Sunday, August 9, 2015

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya...

...agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. 


Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

_________________________
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."
~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.
BERSYUKURLAH DENGAN APA YG KITA MILIKI SEKARANG INI.

Ada seorang anak muda yg merasa dirinya tdk hendsom dan tidak kaya sehingga setiap saat merasa gelisah.

Datang seorang alim  kepadanya dan bertanya.

..:"Anak muda, kenapa engkau nampak gelisah dan tdk bahagia?"
..:"Saya merasa bingung dan berfikir... kenapa sy miskin ?"

..:"Miskin ? Bukankah kau kaya?"
..:"macam mana kau boleh cakap sy kaya? Dari mana anda menilainya?"

..:"Kalau sekarang kau kehilangan 1 jari tangan kau, sy bagi 1ribu.. kau mau?
..:"hmm tak mau "

..:"kalau kau kehilangan tangan kanan kau, sy bagi 5 ribu kau mau?"
.. :"mmm.. tak mauuu"

..:"Kalau kedua-dua mata kau buta, sy bagi 30 ribu kau mau?"
..:"uuu lagi tak mau oo"

..:"Kalau Allah jadikan kau orang tua berumur 80tahun dan berpenyakit kau mau? Sy bagi 50 ribu
..:"tidak mau "

..:"Kalau sekarang kau mati, sy bagi 1 juta, kau mau?"
.. :"eeeeiii tak mau"

..:"Hohoho.. jadi bereti kau sudah memiliki kekayaan yg tiidak terhingga...  sehingga setiap yg sy tawarkan kau x mau?"

Anak muda itu tiba2 termenung dan berfikir tanpa kata-kata..
dan tiba-tiba mengerti apa erti kekayaan.

Karena HIDUP adalah WAKTU yg dipinjamkan.

dan HARTA adalah ANUGERAH yg diamanahkan,

BERSYUKUR atas nafas yg masih kita miliki,

BERSYUKUR atas tubuh yg sihat yg kita masih miliki.

BERSYUKUR atas kesehatan yg baik yg masih kita miliki,

BERSYUKUR atas keluarga yg masih kita miliki,

BERSYUKUR atas teman & sahabat yg masih kita miliki.

BERSYUKUR atas rezeki yg masih kita miliki.

Mari kita sadari bahwa kita selalu DIBERI YG TERBAIK.

No comments:

Post a Comment