Wednesday, September 25, 2013

Sayyidina Abu Darda r.a berkata ...

Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah s.w.t akan bangkitkan beberapa golongan pada hari kiamat dengan wajah-wajah mereka bercahaya-cahaya dan mereka akan berada di atas mimbar-mimbar mutiara. Orang ramai akan cemburu terhadap mereka. Mereka bukanlah para nabi dan bukan juga para syuhada." Seorang sahabat yang datang dari kampung duduk berlutut lalu bertanya, "Ya Rasulullah, beritahulah kepada kami sifat-sifat mereka supaya kami dapat mengenali mereka." Nabi s.a.w bersabda, "Mereka ialah orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah s.w.t datang daripada kabilah-kabilah yang berlainan, tempat-tempat yang berlainan dan berhimpun di satu tempat serta sibuk mengingati Allah s.w.t" (Tabarani: Majma' uz-Zawa'id)

No comments:

Post a Comment