Sunday, February 2, 2014

du'a sebelum Pengajian

Aslkm sahabatku min Albaghdadi 

Setiap kali permulaan Pengajian di Jenderami , Pak Sheikh HafIiz sentiasa membaca sepotong du'a. 

Beliau mendapat du'a itu sewaktu menziarahi Yaman di tempat Habib Umar bin Hafiz. Saya sendiri pernah tanya tentang du'a itu untuk menjadi kan ia amalan saya dan ahli keluarga dan beliau mengarah saya bertanya seorang ahli jemaah kami yaitu sahabat saya juga...berikut adalah respon yang saya terima dari sahabat itu...

"Ini lah du'a yg sebahagiannya selalu dibaca oleh PAK Sheikh sebelum mengajar.
Du'a sepenuhnya oleh al imam alhaddad seperti berikut:

نيات طلب العلم للإمام الحداد
 
فأتـوا بـها فـي بـدايـات دروسـكم الـعـلمـيـة بـنـيـة صـالـحــة
هذه هي:
نويتُ التعلُّمَ والتَّعليم، والتذكُّـرَ والتَّذكير، والنَّفعَ والإنتِفاع، والإفادةَ والإستفادة، والحثَّ على التَّمسُـك بِكتابِ الله وسُـنَّـةَ رسولهِ - صلى الله عليه وآلهِ وسلِّم-، والدُّعاءَ إلى الهُدى، والدَّلالةَ على الخير، وابتغاءَ وجهِ الله ومرضاتِه، وقُربِهِ وثوابِه سبحانه وتعالى .
وصلى الله على سيدِنا مُحمد وعلى آلهِ وصحبهِ وسلم
 

Niat menuntut ilmu oleh Imam Al-Haddad :
Maka berniatlah dengannya pada permulaan pembelajaran ilmiahmu dengan niat yang solehah.
Adapun niat tersebut adalah seperti berikut :

"Sahaja aku menuntut ilmu dan mengajarkan ilmu, dan memberi peringatan dan mengambil peringatan, dan memberi manfaat dan mengambil manfaat, dan memberi faedah dan mengambil faedah, dengan berpegang kepada Kitab Allah
(Al-Quran) dan Sunnah Rasul-Nya – Sallahu 'Alaihi wa Sallam -
dan menyeru kepada petunjuk-Nya, dan menunjukkan kepada kebaikan, demi mencari keredhaan-Nya, hampir dengan-Nya dan pahala dari Nya Subhanahu wa Ta'ala".
وصلى الله على سيدِنا مُحمد وعلى آلهِ وصحبهِ وسلم"


Marilah kita jadi kan ini amalan kita ...

No comments:

Post a Comment