Monday, February 10, 2014

Topic:manhaj ahlul sunnah wal jamaah


1. Quran & Hadith.

Refer: surah al maidah: 5:3 

"Kusempurnakan agamamu"
-zaman tashriq (zaman pembentukkan shariat); Nabi SAW adalah org yg dirujuk. 

- apa Yg telah ditetapkan pada zaman itu, itulah agama Yg Ada pada zaman skrg; kata Imam Malik. Maknanya, segala undang2 Islam pada zaman Nabi TERPAKAI hingga sekarang. Apa2 peredaran zaman takkan menggangu Hukum Yg mmg terang diberi kan pada zaman Nabi.

"Kucukupkan nikmatmu"
- ikut kan apa Yg telah di suruh oleh Nabi SAW. Tidak ada penambahan ataupun pengurangan hukum/ibadah dalam Islam Sekiranya tidak berlandaskan dalil sahih. Ustaz Ada ceritakan mengenai Perang yg diisytiharkan oleh Abu Bakr AS terhadap org yg tak bayar zakat. Perang ini tidak dipersetujui oleh Umar RA. Lalu Abu Bakr kata, orang yg mengingkari 5 rukun Islam boleh diperangi seperti apa yg telah dikatakan oleh Nabi SAW. Maka dari sini, ditunjukkan betapa pentingnya Suruhan Nabi itu, dan sahabat2 nya betul2 mengikutinya.

2. Hadith Nabi SAW ada sebut 73 Jalan, tapi yg valid adalah jalan yg mengikuti Quran dan Sunnah. So, Selepas Nabi SAW wafat, wujud banyak puak2, antaranya:-

A. khawarij melalui perang Jamal. Kalau kita baca sejarah, dari sini wujud golongan Syiah. Golongan khawarij suka mengkafikrkan org yg membuat maksiat walaupun ianya tidak dikatakan oleh Nabi SAW. (ada stages: from fasiq, zalim to kafir.)

B. Golongan mu'tazillah. Selalunya golongan rasionalis. Menggunakan akal untuk mentaqwilkan hukum. 

C. Golongan murjiah. Golongan yg tidak mengkaitkan iman dengan amal. Ie: org yg solat tapi tak menutup aurat adalah diboleh terima kerana iman itu dihukum oleh Allah. 

D. Golongan Rafidah (Syiah actually comes from this). Mereka menolak Umar & abu Bakr RA 

3. Bagaimana nak ikut Quran & Sunnah?

- fahami agama bukan dengan mengikuti fahaman Ustaz, tetapi fahaman sahabat2 Nabi SAW

- maknanya, kalau kita pergi belajar agama, sentiasa tanya pasal sanad sebuah hadith. Sanad itu adalah pokok kepada agama Islam. Tanpa sanad yg baik, Islam boleh dimanipulasikan.

- lihat pada siapa kita belajar dengan. Kalau pergi ke kelas agama, tanya Ustaz itu kitab apa yg dia gunakan. Kemudian, buka kitab itu dan tengok siapa yg menulisnya; adakah dia Syiah/ golongan yang mmg terpesong akidahnya. Periksa muqadimmahnya, dan lihat sekiranya ada dalili2 yg kukuh untuk disokong.

- belajar dengan Istiqamah walaupun anda keseorangan. Jadilah golongan Jumaah (maksudnya: sahabat2 Nabi & juga maksudnya org yg membuat & mencari kebenaran walaupun dia keseorangan). Dengan Istiqamah, lagi senang kita dapat rahmah dan barakah. Jadikan ianya rutin dan lapangkan masa untuk perkara sebegini.

No comments:

Post a Comment