Thursday, November 28, 2013

Pengajian @ JENDERAM. .. Siras salikin

Aslkm semua, 
Berikut adalah beberapa nota/ catatan yang dapat di dobit petikan dari pengajian semalam di Jenderam.

kitab siras salikin Jilid 4 muka Surat 9.

"Ramai orang zaman sekarang ini sudah tidak lagi minat ngaji kitab tasawuf, menyebabkan ramai yang menyelimpang dari perjalanan dan lagi mudah di perdaya oleh hujjah hujjah sesat"

"Kita kena paksa diri rajin untuk mengaji terutama pada zama ini"

"Kita kat Jendram mengaji beberapa Kali sminggu.. Maka Kalau kita istiqomah dengan nya maka ilmu itu boleh untuk kita digelar 'ustaz'... Cuba ambil contoh rakan kita dari Singapore yang sanggup musafir tiap tiap Minggu sini untuk ngaji .. Pada hal dia sudah belajar 8 tahun di Syria ..Subhanallahhh Azam yang baik kerana dia hajat untuk kumpul banyak ilmu agar dapat mengajar Masyarakat di sana".

"Tuan tuan sekurang tidak Kalau istiqomah akan dapat jadi ' USTAZ ' kepada ahli keluarga sendiri, menjadi sandaran rujukan. "

Ini satu tabiat / usaha (mencari ilmu akhirat) yang harus di percepatkan dan jadi priority dalam urusan atas bumi Allah ... Tapi malang nya ramai sudah letak ini 'second priority'... Sebab takut 'miss soru' ... Maka Kalau ini kena lah hati hati sebab takut takut kita silap sangka kepada Allah yang menguruskan segala nya untuk kita termasuk rezeki. 

"Saya pun sudah penat kadang kadang dengan ramai antara kita meletakkan kepentingan hal dunia dahulu dari urusan agama, Cuba la tengok diKL, saya pun dah penat nak masuk KL..."


Beberapa perkara yang kita kena cepatkan
- masuk waktu , segerakan solat
-bila sedar akan dosa atau pun kesalahan maka cepat cepat taubat dan mohon ampun maaf
- Kalau ada anak perempuan yang sudah sampai masa untuk kahwin, segerakan nikah nya
- Kalau ada hidangan yang sudah di siapkan untuk tamu, maka segerakan makan nya.

"Bab Tasawwuf ini banyak mengajar hal adap yang membawa kepada penjagaan hati..."

Rasullullah pernah mengajar Aishah du'a ini..
"Lindungi lah dari fitnah kaya dan fitnah miskin"

Fitnah kaya bila kita mula merasa letih dengan hilang nya Harta yang telah di usaha di perolehi langsung terlintas dalam hati 'sayang duit, atau mana nak datang lagi duit ini kalau aku sedekah kan' ... dia lupa yang awal duit itu datang dari mana? , bukan dari usaha nya!... Maka fitnah kaya ini mencemarkan sangka baik kepada Allah dan men galakkan dia lagi cari Harta duit langsung terus lalai dalam melapangkan masa untuk dzikir.  
Fitnah miskin pula bila setiap kepayahan yang di lalui mengundang dia memikirkan sangkaan buruk tentang Allah tidak adil! Na 'uzubillah.

Ambil iktibar dari kisah kasih wali Allah dan ulama. Mereka langsung tidak bangga dengan ada Harta dunia... Maqam mereka tinggi, ini menjadi contoh untuk kita yang berazam mendekati NYA.

Tuan Tuan mesti usaha jaga diri dan jaga keluarga dari API neraka ( ada ayat Quran ) . 

... 

This is all I manage to dobit for you, sekadar tidak menjadi bekalan pulang untuk ahli keluarga agar perjalanan smalam tidak rugi ... Terima kasih kepada yang telah qurbankan wang dan
harta... Allah memberkati kamu! Ameen
Wassalam

No comments:

Post a Comment