Saturday, March 14, 2015

IKHLASKAN NIATMU DAN KENALI SERTA RAWATI PENYAKIT HATI DENGAN KITA MEMPELAJARI ILMU TASAWWUF KERANA PENTINGNYA ILMU TASSAWWUF ITU BUAT DIRI KITA SEMUA



Semua penuntut ilmu perlu bermuhasabah diri.Apakah yang memotivasikan dirinya?Yang menambahkan semangatnya untuk menuntut ilmu Allah سبحانه وتعالى?

Adakah motivasi yang mendorongnya menuntut ilmu itu untuk orang memandang dirinya hebat?Ataupun memandang dirinya seorang yang alim?Ataupun memandang dirinya seorang yang soleh?Ataupun memandang dirinya lebih tinggi daripada orang lain?

Jika itu yang diniatkan oleh seseorang penuntut ilmu agar dia dapat berbangga-bangga yang namanya dituturkan di dalam kalangan manusia.Dia inginkan namanya didengar-dengarkan supaya dia dipandang hormat oleh orang lain.

Maka mereka yang melakukan perkara tersebut merupakan orang yang rugi-seruginya.Di dalam hadis Nabi ﷺ mengatakan "Mereka yang melakukan amalan bukan kerana Allah tapi ianya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia sama ada ianya riak ataupun suma'ah.Riak daripada penglihatan supaya dia melakukan sesuatu amalan ataupun sesuatu perbuatan supaya dilihat oleh orang lain supaya dirinya disanjung,dipandang hormat dan dipuji oleh orang lain.

Dia inginkan pandangan di mata manusia ke atas dirinya ataupun suma'ah yang mana dia melakukan amal perbuatan ibadah supaya amalan dan namanya dipersebutkan kepada orang lain supaya orang lain mendengar perihal dirinya maka perkara tersebut adalah sia-sia."

Di dalam sebuah hadis yang lain Nabi ﷺ mengatakan "Di akhirat dia akan dapati berapa banyak pun amalan yang dia lakukan tapi dilakukan yang mana dia lakukan untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia maka dia tidak akan mendapat pahala daripada Allah  سبحانه وتعالى."

Bahkan di dalam sebuah hadis qudsi Allah سبحانه وتعالى mengatakan "Kepada hamba-Nya itu dahulu ketika di dunia kamu melakukan amalan itu kerana fulan itu,fulan itu.Hari ini Aku tidak akan beri pahala kepada kamu.

Hari ini kamu tuntut ganjaran dan pahala kamu kepada orang yang kamu tunjuk kerana kamu bukan melakukan kerana Aku.Kamu bukan melakukan nak mendapatkan pandangan Aku kepada mu tapi kamu nak pandangan makhluk kepada mu.

Maka Aku biarkan kamu dan serahkan kamu pada siapa yang kamu ingin tunjuk-tunjukkan amalan kamu."

Maka rugilah ia walaupun dia datang dengan segunung amalan.Rupanya dia tidak terlupa untuk belajar sesuatu ilmu yang penting bagaimana untuk menjaga hatinya yang disebutkan ilmu tasawwuf,ilmu akhlak,hati.

Kerana itu Imam Al-Ghazali Rahimahullah mengatakan ianya fardhu ain,ilmu yang wajib yang harus dipelajari oleh setiap mereka yang mengucapkan Kalimah Lailahaillah kerana setiap manusia tidak sunyi daripada aib-aib dan penyakit-penyakit hati.

Fitrah manusia itu adalah untuk dirinya dikagumi,dipandang besar,dipandang hebat oleh orang lain maka jika dia tidak mempelajari ilmu dan selok-belok daripada ilmu tassawwuf.Apakah tanda-tanda dia mempunyai penyakit hati riak,ujub,takabbur,sombong dan sebagainya.
  
 
 Ianya seperti seorang pesakit yang dirinya berpenyakit tapi dia tidak berjumpa doktor memeriksa dirinya maka dia tidak akan tahu dirinya berpenyakit.Apabila dia tidak sedar bahawa dia berpenyakit maka dia tidak akan mendapatkan rawatan daripada doktor.

Begitu juga roh manusia,hati manusia.Ianya berpenyakit dan setiap manusia tidak sunyi dan lenyap daripada penyakit-penyakit hati tersebut.

Maka setiap manusia berhajat kepada ilmu tasawwuf supaya manusia dapat mengenali penyakit yang berada di dalam dirinya sehingga dia mendapatkan rawatan daripada mereka yang mahir dalam selok-belok ilmu tasawwuf.

Mereka yang mahir dalam mengubati penyakit-penyakit hati untuk memberikan rawatan dalam berperingkat dari masa ke semasa kerana orang yang mahir dalam bahagian hati ini mereka tahu bahawa seseorang itu tidak boleh berubah dalam sekelip mata ataupun dalam satu malam.

Tetapi pentarbiah hati,penyucian jiwa itu memerlukan masa yang lama untuk seseorang itu berubah daripada satu tahap kepada tahap yang berikutnya untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala.

Mereka yang menjadi Mursyid ataupun Murobbi juga mengalami proses,penyucian,pentarbiah hati yang sama.Mereka juga tidak menjadi Mursyid menjadi Murobbi dengan sekelip mata.

Mereka mengambil masa bertahun-tahun untuk mengubati penyakit yang berada di dalam dirinya kerana setiap manusia itu berpenyakit kecuali Para Anbiya,Para Rasul.Mereka yang dijaga oleh Allah daripada penyakit-penyakit.

Akan tetapi kita ini manusia biasa tidak maksum.Perlulah kita kenal penyakit hati dan mendapatkan rawatan kerana Murobbi juga mendapatkan pentarbiah hato daripada Murobbi-Murobbi sebelumnya.Begitu juga kepada Murrobi-Murobbi yang sebelumnya sehingga ada yang mengambil masa berpuluh-pulun tahun untuk mengubati,membersihkan penyakit hati.

Seseorang yang meninggalkan amalan kerana takut dirinya riak maka itu adalah riak yang sebenarnya kerana dia masih mengikat dirinya dengan manusia lagi.Itu lagi besar dan bahaya.

Jalan penyelesainnya untuk mengubati penyakit riak dan penyakit-penyakit lain bukan dengan meninggalkan amalannya tersebut.Ibadahnya,perkongsiaan ilmunya,menghadiri majlis ilmu kerana takut dirinya disebutkan riak ada penyakit hati dan sebagainya.

Tidak!!!Tetapi dengan dia terus istiqomah melakukan amalan tersebut sehingga amalan tersebut menjadi darah daging di dalam dirinya sehingga focusnya hanya kepada Allah Ta'ala.

Kita niatkan untuk belajar ikhlas dengan amalan kita maka Allah akan melihat hati kita ada kejujuran,sejauh mana keikhlasan kepada Allah maka Allah akan permudahkan segala-galanya.

Jika hatinya tidak ada focus kepada pandangan Allah.Semuanya teralih kepada pandangan manusia maka amalannya adalah sia-sia rugi tidak ada satu pun pahala yang akan dia dapat daripada Allah Ta'ala dan dia akan datang dalam keadaan muflis di akhirat kelak.

Tetapi jika niatnya,usahanya itu adalah untuk menghidupkan syariat Nabi Muhammad ﷺ dan memperbaiki akhlaknya dan memecahkan keinginan nafsunya untuk berbuat jahat maaka untunglah engkau seribu kali untung.

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI]

#MuhasabahDiri
#PerbetulkanNiat
#JagaHati
#PeringatanBuatDiriSendiri
#PeringatanBersama
#SalingIngatMengingatkan
#KalauAdaSalahMohonDitegur

No comments:

Post a Comment