Diriwayatkan, bahwa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk ke dalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan Sahabat Sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu di Dunia.
Mereka bertanya tentang Sahabat Mereka kepada اللّهُ سبحانه و تعالى ..
"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat Sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia Solat bersama kami, Puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."
Maka اللّهُ سبحانه و تعالى berfirman:
"Pergilah ke neraka, lalu keluarkan Sahabat Sahabatmu yang di hatinya ada Iman walaupun hanya sebesar zarrah" (HR. Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").
Al-Hasan Al-Bashri berkata: "Perbanyakkanlah Sahabat Sahabat Mu'minmu, kerana Mereka memiliki Syafa'at pada hari kiamat".
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada Sahabat Sahabatnya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukan aku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada اللّهُ تعالى tentang aku:
"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"
SAHABAT Ku..
Mudah mudahan dengan ini, aku telah Mengingatkanmu Tentang اللّهُ تعالى ..
Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ
Ya Allah يَا رَبَّ العَالَمِينْ ...
Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku Sahabat-Sahabat yang selalu mengajakku untuk Tunduk Patuh & Taat Kepada Syariat-Mu..
Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat dengan-Mu...
والْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Ar Ribath Al Ukhuwah
Carilah banyak sahabat yg dpt menunjuk kamu kpd kebaikan & syurga
No comments:
Post a Comment