Saturday, September 21, 2013

Dzauqi's notes from taklim 20th September 2013

"Assalamualaikum
 
2 orang yang tidak akan kenyang. Iaitu orang yang mencari ilmu dan orang yang mencari dunia. Bagaimana mahu menghindari dari mencari harta dunia sahaja? Ialah jangan menjadi hamba dunia. Orang yang mempunyai banyak harta dunia belum tentu menjadi seorang yang kaya dan berjaya. Orang yang kaya ialah seseorang itu mempunyai ilmu yang banyak dan ilmu dan bekalan  akhirat yang banyak...makam seseorang itu tinggi apabila dia menerima keredhaan allah. Redha dgn segala duka yang diuji kepadanya..

Jangan lah kita membinasakan diri kita dengan membuat perkara yang tidak elok. Jangan lah kita membuat atau merancang sesuatu buatan yang tidak baik dengan ingat ianya akan dimaafkan oleh Allah SWT. Sebagai contoh, dua hamba allah ingin membuat sesuatu perkara yang tidak elok kepada nabi yusof alaihissalam. Mereka berkata, "buat sahaja nanti kita bertaubat".... Ianya seperti membuat sesuatu yang tidak masuk akal. Dgn membuat perkara yang tidak elok tersebut bagaikan kita yakin bahawa Allah SWT akan menerima taubat kita tersebut. Walhal, kita tidak tentu bahawa dgn membuat perkara yang tidak elok tersebut akan selamat dari ancaman. .......
Jadi marilah kita bertaubat sebelum ianya terlambat. Dan berdoa kita tidak melakukan perkara yang di keji oleh Allah SWT.




 A little something i got from todays ta'lim..."

No comments:

Post a Comment