Sunday, August 9, 2015

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya...

...agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. 


Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

_________________________
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."
~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.
BERSYUKURLAH DENGAN APA YG KITA MILIKI SEKARANG INI.

Ada seorang anak muda yg merasa dirinya tdk hendsom dan tidak kaya sehingga setiap saat merasa gelisah.

Datang seorang alim  kepadanya dan bertanya.

..:"Anak muda, kenapa engkau nampak gelisah dan tdk bahagia?"
..:"Saya merasa bingung dan berfikir... kenapa sy miskin ?"

..:"Miskin ? Bukankah kau kaya?"
..:"macam mana kau boleh cakap sy kaya? Dari mana anda menilainya?"

..:"Kalau sekarang kau kehilangan 1 jari tangan kau, sy bagi 1ribu.. kau mau?
..:"hmm tak mau "

..:"kalau kau kehilangan tangan kanan kau, sy bagi 5 ribu kau mau?"
.. :"mmm.. tak mauuu"

..:"Kalau kedua-dua mata kau buta, sy bagi 30 ribu kau mau?"
..:"uuu lagi tak mau oo"

..:"Kalau Allah jadikan kau orang tua berumur 80tahun dan berpenyakit kau mau? Sy bagi 50 ribu
..:"tidak mau "

..:"Kalau sekarang kau mati, sy bagi 1 juta, kau mau?"
.. :"eeeeiii tak mau"

..:"Hohoho.. jadi bereti kau sudah memiliki kekayaan yg tiidak terhingga...  sehingga setiap yg sy tawarkan kau x mau?"

Anak muda itu tiba2 termenung dan berfikir tanpa kata-kata..
dan tiba-tiba mengerti apa erti kekayaan.

Karena HIDUP adalah WAKTU yg dipinjamkan.

dan HARTA adalah ANUGERAH yg diamanahkan,

BERSYUKUR atas nafas yg masih kita miliki,

BERSYUKUR atas tubuh yg sihat yg kita masih miliki.

BERSYUKUR atas kesehatan yg baik yg masih kita miliki,

BERSYUKUR atas keluarga yg masih kita miliki,

BERSYUKUR atas teman & sahabat yg masih kita miliki.

BERSYUKUR atas rezeki yg masih kita miliki.

Mari kita sadari bahwa kita selalu DIBERI YG TERBAIK.

BERSYUKURLAH DENGAN APA YG KITA MILIKI SEKARANG INI. Ada seorang anak muda yg mera

sa dirinya tdk hendsom dan tidak kaya sehingga setiap saat merasa gelisah.

Datang seorang alim  kepadanya dan bertanya.

..:"Anak muda, kenapa engkau nampak gelisah dan tdk bahagia?"
..:"Saya merasa bingung dan berfikir... kenapa sy miskin ?"

..:"Miskin ? Bukankah kau kaya?"
..:"macam mana kau boleh cakap sy kaya? Dari mana anda menilainya?"

..:"Kalau sekarang kau kehilangan 1 jari tangan kau, sy bagi 1ribu.. kau mau?
..:"hmm tak mau "

..:"kalau kau kehilangan tangan kanan kau, sy bagi 5 ribu kau mau?"
.. :"mmm.. tak mauuu"

..:"Kalau kedua-dua mata kau buta, sy bagi 30 ribu kau mau?"
..:"uuu lagi tak mau oo"

..:"Kalau Allah jadikan kau orang tua berumur 80tahun dan berpenyakit kau mau? Sy bagi 50 ribu
..:"tidak mau "

..:"Kalau sekarang kau mati, sy bagi 1 juta, kau mau?"
.. :"eeeeiii tak mau"

..:"Hohoho.. jadi bereti kau sudah memiliki kekayaan yg tiidak terhingga...  sehingga setiap yg sy tawarkan kau x mau?"

Anak muda itu tiba2 termenung dan berfikir tanpa kata-kata..
dan tiba-tiba mengerti apa erti kekayaan.

Karena HIDUP adalah WAKTU yg dipinjamkan.

dan HARTA adalah ANUGERAH yg diamanahkan,

BERSYUKUR atas nafas yg masih kita miliki,

BERSYUKUR atas tubuh yg sihat yg kita masih miliki.

BERSYUKUR atas kesehatan yg baik yg masih kita miliki,

BERSYUKUR atas keluarga yg masih kita miliki,

BERSYUKUR atas teman & sahabat yg masih kita miliki.

BERSYUKUR atas rezeki yg masih kita miliki.

Mari kita sadari bahwa kita selalu DIBERI YG TERBAIK.

Friday, August 7, 2015

🎯 Motivasi



Istiqamah seperti rumput.
Berdakwah ikut tabiat rumput.

Walau dipijak berulang kali, ia masih mampu bertahan.

Rumput sememangnya lembut, ia melentur apabila dipijak, tetapi akan kembali ke bentuk asal. Cuba kalau rumput tu keras? 

Jadi, kelembutan pada rumput sebenarnya adalah satu kekuatan bukan kelemahan. Kita pun begitu, jangan terlalu berkeras. Kita boleh tegas, tapi jangan berkeras. 

Rumput juga tidak pernah tumbuh bersendirian. Sekali tumbuh mesti bersama dengan yang lain. Gerak tumbuhnya perlahan tetapi sangat konsisten. Sehari demi sehari tanpa kita sedari seluruh kawasan telah dilitupi. Itulah rahsia rumput, hidupnya sentiasa berjemaah dan istiqamah.

Jadilah seperti rumput....
Dengan hidup berjemaah dan bersikap konsisten, banyak kebaikan yang dapat dibuat. Musuh pun tidak dapat menggugat. 

Ya, rumput selalu dipijak tetapi ia tidak dihina. Ia selalu di bawah tetapi ia bukan lemah. Sekalipun lemah lembut, ia tidak musnah walau dipukul ribut. 😊😊

Bacalah dengan hati yang lapang.. :


Sesibuk kita di setiap hari..
Dengan pelbagai urusan kehidupan kita..
Yang mencari nafkah..
Menguruskan keluarga..
Menguruskan anak-anak..

Renungi wajah anak-anak kita..
Siapa dari kalangan mereka yang akan menguruskan kita..?

Bila kita dah uzur dan tua..
Bila kita tak mampu mandi sendiri..
Siapakah yang sudi memandikan tubuh kita nanti..?

Bila kita tidak lagi mampu ke tandas..
Siapa yang sudi mencemarkan tangannya dalam memuliakan kita nanti..?

Bila kita tak mampu menyuapkan makan ke mulut sendiri..

Siapakah yang akan bermanja-manja memberi suapan sepenuh hati..?

Di saat kita sakit sakit tak kunjung henti..
Siapakah dari anak-anak kita yang sudi berkhidmat membawa kita ke hospital & klinik hari demi hari..?

Dan..
Di saat kita berhenti menghela nafas yang terakhir..
Siapakah yang arif dalam adab menguruskan kematian kita nanti..?

Siapakah yang bersungguh memandikan jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan menjadi imam bagi solat jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan mengusung keranda kita ke liang lahad kita nanti..?

Siapakah yang turun ke liang lahad menyambut jenazah kita, serta merebahkan tubuh ini dengan penuh berlemah lembut dan penuh rasa kasih di hati..?

Siapakah yang terus menerus mendoakan kita saat kita sunyi di dalam kubur nanti..?

Siapakah dari anak-anak kita yang menjemput orang-orang 'alim dan soleh ke rumah mereka untuk majlis-majlis mendoakan kita yang sedang terbaring di dalam kubur..

Siapakah dari kalangan anak-anak kita yang menjadi bekalan sebagai cahaya untuk kita di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Atau mereka yang menjadi punca kita terseksa diazab di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Pandanglah wajah anak-anak kita..
Siapakah mereka buat kita di 'sana'nanti..

Dan sepertimana harapan kita buat anak-anak kita, maka jadilah kita seperti  harapan yang indah buat kedua orang tua kita yang mulia..



Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, Telegram untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

بارك الله فيكم..

Thursday, August 6, 2015

Utamakan Redha Allah Dari Redha Manusia



قال معاوية رضي الله عنه لما قال لها: اكتبي إلي كتاباً توصيني فيه ولا تكثري علي. فكتب عائشة رضي الله عنها إلى معاوية: سلام عليك أما بعد فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من التمس رضا الله بسخط الناس كفاه الله مؤنة الناس، ومن التمس رضا الناس بسخط الله وكله الله إلى الناس والسلام عليك. رواه الترمذي

Bermaksud "Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia." (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Apa Itu Redha

Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada AllahSWT. Redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah SWT.
. 
Redha terhadap Allah SWT terbahagi kepada dua:

1. Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah SWT. yang dibebankan kepada manusia.

2. Redha menerima ketentuan Allah SWT. tentang nasib yang mengenai diri.

Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah SWT. yang dibebankan kepada manusia.

Redha menerima hukum-hukum Allah SWT. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan takwa dan kepatuhan kepada Allah SWT. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.

Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah SWT. dan Rasul-Nya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah SWT. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.

Firman Allah SWT. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' ayat 65 )

Dan firman Allah SWT yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasul-Nya akan berikan pada kami kurnia-Nya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ". ( Surah At Taubah ayat 59 )

Pada dasarnya segala perintah-perintah AllahSWT. baik yang wajib mahupun yang sunat ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah SWT. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .

Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah SWT. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah SWT.

Firman Allah SWT. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah . 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad ayat 26 )

Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah SWT yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.

Redha menerima ketentuan Allah SWT. tentang nasib yang mengenai diri.(Redha dengan Qada')

Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah SWT baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah SWT. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Diberitakan Rasulullah SAW. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata : " Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menja
di sempurnalah kebaikan ".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan : " Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah SWT. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentakdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Hadis Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah SWT Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

1. Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah SWT. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

2. Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah SWT. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia bersyukur (berterima kasih) bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".( Hadis Riwayat Muslim )

Tuesday, August 4, 2015

BERSYUKURLAH APABILA ALLAH TA'ALA MEMILIH DIRI KITA UNTUK HADIR DUDUK DI DALAM MAJLIS ILMU


Barangsiapa yang Allah سبحانه  وتعالى ingin berikan kebaikan kepadanya maka Allah سبحانه  وتعالى akan berikan kefahaman kepadanya.Jadi bersyukurlah kita sangat-sangat sebab Allah memilih diri kita untuk berada di dalam majlis ilmu.Itu tandanya Allah سبحانه  وتعالى ingin memberikan kebaikan kepada diri kita.
   
Majlis ilmu ini merupakan suatu majlis yang begitu mulia yang begitu agung dan besar di sisi Allah سبحانه  وتعالى.Di dalam hadis Nabi ﷺ banyak menceritakan mengenai kelebihan menghadiri majlis ilmu.Alhamdullilah bersyukur sangat-sangat sebab bila Allah pilih kita duduk di dalam majlis ilmu sudah tentu ada hikmah dan sebab-sebabnya.

Mungkin kita ini banyak sangat dosa.Jadi Allah nak hapuskan dosa-dosa kita sebab Allah سبحانه  وتعالى tahu kita banyak dosa.Kita pun tahu kita banyak dosa tapi Allah Maha Mengetahui Allah lebih tahu.Bila dosa kita banyak Allah letak kita di dalam majlis ilmu.Mudah-mudahan Allah nak hapuskan dosa-dosa kita yang bertimbun ini.

Bila Allah  سبحانه  وتعالى letak kita dalam majlis ilmu mungkin Allah nak berikan kita pahala sebab pahala kita tak banyak lagi.Kita pun tahu amal kita macam mana.Kurang sangat-sangat,kita masih lagi tak memanfaatkan masa kita lagi.Jadi Allah nak bagi pahala kepada kita maka Allah letak kita dalam majlis ilmu.

Kita hadir majlis ilmu bukan semata-mata nak ilmu itu sendiri.Mungkin kita dah tahu dah ilmu itu.Bukan ilmu itu yang membezakan kita datang ke tidak.Bukan sebab nak ilmu tapi kita nak kan lebih daripada itu iaitu nak kan dosa-dosa kita dihapuskan,
diberikan kebaikan dan ganjaran pahala dan tak lain adalah untuk kita nak bersihkan hati kita yang tak lepas daripada penyakit hati ini

Walaupun kita tak hadir majlis ilmu mungkin kita kata kita boleh dapat lagi mendengar majlis ilmu mendapat ilmu dengan perkongsian daripada kawan-kawan kita tapi sesuatu yang membezakan adalah apabila kita dengar daripada orang lain tak sama dengan kita rasa sendiri.Kita dengar sendiri dengan telinga kita depan-depan mata kita memandang Guru yang mengajar itu.

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ SYED ABDUL KADIR AL-JOOFRE HAFIDZOHULLAH]

Semoga Allah Ta'ala sentiasa memilih diri kita semua untuk istiqomah menghadiri majlis-majlis ilmu yang berdekatan mahupun yang jauh dengan kita agar kita sentiasa ditempatkan berada bersama-sama dengan orang-orang yang mampu membantu diri kita untuk mengingatkan diri kita yang sering leka dan lalai daripada mengingati Allah سبحانه  وتعالى.

#MuhasabahDiri
#JomKitaSolatBerjemaah
#JomKitaHadiriMajlisIlmu
#JomKitaMengambilIlmuSecaraBersanadBertalaqqiDudukBersamaParaGuru
#UntukMembersihkanHatiKita
#SemogaAllahMemilihDiriSayaDanTuanPuanUntukSentiasaIstiqomahMenghadiriMajlisIlmu
#SemogaKitaSentiasaBersemangatMelakukanAmalKetaatanKepadaAllah
#JomKitaPuasaEnamJanganLupa
#PeringatanBuatDiriSendiri
#YangSeringLekaDanLalaiMengingatiAllah
#PeringatanBersamaSecaraUmumnya
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SemogaMendatangkanManfaatkanBuatDiriSayaTerutamanyaDanKepadaSemuaYangMembacanya
#SalingIngatMengingatkan

Allah سبحانه وتعالى Sendiri Yang Menjaga Dan Menghiburkan Perasaan Seorang Ibu

Allah سبحانه وتعالى Sendiri Yang Menjaga Dan Menghiburkan  Perasaan Seorang Ibu Bilamana Anak Melukakan Hati Ibunya. Mulianya Ibu Disisi Allah سبحانه وتعالى .

" Bagaimana seseorang itu ada hati untuk melakukan sifat Derhaka atau menyakiti kepada perasaan seorang Ibu atau Ayah? Sementara Allah سبحانه وتعالى di dalam Al Quranul Kareem yang membela akan Kerisauan, Rintihan, dan perkara yang tidak menyenangkan di hati seorang Ibu, Allah سبحانه وتعالى yang Hiburkan ibu itu, Allah سبحانه وتعالى Menghilangkan perasaan kerisauan seorang Ibu, Bilamana Allahu Rabbil 'Alamin سبحانه وتعالى menjaga Hati seorang ibu daripada sikap sesiapa pun juga apatah lagi seorang anak yang tidak ambil berat kepada ibunya.

Siapakah Ibu yang dijaga hatinya oleh Allah سبحانه وتعالى ? Ibu Nabi Musa عليه السلام ,yang meletakkan anaknya di sebuah tempat yakni diletakkan di Sungai Nil ,kerana risau anaknya Nabi Musa عليه السلام akan dibunuh oleh Fir'aun. Ibunya berbuat demikian kerana Allah سبحانه وتعالى telah Mewahyukan kepada Ibu Nabi Musa untuk meletakkan Nabi Musa di sungai nil itu.

Kemudian Allah سبحانه وتعالى Mengilhamkan kepada Ibunya, Kami Allah akan kembalikan anakmu ini supaya kamu Wahai Ibu Nabi Musa seronok dan tidak susah hati. Lihat bagaimana Allah سبحانه وتعالى yang menghiburkan Hati seorang Ibu. Bukankah sepatutnya seorang anak mencari sebab untuk menjadikan Ibunya gembira? 

Kemudian dibawalah Nabi Musa عليه السلام oleh sungai itu dan termasuk ke tempat isteri Fir'aun yang bernama Asiah kemudian Nabi Musa dibawa, dijaga, dibela dan pada akhirnya ketika nak disusukan ,Nabi Musa tidak mahu. Berkata kakak kepada perempuam Nabi Musa, Mahukah aku temukan seorang yang boleh menyusui bayi ini?  Dan akhirnya yang menyusui Bayi itu adalah Ibunya Nabi Musa sendiri. 

MasyaAllahh Bukankah itu yang Dijanjikan Allah سبحانه وتعالى . SubhanaAllah. Dimanakah seorang Ibu ada hati untuk meletakkan anaknya di sungai seperti itu? akan tetapi dia buat itu demi untuk menyelamatkan anak tersebut dan bukan untuk dirinya. 

Maka demikianlah perasaan seorang Ibu tiada perasaan yang lebih Dasyat dalam Kasih Sayang melebihi kasih sayang seorang Ibu kepada Anaknya"

- Ad Da'ie IlaAllah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid حفظه الله تعالى -