Monday, August 29, 2016

DI ANTARA AMALAN PARA AULIYA YANG PALING TERMASYUR DI SELURUH DUNIA DARI ZAMAN BERZAMAN ADALAH HIZIB BAHR KARANGAN AL-IMAM SYEIKH ABUL HASAN ASY-SYADZILI رضي الله عنه.



SIAPAKAH AL-IMAM AL-QUTHUB SYEIKH ABUL HASAN AS-SYAZILI رضي الله عنه?

Beliau adalah PENGASAS TAREQAT SYAZILIYAH. Seorang Wali Quthub di zamannya. Apa itu Wali Quthub? Wali Quthub ini adalah Pemimpin Para Wali. Setiap abad hanya ada seorang Wali Quthub sehingga ke Hari Kiamat dan beliau ini adalah Al-Quthub Al-Ghouts di zamannya.

Nama lengkap, nasab beliau adalah Al-Imam Al-Qutb Abul Hasan Ali Bin Abdullah Bin Abdul Jabbar Bin Tamim Bin Hurmuz Bin Hatim Bin Qushoy Bin Yusuf Bin Yusya Bin Ward Bin Abu Batthal Ali Bin Ahmad Bin Muhammad Bin Isa Bin Idris Al-Mutsanna Bin Umar Bin Idris Bin Abdullah Bin Hasan Al-Mutsanna Bin Sayyidina Hasan Bin Sayyidina Ali Bin Abu Thalib dan Sayyatina Fatimah Az-Zahra Binti Sayyidina wa Habibina wa Syafiina Muhammad Rasulullah ﷺ.

Lahir di kampung Syazilah iaitu sebuah kampung di Ghumarah, Maghribi di Afrika pada tahun 593H / 1197M. Kemudian beliau menetap di Iskandariah iaitu satu bandar besar di Mesir menyebarkan ilmu dan menjadi Syeikh Tariqat Syazilah. Beliau seorang yang buta tetapi Allah memuliakannya dengan dikurniakan mata hati yang terang benderang. Dan beliau wafat di Padang Sahara Idzaab pada tahun 656H dalam perjalanan beliau untuk menunaikan ibadah Haji. Ini adalah serba sedikit manaqib Al-Imam Al-Quthub Al-Ghouts (Pemimpin Para Wali) Syeikh Abul Hasan As-Syazili رضي الله عنه.

Bacalah kisah-kisah dan manaqib Para Auliya dan Solohin nescaya kita akan berasa takjub, malu dan hina sehina-hinanya melihat akan keadaan diri kita pada hari ini. Orang-orang terdahulu, mereka menuntut ilmu, mempelajari ilmu, mendapatkan kemuliaan bukannya dengan bersenang-lenang dan bermewah-mewahan sepertimana kita hari ini.

Hari ini kita lebih gemar mengejar dan mengharapkan perhatian makhluk daripada mendapatkan perhatian Allah سبحانه  وتعالى. Hati kita tanpa disedari telah pun diselubungi dengan FITNAH. Cinta kepada DUNIA. Kalau orang Agama sendiri pun menggunakan AGAMA untuk mengejar dan mendapatkan DUNIA, mengabaikan AKHIRAT. Tidak mengajak ummat untuk sama-sama beramal menyediakan bekal dan perisai untuk menghadapi fitnah yang dahsyat yang sedikit demi sedikit telah pun terzahir di akhir zaman ini.

Agak-agaknya bagaimanakah keadaan ummat pada zaman ini? Yang mana kami rata-ratanya sebagai orang awam ini hanyalah mengikut, berpandukan kepada panduan yang diberikan kepada kami. Diberi PENAWAR Alhamdullilah tapi bagaimana sekiranya yang diberikan itu adalah RACUN? Binasalah kami.

Marilah kita mencari orang-orang yang benar-benar boleh membimbing kita, menuntut kita, membawa kita untuk betul-betul mengenal kepada Allah سبحانه  وتعالى bukannya hanya sekadar mengenal Islam sahaja. Islam itu zahir. Batin kita itu adalah Iman. Hari ini masalah iman/ tauhid paling merisaukan. Tidakkah kita pernah mendengar hadis Rasulullah ﷺ yang mewawarkan kepada kita mengenai perpecahan Ummat Baginda Rasulullah ﷺ pada akhir zaman kepada 73 golongan?

Tanda-tanda besar hari kiamat dan tanda-tanda kecil hari kiamat semua? Dunia ini semakin hari semakin sampai ke penghujungnya. Bukannya semakin maju dan canggih sepertimana yang diperlihatkan kepada kita pada hari ini. Perang di sana sini, anak zina merata-rata, riba, rasuah, maksiat dan kemungkaran di mana-mana tidak terbendung. Kita nampak semua itu tapi kita hanya memejamkan, membutakan mata kita sahaja.

Pesan Para Ariffbilllah "Akhir zaman ini selamatkanlah dirimu dan orang-orang yang kamu sayangi. Asingkan dirimu daripada manusia yang ingin membawa kamu tenggelam bersama-sama mereka di dalam lautan fitnah. Duduklah bersuhbah bersama-sama dengan orang-orang yang menasihatimu, membimbingmu menuju kepada Allah سبحانه  وتعالى. Berhati-hati di dalam memilih sahabat. Tidak semua yang mendekatimu itu adalah sahabatmu. Boleh jadi mereka bersamamu kerana inginkan sesuatu daripadamu. Ramai sekali manusia yang bersahabat kerana inginkan sesuatu. Baik itu kerana rupa paras, inginkan nama, pangkat, jawatan, kedudukan, harta tetapi sedikit sekali manusia yang mampu bersahabat kerana Allah. Oleh kerana itu bersamalah dengan Allah selalu dengan kamu memperbanyakan zikirullah."

Alangkah beruntungnya orang-orang yang mana Allah telah pun menarik hati-hati mereka untuk menuju kepada Allah. Itulah yang sepatutnya kita semua harapkan sekarang ini.
Setiap apa yang mereka pelajari itu mereka berusaha sedaya upaya mereka untuk diamalkan di dalam kehidupan mereka.

Tidak sepertimana kita hari ini. Hari ini kita sangat lemah dikeranakan kita lebih seronok, hati kita terpaut dengan kecanggihan, kemodenan yang disajikan di hadapan kita. Kita lebih banyak makan, banyak cakap dan banyak tidur daripada banyak beramal.

Tidak sepertimana mereka orang-orang terdahulu. Inilah yang sangat-sangat dirisaukan oleh golongan Para Auliya, Para Ulama dan Solihin. Waktu mereka sentiasa diisi, dipenuhi dengan zikirullah, ilmu, amal, rasa takut dan berharap kepada Allah. Kalau tidak kerana munajat mereka, tangisan mereka, rintahan mereka nescaya kita hari ini sudah pun binasa.

Marilah kita bersama-sama menghidupkan kembali hati-hati kita, mengeluarkan diri kita daripada belenggu fitnah yang bersarang di dalam hati dengan kita mengikat hati kita bersama-sama dengan Para Auliya, Para Alim Ulamak dan Solihin. Bukan BERSAMA itu maksudnya sekadar kita  berkhidmat, mengenal kepada mereka ataupun kita duduk bersama dengan mereka ataupun kita belajar dengan mereka sahaja. Apatah lagi sampai kita bergambar, berselfie dengan mereka sahaja.

Akan tetapi yang lebih penting daripada itu semua adalah kita semua berusaha untuk MENCONTOHI
kepada mereka. Baik itu ADAB dan AKHLAK mereka. Begitu juga dengan AMALAN mereka. Perlulah setiap pergerakan kita, percakapan kita, duduk dan diam kita semua itu mencontohi kepada mereka yang dekat dengan Allah.

Marilah bersama-sama berusaha mulai dari sekarang. Kita niatkan, azamkan untuk kita nak sama-sama cuba mengamalkan setiap apa yang kita pernah dengar, tahu dan belajar daripada Guru-Guru Mulia kita.

Di sini  bagi mereka yang pernah dengar ataupun tahu ataupun memang Alhamdullilah sudah pun mengamalkannya, mengalami dan merasai akan HIZB BAHR karangan Al-Imam Al-Quthub Abul Hasan As-Syazli رضي الله عنه. Jom kita sekali lagi bersama-sama mengenal akan sejarah Hizib Bahr dan cara mengamalkannya.

APA ITU HIZIB?

Hizib itu ertinya himpunan daripada amalan, himpunan daripada wirid, himpunan daripada bacaan yang di antaranya diambil daripada Al-Quran dan hadis-hadis Sayyidina Rasulullah ﷺ. Yang juga di antaranya dikumpul dan dihimpun daripada perkataan-perkataan Para Auliya sehingga dijadikan suatu amalan, rutin yang diamalkan pada waktu-waktu tertentu ataupun juga diamalkan pada setiap waktu terutama sekalinya selepas subuh dan asar.

Hizib Bahr ini diajarkan oleh  Rasulullah ﷺ langsung melalui mimpi Al-Imam Al-Qutb Abul Hasan Asy-Syazili رضي الله عنه sewaktu beliau dalam keadaan berdukacita dan kesedihan. Inilah yang menjadi ubat kepada kalangan Para Auliya apabila mereka dalam keadaan berdukacita, sedih, kecewa, dihina, dikeji dan sebagainya. Yang akan mengubati, menggembirakan hati mereka itu adalah Allah سبحانه  وتعالى dan Sayyidina Rasulullah ﷺ.

Suatu hari, Al-Imam Al-Qutb Syeikh Abul Hasan As-Syazili رضي الله عنه mendapat "isyarat" untuk  pergi ke Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan fardhu Haji pada tahun itu melalui jalan laut. Lalu diberitahu kepada anak muridnya. Maka mereka pun mencari orang yang boleh membawa mereka menaiki kapal. Akan tetapi didapati hanya ada satu kapal sahaja yang tinggal dan kapten kapalnya itu pula merupakan seorang Nasrani (Kristian).

Lalu mereka pun menyampaikan hajat mereka dan menaiki kapal itu untuk pergi ke Makkah al-Mukarramah. Di tengah-tengah perjalanan tiba-tiba angin tidak lagi bertiup. Hal ini membuatkan kapal yang dinaiki oleh Al-Imam Abul Hasan As-Syazili رضي الله عنه tidak boleh meneruskan perjalanan disebabkan tiada tiupan angin. Keadaan ini bukan setakat sehari. Malah berhari-hari tiada tiupan angin menyebabkan kapal tidak boleh berlayar.

Lalu bertanya seseorang kepada Al-Imam Abul Hasan As-Syazili رضي الله عنه "Wahai Imam. Bagaimanakah keadaan ini? Bukankah Tuan mendapat isyarat untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun ini. Adakah kita masih sempat untuk sampai?"

Sepanjang tempoh tiada tiupan angin itu telah membuatkan semua anak-anak kapal menjadi gelisah dan berdukacita dikeranakan khuatir mereka tidak sempat sampai ke Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan ibadah Haji tahun itu. Dalam kegelisihan inilah. Al-Imam Abul Hasan As-Syazili رضي الله عنه
telah tertidur di siang hari dan dengan izin Allah telah bermimpi bertemu dengan Sayyidina Rasulullah ﷺ.

Baginda Rasulullah ﷺ telah mengajarkan kepada Al-Imam Abul Hasan As-Syazili رضي الله عنه
akan hizib ini. Apabila terjaga daripada tidurnya, Al-Imam Abul Hasan As-Syazili رضي الله عنه terus mengamalkan hizib ini dan menyuruh kapten kapal itu untuk bersiap-siap untuk berlayar.

Hal ini menyebabkan kapten kapal itu kehairan kerana mana ada tiupan angin yang membolehkan mereka untuk berlayar. Lalu bertanya kapten kapal itu "Mana anginnya Tuan?". Lalu dijawab oleh Al-Imam Abul Hasan As-Syazili رضي الله عنه "Sudah!! Siap-siap. Sekarang angin datang."

MashaAllah Tabarakallah dengan izin Allah, beberapa saat kemudian angin pun datang. Oleh kerana peristiwa yang luar biasa ini telah pun mengetuk pintu hati kapten kapal yang merupakan seorang nasrani itu untuk memeluk agama Islam. Akhirnya disebutkan kapten kapal itu telah pun menjadi seorang hamba Allah yang taat.

CARA MENGAMALKAN HIZB BAHR

Berkata Al-Alim Al-Faqih Al-Allamah Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki Hafidzohullah "Seeloknya Hizib Bahr ini diamalkan setelah sembahyang asar. Nak beramal dengan Hizib Bahr kalau ada hajat. Tidak kira apa-apa hajat sekalipun. Hajat itu untuk mendapatkan, memperoleh sesuatu besar mahupun kecil. Dimulai dengan membaca SURAH AL-FATIHAH sebanyak 7 KALI. Disambung dengan dibaca SURAH AL-QURAISH sebanyak 21 KALI. Kemudian barulah dimulakan dengan membaca Hizib Bahr sebanyak 3 KALI SELEPAS SEMBAHYANG SUBUH."

Seeloknya setiap apa-apa pun amalan yang kita nak lakukan. Seafdal-afdalnya untuk mendapatkan BAROKAH dan merupakan jalan ilmu. Kita mendapatkan IJAZAH ataupun SANAD daripada mereka yang ahlinya yakni Para Alim Ulama yang mempunyai sanad bersambung, bersambung, bersambung terus kepada pengarang kitab.

Untuk sanad Hizib Bahr ini. Di Malaysia ini ramai Para Alim Ulamak dan Asatizah kita yang mempunyai sanadnya. Ada rezeki, peluang dan kesempatan untuk mendapatkan sanad Hizb Bahr ini. Diizinkan untuk memperolehinya cubalah dapatkan ijazah sanad ini daripada Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki Hafidzohullah, Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki Hafidzohullah, Syeikh Dr.Mahmoud Mrglani Al-Husayni Al-Madani As-Syazili Hafidzohullah, Syeikh Feras Salou Ad-Dimasyqi As-Syazili Hafidzohullah, Para Habaib kita dan Para Asatizah yang lainnya. Dengan syarat kita betul-betul berniat dan berazam sungguh-sungguh nak mengamalkannya. Bukan sekadar dapat sanad tapi tak diamalkan.

Cumanya di sini kalau siapa yang pernah dapat sanad secara langsung daripada Al-Alim Al-Faqih Al-Allamah Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki Hafidzohullah. Sanad beliau terus sambung kepada pengarang kitab yakni Al-Imam Al-Quthub Abul Hasan As-Syazili رضي الله عنه.

SANAD HIZIB BAHR TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI HAFIDZOHULLAH

1)Al-Musnid Ad-Dunya Syeikh Muhammad Yassin Al-Fadani

2)Sayyid Idris Salim Al-Bard

3)Salim Ibni Idrus

4)Muhammad Ibni Nasir

5)Syeikh Abdurrahim Al-Ahdal

6)As-Sanuri

7)Ahmad Al-Goyaty

8)Syeikh Zakariya Al-Ansory (Syeikhul Islam)

9)Imam Tajuddin As-Subki (Pengarang Kitab Thabaqatus)

10)Ayah kepada Imam Tajuddin As-Subki

11)Syeikh Ibnu Athaillah As-Sakandari As-Syazili (Kitab Hikam)

12)Syeikh Ibnu Abbas Al-Mursi As-Syazili

13)Sohibul Hizib Bahr Al-Imam Al-Quthub Abul Hasan Bin Abdullah ibni Jabbar As-Syazili Al-Hasani رضي الله عنه.

KENAPA PENTING SANAD?

Berkata Al-Imam Abdullah Ibnu Mubarak رضي الله عنه "Sanad itu sebahagian daripada Agama. Kalau tidak dengan sanad. Sewenang-wenangnya sahaja seseorang itu berucap dengan apa yang dia nak ucapkan." Kita inginkan ilmu kita ada barokah. Ada kesinambungan bersambung dari Tok Guru kepada Tok Guru bersambung, bersambung, bersambung sampai kepada Baginda Sayyidina Rasulullah ﷺ.

Nak dapatkan sanad ini macam mana? Jalannya dari dulu sampai sekarang tidak lain dan tidak bukan adalah dengan bertalaqqi duduk di hadapan Para Guru. Lutut bertemu lutut, mata bertentang mata. Dari mulut ke telinga, telinga ke mulut. Hadir di dalam majlis guru. Hadir jasad dan juga hati. Diberi ijazah secara khusus mahupun secara umum daripada Guru.

Berkata Al-Alim Al-Faqih Al-Allamah Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki Hafidzohullah "Orang yang beramal tanpa didasari dengan mendapatkan IJAZAH, SANAD yang bersambung sampai kepada penulisnya langsung ataupun pengarangnya maka seumpama orang yang pergi belajar di luar negara. Misalnya belajar di Al-Azhar, Mesir tapi balik Malaysia tak bawa balik sijil. Orang tak akan iktiraf kita ini pelajar lulusan dari Al-Azhar sebab kita tak ada sijil sebab setiap sesuatu itu perlulah didasari dengan buktinya. Jadi ILMU ini buktinya adalah dengan SANAD. Siapa Gurunya? Siapa Tok Gurunya? Siapa Tok Guru kepada Tok Gurunya? Siapa Tok-Tok Guru kepada Tok-Tok Gurunya. Demikianlah bersambung terus sampai kepada Sayyidina Rasulullah ﷺ."

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENGAMBIL MANFAATNYA. MOHON MAAF DI ATAS SEBARANG KESILAPAN, KESALAHAN EJAAN TERUTAMA SEKALINYA NAMA-NAMA PARA AULIYA, PARA ALIM ULAMAK YANG DISEBUTKAN DI ATAS.

SEMOGA ALLAH TA'ALA MEMBERIKAN KEPADA KITA KEFAHAMAN DI DALAM AGAMA. MEMBERIKAN KEPADA KITA KEKUATAN UNTUK KITA NAK BERAMAL DENGAN SETIAP APA SAHAJA YANG KITA PELAJARI. BAIK ITU DARI YANG KITA DENGAR, KITA BACA, KITA LIHAT, KITA RASA DAN SEBAGAINYA. DIBERIKAN ILMU YANG BERMANFAAT DAN BAROKAHNYA UNTUK KITA NAK BERAMAL SEIKHLAS HATI SEHINGGA AKHIR HAYAT KITA.

SEMOGA ALLAH TA'ALA MENYELAMATKAN DIRI KITA, AHLI KELUARGA KITA DAN ORANG-ORANG YANG KITA SAYANGI DI SEKELILING KITA DARIPADA FITNAH DUNIA DI AKHIR ZAMAN INI, FITNAH KEHIDUPAN, FITNAH KEMATIAN DAN FITNAH DAJJAL. DIAKHIRI UMUR HIDUP KITA SEMUA DENGAN HUSNUL KHATIMAH.

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG KENAL, HORMAT DAN CINTA KEPADA PARA ALIM ULAMAK PEWARIS PARA NABI. YANG SENTIASA MENJAGA AKHLAK, ADAB DAN BERADAB KETIKA DUDUK BERSAMA DENGAN PARA ALIM ULAMAK DAN PARA SOLIHIN.

DAN YANG PALING PENTING SEKALI MUDAH-MUDAHAN ALLAH TA'ALA MENJADIKAN HATI-HATI KITA SEMUA DI ANTARA GOLONGAN HATI HAMBA-HAMBA-NYA YANG SENTIASA SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN.

SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA.

#JomMuhasabahDiri
#JomKitaMencintaiAhlulBait
#JomKitaMencintaiParaAlimUlamak
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#JomKitaBelajarBertalaqqiDudukDiHadapanGuru
#JomTalaqqiSecaraBersanad
#JomKitaPergiKeRumahAllah
#JomKitaJagaSolatFardhuBerJemaahKhususnyaSolatIsyakDanSubuhBerjemaah
#JomBasahkanLidahKitaDenganZikirullahMengingatiAllahTaala
#JomKitaBanyakanBerselawat
#InstallAntiVirusDaripadaSifatMunafikDalamDiriKita
#BerselawatlahSetiapHariSekurangKurangnya300Kali
#JomPerkemasIlmuTauhid
#JomBelajarSifat20
#WujudQidamBaqaMukholafatuhuQiamuhuBinafsihiWahdaniahQudrahIradahIlmuHayatSama'BasarKalamMuridanAlimanHayyanSami'anBashiranMutakalliman
#PerisaiDiriKitaDenganIlmu
#SemogaKitaSemakinBerakhlakDanBeradab
#IlmuAmalIkhlasKhaufWarak
#TulislahYangBaikBaikYangMenggembirakanKitaKelakMogaIaMenjadiSahamAkhiratKita
#MaafAdaSalahSilapPenambahanPenguranganPerubahanDiDalamPenulisan
#SemogaMendatangkanManfaat
#MohonDoakanSayaDanSemuaUmmatNabiMuhammadSAW

4 comments:

  1. Salam,saya diSabah,hajat utk mencari sanad utk amalan hizib Baharnie, dimana ya

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum.
    Boleh tak saya amalksn hizib bhar ni melalui bacaan dlm kitab kecil
    'Bekal Akhirat' susunan ust. Fahmi Zamzam

    ReplyDelete