Friday, September 27, 2013

Pesanan Hazrat Sultan Ibrahim Adham

Pernah di riwayatkan bahawa seorang ahli sufi Hazrat Sultan Ibrahim Adham r.a di tanya bagaimana nak membezakan antara orang yang bijak mengurus diri dengan agama nya dan orang yang merosakkan diri dan merugikan agama yang ada pada nya. Beliau menjawab dengan ada nya 5 tabiat orang yang bijaksana.

1- Bila orang lain sibuk dengan hal hal dunia dan kenikmatan nya, orang yang bijak akan menyibukan diri dengan hal hal akhirat, dan beriman dengan janji Allah.

2- Bila orang lain sibuk dengan menjaga zahir (jasmani) nya dan kemahuan nafsu nya, orang yang bijak akan sibuk dengan batin (rohani) dan pertahan kesucian nya. 

3-Bila orang lain sibuk membina bangunan besar dan rumah tempat tinggal mewah, orang yang bijak akan 'membina' kubur nya dengan memperbanyakkan amalan amalan yang dapat memastikan kubur nya akan luas, selesa dan terang dengan cahaya amalan dan sedekah nya.

4- Bila orang lain sibuk dengan menceritakan aib orang lain , orang yang bijak akan muhasabah kelemahan sendiri.

5- Bila orang lain sibuk dengan keinginan untuk mendekati orang orang besar dan berpengaruh di dunia ini, orang bijak akan sibuk dengan usaha, ibadah untuk mendekati an diri kepada ALLAH swt. 

No comments:

Post a Comment