Wednesday, October 2, 2013

hikmah yang terkandung dalam riwayat sirah Nabi Ibrahim a.s.

*Berikut adalah beberapa hikmah yang terkandung dalam riwayat sirah Nabi Ibrahim a.s.

1- Nabi Ibrahim a.s. di lahirkan di tengah tengah masyarakat yang kufur musyrik kepada ALLAH swt maka beliau di lindungi dan di pelihara dari segala perbuatan terkutuk.

2-Ayahnya bernama Azar, tukang membuat berhala yang akan di sembahnya, sedangkan Nabi Ibrahim sangat membenci kepada berhala.

3- Mula mula Nabi Ibrahim mencari Tuhan dengan akalnya kemudian Tuhanlah yang memberi pertunjuk kepada nya dengan cara mengenal Tuhan. 

4-Beliau berani memusnahkan berhala yang menjadi sesembahan bapa dan kaumnya sehingga kepada dirinya di jatuhkan hukuman mati dengan cara di bakar.

5- Nabi Ibrahim a.s. di bakar oleh kaumnya , tetapi beliau tidak di apa apakan api yang di campak beliau kedalam nya itu, kerana ALLAH yang melindungi dan memeliharanya.

6-Beliau di uji oleh ALLAH swt, di suruh menyembelih anak kandungnya - Ismail maka perintah ALLAH itu di patuhinya dan kerana ALLAH menggantikan penyembelihan itu dengan seekor kibas, sehingga anak nya selamat tidak tersembelih.

7-Nabi Ibrahim a.s seorang yang sangat takwa kepada ALLAH Dan beliau pun lulus dari cubaan ALLAH.

8-Segala du'a Nabi Ibrahim di kabulkan ALLAH di antara nya negeri Mekah sampai sekarang menjadi negeri yang subur-ma'mur walau pun di situ banyak padang pasir.

9- Nabi Ibrahim mempunyai dua orang isteri yang solehah kedua dua nya dan anak keturunannya menjadi anak yang soleh pun, bahkan menjadi Rasul.

Mudah mudahan kita ummat Islam dapat hendak nya mengikuti kesabaran dan perjuangannya, dalam menta'ati perintah ALLAH swt...Ameen

No comments:

Post a Comment