Saturday, February 8, 2014

"Pertahankan barakah dalam usaha, kerja, amalan, ibadah


petik petikan Mutiara dari  majlis muhabbah Rasul di JENDERAMI

.

Apabila kita sudah pasang niat untuk menjalankan sesuatu kerja, usaha, amalan dan ibadah yang di mana ia lahir dari kehendak mendapatkan keredhaan NYA, maka sebaiknya kita elak dari menyebut  mengeluh dengan menyebut "Aku letih, aku bosan, rasa capek, aku penat la...!"


Sebaiknya kita gantilkan dengan ringan lidah melafazkan "Syukur Alhamdulillah!" Berulang ulang menyebutnya ... kerana kita telah dapat melaksanakan tugas itu sampai penghujung nya dan dengan izin Allah kita berupaya menahan kesabaran akan kepayahan itu...mudah2 kesyukuran itu akan mengundang keberkatan yang berkekalan. 


Selalu nya orang yang tidak suka kepada sesuatu akan selalu cakap -- bosan, capek, letih ataupun penat selepas ia melaksanakan sesuatu kerja ... maka ini akan memutuskan keikhlasan usaha, kerja , amalan ataupun ibadah nya . Terhenti keberkatan itu! 


Adakah patut kalau kita penat dengan kerahmatan NYA?! 


Dalam bersyukur kita langsung skali berzikir! "

No comments:

Post a Comment