Tuesday, August 4, 2015

BERSYUKURLAH APABILA ALLAH TA'ALA MEMILIH DIRI KITA UNTUK HADIR DUDUK DI DALAM MAJLIS ILMU


Barangsiapa yang Allah سبحانه  وتعالى ingin berikan kebaikan kepadanya maka Allah سبحانه  وتعالى akan berikan kefahaman kepadanya.Jadi bersyukurlah kita sangat-sangat sebab Allah memilih diri kita untuk berada di dalam majlis ilmu.Itu tandanya Allah سبحانه  وتعالى ingin memberikan kebaikan kepada diri kita.
   
Majlis ilmu ini merupakan suatu majlis yang begitu mulia yang begitu agung dan besar di sisi Allah سبحانه  وتعالى.Di dalam hadis Nabi ﷺ banyak menceritakan mengenai kelebihan menghadiri majlis ilmu.Alhamdullilah bersyukur sangat-sangat sebab bila Allah pilih kita duduk di dalam majlis ilmu sudah tentu ada hikmah dan sebab-sebabnya.

Mungkin kita ini banyak sangat dosa.Jadi Allah nak hapuskan dosa-dosa kita sebab Allah سبحانه  وتعالى tahu kita banyak dosa.Kita pun tahu kita banyak dosa tapi Allah Maha Mengetahui Allah lebih tahu.Bila dosa kita banyak Allah letak kita di dalam majlis ilmu.Mudah-mudahan Allah nak hapuskan dosa-dosa kita yang bertimbun ini.

Bila Allah  سبحانه  وتعالى letak kita dalam majlis ilmu mungkin Allah nak berikan kita pahala sebab pahala kita tak banyak lagi.Kita pun tahu amal kita macam mana.Kurang sangat-sangat,kita masih lagi tak memanfaatkan masa kita lagi.Jadi Allah nak bagi pahala kepada kita maka Allah letak kita dalam majlis ilmu.

Kita hadir majlis ilmu bukan semata-mata nak ilmu itu sendiri.Mungkin kita dah tahu dah ilmu itu.Bukan ilmu itu yang membezakan kita datang ke tidak.Bukan sebab nak ilmu tapi kita nak kan lebih daripada itu iaitu nak kan dosa-dosa kita dihapuskan,
diberikan kebaikan dan ganjaran pahala dan tak lain adalah untuk kita nak bersihkan hati kita yang tak lepas daripada penyakit hati ini

Walaupun kita tak hadir majlis ilmu mungkin kita kata kita boleh dapat lagi mendengar majlis ilmu mendapat ilmu dengan perkongsian daripada kawan-kawan kita tapi sesuatu yang membezakan adalah apabila kita dengar daripada orang lain tak sama dengan kita rasa sendiri.Kita dengar sendiri dengan telinga kita depan-depan mata kita memandang Guru yang mengajar itu.

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ SYED ABDUL KADIR AL-JOOFRE HAFIDZOHULLAH]

Semoga Allah Ta'ala sentiasa memilih diri kita semua untuk istiqomah menghadiri majlis-majlis ilmu yang berdekatan mahupun yang jauh dengan kita agar kita sentiasa ditempatkan berada bersama-sama dengan orang-orang yang mampu membantu diri kita untuk mengingatkan diri kita yang sering leka dan lalai daripada mengingati Allah سبحانه  وتعالى.

#MuhasabahDiri
#JomKitaSolatBerjemaah
#JomKitaHadiriMajlisIlmu
#JomKitaMengambilIlmuSecaraBersanadBertalaqqiDudukBersamaParaGuru
#UntukMembersihkanHatiKita
#SemogaAllahMemilihDiriSayaDanTuanPuanUntukSentiasaIstiqomahMenghadiriMajlisIlmu
#SemogaKitaSentiasaBersemangatMelakukanAmalKetaatanKepadaAllah
#JomKitaPuasaEnamJanganLupa
#PeringatanBuatDiriSendiri
#YangSeringLekaDanLalaiMengingatiAllah
#PeringatanBersamaSecaraUmumnya
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SemogaMendatangkanManfaatkanBuatDiriSayaTerutamanyaDanKepadaSemuaYangMembacanya
#SalingIngatMengingatkan

No comments:

Post a Comment