Sunday, December 1, 2013

Notes from pengajian 30th November 2014@ jenderam

- Kitab ad dharuth Thamin ( Permata Yang Indah ) - sebuah kitab al sheikh Daud al Fathoni.

Awal awal usuluddin kita kena sedia menerima 
- Allah itu ada! .. Zat nya ada! 
- Ia WAJIB ada, makna nya bukan saja kita akui Allah (Zat) itu ada...tapi kita perkukuhan menerima yang ia nya WAJIB ada...dan dalil nya ialah kerana ada nya alam dan ada nya kita. 
- kemudian kita perkukuhkan lagi Iman kita (tentang ada nya Allah , yang WAJIB ia nya ada kerana ada nya alam dan ciptaan NYA) dengan menerima yang Zat nya sempurna..! Dan dia nya ESA dengan setiap bentuk sifat nya itu.
 Allah tidak berbilang ( ahad ) dia tiada tandingan dan tiada perbandingan...lain dari makhluk ciptaan NYA yang sentiasa berpasangan dan berlawanan. 

Kita melihat/bercakap/mendengar dan Allah juga melihat/bercakap/mendengar.. Tapi kita melihat dengan mata/mulut/telinga tapi Allah tidak perlu kepada mata/mulut/telinga untuk melihat/bercakap/mendengar.

Bagi orang yang sudah terbuka Hidayah nya maka bagi mereka pintu faham hal ini mudah dan dia yakin penuh tentang ada nya Allah dan tiada perlu bagi dia melihat dalil dalil yang ada nya Allah. 

Allah perintah kita kenal NYA / Zat yang sempurna dan bukan sahaja kepada yang dia ESA dan Ahad (satu) 

Bagi mereka itu dia yakin penuh yang Allah melihat dia bila masa, setiap waktu dan setiap saat, maka dia akan pelihara kelakuan nya walaupun tidak di lihat manusia kerana dia yakin (takut) yang Allah melihat dia... Maka dengan ini dia akan hindar (khuatir) untuk berlaku sumbang atau buat maksiat. 

Hati yang berlapik hijab dosa dia akan tergamam melakukan yang haram / terrkutuk bila dia sendirian ( tidak di lihat orang ) ... Malah Kalau ada CC tv pun mereka tidak kisah... Ini akibat dari hati yang susah tebal selabut hijab dosa! 

Crisis yang Melinda dunia dan Masyarakat sekrng ini (termasuk lah Masyarakat Islam) ia crisis keyakinan -- tentang ada/tiada TUHAN 

Dengan itu ramai tidak sanggup korban waktu/tenaga untuk agama kerana telah tekikis dalam hati mereka dalam menyerah bulat bulat kepada Allah dan telah bertambah harapan mereka kepada makhluk Allah dan usaha mereka sendiri. 

Tidak semua ilmu yang di dapati dari kertas sahaja (menbaca/mengaji) atau kuliah... Ilmu juga perolehi dari pengalaman melalui sesuatu musibah..

Ilmu Tauhid itu ialah mengenal Allah dan mengenal Rasul NYA

Mengetahui Allah dan Mengetahui Rasul Nya

Mengenal Zat Allah and
Mengenal Zat Rasul nya

Mengetahui kerja Allah dan Mengetahui tugas Rasul nya 

Orang beragama akan senang bila kerana lalui Jalan yang susah kerana dengan itu dia akan perolehi lebih banyak dari nya berbanding dengan Jalan mudah...

Wassalam

No comments:

Post a Comment