Ibni Idrus

4)Muhammad Ibni Nasir

5)Syeikh Abdurrahim Al-Ahdal

6)As-Sanuri

7)Ahmad Al-Goyaty

8)Syeikh Zakariya Al-Ansory (Syeikhul Islam)

9)Imam Tajuddin As-Subki (Pengarang Kitab Thabaqatus)

10)Ayah kepada Imam Tajuddin As-Subki

11)Syeikh Ibnu Athaillah As-Sakandari As-Syazili (Kitab Hikam)

12)Syeikh Ibnu Abbas Al-Mursi As-Syazili

13)Sohibul Hizib Bahr Al-Imam Al-Quthub Abul Hasan Bin Abdullah ibni Jabbar As-Syazili Al-Hasani رضي الله عنه.

KENAPA PENTING SANAD?

Berkata Al-Imam Abdullah Ibnu Mubarak رضي الله عنه "Sanad itu sebahagian daripada Agama. Kalau tidak dengan sanad. Sewenang-wenangnya sahaja seseorang itu berucap dengan apa yang dia nak ucapkan." Kita inginkan ilmu kita ada barokah. Ada kesinambungan bersambung dari Tok Guru kepada Tok Guru bersambung, bersambung, bersambung sampai kepada Baginda Sayyidina Rasulullah ﷺ.

Nak dapatkan sanad ini macam mana? Jalannya dari dulu sampai sekarang tidak lain dan tidak bukan adalah dengan bertalaqqi duduk di hadapan Para Guru. Lutut bertemu lutut, mata bertentang mata. Dari mulut ke telinga, telinga ke mulut. Hadir di dalam majlis guru. Hadir jasad dan juga hati. Diberi ijazah secara khusus mahupun secara umum daripada Guru.

Berkata Al-Alim Al-Faqih Al-Allamah Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki Hafidzohullah "Orang yang beramal tanpa didasari dengan mendapatkan IJAZAH, SANAD yang bersambung sampai kepada penulisnya langsung ataupun pengarangnya maka seumpama orang yang pergi belajar di luar negara. Misalnya belajar di Al-Azhar, Mesir tapi balik Malaysia tak bawa balik sijil. Orang tak akan iktiraf kita ini pelajar lulusan dari Al-Azhar sebab kita tak ada sijil sebab setiap sesuatu itu perlulah didasari dengan buktinya. Jadi ILMU ini buktinya adalah dengan SANAD. Siapa Gurunya? Siapa Tok Gurunya? Siapa Tok Guru kepada Tok Gurunya? Siapa Tok-Tok Guru kepada Tok-Tok Gurunya. Demikianlah bersambung terus sampai kepada Sayyidina Rasulullah ﷺ."

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENGAMBIL MANFAATNYA. MOHON MAAF DI ATAS SEBARANG KESILAPAN, KESALAHAN EJAAN TERUTAMA SEKALINYA NAMA-NAMA PARA AULIYA, PARA ALIM ULAMAK YANG DISEBUTKAN DI ATAS.

SEMOGA ALLAH TA'ALA MEMBERIKAN KEPADA KITA KEFAHAMAN DI DALAM AGAMA. MEMBERIKAN KEPADA KITA KEKUATAN UNTUK KITA NAK BERAMAL DENGAN SETIAP APA SAHAJA YANG KITA PELAJARI. BAIK ITU DARI YANG KITA DENGAR, KITA BACA, KITA LIHAT, KITA RASA DAN SEBAGAINYA. DIBERIKAN ILMU YANG BERMANFAAT DAN BAROKAHNYA UNTUK KITA NAK BERAMAL SEIKHLAS HATI SEHINGGA AKHIR HAYAT KITA.

SEMOGA ALLAH TA'ALA MENYELAMATKAN DIRI KITA, AHLI KELUARGA KITA DAN ORANG-ORANG YANG KITA SAYANGI DI SEKELILING KITA DARIPADA FITNAH DUNIA DI AKHIR ZAMAN INI, FITNAH KEHIDUPAN, FITNAH KEMATIAN DAN FITNAH DAJJAL. DIAKHIRI UMUR HIDUP KITA SEMUA DENGAN HUSNUL KHATIMAH.

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG KENAL, HORMAT DAN CINTA KEPADA PARA ALIM ULAMAK PEWARIS PARA NABI. YANG SENTIASA MENJAGA AKHLAK, ADAB DAN BERADAB KETIKA DUDUK BERSAMA DENGAN PARA ALIM ULAMAK DAN PARA SOLIHIN.

DAN YANG PALING PENTING SEKALI MUDAH-MUDAHAN ALLAH TA'ALA MENJADIKAN HATI-HATI KITA SEMUA DI ANTARA GOLONGAN HATI HAMBA-HAMBA-NYA YANG SENTIASA SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN.

SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA.

#JomMuhasabahDiri
#JomKitaMencintaiAhlulBait
#JomKitaMencintaiParaAlimUlamak
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#JomKitaBelajarBertalaqqiDudukDiHadapanGuru
#JomTalaqqiSecaraBersanad
#JomKitaPergiKeRumahAllah
#JomKitaJagaSolatFardhuBerJemaahKhususnyaSolatIsyakDanSubuhBerjemaah
#JomBasahkanLidahKitaDenganZikirullahMengingatiAllahTaala
#JomKitaBanyakanBerselawat
#InstallAntiVirusDaripadaSifatMunafikDalamDiriKita
#BerselawatlahSetiapHariSekurangKurangnya300Kali
#JomPerkemasIlmuTauhid
#JomBelajarSifat20
#WujudQidamBaqaMukholafatuhuQiamuhuBinafsihiWahdaniahQudrahIradahIlmuHayatSama'BasarKalamMuridanAlimanHayyanSami'anBashiranMutakalliman
#PerisaiDiriKitaDenganIlmu
#SemogaKitaSemakinBerakhlakDanBeradab
#IlmuAmalIkhlasKhaufWarak
#TulislahYangBaikBaikYangMenggembirakanKitaKelakMogaIaMenjadiSahamAkhiratKita
#MaafAdaSalahSilapPenambahanPenguranganPerubahanDiDalamPenulisan
#SemogaMendatangkanManfaat
#MohonDoakanSayaDanSemuaUmmatNabiMuhammadSAW

Thursday, August 25, 2016

Kelebihan Surah AlHasyr:


Daripada kitab
 كتاب تنزيه الشريعة المرفوعة
Berkenaan sebuah Hadith Ibnu Mas'ud
حديث ابن مسعود قرأت القرآن على رسول الله فلما بلغت هذه الآية: 
لو أنزلنا هذا القرآن على جبل..... 
قال ضع يدك على رأسك

Kata Ibni Mas'ud,  aku membaca Al-Qur'an di hadapan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, ketika sampai pada ayat (لو انزلنا هذا القرآن) dia bersabda: "Letakkan tanganmu di atas kepalamu" 

فإن جبريل لما نزل بها إلي 
قال ضع يدك على رأسك
فإنها شفاء من كل داء إلا السام والسام الموت

"sesungguhnya Jibril ketika datang kepadaku membawa surat ini, dia berkata letakkan tanganmu di atas kepalamu. 
Maka sesungguhnya hal tersebut (membaca surat Al-Hasyr ayat 21 dan meletakkan tangan di atas kepala) adalah ubat dari semua penyakit kecuali mati."

Pengajian @ JENDERAM




Friday, August 19, 2016

*PESANAN IMAM SHAFIEE SEBELUM MENINGGAL DUNIA*



Sebelum Imam Shafie meninggal dunia,
beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan
jiwa ke arah yang lebih baik.

Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam
keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan
makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang
tertinggal, iaitu dengan memohon maaf
  daripada orang yang dizalimi, membuat
persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan
suka kencing merata,
memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta,
sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas
dalam amalan dan sanggup
menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu
orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada
ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah,
membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada
qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada
baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam
beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan
kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan
kejahatan.

*Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.* *Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.* *Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."* ~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.

Wednesday, August 17, 2016

*PERJUANGAN AHLI SUFI BERJIHAD MELAWAN MUSUH ISLAM*




Ada Di Antara Orang Yang Baru Berjinak-Jinak Dengan Perjuangan Islam Sering Melemparkan Tuduhan Bahawa Ahli Sufi Adalah Jumud, Tidak Memahami Jihad Dan Hanya Duduk Berzikir Dengan Tidak Berjuang. Mereka Ini Sebenarnya Melakukan Kesilapan Besar Dengan Membuat Tuduhan Tersebut. Sebagaimana Ahli-Ahli Sufi Merupakan Pendakwah Dan Mujahid Sebenar, Tidak Seperti Mereka Yang Hanya Pandai Bercakap Kosong Tanpa Amal.

Mereka Ini Perlu Mengimbau Kembali Perjuangan Ahli-Ahli Sufi Yang Hebat Dalam Melawan Golongan Kafir. Berikut Adalah Sebahagian Mereka Yang Patut Dijadikan Renungan Dan I'tibar Agar Kita Tidak Tersilap Dalam Kefahaman;

(1) Abdullah Bin Al-Mubarak (181 H): Beliau Terlibat Dalam Peperangan Menentang Tentera Rom [Tarikh Baghdad Oleh Al-Khatib Al-Baghdadi 10/157]

(2) Ibrahim Bin Adham (162 H): Beliau Terlibat Dalam Peperangan Melawan Tentera Byzantine Malah Meninggal Dunia Ketika Menjaga Di Perbatasan Perang [Al-Bidayah Wa An-Nihayah 10/44]

(3) Hatim Al-Ashom: Beliau Seorang Tokoh Sufi Yang Terlibat Dalam Peperangan Dan Meninggal Dunia Di Tempat Perbatasan Perang Di Atas Bukit Sarwad. [Siyar A’laam An-Nubala’ 11/484]

(4) Abu Al-Qashim Al-Qahthi: Beliau Terlibat Dalam Peperangan Melawan Byzantine Bersama-Sama Dengan Sebahagian Ulama’ Sufi Yang Lain [Ghayyah Al-Tholab Fi Tarikh Halab 10/4591]

(5) Imam Raslan (Arsalan) Ad-Dimaysqi (M: 541 H): Beliau Terlibat Dalam Peperangan Di Syam Khususnya Dalam Melawan Tentera Salib. Antara Karya Beliau Adalah Risalah At-Tauhid.

(6) Imam Abu Al-Hasan As-Syazili (M: 656h): Beliau Serta Murid-Muridnya Terlibat Dalam Ma’rakah Al-Manshurah (Perang Di Manshurah) Pada Tahun 647 H Dalam Melawan Tentera Salib. [Abu Al-Hasan As-Syazili As-Shufi Al-Mujahid Al-‘Arif Billah Oleh Dr. Abdul Halim Mahmud: 60]

(7) Imam Abu Al-‘Abbas Al-Mursi (Salah Seorang Murid Abu Al-Hasan As-Syazili). Beliau Juga Turut Terlibat Dalam Peperangan Melawan Musuh Islam Sama Seperti Gurunya. Beliau Adalah Guru Kepada Imam Ibn ‘Atho’illah As-Sakandari [Wizarah As-Thaqofah Al-Mishriyyah 7/371]

(8) Sultan Muhammad Al-Fateh As-Sufi Al-Hanafi Al-Maturidi. Banyak Riwayat Yang Menceritakan Sudut Kesufian Beliau. Beliau Terlibat Dalam Membuka Kota Konstantinopel Daripada Jajahan Tentera Salib.

(9) Imam Al-Izz Bin Abdil Salam (660 H): Beliau Seorang Ulama’ Sufi Yang Mashyur Hidup Sezaman Dengan Imam Abu Al-Abbas Al-Mursi Dan Sebagainya. Beliau Terlibat Dalam Peperangan ‘Ain Jalut Pada Tahun 658 H. Sudut Kesufian Imam Izzuddin Jelas Kerana Beliau Mengambil Khirqah Sufi Daripada Imam Syihabuddin As-Sharwardi (632 H). [Husn Al-Muhadarah 1/315]

(10) Sultan Nuruddin Mahmud Zinki (569 H). Beliau Seorang Pemimpin Islam Yang Terlibat Dalam Melawan Tentera Salib Dalam Usaha Untuk Membebaskan Palestin Daripada Cengkaman Mereka. Beliau Sendiri Seorang Yang Sangat Rapat Dengan Golongan Sufi Dan Menghormati Golongan Sufi. [Al-Kawakib Ad-Durriyyah 1/38] Beliau Memuji Golongan Sufi Dengan Berkata: “Mereka (Golongan Sufi) Adalah Tentera Allah Dan Dengan Doa Merekalah Kita Berjaya Menewaskan Para Musuh” [Al-Bidayah Wa An-Nihayah 12/281]

(11) Sultan Solahuddin Al-Ayubi: Beliau Terkenal Sebagai Seorang Pahlawan Dan Pemimpin Islam Yang Membebaskan Al-Aqsa Daripada Cengkaman Tentera Salib. Adapun Dari Sudut Kesufian Beliau, Maka Memang Tidak Dapat Dinafikan. Malah Beliau Bermesyuarat Dengan Para Ulama’ Sufi Ketika Berperang Dengan Tentera-Tentera Salib.

(12) Imam Ali Bin Maimun (917 H): Beliau Seorang Ulama’ Sufi Yang Terlibat Dalam Banyak Peperangan Melawan Musuh Islam [Syazrat Az-Zahab 8/81]

(13) Al-Amir Abdul Qadir Al-Jaza’iri As-Sufi: Beliau Terlibat Dalam Peperangan Di Algeria Dalam Melawan Penjajahan. Sudut Kesufian Beliau Sememangnya Tidak Dapat Dinafikan Bagi Mereka Yang Membaca Riwayat Hidupnya.

(14) Al-Mujahid Muhammad Ahmad Mahdi (M:1885 M): Beliau Mempelajari Ilmu Sufi Sejak Keci Lagi Lalu Menjadi Seorang Murobbi Sufi. Beliau Terlibat Dalam Melawan Tentera Inggeris Ketika Penjajahan Di Sudan. [Hilyah Al-Basyr 2/801]

(15) Al-Mujahid Umar Al-Mukhtar (M: 1931 M): Beliau Seorang Murobbi Sufi Bertariqat As-Sanusiyyyah. Beliau Terlibat Dalam Peperangan Melawan Tentera Penjajah Khususnya Di Libya Lalu Menemui Syahid.

(16) As-Sayyid Muhammad Abdullah Hassan (M: 1920 H): Beliau Seorang Murobbi Sufi Tarikat As-Salihiyyah As-Syaziliyyah. Beliau Terlibat Dalam Peperangan Menentang Penjajah Yang Cuba Menjajah Somalia. [Silsilah Alam Al-Ma’rifah Al-Kuwaitiyya 223 Oleh Dr. Abdullah Abdul Razak]

(17) Ahmad Arabi As-Sufi (1911m): Beliau Terlibat Dalam Kebangkitan Umat Islam Dalam Melawan Penjajah. [Kitab Al-Islam Wa Harakaat At-Taharrur Al-‘Arabiyyah M/S 42 Oleh Dr. Syauqi Abu Khalil]

(18) Sheikh Farhan As-Sa’di : Beliau Terlibat Dalam Peperangan Di Palestin Menentang Penjajah Inggeris. Beliau Dari Keluarga As-Sa’diyyah Al-Jibawiyyah, Suatu Keluarga Sufi Di Palestin [Majalah Syu’un Falastin No 124 M/S 22]

(19) Sheikh Izzuddin Al-Qassam (M: 1935 M): Beliau Seorang Sufi Yang Terlibat Dalam Jihad Di Palestin. Beliau Seorang Sheikh Bagi Tarikat Syaziliyyah. Ayahnya Juga Seorang Sufi Yang Sangat Beriltizam Dengan Tarbiah Sufi. [Kitab Al-I’lam As-Syarqiyyah Oleh Zaki Muhammad Mujahid 2/139]

(20) Sheikh Muhammad Badruddin Al-Hasani: Beliau Berketurunan Imam Al-Jazuli. Beliau Merupakan Seorang Murobbi Sufi Tarikat Qadiriyyah. Beliau Terlibat Dengan Kebangkitan Umat Islam Melawan Musuh-Musuh Islam Khususnya Di Syria. [Tarikh Ulama’ Dimasyq 1/472]

(21) Sheikh Muhammad Sa’id Al-Burhani (M: 1967 M): Beliau Merupakan Seorang Murobbi Tarikat Syaziliyyah Di Damsyiq. Beliau Terlibat Dalam Peperangan Melawan Musuh-Musuh Islam Dan Penjajah Di Syria [Al-‘Alaam 6/145]

(22) Sheikh Abu Al-Yasar ‘Abidin An-Naqsyabandi: Beliau Terlibat Dalam Perperangan Melawan Musuh Islam Di Syria [Tarikh Ulama’ Dimasyq 2/969]

(23) Sheikh Sufi Ali Ad-Daqar (M: 1943 M): Beliau Seorang Ulama’ Sufi Yang Terlibat Dalam Pegerakan Kebangkitan Masyarakat Arab [Al-Islam Wa Harakat At-Taharrur Al-‘Arabiyyah M/S147]

(24) Sheikh Izzuddin Al-Jaza’iri (Cucu Sheikh Abdul Qadir Al-Jaza’iri): Beliau Seorang Ulama’ Sufi Yang Terlibat Dalam Jihad Melawan Musuh Islam [Tarikh At-Thaurah As-Suriyyah M/S 619]

(25) Sheikh Muhammad Al-Hamid An-Naqsyabandi (M: 1969 M): Beliau Juga Seorang Ulama’ Sufi Yang Terlibat Dalam Jihad Melawan Penjajah Dan Musuh Islam [Silsilah A’laam Al-Muslimin Dimasyq M/S 37]

(26) Muhammad Abdul Karim Al-Khattobi: Beliau Juga Seorang Ulama’ Sufi Yang Terlibat Melawan Penjajah Perancis [Al-Maushu’ah Al-‘Askariyyah]

(27) Sheikh Manshur Asyramah An-Naqsyabandi: Seorang Tokoh Sufi Yang Terlibat Dalam Peperangan Di Chechenya Dengan Melawan Tentera Rusia Pada Tahun 1971 M.

(28) Sheikh Khos Muhammad Afendi An-Naqsyabandi: Beliau Juga Terlibat Dalam Peperangan Di Chechenya.

(29) Sheikh Fadhl Umar Mujaddidi An-Naqsyabandi: Beliau Terlibat Dalam Jihad Melawan British Pada Tahun 1921 M.

(30) Sheikh Arsyad Thawil Al-Bantani (M: 1935 M): Beliau Seorang Ulama’ Yang Terlibat Dalam Jihad Di Banten [Rujuk Tulisan Al-Marhum Ustaz Wan Muhammad Shaghir Abdullah]

(31) Sheikh Abdul Shamad Al-Falambani: Beliau Seorang Ulama’ Sufi Yang Turut Terlibat Dengan Jihad Melawan Musuh-Musuh Islam [Rujuk Tulisan Al-Marhum Ustaz Wan Muhammad Shaghir Abdullah]

(32) Sheikh Raja Haji: Beliau Antara Tokoh Sufi Di Tanah Melayu Yang Terlibat Melawan Penjajah Di Nusantara

Tuesday, August 16, 2016

Majlis Haul @ MSHAH ALAM 2016








MENGAPA KITA BELAJAR SIFAT 20



Oleh: Al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati Al-Azhari Hafidzohullah

Ada sebahagian orang yang menentang pengajian sifat 20 sedangkan ianya telah dipelajari sejak berpuluh tahun bahkan beratus tahun oleh umat islam. Mereka yang menentang pengajian tersebut dengan pelbagai alasan yang sangat lemah sekali. Mereka mengikuti hawa nafsu, dan bertaklid buta dengan orang yang juga tidak mempelajari sifat 20 malah mereka inilah pula yang menyesatkan sifat 20. 

Sebahagian dari alasan mereka yang menentang sifat 20 adalah sebagai berikut :

1 - Pengajian sifat 20 melahirkan orang-orang yang berakidah lemah, sebab diambil dari filsafah Yunani. 

Kita jawab: Hal ini merupakan fitnah yang besar. Kegoncangan dan kelamahan aqidah generasi zaman sekarang karena mereka tidak belajar aqidah yang sebenarnya termasuk di dalamnya sifat 20. Kalau kita lihat realiti yang ada bahkan ilmu sifat 20 inilah yang telah menyelamatkan umat islam di Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam, negeri Fatani ( Selatan Thailand ) dari usaha pemurtadan penjajah-penjajah asing. 

Negara-negara ini telah dijajah oleh penjajah-penjajah kafir yang ingin meluaskan kekuasaan dan agama mereka, tetapi umat islam di Nusantara tetap berpegang dengan aqidah mereka. Barang diingat pengajian tauhid yang tiga ( Tauhid versi Wahabi ) belum bergembang di Nusantara ketika itu. Jadi tauhid apakah yang menjaga umat dari bahaya murtad ? Sudah tentulah jawapannya ialah tauhid sifat dua puluh. 

2 - Aqidah sifat 20 merupakan sesuatu yang sangat berat dikaji dan menyusahkan orang islam, sehingga ada tuduhan yg menyebut makcik-makcik ( Ibu-Ibu ) di Langkawi ( pulau di Malaysia ) yang tak laksanakan shalat tujuh puluh tahun lamanya karena tak faham sifat 20, sebab gurunya kata kalau tak hafal sifat dua puluh shalat tak sah.

Kita jawab : Sifat dua puluh merupakan sistem pengenalan terhadap Allah s.w.t yang sangat mudah sekali, karena menghafalnya lebih mudah dari mengahafal al-Qur`an. Para sahabat Rasul telah mengafal al-Qur`an, jadi di dalam al-Qur`an sendiri telah disebut sifat-sifat Allah, dengan makna lain mereka telah menghafal sifat-sifat Allah melalui al-Qur`an. Jadi jika umat islam disuruh untuk mengahafal sifat 20 dengan dalil Naql ( al-Qur`an dan Hadis ) dan akal itu lebih mudah dari pada menghafal seluruh al-Qur`an. 

Sifat-sifat Allah terlalu banyak sekali, baik disebutkan didalam al-Qur`an maupun didalam hadis Rasul. Jadi jika umat islam disuruh untuk menghafal seluruh sifat -sifat yang ada, ini merupakan sesuatu yang memberatkan bagi umat islam. Sedangkan pengajian sifat dua puluh memudahkan umat islam dengan menyebutkan sifat-sifat yang paling berpengaruh dari seluruh sifat-sifat yang lainnya. 

Jika sifat 20 ini tidak ada, maka sifat-sifat yang lain pun tidak akan ada pula, sebab itulah sifat-sifat Allah yang lain itu tergantng kepada sifat 20, dengan makna jika sifat wujud Allah tidak ada maka sifat pengampun, pemurah, penyayang dan lain-lainnya juga tidak ada. Jika sifat qidam Allah tidak ada maka sifat menciptakan, memberi, kuat dan lain-lainnya juga tidak akan ada. 

Sebab itulah sifat dua puluh ini sangat perlu sekali di pelajari, karena terdiri dari inti sari aqidah yang terdapat di al-Qur`an dan al-Hadis. 

Adapun cerita kononnya ada seorang perempuan tidak shalat selama tujuh puluh tahun disebabkan tidak hafal sifat 20, maka ini cerita yang diragui dan diada-adakan 

Allah berfirman : إن جاء كم فاسق بنبإ فتبينوا 
Artinya : Jika datang kepada kamu orang fasik yang membawa kabar hendaklah teliti dulu. 

Maksudnya cerita yang dibawa oleh orang tersebut perlu diteliti benar tidaknya, dari sebanyak perjalanan saya dan sepengetahuan saya tidak pernah ada orang tinggalkan shalat disebabkan mempelajari sifat 20, alasan di atas adalah cerita yg berlebihan. Jika mahu bercerita ceritalah perkara yang masuk akal dan yang benar, sebab lidah itu akan di pertanyakan oleh Allah di hari akhirat.

Saya akan sebutkan sebahagian pusat pendidian yang menjadikan sisten sifat 20 sebagai dasar didalam tauhid mereka. 

1 - al-Azhar as-Syarif Mesir : Dari peringkat Menengah, atas dan perkuliyahan sifat dua puluh di pelajari di lembaga pendidikan yang tertua ini, mengeluarkan setiap tahunnya ribuan pelajar dan mahasiswa tetapi mereka tetap shalat walaupun mengaji sifat 20. 

2 - Madrasah Solatiyah : Merupakan pusat pengajian yang pertma sekali di bina di Makkah menjadikan dasar pengajiannya sifat 20, mereka semua shalat dengan bagus walapun mengaji sifat 20. 

3 - Madrasah Mustafawiyah Purba Baru Mandailing Sumatra Utara : merupakan pusat pendidikan yang yang sanat terkenal di Indonesia, mengeluarkan setiap tahunnya lebih dari tujuh ratusan pelajar, mereka semua shalat walaupun mempelajari sifat 20 sama ada yang sudah hapal atau belum. 

Pesantren Lirboyo Kediri, Pesantren Tebu Ireng, pondok Lubuk Tapah ( Malaysia ), pondok Bakriyyah Pasir Putih dan banyak lagi pondok pesantren yang mempelajari sifat dua puluh di Nusantara. 

BAHKAN orang-orang yang mempelajari sistem tauhid tiga ( versi Wahabi ) kebanyakkannya mudah terjerumus kepada aqidah mujassimah yang menyerupai Allah dengan makhluknya. Sebab itulah Wahabi bersusah payah untuk menghilangkan tauhid sifat dua puluh. Selama masih ada di bumi ini orang yang mempelajari sifat dua puluh, selama itulah Wahabi akan mengakui diri mereka salafi iaitu golongan mujassimah Musyabbihah. 

3 - Sifat dua puluh tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat-sahabat yang mulia, tetapi ada setelah abad-abad yang mulia. 

Kita jawab: Tidak adanya sifat dua puluh pada zaman Rasul dan sahabat bukanlah sebagai dalil untuk menolak pengajian sifat dua puluh, sebab isi dan kandungan sifat dua puluh sudah ada pada zaman Nabi dan sahabat, misalnya sifat wujud Allah, Qidam, Baqa, Mukhalafatu Lil Hawadis, Qiyamuhu Binnafsih, Wahdaniyyah, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayah, kalam adalah sifat - sifat yang di kenal oleh Nabi dan Para Sahabat-Sahabatnya.

Barangsiapa yang mengingkari bahwa Nabi mengetahui sifat-sifat ini berarti aqidahnya telah jauh dari aqidah islam, bagaimana boleh Nabi mengingkari Wujudnya Allah, ilmunya Allah, Baqa`nya Allah, Kalamnya Allah, sifat-sifat ini telah termuat didalam al-Qur`an dan Hadis Nabi. 

Seperti Rukun shalat, Nabi tidak pernah katakan berapa rukun shalat, berapa sunnah-sunnah shalat, berapa syarat-syarat shalat, tetapi melalui al-Qur`an dan Hadis para ulama telah menyimpulkan dan menetapkan rukun-rukun shalat dari mulai bediri sampai salam, apakah perbuatan ulama-ulama tersebut suatu yang bid`ah, hal ini tidak bid`ah karena isi dan kandungannya dari al-Qur`an dan as-Sunnah. 

Saya akan perlihatkan kepada pembaca seluruh sifat-sifat yang telah ulama sebutkan sebagai sifat yang paling terpenting sekali Allah miliki. Jika Allah tidak bersifat seperti itu maka Allah tidak pantas menjadi tuhan, tetapi karena dalil Naqli dan akal telah menyebutkan Allah bersifat dengan sifat dua puluh maka sah-lah Allah sebagai tuhan yang di sembah. 

Berikut sifat-sifat yang sangat penting sekali : 

1 - Wujud 

Sifat Wujud ini mesti ada pada tuhan yang di sembah jika tidak ada maka dia tidak berhak dianggap tuhan, sementara dalil yang di petik darial-Qur`an adalah :
 أفرءيتم ما تمنون ( 58 ) وأنتم تخلقونه أم نحن الخالقون ( 59 ) نحن قدرنا بينكم الموت وما نحن بمسبوقين ( 60 ).الواقعة 58-60 

Artinya : Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan ( ke dalam rahim )? ( 58 ) Adakah kamu yang menciptakannya atau kami yang menciptakannya? ( 59 ) Kamilah yang menentukan kematian diantara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan ( 60 ). 

2 - Qidam 

Allah s.w.t bersifatkan qadim maksudnya wujud Allah s.w.t tidak didahuli oleh tiada, jika sesuatu didahului oleh tiada maka sesuatu itu tidak boleh disebut tuhan. 

Dalilnya :هو الأول وهو الآخر 

Artinya : Dia-lah yang awal dan yang akhir ( al-Hadid 3 ). 

Sifat ini banyak dikritik dari kalangan wahabi, mereka menganggap bahwa qadim bukan sifat Allah karena, terdapat di dalam al-Qur`an.

Tidak semestinya jika al-Qur`an tidak menggunakannya untuk sifat Allah berarti tidak boleh gunakan, selama maksud sifat itu terdapat didalam al-Qur`an dan telah menjadi istilah yang di terima oleh ulama maka sifat itu boleh digunakan, sebab Imam Abu Hanifah, Imam Tohawi dan lain-lainnya juga menggunakan kalimat ini. 

Sifat qidam juga telah di riwayatkan di Imam Ibnu Majah, Imam al-Hakim didalam Mustadrak, juga terdapat didalam sunan Ab Daud. 

3 - Baqa': Wajib bagi Allah bersifat baqa` yang bererti tetap tidak diakhiri dengan kematian, Allah berfirman

 ويبقى وجه ربك ذو الجلال والإكرام 

Artinya : Dan kekallah Zat Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliyaan. ( ar-Rahman 27 ). 

4 - مخالفة للحوادث 
Sifat ini merupakan sifat yang paling penting di fahami oleh umat islam, bahwa segala sifat, perbuatan, dan prilaku yang baharu tidak boleh disamakan kepada Zat, sifat, perbuatan Allah, barang siapa yang mengingkari sifat ini maka dia telah keluar dari agama islam, jadi Allah tidak sama dengan makhluk-makhluknya. 

Firman Allah : ليس كمثله شيئ وهو السميع البصير 

Artinya : Tiada sesuatupun yang sebanding (serupa ) dengan ( Zat , sifat, perbuatan ),Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat (as-Syura 11 ). 

Dan selanjutnya seluruh sifat-sifat yng telah ulama-ulama as-Sya`irah kemukaan didalan sifat dua puluh memiliki dalil-dalil yang jelas didalam al-Qur`an. 

4 - Sifat Allah tidak hanya dua puluh kenapa mesti di batasi 

Kita jawab : Asya`irah ketika membincang sifat dua puluh TIDAK PERNAH membataskan sifat-sifat Allah, bahkan mereka mengakui sifat-sifat Allah banyak, setiap sifat-sifat sempurana dan mulya itu adalah sifat Allah. Orang yang mengatakan Asya`irah hanya mengajar sifat dua puluh saja membuktikan dia tidak pernah membaca buku-buku aqidah aliran ahlussunnah Asya`irah, cuba lihat sebahagian kitab-kitab Asya`irah:

a - Matan as-Sanusiyyah : Kitab ini dikarang oleh Imam Abu Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Yusuf as-Sanusi yang meninggal dunia tahun 895 hijriyah, kitab ini merupakan kitab yang paling penting di kalangan Asya`irah, telah mendapat perhatian khusus dari kalangan ulama dan pelajar agama, sehingga menjadi rujukkan aqidah bagi Asya`irah sedunia. 

Di dalamnya menyebutkan :

فمما يجب لمولانا جل وعز عشرون صفة

Artinya : Sebahagian sifat yang wajib bagi Allah yang Mulia dan Tinggi adalah dua puluh sifat ( Matan Sanusia beserta Hasyiahnya Imam Bajuri :16 , terbitan Musthafa Halabi , 1374 - 1955 ) 

b - ad-Duru al-Farid Fi Aqa`idi Ahli Tauhid karangan Imam Ahmad bin Sayyid Abdurrahman an-Nahrawi 

فمما يجب لله تعالى عشرون صفة واجبة 

Artinya : Dan sebahadian dari sifat yang wajib bagi Allah adalah dua puluh sifat yang wajib (ad-Duru al-Farid Fi Aqa`idi Ahli Tauhid karangan Imam Ahmad bin Sayyid Abdurrahman an-Nahrawi beserta syarahnya Fathu al-Majid karangan Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Banteni : 5 , terbitan Musthafa al-Halabi cetakan terakhir 1373 -1954 ). 

Perlu diketahui bahwa lafaz ( من ) pada kalimat ini bermaksud ( لتبعيض ) artinya menunjukkan sebahagian saja, dengan begitu sifat Allah banyak sekali, segala sifat yang patut, layak, dan mulia adalah sifat Allah, tetapi di antara sifat-sifat itu ada dua puluh sifat yang sangat perlu sekali diketahui secara terperinci.

SUMBER FACEBOOK : Talaqi Kitab di Pondok

PAKAT BACA, FAHAM, ULANG, ULANG DAN ULANG BERKALI-KALI SAMPAI KITA BETUL-BETUL HADAM BETAPA PENTING DAN MUSTAHAKNYA PENUNTUT ILMU HARI INI SECARA KHUSUSNYA DAN SEMUA ORANG YANG BERAGAMA ISLAM SECARA UMUMNYA PERLU MEMPERKASAKAN AQIDAH KITA.

BELAJAR ILMU TAUHID "SIFAT 20". HARI INI MAJORITYNYA UMMAT ISLAM TERMASUK DIRI SAYA SENDIRI TERUTAMA SEKALINYA, KELUARGA KITA, ANAK-ANAK KITA, KAWAN-KAWAN KITA HATTA PENUNTUT ILMU SEKALIPUN RAMAI YANG DAH LUPA DAN TERLEKA DARIPADA NAK BELAJAR ILMU TAUHID "SIFAT 20" INI.

RISAU DAN TAKUTLAH KITA TERUTAMA SEKALINY YANG BERGELAR IBU DAN BAPA. MACAM MANA DENGAN AQIDAH ANAK-ANAK KITA NANTI? ZAMAN SEMAKIN MENCABAR. ANDAIKATA ANAK-ANAK KITA TANYA KITA MENGENAI SIFAT-SIFAT ALLAH. AGAK-AGAKNYA KITA LEPAS NAK JAWAB TAK?

MARILAH KITA SAMA-SAMA BERMUHASABAH DIRI KITA MASING-MASING. SEMOGA ALLAH TA'ALA MEMELIHARA AQIDAH DIRI KITA, AHLI KELUARGA KITA, ZURIAT KETURUNAN KITA DAN SEMUA ORANG-ORANG YANG KITA SAYANG YANG BERADA DI SEKELILING KITA MANTAP PEGANGAN AQIDAHNYA MENGIKUT AQIDAH AHLU SUNNAH WAL JAMAAH YANG SAHIH.

Friday, August 12, 2016

Keutamaan Shalat Dhuha Menurut Al-Habib Umar bin Hafidz


Bagaimanakah Keutamaan Shalat Dhuha ? Salah satu shalat sunnah yang tidak pernah dilupakan oleh para kekasih Allah adalah shalat dzuha. Setiap ibadah memiliki keutamaan yang ditampakkan maupun dirahasiakan Allah, begitu pula dengan shalat dhuha.

Al-Habib Umar bin Hafidz mengatakan: Para ulama terdahulu memberikan julukan kepada sholat dhuha ini adalah “sholat kaya”, sholat yg membawa kekayaan dan juga sholat rizki namanya, sebab disebutkan tidak ada istilah kefakiran apabila engkau mengerjakan shalat dhuha, hingga disebutkan “tidak adak istilah kefakiran/ kemiskinan apabila engkau melaksanakan salah duha & tidak ada istilah kekayaan manakala seseorang melakukan perbuatan zina”.

Bahkan para ulama menyebutkan bahwa orang-orang yg melaksanakan shalat dhuha mereka dijaga dari syaitan- syaitan hingga tidak mampu setan mengganggu & menyesatkannya. Disebutkan juga bahwa orang yg menjalankan shalat dhuha kalau ada jin yg datang mau mengganggunya, jin itu apabila terhembus nafas orang yg sedang melakukan shalat dhuha ini, jin itu langsung pingsan, hingga kaum jin mengatakan ”ini jin yg pingsan ini kerasukan oleh manusia”. Semua ini didapatkan berkat nur (cahaya) bagi orang yg melaksanakan sholat dhuha ini.

Wallahu A’lam

habib umar

Thursday, August 11, 2016

BERGURULAH DENGAN GURU YANG KITA TAHU SIAPAKAH GURU-GURUNYA YANG BERSAMBUNG SANAD ILMUNYA SEHINGGA SAMPAI KEPADA BAGINDA RASULULLAH ﷺ


Sanad itu adalah mata rantai yang bersambung. Misalnya kita nak belajar karate atau senamrobik dan sebagainya. Begitu pergerakan asas kita dengan bunganya, rentaknya, kombinasinya dan sebagainya. Mana mungkin kita terus tahu begitu sahaja.

Tentu ada sanadnya bukan? Sanadnya bagaimana? Daripada Murid ke Gurunya. Gurunya belajar daripada Gurunya turun temurun daripada Tok Wan siapa orang yang membuat tarian tadi itu.

Sanad itu bersambung salsilah atau rantaian ilmu itu bersambung kepada orang yang pencetusnya siapa? Mujtahidnya siapa? Sampai kepada siapa? Hadith-hadith Rasulullah ﷺ sampai kepada Baginda Nabi kita. Tafsir sampai kepada pengarangnya. Itu sanad.

Dari sudut mana pentingnya sanad? Pentingnya sanad ada ilmu yang bersambung itu LEBIH MENYAKINKAN kita mendapatkan SUATU KEFAHAMAN YANG BETUL sebab fahaman kita daripada Tok-Tok Guru kita dengan fahaman yang benar. Tok-Tok Guru kita daripada fahaman Tok-Tok Guru mereka yang betul bersambung sampai kepada Baginda Rasulullah ﷺ.

Sementara yang mengaji dengan kitab langsung buka kitab tanpa bimbingan Guru yang benar bersanad walaupun dia ada kefahaman dalam bahasa arab. Itu kadang-kadang sedikit mengelirukan. Ke hulur ke hilir. Mana yang kelirunya? Hanya mengikut KEFAHAMAN dia. Dia siapa itu? Mujtahidnya pun tidak. Masih banyak ilmu yang masih tidak diketahui dan perlu dipelajari. Setakat jawatan sahaja itu tidak cukup.

Ilmu yang secara bersanad lebih menyakinkan kebenarannya sebab ianya daripada kepala kepada kepala daripada Tok Guru kepada Tok Guru bersambung sampai kepada Sayyidina Rasulullah ﷺ berbanding yang datang daripada "tempat" yang dia buat ijtihad sendiri.

Akhirnya orang-orang dia sesatkan, kelirukan. Dia punya fahaman sendiri yang kadang-kadang FAHAMAN dia itu tidak betul.

Nabi kita bersabda "Allah laknat orang-orang yahudi menjadikan kubur Para Nabi-Nabi mereka." Jadi kata "mereka" haram hukumnya berkubur di dalam Masjid. Jadi itu apa hubungannya?

Itu terbalik yang Nabi kita laknat itu adalah orang yahudi yang membangun Masjid atas kubur. Sementara yang hat kalian itu terbalik. Kalian katakan haram berkubur di dalam Masjid. Itu ke hulur ke hilir.

Kenapa jadi keliru macam itu? Sebab memahami hadith ikut kemampuan yang ada pada dirinya tanpa melalui bimbingan Guru yang membetulkannya dan melalui rantaian ilmu yang bersanad.

#MutiaraKata[AL-ALIM AL-FAQIH AL-ALLAMAH TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI HAFIDZOHULLAH]

PERINGATAN BUAT DIRI SENDIRI KHUSUSNYA DAN PERINGATAN BERSAMA SECARA UMUMNYA

Jom kita menghadiri majlis-majlis ilmu. Mengambil ilmu daripada Para Ulama duduk bertalaqqi bersama.
Belajar ilmu mengambil ilmu dan mencontohi adab serta akhlak yang ditunjukkan oleh Para Guru yang mengajar untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.

Janganlah kita hanya mengambil ilmu di internet, facebook, whatsapp dan sebagainya. Percaya sepenuhnya dengan apa yang kita baca dan kita lihat di media sosial tanpa kita ketahui kebenaran, kesahihah sesuatu berita itu.

Jangan kita mudah terpedaya dan terpengaruh dengan segelintir golongan yang saling kafir mengkafirkan antara satu yang lain, mengelirukan orang, memfitnah, membuka aib orang lain, membidaah sesukati hati, menyesatkan orang dengan sewenang-wenangnya, merendahkan dan menghina Para Ulama sesuka hati.

Akan tetapi marilah kita tunjukkan AKHLAK yang baik dan ADAB yang diajarkan dan ditunjukkan oleh Para Guru kita yang mana mencontohi dan menjadikan Baginda Rasulullah ﷺ sebagai ikutan dan panduan. Jaga-jaga, berhati-hatilah dengan komen-komen kita di media sosial. Tulislah sesuatu yang akan mengembirakan diri kita di akhirat kelak.

#ApaItuSanad
#MuhasabahDiri
#PeringatanBuatDiriSendiriKhususnyaPeringatanBuatYangInginkanPeringatanSecaraUmumnya
#JomKitaPergiKeRumahAllah
#JomKitaJagaSolatFardhuBerJemaahKhususnyaSolatIsyakDanSubuhBerjemaah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#JomKitaBelajarAgamaDenganBimbinganGuruYangBersanadKeilmuannya
#JomTalaqqiSecaraBersanad
#JomTalaqqiKitabTurath
#JomTalaqqiKitabImamAlGhazali
#JomTalaqqiKitabParaHabaib
#JomPerkemasIlmuTauhid
#JomBelajarSifat20
#JomTalaqqiKitabPenawarBagiHati
#JomKenaliHormatiDanCintaiParaUlamaPewarisParaNabi
#JagalahAdabKitaKetikaBersamaParaAlimUlamak
#MaafAdaSalahDanSilap
#SemogaMendatangkanManfaat

Pengajian @ JENDERAM 10hb August 2016


Friday, August 5, 2016

JANGAN MERASA DIRI BAIK


Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.

Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.

Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun hari hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.

Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita sudah pakai jubah,berserban, bertutup litup menutup aurat dengan sempurna.

Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.

Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun hari hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.

Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.
 
Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap masa kita menolong orang lain.

Allah berfirman didalam al-Quran, surah an-Najm ayat 32 ;

فلا تُزٓكُّوْا آنْفُسٓكُمْ هُوٓ آعْلٓمُ بِمٓنْ اتّٓقٓى

"Janganlah kamu menganggap diri kamu suci(orang baik) kerana Allah-lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa

Sayyidatina Aisyah (ra) ditanya orang " Siapakah orang yang buruk?" dijawab olehnya " iaitu orang yang merasa dirinya baik". Beliau ditanya lagi "Siapakah orang yang baik?", maka dijawab "Iaitu orang yang merasa dirinya buruk".

JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.

Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah  saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt.

Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.

Selalu letak diri kita dalam keadaan;

"Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik dari aku kerana hati manusia masing-masing hanya diketahui Allah"

"Akulah yang paling buruk dikalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain " untuk menjadi lebih baik.
Kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya. Tidak merasa diri sebagai orang baik hendaklah ada sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir.

Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad. Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah. Kerana orang yang terus beramal sambil memperbaiki dan memeriksa niatnya akan ditarbiah oleh Allah akan hatinya.

Dengan cara ini, seseorang orang akan melatih dirinya untuk bersifat tawadhu' dan menjauhkan dirinya dari penyakit ujub(merasa kagum dengan diri sendiri) dan takabbur.

Disamping itu kita sentiasa berusaha memperbaiki diri sendiri serta orang lain dengan kelembutan dan kasih sayang.

Hanya Allah yang akan terus beri kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN.


Thursday, August 4, 2016

JOM KENALI 6 TOKOH ULAMA HABAIB "PERMATA" ZAMAN INI


1)Al-Alim Al-Allamah Al-Ariffbillah Al-Habib Abdullah Bin Muhammad Bin Alwi Bin Abdullah Bin Aydrus Bin Ali Bin Muhammad Bin Syihabuddin Hafidzohullah. Beliau dikenali sebagai "AINUL TAREEM" (Mata Hati Kota Tareem). Kini berusia lewat 70-an dan masih belum pernah menziarahi bumi Malaysia.

2)Sulthonul Ilmi wal Ulama Al-Alim Al-Allamah Al-Ariffbillah Al-Habib Salim Bin Abdullah Bin Umar Asy-Syathiri Hafidzohullah (1359H/1938M - Kini). Ayahanda beliau yakni Habib Abdullah Asy-Syathiri Rahimahullahu Ta'ala merupakan pengasas Rubath Tarim, Hadhmaut yang telah melahirkan ribuan Ulama dan santri dari segenap pelosok dunia Islam. Kini Rubath Tarim diuruskan oleh Al-Habib Salim Asy-Syathiri Hafidzohullah selaku mudir.

Alhamdullilah kini beliau berumur 78 tahun. Sepatutnya Januari 2015 tahun lalu Al-Habib berkunjung ke Malaysia tetapi terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir dikeranakan Habib keuzuran seusai roadtour di Indonesia. Di antara anak murid beliau di Malaysia adalah Tuan Guru Ustaz Zulkifli Bin Suhaimi Hafidzohullah (Mudir Maahad As-Syatiri Pondok Sg.Dedap Yan, Kedah)

3)Al-Alim Al-Allamah Al-Muhaqqiq Al-Faqih Al-Ariffbillah Al-Habib Zein Bin Ibrahim Bin Sumaith Hafidzohullah (1357H/1936M - Kini). Diberi gelaran "Imam Syafi'e Shoghir". Beliau merupakan anak murid utama merangkap menantu kepada Al-Imam Al-Habib Muhammad Bin Abdullah Al-Haddar Rahimahullahu Ta'ala.

Kini beliau menetap di bumi Madinah dan merupakan pengasas Rubath Al-Jufri Madinah Al-Munawwarah, Arab Saudi. Alhamdullilah kini beliau sudah pun berumur 80 tahun. Kali terakhir kunjungan Al-Habib ke Malaysia adalah pada tahun 2014.

Walaupun 2 tahun ini beliau tidak lagi berziarah ke bumi Malaysia lagi. Al-Habib mengirimkan anak-anak murid utama beliau untuk berdakwah di Malaysia termasuk pembantunya di Rubath Al-Jufri Madinah iaitu Al-Allamah Al-Habib Umar Bin Abdul Rahman Al-Jufri Hafidzohullah dan juga putera Al-Habib sendiri iaitu Al-Habib Umar Bin Zein Bin Ibrahim Bin Sumaith Hafidzohullah yang acapkali menziarahi negara kita.

Bahkan anak murid utama Al-Habib Zein Bin Ibrahim Bin Sumaith Hafidzohullah ketika di Rubath Madinah iaitu Al-Habib Muhammad Ridho Bin Ahmad Bin Yahya Hafidzohullah (Pemimpin Majlis Ta'lim  Al-Fath) setiap bulan akan berdakwah di bumi Malaysia khususnya di Johor dan Kedah.

Akhir sekali, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa di Malaysia
terdapatnya seorang anak murid Al-Allamah Al-Ariffbillah Al-Habib Zein Bin Ibrahim Bin Sumaith Hafidzohullah yang telah pun bermaustatin di Malaysia sejak 3 tahun yang lalu iaitu Guru Mulia As-Syeikh Feras Salou Ad-Dimasyqi Hafidzohullah yang kini menjadi Imam sepenuh masa dan mengajar di Madrasah Nahdthatul Islamiah (Surau Seksyen 3) Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

4)Al-Alim Al-Faqih Al-Allamah Al-Mufti Al-Habib Ali Masyur Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz Hafidzohullah (Mufti Tarim, Hadramaut, Yaman). Beliau merupakan abang kepada Al-Musnid Al-Allamah Al-Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz Hafidzohullah (Tokoh Ulama tersohor abad ini)

Memegang amanah sebagai Mufti Tarim. Gelaran "Mufti" bukanlah gelaran pejabat pemerintahan yang diberikan seperti di negara kita. Akan tetapi, gelaran "Mufti" di dunia Arab adalah gelaran yang diberikan dikeranakan ianya membawa martabat yang sangat tinggi dalam kalangan Ulama yang telah menguasai berbagai bidang ilmu pengetahuan yang luas. Beliau merupakan salah seorang Tokoh Ulama Tarim yang menjadi Guru Besar kepada Para Ulama Hadramaut pada zaman ini.

5)Ad-Daie Illah Al-Mufakkir Islami Al-Alim Al-Allamah Al-Ariffbillah Al-Habib Dr. Abu Bakar Al- Adni Bin Ali Al-Masyhur Hafidzohullah (1366H/1945M - Kini). Beliau merupakan salah seorang di antara murid utama Al-Quthub Al-Imam Al-Allamah Al-Ariffbillah Al-Habib Abdul Qadir Bin Ahmad Bin Abdurrahman As-Saqqaf Rahimahullahu Ta'ala. (1331H/1916M - 1431H/2010M) yang wafat dalam usianya 100 tahun.

Al-Habib Abu Bakar Ad-Adni Hafidzohullh merupakan seorang Ulama yang mempunyai pemikiran yang sangat hebat di zaman ini. Beliau telah pun membuka puluhan Pondok Pasentren / Rubath di seluruh pelosok negeri Yaman. Di samping itu, beliau juga telah mendirikan pusat-pusat pendidikan yang jumlahnya tidak kurang dari 83 cabang.

Di antara karya-karya ilmiah beliau yang sangat terkenal di Malaysia adalah FIQIH TAHAWWULAT. Kali pertama Al-Habib berkunjung ke Malaysia adalah pada Mei 2015. Waktu itu tiada siapa yang mengenali siapakan Ulama ini dikeranakan namanya tidak dikenali di Malaysia selama ini. Sejak itu, beliau telah datang kembali pada Ogos 2015 dan kali terakhir kunjungan beliau di bumi Malaysia ini adalah pada awal tahun tempoh hari iaitu pada bulan Februari 2016.

Alhamdullilah kini beliau telah pun menjangkau usia 71 tahun. Di Malaysia di antara Pusat Pengajian cawangan Arbithoh Tarbiah Wa Ta'lim Mehniah adalah Maahad Imam Al-Adni (Mudir Al-Fadhil Ustaz Muhammad Saeed Al-Yamani Hafidzohullah) di alamat 4, Jalan Selekoh 8/2B, Seksyen 8, Shah Alam, Selangor.

Selain itu, murid utama Al-Habib Abu Bakar Ad-Adni Hafidzohullah yang telah pun bermaustautin sejak tahun 2015 adalah Asy-Syeikh Niyaz Hisamuddin Al-Adni Hafidzohullah yang kini merupakan Mudir Ribath Pelajar Jeel Salamah di Gombak, Selangor. Alamat Ribath No.1 Lorong Haji Malek, Jalan Sungai Pusu, Batu 8, Gombak, Selangor. Jemput hadir ke Jalasah Isnin Majlis Al-Adeni pada setiap minggu hari isnin (Selepas Isyak).

6)Ad-DaeiIllah Al-Alim Al-Musnid Al-Allamah Al-Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz Hafidzohullah (1383H/1963M - Kini). Beliau merupakan seorang Ulama tersohor dunia era moden. Beliau merupakan Pengasas Darul Mustafa, Tarim, Hadramaut, Yaman. Dal-al Mustafa merupakan benteng Islam Ahlussunnah Wal Jamaah dengan Mazhab Imam Syafi'i di Negeri Yaman. Di sini lahirnya ramai pelajar, Para Daie yang bertaburan di seluruh dunia yang menyebarkan risalah Islam khususnya di Indonesia dan Malaysia.

Di antara murid utama Al-Alim Al-Musnid Al-Allamah Al-Habib Umar Ben Hafidz Hafidzohullah di Malaysia adalah

1)Guru Mulia Al-Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al-Hamid Hafidzohullah yang berasal daripada Yaman. Boleh bercakap bahasa melayu. Beliau merupakan di antara murid pertama Guru Mulia
Al-Alim Al-Musnid Al-Allamah Al-Habib Umar Ben Hafidz Hafidzohullah
sebelum ditubuhkan Darul Mustafa lagi. Kini bermaustatin lebih 4 tahun di Malaysia di daerah Shah Alam.

Al-Habib Mahdi Hafidzohullah kini merupakan Mudir Madrasah Anwar Al-Batul iaitu sebuah cawangan Daruzzahra, Tarim, Hadramawt, Yaman. Madrasah khusus untuk pelajar wanita sahaja yang beralamat di No. 40 Jalan U16, Seksyen U16, Denai Alam, Shah Alam, Selangor da. juga Pembimbing Majlis Taalim Nur Kitab wa Sunnah setiap minggu hari isnin (9pm - 11pm) di Surau Al-Abrar, Denai Alam, Shah Alam. Pengasas Majlis Azzikrul Hakim Selangor, Melaka, Johor, Perak, Kedah.

2)Guru Mulia Asy-Syeikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al-Jahaf Hafidzohullah. Berasal daripada Yaman. Kini bermaustatin lebih 3 tahun menetap di Shah Alam. Sangat fasih berbahasa melayu. Merupakan Mudir Keluarga Ribatul Quran dan Pembimbing Majlis Taklim Yayasan Ar-Raha. Sepenuh masa mencurahkan masanya mengajar dari pagi sampai ke malam di Komplek Yayasan Restu, Taman Seni Islam, Seksyen 10, Shah Alam Selangor.

Pembimbing Majlis Ta'lim Keluarga Ribat Al-Quran. Pengajian setiap minggu hari isnin "Majlis Taklim Fiqh 4 Mazhab" syarah Kitab Safinatu An-Naja Fi Ilmi Al-Fiqh selepas solat isyak dan "Majlis Taklim Tafsir Al-Quran" setiap minggu hari khamis selepas solat maghrib. Bertempat di Surau Ahl-Kisa, Komplek Taman Seni Islam, Yayasan Restu, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor. Pada hari sabtu setiap minggu selepas maghrib "Majlis Taklim Yayasan Ar-Raha" syarah Kitab Tafsir Juzu Amma & Hadis 40 Imam An-Nawawi. Bertempat di Dewan Ar-Raha, No.3 Jalan Firus Empat 7/7D, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

3)Guru Mulia Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid Hafidzohullah. Beliau berasal daripada Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Merupakan salah seorang daripada 30 orang murid pertama Al-Alim Al-Musnid Al-Allamah Al-Habib Umar Ben Hafidz Hafidzohullah di Dal al-Mustafa, Tarim, Hadramaut, Yaman (1993M-1995M). Sejak tahun 2002M - Sekarang, Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid Hafidzohullah telah menetap di Malaysia.

Kini merupakan selaku Mudir Madrasah At-Tazkiyah cawangan Darul Mustafa, Tarim, Hadramaut, Yaman yang beralamat di Jalan Rasmi 14, Taman Rasmi, Ampang, Selangor. Di sini (Madrasah At-Tazkiyah) diadakan Mawlid Mingguan pada khamis setiap minggu (kecuali minggu ke-3 tak ada) bermula selepas maghrib lagi dan selepas isyak syarah kitab "Syamail Muhammadiyah".

Selain itu, Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid Hafidzohullah merupakan Pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza yang diadakan pada setiap minggu hari jumaat bermula 9pm-11pm bertempat di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Seorang Pendakwah yang tidak asing lagi di Malaysia ini yang mengajar di seluruh Masjid-Masjid utama dan Surau-Surau di Malaysia khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur.

4)Guru Mulia Murobbina Al-Habib Najmuddin Bin Othman Al-Khered Hafidzohullah. Habaib yang berasal daripada bumi Malaysia. Beliau merupakan bekas Mudir Madrasah At-Tazkiyah cawangan Darul Mustafa, Tarim, Hadramaut, Yaman yang diamanahkan oleh Guru Mulia Al-Alim Al-Musnid Al-Allamah Al-Habib Umar Ben Hafidz Hafidzohullah.

Kini Al-Habib merupakan Pendakwah bebas yang tidak asing di Malaysia ini yang mengajar di Masjid-Masjid dan Surau-Surau seluruh Malaysia terutama sekalinya di Selangor. Selaku Pembimbing Majlis Ta'lim Sawa'Assabil bertempat di Ribat Al-Hawi No.55 Jalan Opera K U2/K TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor. Pengajian diadakan pada setiap hari rabu. Membahaskan 4 jenis kitab bermula dengan Tafsir Al-Quran, Muqqadimah Hadramiyah (Kitab Feqh), Kitab Al-Azkar Imam An-Nawawi (Kumpulan Doa dan Zikir) dan Kitab Riwayat Hidup Para Wali & Shalihin.

5)Ramai lagi anak-anak murid Guru Mulia Al-Alim Al-Musnid Al-Allamah Al-Habib Umar Ben Hafidz Hafidzohullah di Malaysia ini seperti Al-Fadhil Ustaz Azahar Hashim Al-Hadrami Hafidzohullah (Pembimbing Majlis Ta'lim Rahmatan Lil A'lamin, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor),
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Bin Shadan Al-Hadrami Hafidzohullah (Pengerusi Darul Muhibbin, Pembimbing Majlis Ta'lim Darul Muhibbin, Desa Keramat, Kuala Lumpur), Al-Fadhil Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari Hafidzohullah (Pembimbing Majlis Ta'lim Darul Mujtaba, Keramat, Kuala Lumpur) dan ramai lagi yang tidak dapat disebutkan satu per satu namanya tetapi tidak mengurangkan sedikit pun rasa hormat kepada Guru-Guru kita.

MOGA-MOGA ALLAH سبحانه  وتعالى MEMELIHARA DAN MELANJUTKAN USIA KE SEMUA  "PERMATA" PARA HABAIB AHLUSUNNAH WAL JAMAAH.

SEMOGA KITA DAN SEKALIAN UMMAT DAPAT MENGAMBIL MANFAAT DENGAN KEBERADAAN PARA ALIM ULAMAK KITA DI ATAS MUKA BUMI ALLAH  سبحانه  وتعالى INI.

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGENALI, MENGHORMATI DAN MEMULIAKAN PARA AWLIYA , PARA ULAMA DAN SOLIHIN. SENTIASALAH DUDUK, BERSUHBAH BERSAMA DENGAN KEKASIH ALLAH. AMBILLAH ILMU DENGAN CARA DUDUK BERTALAQQI. SESUNGGUHNYA KEBERKATAN ILMU ITU DATANGNYA DARIPADA RASA TA'ZIM KITA KEPADA MAJLIS ILMU, GURU YANG MENGAJAR DAN SEMUA JEMAAH YANG HADIR DI DALAMNYA.

JAGALAH ADAB-ADAB KITA KETIKA BERSAMA DENGAN PARA ALIM ULAMA.

#MuhasabahDiri
#PeringatanBuatDiriSendiri
#PeringatanBersama
#JomBertalaqqiSecaraBersanad
#HidupkanWaktuMaghribDanIsyak
#IkatkanDirimuDenganRumahAllah
#IlmuUntukDiamalkan
#IlmuSedikitTetapiIstiqomahDiamalkanItuLebihBaikDaripadaIlmuYangBanyakTetapiAmalnyaKurang
#PerisaiDiriKitaDenganAmal
#FitnahAkhirZaman
#BanyakanIstighfarDanBertaubat
#SelawatPalingKurangSetiapHari300KaliAntiVirusMunafik
#BanyakanBacaSurah3Qul
#BacaDoaMintaLindungDariFitnahDuniaFitnahDajjal
#MaafSalahDanSilapDibuat
#MencariRedhaAllah
#SemogaMendatangkanManfaat

Tuesday, August 2, 2016

Minimum 35 Ways to Respect your Parents. Must read


May Allah give us sense of ability to follow these guidelines. Aameen. 

1. Put away your phone in their 
     presence.

2. Pay attention to what they 
    are saying.

3. Accept their opinions.

4. Engage in their      
     conversations.

5. Look at them with respect.

6. Always praise them.

7. Share good news with them.

8. Avoid sharing bad news with 
    them.

9. Speak well of their friends 
    and loved ones to them.

10. Keep in remembrance the  
      good things they did.

11. If they repeat a story, listen 
      like it's the first time they 
      tell it.

12. Don't bring up painful 
       memories from the past.

13. Avoid side conversations in 
      their presence.

14. Sit respectfully around 
       them.

15. Don't belittle/criticize their 
      opinions and thoughts.

16. Avoid cutting them off when    they speak.

17. Respect their age.

18. Avoid hitting/disciplining 
      their grandchildren around 
      them.

19. Accept their advice and 
      direction.

20. Give them the power of  
      leadership when they are 
      present.

21. Avoid raising your voice at 
      them.

22. Avoid walking in front or 
      ahead of them.

23. Avoid eating before them.

24. Avoid glaring at them.

25. Fill them with ur 
      appreciation even when 
      they don't think they 
       deserve it.

26. Avoid putting your feet up in front of them or sitting with your back to them.

27. Don't speak ill of them to 
      the point where others 
      speak ill of them too.

28. Keep them in your prayers 
      always possible.

29. Avoid seeming bored or 
      tired of them in their 
      presence.

30. Avoid laughing at their 
      faults/mistakes.

31. Do a task before they ask 
      you to.

32. Continuously visit them.

33. Choose your words carefully    when speaking with them.

34. Call them by names they 
       like.

35. Make them your priority 
      above anything.

Parents are treasure on this land and sooner than you think, that treasure will be buried. Appreciate your parents while you still can.
Today lets make loads of duas for our beloved parents, alive or deceased.
If U love UR parents please forward this dua!

Ya Allah ease the burdens of our beloved parents,                آمِيْن يَارَبَّ الْعَالَمِينْ 

Ya Allah remove their burdens due to debt, آمِيْن يَارَبَّ الْعَالَمِينْ 

Ya Allah ease their pain,          آمِيْن يَارَبَّ الْعَالَمِينْ 

Ya Allah give shifa for the diseases they're suffering from, آمِيْن يَارَبَّ الْعَالَمِينْ 

Ya Allah never make them dependent on anyone besides YOU until their last breath,
 آمِيْن يَارَبَّ الْعَالَمِينْ 

We should respect and honour our parents.

Never hurt them, part of the reason of all the troubles they're undergoing is due to us.

Their debts are due to fulfilling our needs,

Their poor health is due to their efforts in giving us the best,

Their every breath is a sacrifice made for their children...

Ya Allah bless our parents with Happiness. 

Make a promise that u would at least do one thing today which will make UR parents happy.

Plz forward this atleast if you dont have time to read!

It is an Amana that we pray for our parents

Monday, August 1, 2016

EMPAT SIFAT PENGHUNI SURGA

SILATURAHMI di 1/3 AKHIR 
MALAM 



1. Awwab, yaitu orang yang senantiasa bertaubat kepada Alloh.

2. Hafizh, orang yang pandai menjaga amanat Alloh yang dititipkan padanya.

3. Khasyi ar-Rahman, yaitu orang yang selalu diliputi rasa takut dan tunduk kepada Alloh.

4. Dzu-qalbin munib, yaitu orang yang ketika berbuat maksiat segera kembali kepada Alloh dan berbuat ketaatan.
(Ibnu Qoyyim al-Jauziyyah dalam Fawaidul Fawaid halaman 203)

Firman Alloh SWT:
"Rabbij'alnii muqiimash shalaati wa min dzurriyyatii rabbanaa wa taqabbal du'aai. Rabbanagh firlii wa liwaa lidayyaa wa lilmu-miniina yauma yaquumul hisab"

Artinya: "Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami, perkenankanlah do'aku. Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab." (QS Ibrahim 40-41)

Robbana Taqobbal Minna.
Ya Alloh terimalah dari kami (amalan kami), aamiin.

Semoga Bermanfaat.

AYUH TAHAJUD walaupun hanya cuma dia roka'at

Ana tidak lebih baik dari antum, untuk itu mohon maaf & selalu sertakan ana dalam setiap do'a nya