Saturday, March 14, 2015

JAGA DAN PELIHARALAH NIKMAT IMAN YANG ADA PADA DIRI KITA KERANA ANTARA PERKARA YANG PALING TERPENTING SEKALI YANG DIPEROLEH OLEH UMMAT NABI MUHAMMAD ﷺ ADALAH IMAN,ISLAM DAN IHSAN


Seseorang yang tidak mempunyai iman maka dia bukan orang yang beriman.Kalau dia bukan orang beriman bererti dia tidak akan memasuki syurga-Nya Allah سبحانه وتعالى.

Jadi yang paling terpenting sekali yang diperolehi oleh Ummat Nabi Muhammad ﷺ adalah keimanan kepada Allah سبحانه وتعالى.
Kedua keislamannya.Setelah itu baru dia memasuki alam ihsan pengenalan-pengenalan kepada Allah lebih jauh.

1)Beriman Kepada Allah
2)Beriman Kepada MalaikatAllah
3)Beriman Kepada Rasul-Rasul Allah
4)Beriman Kepada Kitab-Kitab Allah
5)Beriman Kepada Hari Akhirat
6)Beriman Kepada Qada dan Qadar Allah.

Dan itulah adalah yang paling diwajibkan oleh Allah kepada seorang hamba.Ketika dia sudah melakukan dan percaya kepada 6 hal tersebut maka barulah seseorang itu boleh dikatakan beriman kepada Allah سبحانه وتعالى

Keutamaan yang paling besar yang didapatkan oleh Ummat Nabi Muhammad ﷺ adalah keimanan kepada Allah Ta'ala.Sesuatu yang didapatkan daripada Ummat Nabi Muhammad ﷺ dari keimanan adalah sangat besar.Kenapa besar?

Kerana Ummat Nabi Muhammad ﷺ berbeza imannya berbanding Ummat-Ummat yang terdahulu.Orang yahudi beriman tidak kepada Allah?Beriman tapi berbeza imannya.Orang nasrani beriman atau tidak kepada Allah?Beriman tapi berbeza imannya.

Bagaimana berbezanya?Orang yahudi beriman kepada seluruh Para Nabi kecuali Nabi Isa Alaihissalam dan Nabi Muhammad ﷺ.Begitu juga orang nasrani beriman kepada semua Para Nabi tetapi Nabi Muhammad ﷺ mereka tidak beriman.

Akan tetapi kita Orang Islam Ummat Nabi Muhammad ﷺ mengatakan sungguh Nabi Muhammad ﷺ dan seluruh Para Nabi itu adalah Nabi-Nabi Utusan Allah سبحانه وتعالى.Kita percaya semua Para Nabi itu adalah mulia di sisi Allah سبحانه وتعالى.

Berbeza antara Ummat-Ummat terdahulu  dengan Ummat Nabi Muhammad ﷺ.Berbeza dari segi apa?Yang pertama adalah keimanan.

Kalau orang yahudi dan nasrani mereka beriman hanya kepada sesetengah perkara sahaja.Sesetengah lagi tidak beriman.Akan tetapi Ummat Nabi Muhammad ﷺ beriman kepada seluruh Rasul-Rasul yang diutuskan oleh Allah.Semua kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah Ta'ala.

Orang yahudi tidak percaya kepada injil.Padahal injil dari siapa?Dari Allah.Orang nasrani tidak percaya kepada Al-Quran.Padahal Al-Quran dari siapa?Dari Allah.

Tapi Ummat Nabi Muhammad ﷺ.Allah سبحانه وتعالى memberikan kelebihan yang mana kita semua sebagai Ummat Nabi Muhammad ﷺ percaya kepada Zabur,Taurat,Injil dan percaya kepada Al-Quran.

Bersyukurlah Allah menjadikan kita Ummat Nabi Muhammad ﷺ yang beriman kepada seluruh Para Nabi,Para Rasul yang diutuskan dan Kitab-Kitab yang diturunkan oleh Allah dan semua Malaikat-Malaikat yang Allah utuskan.

#MutiaraKata[AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN ALWI AL-KAFF]

Marilah kita mensyukuri segala nikmat dan kurniaan yang dikurniakan oleh Allah Ta'ala kepada kita dengan kita mengikat nikmat yang kita perolehi itu dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Mari kita memperbanyakan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad ﷺ kerana itu adalah bukti yang mana kita mengambil berat kepada Nabi Muhammad ﷺ dengan kita memperbaiki akhlak kita mencontohikepada akhlak Nabi Muhammad ﷺ dalam setiap perkara dalam kehidupan seharian kita.Menjaga perkara yang fardhu dan melaksanakan perkara-perkara yang sunnah dalam kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment