Monday, July 25, 2016

LUQMAN AL HAKIM



Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur'an adalah Luqman Al Hakim. Kenapa, tak lain, kerana hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasihati anaknya tentang hakikat hidup.

"Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah fikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia mampu menikmati lazatnya berzikir."

"Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya."

"Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang menggotong jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Kerana jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu."

"Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

"Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit darikemiskinan dan kehinaan."

"Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang."

"Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada lapan wasiat para nabi. Kalimat itu adalah:

1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah fikiranmu baik-baik.
2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.
3. Jika kau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu.
4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.
5. Ingatlah Allah selalu.
6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu.
7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain.
8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.

Wallahu'alam. 
Moga bermanfaat..

Sunday, July 24, 2016

*PENJUAL TAUHU*



Ada seorang penjual tauhu yg setiap hari dia menjual dagangannya ke pasar. Untuk sampai  ke pasar, ia perlu naik kenderaan awam.

Manakala untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui pematang sawah.

Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Tuhan agar dagangannya habis dijual

Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Dagangannya selalu habis.

Suatu hari, ketika dia melalui sawah hendak menuju jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba2 dia terjatuh ke dalam sawah... 
Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan shj untung, modal pun habis.

Dia mengeluh kepada Tuhan, bahkan "menyalahkan" Tuhan, mengapa dia diberi cubaan  seperti ini? Padahal dia selalu berdoa setiap pagi.

Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.

Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahwa kenderaan yg disewanya setiap hari pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban ! Hanya dia satu2nya bakal penumpang yg selamat, semua adalah disebabkan tauhu nya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak jadi utk berniaga pd hari itu dan membawa semua  tauhu-tauhunya yg sdh rosak dan kemek.

Tetapi pada sebelah petang, ada seorg penternak itik  telah mencari dia dan hendak membeli tauhu utk makanan itik tetapi yg anehnya peternak itik itu mencari tauhu yg rosak/hancur krn ia hanya utk  dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja..spontan penternak itu menangis krn tauhunya yg rosak hendak dibeli semuanya oleh peternak itik itu..

*PENGAJARAN...*
Doa tidak harus dimakbulkan sesuai dgn permintaan, tapi kadangkala ia diganti oleh Tuhan dengan sesuatu yg jauh lebih baik daripada yg diminta.

*Allah Maha Mengetahui keperluan  kita, dibandingkan diri kita sendiri.*

Karena itu, janganlah jemu berdoa, juga jangan sekali mengeluh, apalagi mengutuk! 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu 
padahal ia amat buruk bagimu. 
Tuhan mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui”.

*“Jika Tuhan menjawab doamu, Ia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Ia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Ia tidak menjawab doamu, Ia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.”*

*Semoga hari ini dan hari hari selanjutnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahan-Nya..*      

cp dr bilik sebelah

Friday, July 22, 2016

*RAHSIA AL-FATIHAH*

*RAHSIA AL-FATIHAH*
(ulang siar)

1. Al fatihah - *Seringkali di baca untuk arwah.*
2. Al fatihah - *Tanpa membacanya solat kita tidak sah*
3. Al fatihah - *Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.*
4. Al fatihah - *Jika merindui seseorang, maka bacalah.*
5. Al fatihah - *Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.*
6. Al fatihah - *Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.*
7. Al fatihah - *Terjemahannya indah, hafalnya mudah.*
8. Al fatihah - *Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.*
9. Al fatihah - *Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.*
10. Al fatihah - *Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.*

*FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH*

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka.

Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.

Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.

Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.

Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Sahabat-sahabat group ku yang baik, 
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.

Jom sama2 kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.
 Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yg berterusan hingga ke jannah.

Kongsilah dengan rakan group yg lain...mudah-mudahan  penyebaran ini mendapat keberkatan dan pahala dari Allah s.w.t.

Beberapa Faidah

Ada banyak Jamaah Shalat jum'at yang pulang begitu saja setelah jumatan usai, padahal banyak faidah yang tersembunyi apabila jamaah melakukan wirid/amalan setelah shalat, berikut kami tampilkan faidah-faidah tersebut:

Beberapa Faidah

1.       Ibni Abbas ra meriwayatkan bahwa Nabi SAW bersabda barang siapa setelah usai Shalat Jum’at membaca سبحان الله العظيم وبحمده 100x maka ia diampuni seratus ribu dosanya, dan kedua orang tuanya diampuni Dua Puluh empat ribu dosanya.

2.       Dari Sayyid abdil Wahhab Assya’rani “ Barang siapa istiqomah membaca dua bait ini pada setiap hari jumat, maka Allah akan mengambil nyawanya dalam keadaan Islam dengan tanpa ragu,

Dua bait itu adalah:
: إلهي لست للفردوس أهلا * * ولا أقوى على نار الجحيم
 فهب لي توبة، واغفر ذنوبي * * فإنك غافر الذنب العظيم

Dan sebagian Ulama berpendapat  “dua bait diatas dibaca lima kali setiap setelah Shalat Jum’at”.

3.       Dari Irak ibni Malik ‘’bahwasanya setiap selesai shalat jumat lalu berdiri pada pintu masjid dan berdo’a:

: اللهم أجبت دعوتك، وصليت فريضتك، وانتشرت كما أمرتني، فارزقني من فضلك وأنت خير الرازقين، وقد قلت وقولك الحق

I’anatu Tholibin Juz 2 Hal 106

Kemudian dalam kitab Bughyah juga dijelaskan

Faidah: Barangsiapa membaca surat alfatihah, al-ikhlas dan surat al-mu’awwidzatain masing-masing tujuh kali setelah ia salam dari shalat jumat sebelum ia melipat kedua kakinya(dalam arti kakinya masih dalam posisi Tasyahud Akhir) maka diampunilah dosa yang telah ia jalani, diberikan pahalanya orang beriman pada Allah dan rasulNya, dan dijanjikan diajauhkan dari kejelekan hingga jumat berikutnya, dalam sebuah riwayat ditambah keterangan dan sebelum ia berbicara dijaga baginya agamanya, dunianya, keluarganya dan anaknya dan setelah itu ia membaca Do’a empat kali yaitu :

: اللهم يا غني يا حميد ، يا مبدىء يا معيد ، يا رحيم يا ودود ، أغنني بحلالك عن حرامك ، وبطاعتك عن معصيتك ، وبفضلك عمن سواك

Dari Kitab Bughyah al-Mustarsyidiin 175 

Wallahu a'lam

Pesanan waktu Mati ku

Assalaamualaikum wbt para sahabat sahabat ku yang dimuliakan..

*Akan datang satu hari di mana antum akan menerima berita tentang sudah tiada nya aku...tiada lagi aku bertapak atas bumi Allah ini.*

Aku sedari bahawa kesihatan yang baik tidak menjamin diri ku dapat mengelak dari *mati*...aku hanya mengharapkan dengan usaha menjaga kesihatan agar mendapat pahala memelihara amanah NYA kepada ku.


Mati ku...bila kah waktu nya ..? 
dan di mana kah ia di takdirkan aku rebah tanpa di izinkan lagi bangun sedar ... dan bagaimana cara pemergian ku ? Sesungguh nya Yang ESA saja yang mengetahui ini...tapi yang pasti, waktu nya akan datang.

Sekira jasad ku masih sempurna waktu itu nafas ku sudah terhenti, tubuh ku sudah terkeju keras...dan aku di beri gelaran terakhir -- al mayat! 

sering ku terfikir tentang bab *mati* ini...  setiap hari ku mengingati diri untuk berdu'a agar di kurniakan *husnul khotimah* pada hari yang mulia, dalam keadaan pergerakan terakhir ku yang ta'at kepada NYA, Sangat ku berharap Allah menjawab permohonan du'a ini. 

Sudah kerap kali ku menziarahi saudara atau sahabat yang telah di panggil _pulang_, dan bila ku menatap wajah jenazah nya terlintas dalam hati..."_satu hari begini la aku nanti_"..menggigil badan memikirkan nya.

Terasa haru bila di bayangkan yang diri ku yang hina ini mungkin tidak layak mendapat pandangan rahmatNYA. Hidup di bumi NYA dengan penuh kelalaian lagi merugikan skali gus menzalimi diri. *ALLAHU ROBBI*, _Astaghfirullahal adzim_

Wahai ahli keluarga ku, 
wahai para sahabat ku..
wahai kenalan ku...
bila tiba masa ini nanti diri ini akan sudah tidak mampu lagi berkata pesan mahu pun memohon maaf kepada antum atas segala kesilapan, kekurangan, kekasaran dan kebiadan tingkah laku ku terhadap antum. Dalam keadaan ku sebagai mayat yang waktu itu sedang bergelutan dengan kesengsaraan mati...akan merasa menyesal dengan segala nya itu...dan sekira nya lidah yang dahulu nya ringan bertutur ( kata2 sia sia ) dapat bergerak buat kali terakhir...mungkin ini yang akan ku ungkapkan kepada antum 

_"wahai ahli dunia , keluargaku, sahabat handai ku, bantu la aku dengan du'a mu kepada YANG ESA, kirimkan lah hadiah pahala bacaan qalam Allah buat ku, ampun kan dosa ku terhadap antum sekalian, yang di sengajakan atau pun yang tidak di sengajakan, perhitungan yang tidak lengkap, pendapat dan pandangan yang tidak tepat yang menyinggung perasan, seloroh yang tidak senang hati,...
Maafkan aku! 
Maafkan aku!
Maafkan aku!...

sekira aku berhutang yang aku tidak kesempatan melunaskan nya atau pun terlupa tentang nya tuntutlah dari waris ku. Sekira nya waris ku tidak kemampuan melunaskan nya, aku pohon di berikan keringanan buat mereka dan roh ku....Aku berharap tiada hutang piutang ku ini membebankan aku dalam alam barzagh nanti....sekira nya tutur bahasa dan adab ku ada menyinggung perasan antum, maaf kan aku...sekira ada termakan dari harta antum yang tidak ku sedari..maaf kan aku._

_Diriku berharap sangat akan kiriman du'a terutama dari ahli keluarga dan sahabat2 ku yang lebih dekat diri mu dengan YA KHOLIQ agar memanjatkan du'a untuk diri ku ...semoga aku di haramkan azab kubur dan azab api neraka, agar antum memohon buat ku kepada NYA agar di beri laluan mudah ke JANNAH NYA tanpa di hisab, di beri perlindungan arashNYA, mendapat syafa'at Nabi junjungan... dan tergolong dalam kumpulan yang mendapat pandangan RAHMAT NYA"_

Sekira nya antum dapat melaksanakan ini buat ku, maka akan gembira lah aku ... dan dalam kesempatan masih bernyawa sekarang ini...aku mengucapkan JAZAAKALLAHU KHAIR 

Allahurobbunaa...Anugerah kan kami khusnul khotimah.

Al faqir Ad dhoif Abd-Allah 
Abd-rahman Mansor

Thursday, July 21, 2016

Rahsia Sujud



" Berdoalah di dalam sujud dalam solat yang khusus seperti solat hajat, tahajjud, istikharah dan sebagainya dan jangan bangun daripada sujud sehingga kamu dapat apa yang kamu nak daripada Allah سبحانه وتعالى.

Mintalah apa apa sahaja daripada Hadrah Allah سبحانه وتعالى khususnya di dalam sujud. Sepertimana Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم, maka berdoalah di dalam sujud mu. Diantara doa Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam sujudnya ialah,

يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك، يا مصرف القلوب صرف قلبي على طاعتك. ربغفرلي ورحمني وتب على
( Ya muqollibal Qulub thabbit qolbi 'ala dinik, ya musorrifal qulub sorrif qolbi 'ala too'atik. Robbighfirli warhamni watub 'alaiy). 
Wahai Pemilik hati tetapkan hatiku atas Agama Mu, Wahai Yang Membolak balikkan hati jadikan hatiku untuk mentaati perintah Mu. Ampunilah dosaku, Rahmatilah aku  dan Terimalah Taubatku.

Ambillah kesempatan daripada setiap sujudmu. Kerana berdoa di dalam sujud itu Sunnah Muakkad, sunnah yang tidak pernah Rasulullah صلى الله عليه وسلم tinggalkannya. Ini sujud Zahir. Tetapi ada lagi satu sujud yang lagi tinggi darjatnya daripada sujud zahir ini. 

Tidak ada sesiapa yang bersujud dengan sujud itu melainkan orang yang dekat dengan Allah سبحانه وتعالى iaitu Sujudul Qolb, Sujud Hati. Allah سبحانه وتعالى Berfirman di dalam Al Quran, فسجد وقترب ( Maka sujudlah dan dekatlah dengan Tuhan mu). Macam mana kita nak dekat dengan Allah سبحانه وتعالى? Dengan Hati.

Guru kita Habib Umar Bin Hafidz حفظه الله تعالى berkata, kalau hati seseorang itu sudah sujud kepada Allah, dia taknak, tak boleh dan tak mampu untuk bangun daripada sujudnya itu. Hatinya kalau sudah sujud kepada Allah سبحانه وتعالى, maka dia akan sujud sehingga dia wafat.

Bila kerja hatinya sujud, bila masak hatinya sujud, kena marah hatinya masih sujud, di dalam tidurnya juga hatinya sujud dan dia tidak akan bangun daripada sujud itu sehingga dia bertemu dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Inilah mereka yang betul betul merasakan kelazatan dan kemanisan di dalam sujud.

Seakan akan mereka telah masuk ke satu tempat yang sangat sangat mewah dan apa apa sahaja yang mereka inginkan telah sedia ada di dalamnya. Begitulah umpama mereka berada di dalam Hadrah Allah سبحانه وتعالى. Bagaimana kita nak dapatkan sujud hati ini? Setelah hati kita sudah suci dan bersih daripada sifat yang tidak baik, akhlaq yang tidak baik, muamalah yang tidak baik, ujub, iri hati, riak, dengki dan sebagainya.

Jika sifat buruk ini masih bersarang di dalam diri seorang, maka susah untuk dia bersujud. Ujub, iri hati dan perkara yang tidak baik ini ibarat Dinding. Bagaimana dia nak sujud kalau dia sangat dekat dengan dinding itu? Jauhlah diri mu daripada dinding itu agar mampu untuk kamu bersujud. Jauhlah diri mu daripada sifat yang tidak baik dan sujudlah dengan hati.

Kerana perkara yang tidak baik ini menyebabkan Allah سبحانه وتعالى tidak memberi ruang kepada hati seorang untuk bersujud. Jadilah sepertimana mereka yang tidur di atas tilam tetapi hakikatnya Ruh mereka berada dibawah 'Arasy Allah سبحانه وتعالى. Macam mana nak jadi seperti mereka? 

Dengarlah Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم, Kalau seorang nak masuk tidur, disunnahkan untuk dia berwudhuk sebelum tidur. Maknanya tidurlah dia atas wudhuk dalam keadaan suci. Bagaimana Ya Rasulullah, sedangkan tidur itu membatalkan wudhuk? Lihatlah rahsianya. 

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, kalau seseorang itu tidur dalam keadaan berwudhuk, bila dia sudah tidur, ruh nya akan keluar daripada jasadnya dan akan naik ke 'Arasy Allah سبحانه وتعالى dan ruhnya bersujud di bawah 'Arasy Allah sehinggalah tuannya bangun daripada tidur. Inilah sujud hati. Badannya atas tilam, tetapi ruhnya bersujud di bawah 'Arasy Allah سبحانه وتعالى. 

Inilah satu satunya tidur kita, tidur yang mengikut Sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang mendapat izin untuk bersujud dibawah 'Arasy Allah سبحانه وتعالى. Mereka yang sudah merasai sujud hati ini, mereka tidak nampak apa apa melainkan Allah sahaja. Sepertimana kita sujud dengan kepala kita, kita tidak nampak sesiapa yang lalu lalang depan kita. Inilah Hakikat sujud. 

Pernah satu hari Habib Umar Bin Hafidz حفظه الله تعالى menyebut nama seorang untuk anak muridnya ziarah orang itu, nama orang yang Habib Umar sebut itu adalah orang yang sentiasa menyakiti hati Habib Umar, sehingga orang ini terbitkan sebuah buku dan di dalamnya bercakap buruk tentang Habib Umar dan Habaib, sampai sekarang masih ada lagi. Tetapi Habib Umar tetap menyuruh anak muridnya untuk ziarah orang itu.

Tiba tiba anak muridnya kata, Habib orang itu tidak baik tidak perlu ziarahnya. Terus Habib Umar marah dan pandang betul betul ke dalam mata anak muridnya itu dan berkata, Apa ini? kamu yang tidak baik, keluarlah kamu tidak layak duduk dengan kami disini, apakah urusan kamu? baik ke tidak baik ke ini semua urusan Allah, apa yang sudah kurang atas diri kita, biarlah dia nak tulis buruk tentang kita, Allah yang akan hisab dia.

Jagalah hati kamu, nak apa daripada manusia, bagaimana keadaan kamu? macam mana hati kamu dengan Allah? kalau hati kamu sujud, kamu tidak akan nampak apa apa , baik dan buruknya kamu tidak nampak. Biarkan dia, dia tidak akan kurangkan satu hari daripada umur kita, dia tidak akan mampu kurangkan satu anggota daripada anggota badan kita, dia juga tidak boleh kurangkan seringgit daripada rezeki kita.

Biarkan dia nak cakap apa apa pasal kita, dia berkata buruk tentang saya, Alhamdulillah hari ini anggota saya masih sempurna tidak ada apa apa, dan saya sudah maafkan dia.

Inilah sujud hati. Habib tidak nampak apa apa melainkan yang baik sahaja. Semoga kita semua tergolong dikalangan orang yang sujud hatinya."

- Murobbi Ruuhi Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى -

Wednesday, July 20, 2016

DOA YANG DAHSYAT DIDALAM SOLAT



Ramai yang masih belum mengerti makna didalam kandungan doa yang kita baca ketika duduk diantara dua sujud. 

Seseorang yang menghayati kandungan makna dalam doa tersebut pasti mendapati ia adalah doa yang hebat dan dahsyat sekali.

Kandungan doa ini mencakupi keperluan dan hajat seseorang didunia dan diakhirat, jasmani dan rohani serta zahir dan batin.

Sudah cukup untuk seseorang itu menjadi wali Allah apabila doa ini dikabulkan Allah.

√ ROBIGHFIRLII, 
√ WARHAMNII, 
√ WAJBURNII, 
√ WARFA’NII, 
√ WARZUQNII, 
√ WAHDINI, 
√ WA ’AAFINII, 
√ WA’FUANNII, 

Ketika orang ditanya, “do’a apakah yang paling sering dibaca oleh seorang muslim ?”, 
Banyak yang menjawabnya dengan salah.
Begitu seringnya do’a itu dibaca, sehingga ketika sedang membaca do’a banyak yang tidak merasa berdo’a.

Padahal do’a itu sangat dahsyat, mencakup keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari

Do’a itu adalah DO’A DIANTARA DUA SUJUD, marilah kita renungi maknanya :

√ ROBIGHFIRLII, 
Wahai Tuhan ampunilah dosaku. 
Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke redha اللّهُ Dosa adalah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.

√ WARHAMNII, 
Sayangilah diriku. 
Kalau kita disayang اللّهُ hidup akan terasa nyaman, karena dengan kasih Sayang akan dapat dicapai semua cita-cita. Dengan kasih Sayang اللّهُ nafsu kita akan terbimbing.

√ WAJBURNII, 
Tutuplah segala kekuranganku. 
Banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur, kurang sabar, kurang bisa menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dll. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki اللّهُ , maka kita akan menjadi manusia sebenarnya.

√ WARFA’NII, 
Tinggikanlah darjatku. 
Kalau اللّهُ sudah meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada manusia yang menghinakan kita.

√ WARZUQNII, 
Berikanlah aku rizki, 
Sebagai hamba اللّهُ kita memerlukan rezeki اللّهُ mampu mendatangkan rezeki dari arah yang tak terduga dan tanpa perhitungan. Rezeki disini meliputi rezeki zahir dan batin.

√ WAHDINI, 
Berikanlah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan. 
Kita tidak hanya minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan agama. Tetapi kita juga minta petunjuk agar terhindar dari mengambil keputusan yang salah.

√ WA 'AAFINII, 
Berikanlah aku kesihatan.
Apabila kita sehat kita bisa menambah kebaikan dan manfaat serta tidak menjadi beban orang lain.

√ WA’FUANNII, 
Aku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan. 

Dari doa tersebut diawali do’a dengan mohon ampun dan kita akhiri dengan permohonan ampunan untuk menghapus dosa. Sehingga kita benar-benar bersih.

Allah Subhanallah Ta'ala memerintahkan kita untuk membaca do’a itu, Rasulullah sholallahu alaihi wasallam mencontohkan kepada kita, menurutnya insyallah do’a tersebut pasti terkabul.

TERKADANG YANG JADI PERSOALAN DIMANA HATI DAN FIKIRAN KITA KETIKA KITA MEMBACA DO’A ITU ?
DAN KITA TIDAK HAFAL ERTI DAN MAKNANYA?

Padahal begitu dahsyatnya doa tersebut, dan masih ramai orang entah dia imam atau pun makmum... sering tergesa gesa yang seharusnya menghayati  dengan meresapi dan benar-benar meminta kepada Allah SWT

Marilah segera resapi dan menjiwainya semoga mendapatkan dasyatnya doa ini.

Wallahu a'lam bis sowab.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

*dari fb Ustaz Iqbal Zain

Tuesday, July 19, 2016

Ucapkanlah "SUBHANALLAH,WALHAMDULLILAH"



Dikisahkan ada seorang petani di zaman Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissalam.Petani itu dari jauh dia melihat kerajaan Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissalam yang hebat yang tiada sehebat begitu.

Lalu ketika perjalanan Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissalam yang ditemani oleh binatang-binatang,jin dan sebagainya maka petani itu tengok dari jauh dan berkata "SUBHANALLAH,WALHAMDULLILAH"Allah hebat sungguh kerajaan Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissalam.

Lalu ucapan ini " SUBHANALLAH,WALHAMDULLILAH" ditiup oleh angin sampai kepada Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissalam.Lantas,Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissalam memberitahu kepada pembantunya di sana ada seorang petani maka pergi kamu panggilnya.

Setelah itu maka didatangkan petani tersebut dihadapan Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissalam.Lalu Nabi Sulaiman pun bertanya apakah yang kamu ucapkan?Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissalam ini digeruni ditakuti maka petani itu berkata tiada apa-apa yang saya ucapkan.

Bertanya sekali lagi Nabi Sulaiman.Cuba kamu bagitahu apa yang telah engkau ucapkan.Maka petani itu pun menjawab.Saya tiada ucap apa-apa,saya cuma kata "SUBHANALLAH,WALHAMDULLILAH" kerajaan kamu ini hebat.

Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissalam mengatakan ucapan kamu "SUBHANALLAH,WALHAMDULLILAH" itu lebih afdal hebat dari apa yang aku miliki.Maknanya kerajaan-kerajaan yang besar ini kalau dibandingkan dengan ucapan "SUBHANALLAH,WALHAMDULLILAH" itu lebih afdal hebat.

Maka ternyata benar mana kerajaan Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissalam?Mana Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissalam dan pengikut-pengikut beliau?Mereka semua telah wafat dan kembali kepada Allah سبحانه وتعالى.

Tetapi ucapan "SUBHANALLAH,WALHAMDULLILAH" itu lebih besar daripada nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh Allah سبحانه وتعالى sebab itu Allah سبحانه وتعالى tidak memandang seseorang idengan nikmat yang diberikan itu tapi Allah سبحانه وتعالى memandang ke mana kamu kembalikan nikmay itu.

Adakah dia kembali nikmat tersebut kepada dirinya sendiri ataupun kembali kepada Allah سبحانه وتعالى.Kerana itu keajaiban orang-orang yang beriman ini adalah apabila dia diberi nikmat oleh Allah baik nikmat itu kecil ataupum besar maka dia akan bersyukur kepada Allah سبحانه وتعالى manakala apabila dia ditimpa sesuatu musibah maka dia akan bersabar dengan musibah tersebut.

#MutiaraKata[USTAZ MUSTAFA KAMAL HAMZAH]

Thursday, July 14, 2016

Salam Dhuha dari khadim kalian

 😔

Beruntung nya mereka yang mempunyai keinginan untuk membersihkan hati nya .. 
Itu petanda Allah Jalla Jalaluh ingin membersihkan hati kalian Ya Ikhwani .. 

Berkata Habib Umar hafizohullah;

Kita perlu untuk jujur dan ikhlas dalam membersihkan jiwa ini. Sesungguhnya saty biji benih tidak memberi hasil kecuali selepas ditanam. Sebanyak mana yang ditanam, maka sekuat itu pohon yang tumbuh dan buah semakin lebat dan bagus. 

Hikmah mengatakan;
"Tanamlah dirimu di dasar bumi yang paling dalam"

Maka pergilah ke dasar bumi dan tanamlah dirimu sedalam dalamnya sehingga dirimu tidak lagi meminta untuk dipuji, tidak lagi meminta tempat di hati manusia kerana kini tujuanmu hanyalah Redha Robbul Alamin. 

Mudahan Allah Taala menjadikan hati kita semua seperti hati2 yang dicintai Allah Taala . Amiin.

*JANGAN MERASA DIRI BAIK...*

Sedikit perkongsian di pagi 9 syawal. Semoga bermanfaat, InsyaAllah 

*JANGAN MERASA DIRI BAIK...*

❎ Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.
❎ Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.
❎ Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun hari-hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.
❎ Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun kita sudah pakai jubah,beserban, bertutup litup dengan sempurna.
❎ Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.
❎ Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun hari-hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.
❎ Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah. 
❎ Jangan merasa diri kita " Baik " walaupun setiap masa kita menolong orang lain.

JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.

Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt.

Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.

Selalu letak diri kita dalam keadaan " aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain " untuk menjadi lebih baik.

Kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya. Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad.

Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah. Disamping kita perbaiki diri sendiri serta orang lain.

Hanya Allah yang akan terus beri kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN.

"Peringatan Buat Diri Sendiri" 😊

Monday, July 11, 2016

You know you are getting attached to the dunia when;

You know you are getting attached to the dunia when;

1. You don't plan your time around solat (praying) time.

2. A whole day or two passes and you don't open your Quran because you are too ‘busy’.

3. You care so much about what people say about you.

4. All you care about is how to accumulate more and more wealth.

5. You argue unnecessarily when you are told something you are used to doing is haram.

6. You keep on delaying good deeds - I’ll do it tomorrow, or the next, etc.

7. A new gadget comes out and you’re already thinking what you’re going to sell to obtain it.

8. The lives of celebrities interests you.

9. The lifestyle of the rich impresses you.

10. You want to be the centre of attention.

11. You compete with each other for worldly matters/things.

12. Your thirst for power and glory cannot be quenched.

13. You fall into depression each time you don't get what you want.

14. Minor sins don't really mean anything to you.

15. You aren't able to stop the haram immediately and keep on procrastinating and delaying taubah.

16. You aren't ready to displease people to please Allah.

17. You care a lot about what's in vogue (you want to belong).

18. You plan far far ahead into the future.

19. Seeking for Islamic knowledge comes secondary (that's if it ever comes) after pursuing your future career.

20. Your friends aren't the type that remind you of Allah.

21. You regard people as successful according to their status in this world.

22. A whole day passes without you thinking of death.

23. You can afford to waste so much of your time doing things that wont benefit you in the hereafter.

24. Doing acts of ibadah becomes very difficult for you.

25. You can't seem to be able to change your extravagant lifestyle despite knowing Allah dislikes the extravagant.

26. You love visiting the lands of the kuffar.

27. You are told about the dangers of consuming riba yet you argue that this is the only way you can survive. You add that if you find a better halal in come you’ll change.

28. You want to live life to the fullest.

29. You care so much about your physical appearance.

30. You believe the end of time is still far far away.

31. You see things happening to others and you don't stop to think it could happen to you too.

32. You bury the dead yet you don't learn anything from it.

33. You want to ‘make ends meet’ by all means.

34. You are always in a haste to finish your prayer and continue with what your doing.

35. You don’t think that today could be your last day.

36. You are solely comforted by luxury (not by the remembrance of Allah).

37. You don’t ask Allah for paradise the way you ask for your dunia.

Check  out of 37 how many are true to you.

*MUHASSABAH*

#islamistheway

Sound heart

We are so engrossed in our worldly pursuits that the remembrance of death does not occur to us. The Messenger of Allah said, "The most intelligent person is the one who often remembers death. 
Constant remembrance of it prevents one from evil and sin and motivates him towards good morals.

“Remember often the destroyer of pleasures,” Sunan ibn Majah 

Living your life in a good way is how you prepare for death. 
Remember what the Almighty said in Surah al Mulk: life and death is a test to see who is best in deeds.

Remembering death should work to soften your hard heart, remembering death should motivate you to leave bad habits and to do the best you can in living your true purpose in life which is to know, love and obey the Almighty.

It's said that whenever someone frequently remembers death that person is honoured with three things: quick repentance, contentment, and motivation for acts of worship; and whoever forgets death is punished with three things: delayed repentance, lack of contentment, and laziness in acts of worship.

Now ask yourself: are you often delaying your repentance and remaining unhappy with what you have? Do you lake motivation and are too lazy to pray? All of these are signs that you don’t remember death in a productive way.

Allah says: The day on which neither wealth nor sons will be of any use, except for whoever brings to God a sound heart. [Quran, 26:88-89]

.

Sunday, July 10, 2016

GANTIAN TERINDAH... HANYA DARI ALLAH


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ
وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن
وَالَاهُ

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

إِنَّكَ لَنْ تَدَعَ شَيْئاً لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ بَدَّلَكَ اللَّهُ بِهِ مَا هُوَ خَيْرٌ لَكَ مِنْهُ
“Sesungguhnya jika engkau meninggalkan sesuatu karena Allah, niscaya Allah akan memberi ganti padamu dengan yang lebih baik.”
[ HR. Ahmad 5: 363 ]

Penjelasan :

Wahai saudara-saudaraku yang beriman, semoga kita semua tergolong dari kalangan orang yang ikhlas dalam mentaati perintah Allah.  Tuntutan ikhlas bukan hanya ibadat, tetapi pada semua hal. Hatta pada meninggalkan perkara yang haram juga perlu ikhlas kerana Allah. 

Seseorang yang meninggalkan tegahan agama kerana takut atau malu kepada manusia tidak akan beroleh ganjaran pahala. Manakala orang yang meninggalkan sesuatu maksiat semata-mata kerana Allah akan beroleh pahala dan diganti dengan anugerah yang lain dari Allah.

Berikut beberapa contoh penganugerahan Allah kepada orang yang ikhlas meninggalkan maksiatnya :

1-Diganti dengan kemuliaan dan kejayaan buat orang yang meninggalkan sifat bakhil dan kedekut.  Firman Allah :

وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS. At Taghabun: 16)

2- Diganti dengan keberkatan dalam jual beli bagi sesiapa meninggalkan penipuan dalam jual beli : 

 : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " الْبَيِّعَانِ بِالْخِيَارِ مَا لَمْ يَتَفَرَّقَا ، أَوْ قَالَ حَتَّى يَتَفَرَّقَا ، فَإِنْ صَدَقَا وَبَيَّنَا ، بُورِكَ لَهُمَا فِي بَيْعِهِمَا ، وَإِنْ كَتَمَا وَكَذَبَا ، مُحِقَتْ بَرَكَةُ بَيْعِهِمَا " .

“Kedua-dua orang penjual dan pembeli masing-masing memiliki hak membuat  pilihan  (khiyar) selama keduanya belum berpisah. Bila keduanya berlaku jujur dan saling terus terang, maka keduanya akan memperolehi keberkatan dalam urusniaga tersebut. Sebaliknya, bila mereka berlaku dusta dan saling tutup menutup. Nescaya akan hilanglah keberkatan bagi mereka pada jualbeli  itu). [  HR al-Bukhari : 1947 ]

3- Diganti dengan ketinggian darjat di dunia bagi yang meninggalkan sifat sombong dan memilih tawadhu’,

وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللَّهُ

“Tidaklah seseorang memiliki sifat tawadhu’ (rendah diri) karena Allah melainkan Allah akan meninggikannya.” [ HR. Muslim no. 2588 ]

4- Diganti dengan kemuliaan hidup buat yang meninggalkan amarah, lalu memilih kemaafan.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلاَّ عِزًّا

“Tidaklah Allah menambahkan kepada seorang hamba sifat pemaaf melainkan akan semakin memuliakan dirinya.” [ HR. Muslim no. 2588 ]

Catatan :

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah pasti ada jalan keluar dari sebarang kesulitan.  Tinggalkanlah urusniaga dan semua perkara yang diharamkan.  Pasti ada anugerah dan gantian yang lebih baik dari Allah.

Semoga Allah memberi taufik dan hidayah  buat kita untuk meninggalkan perkara yang ditegah semata-mata kerana-Nya.

Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman
yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang
sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar
kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan
akhirat…anugerahkan kami keberkatan ilmu... amen.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ  , والعفو منكم
Ustaz Mohd Hazri al-Bindany
Pembimbing Majlis Ta'lim
Darul Muhajirin

📚101 KISAH MOTIVASI

💠بسم الله الرحمن الرحيم 🔰اللهم صل على محمد وعلى اله وصحبه وسلم 💠

📚101 KISAH MOTIVASI 

📋Mereka Mungkin Ahli Syurga!

Dalam kehidupan seharian, kita sering melihat pengutip sampah, ‘pak guard’ dan seumpamanya.

Pernahkah kita melihat kehebatan yang dimiliki oleh pekerja-pekerja rendah am seperti mereka?

Mereka bekerja mencari rezeki yang halal demi menampung kehidupan ahli keluarga mereka. Ini adalah satu ibadah yang sangat mulia.

Mereka bertungkus lumus menjaga kebersihan alam sekitar dan tanpanya sukar untuk dibayangkan bagaimana kita berhadapan dengan permasalahan sampah dan bau busuk yang begitu menguja setiap kita.

Mereka mampu merendahkan diri untuk bekerja di sektor seumpama ini untuk menyara keluarga dan memanfaatkan masyarakat menghayati kebersihan yang merupakan sebahagian daripada Islam.

Beberapa soalan :

Pernahkah anda menyapa mereka?
Pernahkah anda menggembirakan mereka?
Pernahkah anda memberi salam atau mengangkat tangan kepada mereka?
Pernahkah anda menghadiahkan sesuatu bersempena hari perayaan seumpama hari raya dsb kepada mereka?
Adakah anda sentiasa memudahkan kerja-kerja mereka dengan menyediakan sampah untuk diuruskan dengan baik dan sebersih mungkin?

Walau pun anda mungkin menganggap ini adalah isu kecil tetapi hidup anda pasti sukar tanpa mereka…..

 
Ada seorang di kalangan mereka yang sempat saya kenali dengan lebih rapat.

Dia bekerja sebagai buruh pengutip sampah di siang hari dan kemudiannya bekerja sebagai ‘jaga’ atau ‘security guard’ di sebelah malam bagi menampung pendapatannya yang rendah.

Beliau terpaksa menyara 6 orang anaknya yang bersekolah dan yang sedang membesar. Namun beliau tidak pernah kelihatan mengeluh dan kelihatan sentiasa menjaga solatnya.

Lebih mengkagumkan lagi apabila beliau turut membayar zakat di Pusat Zakat Negeri walau pun pernah diberitahu bahawa kadar pendapatannya yang rendah menyebabkan beliau dimasukkan di dalam kategori ‘tidak wajib’ untuk membayar zakat.

Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai calon ahli syurga….

Wallahu'alam..

DOA' QUNUT


 
MENGAPA APABILA TIBA bacaan Fainnaka taqdhii walaa yuqdha 'alaik. ...... sehingga Falakalhamdu 'alaa maaqadhait---IMAM BACA DENGAN PERLAHAN?

Jawapan dari Imam Hakimi di Masjid Bandar Utama ialah :
 
Doa nombor 1 hingga 5 adalah doa minta diqabulkan ( istajab ) maka disambut 'Aamin' oleh makmum.

Lafaz nombor 6 hingga nombor 10 dibaca perlahan oleh Imam sebagai 'jalan selamat' agar makmum tidak mengaminkan, tetapi menyebut 'haqqan' yakni 'benar' kerana ia nya bukan diminta qabulkan / ista'jab tetapi kenyataan.

Seterusnya nombor 11 hingga 12 dibaca Aamin semula kerana ia nya permintaan untuk diqabulkan.

••••••••••••••••••••••••••••••••••

Bacaan Doa Qunut (Latin)

Allah hummah dinii fiiman hadait.
1)--Aamin

Wa'aa finii fiiman 'aafait.
2)---Aamin

Watawallanii fiiman tawal-laiit.
3) -Aamin

Wabaariklii fiimaa a'thait. 
4)-Aamin

Waqinii syarramaa qadhait.
5)-Aamin

Fainnaka taqdhii walaa yuqdha 'alaik. 
6) Imam baca perlahan. 
Makmum sebut Haqqan( benar )

Wainnahu laayadzilu man walait. 
7) Haqqan 

Walaa ya'izzu man 'aadait.
8) Haqaan 

Tabaa rakta rabbanaa wata'aalait.
9) Haqqan 

Falakalhamdu 'alaa maaqadhait.
10) Haqqan

Astaghfiruka wa'atuubu ilaik.
11) Aamin

Wasallallahu 'ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi. Wa'alaa aalihi washahbihi Wasallam.
12) Aamin

••••••••••••••••••••••••••••••••••

ERTINYA
 Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau tunjukkan
 1)

Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan 2)

Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan 
3)

Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan 
4)

Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan 
5)

Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum 
6)

Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin 
*7)

Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya 
8)

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau 
9)

Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan 
10) 

Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau 
11) 

(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. 
12) 
 
Moga bermanfaat

Saturday, July 9, 2016

Beautiful reminder



Surround yourself with Muslims who practice the Deen. They are your only True Friends in this Life and in the Hereafter.

Not everybody is out there to judge you, there are some who want the best for you and want to help you get into Al-Jannah, value them.

Indeed, a friend who doesn't care about your Aakhirāh is not really your friend.

Sometimes the hardest person for you to correct is yourself. There is no shame in being wrong, the shame is in choosing to stay wrong.

Whatever takes you NEAR to Allāh, takes you AWAY from Hellfire. Whatever takes you AWAY from Allāh, takes you CLOSER to Hellfire.

We all take tomorrow for granted because we believe tomorrow will always be there. Tomorrow may be there, but we may not!

Who said "TOMORROW" is guaranteed? Make the use of the "TODAY" that you are blessed with!

Yesterday many thought that they would see today, and today many will think they will see tomorrow...

Death could be tonight, in the next hour, the next second, yet we live as if we still have so many years to live. 

You may be rich, famous or have a high status in this dunya, but to the Angel of Death, you're just another name on the list.

Our death and meeting with our Creator is approaching and yet our biggest worry is what are we going to wear tomorrow? #competing

One day you'll just be a memory for people, do everything you can to please Allāh.

Just imagine how many people were here with us last year, but are no longer here again! Even our turn is soon approaching. May Allāh forgive us and forgive them 😔

We walk with our heads high up in the sky, unaware that one day we'll be trapped 6' Feet under the ground. #Reminder 

You look for the latest fashion and designer clothes, but don't forget O' Son of Adām!  You'll end up being wrapped up in just a white shroud.

Live to please the Creator, not the Creation. If Allāh is happy with us, what more can we ask for?

You wouldn't throw away a diamond to pick up a rock, so in the same way,  don't throw away the Akhirāh by chasing the Dunyā.

How do you expect to get Al-Jannah when you haven't worked for it in Dunyā? That's like expecting to pass an exam you never took a class for.

We live in a time where people leave out food in fear of becoming overweight, but cannot leave out sins in fear of Allāh!

For a believer. — you may be penniless, homeless, unemployed, sick and feel like you have nothing. But you have the one thing that money can't buy: "Allāh".

Allāh knows what you want, what you need, what you deserve, at what time & what place, trust Him & His decisions, He knows while you don't.

If a kafir celebrity mentioned your name to the world, how happy would you be? Mention Allāh in a gathering, and He mentions you to the angels!

And, make the Qurān your companion and a part of your life. Don't let yourself become a stranger to it. The Qurān is like a friend, the longer the friendship lasts the more you’ll know of its secrets.

Repent
ُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
"Truly, Allāh loves those who repent, and He loves those who cleanse themselves." [Al-Quran 2:222].

May Allāh purify our hearts Aameen. 

And peace and blessing of Allah be upon our noble Messenger of Allah, Muhammad and his household.

💙If you care about other people's salvation, then send this message to them. May Allah increase His light and guidance in your life. 
Aameen ya rabbul Alameen

Tuesday, July 5, 2016

PERMOHONAN MAAF TERINDAH DALAM SEJARAH


Suatu ketika para sahabat berkumpul disebuah majlis.. waktu itu Rasulullah ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ tidak bersama mereka..

Terdapat Khalid Bin Walid, Abdul Rahman bin 'Auf, Bilal dan Abu Zar di Majlis itu. Orang-orang di majlis itu sedang membicarakan sesuatu..

Lalu Abu Zar mengemukakan pendapatnya dan berkata : 
" Menurutku .. pasukannya mestinya begini dan begitu "

Bilal berbeza pendapat dan berkata : 
" Tidak .. usulan yang keliru, usulanku adalah begini dan begitu ... "

Abu Zar membalas : 
" Engkau juga wahai anak orang berkulit hitam menyalahkanku !??! "

Bilal lalu berdiri, marah dan menyesalkan perkataan sahabatnya, dia lalu berkata : 
" Demi Allah ... aku akan mengadukanmu kepada Rasulullah ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ "

Bilal tiba dihadapan Rasulullah ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ sambil mengadu : 
" Wahai Rasulullah.. tidakkah engkau mendengar apa yang dikatakan Abu Zar padaku ? "

Rasulullah ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ bertanya :
" Apa yang dia katakan padamu ? "

Bilal menjawab : 
" Dia mengatakan begini dan begitu.. "

Wajah Rasulullah kemudian berubah..

Abu Dzar  mendengar hal ini...
Baginda bergegas ke masjid dan Rasulullah ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ menyapa : 
" Assalamu Alaikum warahmatullah wabarakatuh... Ya Rasulallah "

Rasulullah menjawab : 
" Wahai Aba Zar .. apa dengan ibunya engkau menta'yirnya ( menjelekkannya ) .. sungguh pada dirimu ada saki baki jahiliyyah "

Abu Zar tersentak menangis, dia mendekat ke Rasulullah dan berkata : 
" Wahai Rasulullah .. mintalah kepada Allah agar mengampuniku "

Sambil menangis .. dia keluar dari masjid menemui Bilal yang sedang berjalan.. dia lalu membaringkan kepalanya sampai pipinya menempel ketanah dan berkata : 
" Wahai Bilal.. demi Allah.. aku tak akan mengangkat kepalaku sampai engkau menginjaknya dengan kakimu.. engkau adalah orang yang mulia dan aku orang yang hina !!! "

Hal ini membuat Bilal menangis.. dia mendekati sahabatnya.. mencium pipinya dan berkata :
" Demi Allah .. aku tak akan menginjak wajah yang pernah sujud  kepada Allah "

Mereka berdua lalu berdiri.. berpelukan, beedakapan erat sambil menangis ...

Adapun Hari Ini... 
Sebahagian diantara kita telah menyakiti saudaranya 10 kali atau lebih dan dia tak mengatakan : " maafkan aku .. wahai saudaraku "

Sebahagian diantara kita mencela saudaranya, melukai prinsip dan hal yang paling berharga pada diri saudaranya dan dia tak mengatakan " maafkan aku "

Sebahagiannya lagi .. melanggar kehormatan saudaranya dan menzaliminya tapi malu mengatakan " aku menyesalinya, maafkan aku"

Dan diantara kita ada yang menyakiti saudara dan temannya dengan tangannya tapi malu mengatakan " aku menyesali aku mohon ampun dan maaf "

MEMINTA MAAF merupakan tradisi orang yang mulia.. meski sebahagian menganggapnya menghinakan diri..

Hayatilah keindahan kemaafan, samada yang memberi maaf atau yang meminta maaf kerana Rasulullah saw telah bersabda " Tidaklah kemaafan itu menambahkan kepada hamba Allah kecuali kemuliaan"

Semoga Allah memuliakan kita semua dengan saling bermaafan.

" tak ada kebaikan pada diri kita jika kita meninggalkan dunia ini dalam keadaan belum saling memaafkan "

Maaf zahir dan batin.

SILA SHARE DAN SEBARKAN