Saturday, March 14, 2015

IKHLASKAN NIATMU DAN KENALI SERTA RAWATI PENYAKIT HATI DENGAN KITA MEMPELAJARI ILMU TASAWWUF KERANA PENTINGNYA ILMU TASSAWWUF ITU BUAT DIRI KITA SEMUA

Semua penuntut ilmu perlu bermuhasabah diri.Apakah yang memotivasikan dirinya?Yang menambahkan semangatnya untuk menuntut ilmu Allah سبحانه وتعالى?

Adakah motivasi yang mendorongnya menuntut ilmu itu untuk orang memandang dirinya hebat?Ataupun memandang dirinya seorang yang alim?Ataupun memandang dirinya seorang yang soleh?Ataupun memandang dirinya lebih tinggi daripada orang lain?

Jika itu yang diniatkan oleh seseorang penuntut ilmu agar dia dapat berbangga-bangga yang namanya dituturkan di dalam kalangan manusia.Dia inginkan namanya didengar-dengarkan supaya dia dipandang hormat oleh orang lain.

Maka mereka yang melakukan perkara tersebut merupakan orang yang rugi-seruginya.Di dalam hadis Nabi ﷺ mengatakan "Mereka yang melakukan amalan bukan kerana Allah tapi ianya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia sama ada ianya riak ataupun suma'ah.Riak daripada penglihatan supaya dia melakukan sesuatu amalan ataupun sesuatu perbuatan supaya dilihat oleh orang lain supaya dirinya disanjung,dipandang hormat dan dipuji oleh orang lain.

Dia inginkan pandangan di mata manusia ke atas dirinya ataupun suma'ah yang mana dia melakukan amal perbuatan ibadah supaya amalan dan namanya dipersebutkan kepada orang lain supaya orang lain mendengar perihal dirinya maka perkara tersebut adalah sia-sia."

Di dalam sebuah hadis yang lain Nabi ﷺ mengatakan "Di akhirat dia akan dapati berapa banyak pun amalan yang dia lakukan tapi dilakukan yang mana dia lakukan untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia maka dia tidak akan mendapat pahala daripada Allah  سبحانه وتعالى."

Bahkan di dalam sebuah hadis qudsi Allah سبحانه وتعالى mengatakan "Kepada hamba-Nya itu dahulu ketika di dunia kamu melakukan amalan itu kerana fulan itu,fulan itu.Hari ini Aku tidak akan beri pahala kepada kamu.

Hari ini kamu tuntut ganjaran dan pahala kamu kepada orang yang kamu tunjuk kerana kamu bukan melakukan kerana Aku.Kamu bukan melakukan nak mendapatkan pandangan Aku kepada mu tapi kamu nak pandangan makhluk kepada mu.

Maka Aku biarkan kamu dan serahkan kamu pada siapa yang kamu ingin tunjuk-tunjukkan amalan kamu."

Maka rugilah ia walaupun dia datang dengan segunung amalan.Rupanya dia tidak terlupa untuk belajar sesuatu ilmu yang penting bagaimana untuk menjaga hatinya yang disebutkan ilmu tasawwuf,ilmu akhlak,hati.

Kerana itu Imam Al-Ghazali Rahimahullah mengatakan ianya fardhu ain,ilmu yang wajib yang harus dipelajari oleh setiap mereka yang mengucapkan Kalimah Lailahaillah kerana setiap manusia tidak sunyi daripada aib-aib dan penyakit-penyakit hati.

Fitrah manusia itu adalah untuk dirinya dikagumi,dipandang besar,dipandang hebat oleh orang lain maka jika dia tidak mempelajari ilmu dan selok-belok daripada ilmu tassawwuf.Apakah tanda-tanda dia mempunyai penyakit hati riak,ujub,takabbur,sombong dan sebagainya.
  
 Ianya seperti seorang pesakit yang dirinya berpenyakit tapi dia tidak berjumpa doktor memeriksa dirinya maka dia tidak akan tahu dirinya berpenyakit.Apabila dia tidak sedar bahawa dia berpenyakit maka dia tidak akan mendapatkan rawatan daripada doktor.

Begitu juga roh manusia,hati manusia.Ianya berpenyakit dan setiap manusia tidak sunyi dan lenyap daripada penyakit-penyakit hati tersebut.

Maka setiap manusia berhajat kepada ilmu tasawwuf supaya manusia dapat mengenali penyakit yang berada di dalam dirinya sehingga dia mendapatkan rawatan daripada mereka yang mahir dalam selok-belok ilmu tasawwuf.

Mereka yang mahir dalam mengubati penyakit-penyakit hati untuk memberikan rawatan dalam berperingkat dari masa ke semasa kerana orang yang mahir dalam bahagian hati ini mereka tahu bahawa seseorang itu tidak boleh berubah dalam sekelip mata ataupun dalam satu malam.

Tetapi pentarbiah hati,penyucian jiwa itu memerlukan masa yang lama untuk seseorang itu berubah daripada satu tahap kepada tahap yang berikutnya untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala.

Mereka yang menjadi Mursyid ataupun Murobbi juga mengalami proses,penyucian,pentarbiah hati yang sama.Mereka juga tidak menjadi Mursyid menjadi Murobbi dengan sekelip mata.

Mereka mengambil masa bertahun-tahun untuk mengubati penyakit yang berada di dalam dirinya kerana setiap manusia itu berpenyakit kecuali Para Anbiya,Para Rasul.Mereka yang dijaga oleh Allah daripada penyakit-penyakit.

Akan tetapi kita ini manusia biasa tidak maksum.Perlulah kita kenal penyakit hati dan mendapatkan rawatan kerana Murobbi juga mendapatkan pentarbiah hato daripada Murobbi-Murobbi sebelumnya.Begitu juga kepada Murrobi-Murobbi yang sebelumnya sehingga ada yang mengambil masa berpuluh-pulun tahun untuk mengubati,membersihkan penyakit hati.

Seseorang yang meninggalkan amalan kerana takut dirinya riak maka itu adalah riak yang sebenarnya kerana dia masih mengikat dirinya dengan manusia lagi.Itu lagi besar dan bahaya.

Jalan penyelesainnya untuk mengubati penyakit riak dan penyakit-penyakit lain bukan dengan meninggalkan amalannya tersebut.Ibadahnya,perkongsiaan ilmunya,menghadiri majlis ilmu kerana takut dirinya disebutkan riak ada penyakit hati dan sebagainya.

Tidak!!!Tetapi dengan dia terus istiqomah melakukan amalan tersebut sehingga amalan tersebut menjadi darah daging di dalam dirinya sehingga focusnya hanya kepada Allah Ta'ala.

Kita niatkan untuk belajar ikhlas dengan amalan kita maka Allah akan melihat hati kita ada kejujuran,sejauh mana keikhlasan kepada Allah maka Allah akan permudahkan segala-galanya.

Jika hatinya tidak ada focus kepada pandangan Allah.Semuanya teralih kepada pandangan manusia maka amalannya adalah sia-sia rugi tidak ada satu pun pahala yang akan dia dapat daripada Allah Ta'ala dan dia akan datang dalam keadaan muflis di akhirat kelak.

Tetapi jika niatnya,usahanya itu adalah untuk menghidupkan syariat Nabi Muhammad ﷺ dan memperbaiki akhlaknya dan memecahkan keinginan nafsunya untuk berbuat jahat maaka untunglah engkau seribu kali untung.

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI]

#MuhasabahDiri
#PerbetulkanNiat
#JagaHati
#PeringatanBuatDiriSendiri
#PeringatanBersama
#SalingIngatMengingatkan
#KalauAdaSalahMohonDitegur

JAGA DAN PELIHARALAH NIKMAT IMAN YANG ADA PADA DIRI KITA KERANA ANTARA PERKARA YANG PALING TERPENTING SEKALI YANG DIPEROLEH OLEH UMMAT NABI MUHAMMAD ﷺ ADALAH IMAN,ISLAM DAN IHSAN

Seseorang yang tidak mempunyai iman maka dia bukan orang yang beriman.Kalau dia bukan orang beriman bererti dia tidak akan memasuki syurga-Nya Allah سبحانه وتعالى.

Jadi yang paling terpenting sekali yang diperolehi oleh Ummat Nabi Muhammad ﷺ adalah keimanan kepada Allah سبحانه وتعالى.
Kedua keislamannya.Setelah itu baru dia memasuki alam ihsan pengenalan-pengenalan kepada Allah lebih jauh.

1)Beriman Kepada Allah
2)Beriman Kepada MalaikatAllah
3)Beriman Kepada Rasul-Rasul Allah
4)Beriman Kepada Kitab-Kitab Allah
5)Beriman Kepada Hari Akhirat
6)Beriman Kepada Qada dan Qadar Allah.

Dan itulah adalah yang paling diwajibkan oleh Allah kepada seorang hamba.Ketika dia sudah melakukan dan percaya kepada 6 hal tersebut maka barulah seseorang itu boleh dikatakan beriman kepada Allah سبحانه وتعالى

Keutamaan yang paling besar yang didapatkan oleh Ummat Nabi Muhammad ﷺ adalah keimanan kepada Allah Ta'ala.Sesuatu yang didapatkan daripada Ummat Nabi Muhammad ﷺ dari keimanan adalah sangat besar.Kenapa besar?

Kerana Ummat Nabi Muhammad ﷺ berbeza imannya berbanding Ummat-Ummat yang terdahulu.Orang yahudi beriman tidak kepada Allah?Beriman tapi berbeza imannya.Orang nasrani beriman atau tidak kepada Allah?Beriman tapi berbeza imannya.

Bagaimana berbezanya?Orang yahudi beriman kepada seluruh Para Nabi kecuali Nabi Isa Alaihissalam dan Nabi Muhammad ﷺ.Begitu juga orang nasrani beriman kepada semua Para Nabi tetapi Nabi Muhammad ﷺ mereka tidak beriman.

Akan tetapi kita Orang Islam Ummat Nabi Muhammad ﷺ mengatakan sungguh Nabi Muhammad ﷺ dan seluruh Para Nabi itu adalah Nabi-Nabi Utusan Allah سبحانه وتعالى.Kita percaya semua Para Nabi itu adalah mulia di sisi Allah سبحانه وتعالى.

Berbeza antara Ummat-Ummat terdahulu  dengan Ummat Nabi Muhammad ﷺ.Berbeza dari segi apa?Yang pertama adalah keimanan.

Kalau orang yahudi dan nasrani mereka beriman hanya kepada sesetengah perkara sahaja.Sesetengah lagi tidak beriman.Akan tetapi Ummat Nabi Muhammad ﷺ beriman kepada seluruh Rasul-Rasul yang diutuskan oleh Allah.Semua kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah Ta'ala.

Orang yahudi tidak percaya kepada injil.Padahal injil dari siapa?Dari Allah.Orang nasrani tidak percaya kepada Al-Quran.Padahal Al-Quran dari siapa?Dari Allah.

Tapi Ummat Nabi Muhammad ﷺ.Allah سبحانه وتعالى memberikan kelebihan yang mana kita semua sebagai Ummat Nabi Muhammad ﷺ percaya kepada Zabur,Taurat,Injil dan percaya kepada Al-Quran.

Bersyukurlah Allah menjadikan kita Ummat Nabi Muhammad ﷺ yang beriman kepada seluruh Para Nabi,Para Rasul yang diutuskan dan Kitab-Kitab yang diturunkan oleh Allah dan semua Malaikat-Malaikat yang Allah utuskan.

#MutiaraKata[AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN ALWI AL-KAFF]

Marilah kita mensyukuri segala nikmat dan kurniaan yang dikurniakan oleh Allah Ta'ala kepada kita dengan kita mengikat nikmat yang kita perolehi itu dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Mari kita memperbanyakan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad ﷺ kerana itu adalah bukti yang mana kita mengambil berat kepada Nabi Muhammad ﷺ dengan kita memperbaiki akhlak kita mencontohikepada akhlak Nabi Muhammad ﷺ dalam setiap perkara dalam kehidupan seharian kita.Menjaga perkara yang fardhu dan melaksanakan perkara-perkara yang sunnah dalam kehidupan kita.

Monday, March 9, 2015

Words of WISDOM

"Do not associate the good you do to yourself. It is only by HIS Favour that you are able to even make the intention for that deed"

Friday, March 6, 2015

BAGAIMANA UNTUK BERUBAH DAN ISTIQOMAH DALAM PERUBAHAN YANG DILAKUKAN.

Seseorang yang ingin berubah untuk mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى pertama sekali perlulah mempunyai keinginan untuk berubah.Jika ada keinginan untuk berubah itu adalah sesuatu yang baik.

Jika seseorang itu hadir ke majlis talim/majlis ilmu tetap dalam dirinya tak ada perubahan dalam hidupnya maka ini disebabkan di dalam dirinya tiada keinginan untuk berubah maka niat untuk berubah itu paling utama.

Bagaimana untuk mendapatkan istiqomah dalam mengerjakan sesuatu amalan kebaikan dan perubahan yang dilakukan.

1)Ciptakan lingkungan yang baik.Suasana,keadaan yang baik kerana dunia ini dibentuk dengan keadaan.Jika keadaan,suasana itu baik maka kita juga akan jadi baik.Contohnya kita bersahabat dengan orang-orang yang baik yang dapat mengingatkan kita kepada Allah Ta'ala.

Kita ciptakan suasana untuk beribadah.Contohnya jika kita solat dhuha 2 rakaat itu bagus tapi jika kita melihat di Masjid ada orang yang menunaikan solat dhuha 8 rakaat,dengan banyaknya zikirullah,membaca Al-Quran,selawat dan sebagainya maka hati kita akan turut terpanggil untuk melakukan lebih lagi.Tengok orang beribadah lebih kita pun turut ingin melebihkan amal kita.

2)Ilmu.Kita harus tahu kerana yang namanya hati itu jika ingin diubati mestilah dengan ilmu.Harus kena ada ilmunya.Tak mungkin kalau tak ada ilmu.Jika seseorang tidak mempunyai ilmu maka dia ingin melakukan kebaikan tapi ternyata itu sebenarnya merupakan suatu dosa di hadapan Allah Ta'ala.(Beramal tanpa ilmu).

Maka untuk mengubati hati haruslah dengan ilmu.Hadirkan diri ke majlis ilmu untuk mendapatkan ilmu sebelum kita beramal.Jangan sesekali beramal tanpa ilmu.

3)Untuk mendapatkan istiqomah itu mestilah dengan mujahadah yakni melawan hawa nafsu.Tidak mungkin seseorang itu dapat istiqomah tanpa mujahadah yang dilakukan.Orang-orang yang bersungguh-sungguh bermujahadah melawan hawa nafsunya di jalan Allah maka Allah Ta'ala akan membukakan baginya jalan-jalan menuju kepada-Nya.

Bukan hanya satu jalan tapi banyak jalan yang mana semua jalan itu dapat mendekatkan dirinya kepada Allah Ta'ala.Dengan membaca Al-Quran dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah.Dengan jalan berzikir seseorang itu dapat dekat kepada Allah.Dengan jalan sedekah dapat mendekatkan seseorang diri kepada Allah.Dengan memberikan penghormatan kepada kawan dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah dan banyak jalan lagi yang mana semuanya dapat mendekatkan diri seseorang itu kepada Allah Ta'ala.

Tapi caranya adalah lawan dahulu hawa nafsunya.Contohnya sekiranya kita rasa malas untuk hadir ke majlis ilmu maka kita lawan juga nafsu kita dengan menghadirkan diri ke majlis ilmu.Sekiranya kita malas untuk bangun solat malam maka paksakan juga diri kita untuk bangun.Begitulah juga dengan semua amal kebaikan yang kita lakukan.Perlulah kita bersungguh-sungguh bermujahadah melawan hawa nafsu kita.

#MutiaraKata[AL-HABIB MUHAMMAD RIDHO BEN YAHYA]

Hadith renungan pagi ini.

السلام عليكم ورحمةًالله وبركاته..

  عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضاً قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ،حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَمِ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم اْلإِسِلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله ِوَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكاَةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ  وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً قَالَ : صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ:  فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِيْمَانِ قَالَ : أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِوَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ.قَالَ صَدَقْتَ،   قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، :قَالَ أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ  قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا،قَالَ أَنْ تَلِدَ اْلأَمَةُ رَبَّتَهَاوَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَان ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرَ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلِ ؟ قُلْتُ : اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمَ قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتـَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ   

[رواه مسلم]    

Dari Umar r.a. juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah saw suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki
 yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam,
 tidak nampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorang pun diantara kami yang mengenalnya. 
Hingga kemudian dia duduk di hadapan Nabi saw 
lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah saw) seraya berkata:
 “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”,
 maka bersabdalah Rasulullah saw: “ Islam adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada ilah (tuhan yang disembah) selain Allah, 
dan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah,
 engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “,
 kemudian dia berkata: “ anda benar “.
 Kami semua hairan, dia yang bertanya dia pula yang  membenarkan.
 Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “.
 Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, 
rasul-rasul-Nya dan hari akhirat dan engkau beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk “,
 kemudian dia berkata: “ anda benar“. 

 Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “.
 Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya,
 jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . 

Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (bila kejadiannya)”.
 Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. 
Dia berkata:  “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “,
 beliau bersabda:  “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya 
dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada,
 miskin dan penggembala domba, (kemudian)  berlumba-lumba meninggikan bangunannya “,
 kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar.

 Kemudian beliau (Rasulullah saw) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya?”. 
aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. 
Baginda saw bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kepada kalian “.  

Hadis sahih riwayat Muslim