Sunday, October 27, 2013

Harimau, 2 buayA, 2 tikus dan lebah


Astagfirullahalazim.....Take a few minutes of your
time...
UNTUK RENUNGAN BERSAMA ..
Ada seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar
di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg
segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!
jeng!.. bunyi.... aauuummmmm!!! Bunyi harimau yg
kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan
diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah
lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan
kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang
pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan
daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di
depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si
hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu
ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut
pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan
di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si
hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak
menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar
dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak
selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah
perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak
tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg
kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga.
lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau
bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba
keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah
perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu
bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak.
Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni.
Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam.
Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat
atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi
satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi
mangsa buaya
..
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau.
Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek
buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu
berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba....
terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... Bunyi lebah
bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke
langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba
setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut
si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak
terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni ,
tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya.
Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si
hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang
menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya
di bawah
Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg
mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa
mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu
adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di
alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut
tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya
maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya
maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu
adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa
menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba
itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja
madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada
harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat
nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak
ingat Allah. Astaghfirullah...
1 minit untuk mengingati Allah
Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih
akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU'LLAH
*LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
*ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA
SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WA
SAHBIH AJMA'IN
Step 2:
Hayatilah sedalam-dalamnya akan makna ayat demi
ayat, perkataan demi perkataan..
D copy dari Grup UMAT NABI saw
ADAB USUL

Ini merupakan adab2 atau tertib yg ulama2 kita telah gariskann supaya para daie dapat terapkan semasa keluar di jalan Allah ataupun semasa berada di mahala(kampung) masing2. Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada fitnah atau salah faham di kalangan masyarakat setempat. Al-maklum sajalah, setiap pergerakan ‘karkun2’ diperhatikan, ada saja salah sikit dah merebak. Silap sikit terus dipandang serong, macamlah kita ni malaikat yg maksum, takde dosa…Semasa keluar di jalan Allah ataupun semasa berada di mahala masing2,adab2 usul ni kena diamalkan dan dipraktikkan, walaupun belum dapat diamalkan 100%. Yelah, kita manusia biasa, memang hari2 buat silap, tapi kena niat untuk mengamalkannya, nak jadi baik ni bukan mudah, banyak dugaan. Apapun niat ikhlas semata2 kerana Allah…Semasa keluar (atau tak ) di jalan allah, kita kena :

No comments:

Post a Comment