Sunday, December 15, 2013

Tazkirah Pagi



SEDEKAH
1.  Attarmizi n Albaihaqi meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:" Dermawan itu dekat pada Allah, dekat pada orang-orang, dekat dgn syurga n jauh dari api neraka; orang yg bakhil itu jauh dari Allah, jauh dari manusia, jauh dari syurga n dekat dgn api neraka. Dan, orang bodoh yg dermawan lebih dikasihi Allah drpd ahli ibadat yg bakhil."
2.  Salman al-Farisi berkata: Jika mati seorang dermawan maka bumi n malaikat yg menjaganya berdoa: Ya Tuhan, maafkan hambaMu ini kerana dermawannya ketika di dunia. Dan, bila mati seorang bakhil maka berdoa: Ya Allah, tolaklah hamba itu dari syurga sebagaimana ia menolak hamba-hambaMu dari rezeki yg ada ditangannya ketika di dunia."
3.  Diriwayatkan bahawa ketika Nabi SAW sakit bsginda mempunyai 7 dinar. Maka ia menyuruh Siti Aisyah r.a supaya mrnyerahkan wang itu kpd Ali r.a utk disedekahkan sedang Siti Aisyah masih sibuk merawat Nabi SAW. Setiap kali Nabi  sedar dari pengsannya baginda terus bertanya n menyuruh Aisyah menyerahkan wang itu kpd Ali sehingga ditunaikan Aisyah perintahnya. Maka tepat pada saat wafatnya tiada suatu apapun di rumah Aisyah sehingga ketika berhajat pada lampu terpaksa meminta lilin dari salah seorang isteri Nabi SAW.
4.  Hikayat: ketika Imam Syafie baru kembali dari Sana'a ke Mekah membawa wang 10,000 dinar ada yg mencadang padanya utk membeli tanah. Imam Syafie berehat di bawah khemah sebelum masuk Mekah n setiap siapa yg masuk kpdnya diberi segenggam dinar. Apabila tiba waktu zuhur ia berdiri mengibaskan  kain bajunya sudah habis semua dinarnya disedekahkan. Bahkan diriwayatkan bahawa ibunya berkata padanya: andainya ketika anda masuk ini masih ada sisa satu dirham nescaya aku tidak memberi salam padamu.
Wahai kerabat n sahabat n kenalanku, berbelanjalah ke jalan Allah nescaya Allah memberi kpdmu; lapangkan nescaya Allah meluaskan kpdmu; dan, jangan bakhil nescaya Allah mengurangimu; dan belilah dgn kekayaan yg rosak ini semua yg kekal, sebelum nafasmu (roh) sampai ke kerongkongmu!

No comments:

Post a Comment