Saturday, February 27, 2016

Beautiful letter written by a father & mother to his son & daughter 👌

😊
After reading you must send to your children without fail.

Following is a letter to his son from a renowned Hong Kong TV broadcaster and a Child Psychologist.

The words are actually applicable to all of us, young or old, children or parents.! 

All parents can use this in their teachings to their children.

Dear son & daughter

We are writing this to you because of 3 (three) reasons:

1. Life, fortune and mishaps are unpredictable, nobody knows how long he lives. Some words are better said early.

2. We are your parents, and if we don't tell you these, no one else will.

3. What is written is our own personal bitter experiences that perhaps could save you a lot of unnecessary heartaches. Remember the following as you go through life



1. Do not bear grudge towards those who are not good to you. No one has the responsibility of treating you well, except your mother & I. 
To those who are good to you, you have to treasure it and be thankful, and ALSO you have to be cautious, because, everyone has a motive for every move. When a person is good to you, it does not mean he really likes you. You have to be careful, don't hastily regard him as a real friend.

2. No one is indispensable, nothing is in the world that you must possess. 
Once you understand this idea, it would be easier for you to go through life when people around you don't want you anymore, or when you lose what/who you love the most.

3. Life is short. 
When you waste your life today, tomorrow you would find that life is leaving you. The earlier you treasure your life, the better you enjoy life.

4. Love is but a transient feeling, and this feeling would fade with time and with one's mood. If your so called loved one leaves you, be patient, time will wash away your aches and sadness. 
Don't over exaggerate the beauty and sweetness of love, and don't over exaggerate the sadness of falling out of love.

5. A lot of successful people did not receive a good education, that does not mean that you can be successful by not studying hard! Whatever knowledge you gain is your weapon in life. 
One can go from rags to riches, but one has to start from some rags!

6. I do not expect you to financially support me when I am old, neither  would I financially support your whole life. My responsibility as a supporter ends when you are grown up. After that, you decide whether  you want to travel in a public transport or in your limousine, whether rich or poor.

7. You honour your words, but don't expect others to be so. You can be good to people, but don't expect people to be good to you. If you don't understand this, you would end up with unnecessary troubles.

8. I have bought for lottery tickets for years, but I could never strike any prize. That shows if you want to be rich, you have to work hard! There is no free lunch!

9. No matter how much time we have with you, let's treasure the time we have together. We do not know if we would meet again in our next life.

     Your Dad & Mom

Read it twice
Ask your son and daughter to read it thrice.

Worth a read.

Friday, February 26, 2016

Rumi's answer to questions asked by a disciple -


What is Poison?
He replied with a beautiful answer - Anything which is more than our necessity is Poison. It may be Power, Wealth, Hunger, Ego, Greed, Laziness, Love, Ambition, Hate or anything

What is fear.....?
Non acceptance of uncertainty.
If we accept that uncertainty, it becomes adventure...!

What is envy ?
Non acceptance of good in others
If we accept that good, it becomes inspiration...!

What is Anger?
Non acceptance of things which are beyond our control.
If we accept, it becomes tolerance...!

What is hatred?
Non acceptance of person as he is. 
If we accept person unconditionally, it becomes love...!

Thursday, February 25, 2016

Nama Nabi kita...

MEMERANGI SIFAT "ANANIAH" IAITU SIFAT "EGOIS",

MEMERANGI SIFAT "ANANIAH" IAITU SIFAT "EGOIS", SIFAT "KEAKUAN", SIFAT MERASAKAN DIRINYA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN DENGAN SIFAT "TAWADHUK" DAN JUGA SIFAT "ITSAR" YAKNI MENDAHULUKAN ORANG LAIN SEBELUM DIRINYA

Perkara yang pertama sekali di dalam kita bermujahadah melawan nafsu kita adalah untuk memerangi "ananiah" iaitu ego kita. Sifat ananiah ini adalah sifat yang mana seseorang itu merasakan dirinya lebih baik, lebih mulia, lebih hebat daripada orang lain. Sifat ini adalah sifat yang sangat tercela dikeranakan inilah sifat utama iblis laknatullah

Sifat di mana disebabkan oleh kesombongan di dalam hati. Sepertimana syaitan yang sombong ketika mana di suruh oleh Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ untuk sujud kepada Nabi Adam عليه السلام. Syaitan mengatakan "Tak mahu kerana aku lebih baik daripada Nabi Adam عليه السلام." Maka disebabkan itulah Allah menghalaunya daripada Syurga Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰.

Sifat "ananiah" ini adalah sifat syaitan. Oleh kerana itu, hendaklah seseorang itu menjauhnya dengan dia mengambil sifat yang berlawanan dengannya iaitu sifat kemanusian iaitu sifat saling tolong-menolong di antara satu sama lain untuk menyatukan manusia di dalam jalan Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰.

Mengambil sifat "itsar" yakni sifat mengutamakan orang lain berbanding dirinya kerana Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰. Apabila tersemailah di dalam diri seseorang itu sifat tawadhuk maka akan hilanglah daripada orang itu sifat ananiah. Sifat ananiah ini adalah lahir daripada sifat sombong. Dan sifat sombong ini lahir daripada sifat ujub.

Sifat ujub ini adalah sifat merasa bangga diri. Merasakan semuanya adalah datang daripada dirinya bukannya datang daripada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰. Contohnya sepertimana seseorang yang mempunyai harta kekayaan. Dia merasakan hartanya itu adalah hasil titik peluhnya sendiri "Aku kaya sebab aku bekerja keras, aku yang kumpul semua ini". Dia menisbahkan semuanya adalah hasil dirinya sendiri bukannya datang daripada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰.

Begitu juga seseorang yang mempunyai ilmu. Apabila seseorang itu merasakan dirinya mempunyai ilmu, menjadi pandai disebabkan hasil kepandaian dirinya sendiri tanpa menisbahkan kepada Allah maka dia telah terkena penyakit ujub.

Untuk mengubati kepada penyakit ujub ini. Pertama sekali yang perlu seseorang itu lakukan adalah dia melihat setiap nikmat yang dia perolehi itu semuanya adalah datang daripada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ bukannya datang daripada dirinya.
    
Apabila seseorang itu menisbahkan segala nikmat yang dia perolehi baik itu harta kekayaannya, jawatan, pangkatnya, ilmunya dan sebagainya kepada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ maka sudah tentu dia akan bersyukur kepada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ dan dia akan terselamat daripada penyakit hati ini.

Kerana sekiranya sesuatu nikmat yang manusia perolehi itu tidak disyukuri maka kadang-kalanya ianya akan ditarik oleh Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰. Mungkin apa yang dia miliki itu akan diambil orang lain ataupun dicuri orang lain dan sebagainya. Oleh kerana itu hendaklah kita selalu bersyukur kepada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰
agar nikmat yang kita perolehi itu sentiasa ditambah oleh Allah dan tidak diambil, ditukarkan oleh Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰.

Seorang mukmin itu apabila dia mendapat nikmat hendaklah dia bersyukur kepada Allah  Ø³Ø¨Ø­Ø§Ù†Ù‡  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ dan yakin di dalam hatinya bahawasanya nikmat yang dia dapat itu bukanlah datang daripada dirinya sendiri ataupun daripada orang lain tetapi ianya adalah datang daripada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰.

Jangan sesekali kita menjadi sepertimana orang kafir yang mana mereka melihat segala nikmat yang mereka perolehi itu adalah datang daripada usaha dirinya sendiri bukannya daripada Allah maka disebabkan itu mereka tidak akan bersyukur kepada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰.

Apabila hilang sifat ananiah daripada diri seseorang itu maka dia akan lihat bahawa segala nikmat itu adalah datang daripada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰
dan dia akan sentiasa membasahi lisannya dengan ucapan syukur "Alhamdullilah" kepada Allah      Ø³Ø¨Ø­Ø§Ù†Ù‡  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ dan dia akan berusaha sedaya upayanya menggunakan segala nikmat yang dia perolehi itu untuk melakukan amal ketaatan untuk dia meraih keredhaan Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰.

Sifat opposite daripada sifat "ananiah" ini adalah sifat "itsar" iaitu sifat mengutamakan, mendahulukan kepada orang lain berbanding dirinya sendiri. Inilah sifat yang dimiliki oleh Nabi Muhammad ï·º dan juga diwarisi oleh Para Sahabat Baginda ï·º.

Diriwayatkan di dalam suatu peperangan Yarmuk mengenai kisah 3 Sahabat Nabi Muhammad ï·º yang mati syahid yang mereka bertiga mengutamakan kepada sahabatnya yang lain. Mereka itu adalah Saidina Ikrimah Bin Abu Jahal Radhiyallahu'Anhu, Saidina Al-Harith Bin Hisyam Radhiyallahu'Anhu dan Saidina Ayyasy Bin Abu Rabiah Radhiyallahu'Anhu.

Ini adalah suatu kisah yang sangat menakjubkan yang mana mereka ini mengutamakan sahabatnya lebih daripada diri mereka sendiri. Setelah berakhirnya peperangan di medan Yarmuk maka ada sebahagian Para Sahabat yang pergi kepada Para Sahabat yang lain yang mana mereka ini dalam keadaan cedera parah.

Lalu ada 3 orang Sahabat Nabi ï·º yang dalam keletihan, cedera parah dan kehausan serta dalam keadaan kritikal maka datanglah seseorang yang ingin memberikan air kepada salah seorang di antara mereka bertiga ini. Ketika air hendak diberikan kepada Saidina  Al-Harith Bin Hasyim Radhiyallahu'Anhu maka beliau melihat kepada Saidina Ikrimah Bin Abu Jahal Radhiyallahu'Anhu yang sedang kehausan dan sangat memerlukan maka dia mengatakan "Berikan air ini kepadanya."

Lalu orang itu pun beralih kepada Saidina Ikrimah Radhiyallahu'Anhu untuk diberikan air kepadanya. Ketika Saidina Ikrimah ingin meminumnya maka beliau melihat pula kepada Saidina Ayyasy Bin Abu Rabiah Radhiyallahu'Anhu yang kelihatan lebih memerlukan air tersebut berbanding beliau maka dia mengatakan "Berikan air ini kepadanya."

Dalam riwayat yang lain disebutkan apabila air ingin diberikan kepada orang yang ketiga maka orang yang ketiga itu mendengar pul ada orang yang keempat yang lagi memerlukan air daripada dirinya. Maka pergilah orang yang membawa air kepada orang yang keempat itu. Akan tetapi setelah tiba kepada orang yang keempat itu untuk diberikan minum air maka orang itu pun meninggal dunia.

Maka orang yang membawa air pun cepat-cepat kembali kepada orang yang ketiga itu untuk diberikan minuman tetapi Saidina Ayyasy Bin Abu Rabiah Radhiyallahu'Anhu juga didapati telah meninggal dunia. Begitu jugalah yang terjadi kepada Saidina Ikrimah Bin Abu Jahal Radhiyallahu'Anhu dan juga Saidina Al-Harith Bin Hasyim Radhiyallahu'Anhu yang mana mereka ini telah didapati meninggal dunia gugur syahid kembali kepada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ sebelum sempat untuk diberikan air minuman.

Akhirnya orang yang membawa air itu kembali ke khemah tanpa air yang dibawanya itu berkurangan diberikan kepada sesiapa pun dikeranakan 3 orang Sahabat Nabi Muhammad ï·º telah didapati gugur syahid kerana mereka mengutamakan kepada sahabatnya yang lain. Inilah sifat "itsar" yang diamalkan oleh Para Sahabat Radhiyallahu'Anhum Ajmain yang mana mereka mengutamakan kepada orang lain walaupun dalam keadaan mereka sangat memerlukan.

Inilah sifat kaum mukminin yang sebenarnya iaitu sentiasa mengutamakan kepada orang lain berbanding keperluan dirinya sendiri. Dan sebenarnya kita yang berada di akhir zaman ini lebih berhajat kepada sifat "itsar" ini dikeranakan syaitan pada hari ini telah menjadikan manusia itu bersifat sebaliknya iaitu lebih mementingkan kepentingan diri sendiri berbanding orang lain.

Oleh kerana itu, seorang muslim yang kamil itu adalah mereka yang sentiasa mengambil berat akan kebersihan hatinya. Mereka akan sentiasa merasa risau dan gusar "Bagaimanakah keadaan hatinya? Mereka ini adalah orang-orang yang akan sentiasa takut dan akan selalu membersihkan hatinya daripada sifat-sifat yang tercela daripada penyakit-penyakit hati dengan mereka melakukan amal ketaatan, mereka membaca Al-Quran, mereka sentiasa berzikir, mereka berselawat dan sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu untuk membersihkan kepada hatinya.

#MutiaraKata[AL-HABIB KADZIM BIN JA'AFAR BIN MUHAMMAD AS-SEGGAF HAFIDZOHULLAH]

SEMOGA ALLAH TA'ALA MEMBERSIHKAN HATI KITA DAN SENTIASA MENJAGA HATI KITA DAN MENETAPKAN HATI KITA DI JALAN-NYA.

MARILAH KITA SENTIASA MEMBERSIHKAN HATI KITA DENGAN KITA MELAKUKAN AMAL KETAATAN KEPADA ALLAH TA'ALA DAN JUGA KITA SENTIASA MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU MENDEKATKAN DIRI KITA DENGAN PARA ULAMA DAN ORANG-ORANG SOLEH AGAR KITA DAPAT MENGENAL PASTI DAN MENGUBATI KEPADA HATI KITA YANG SENTIASA BERPENYAKIT INI.

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN

SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA

#JomKitaMuhasabahDiri
#JomKitaBersihkanHatiKitaSelalu
#ManfaatkanNikmatUmurDanWaktu
#JagalahAqidahKita
#TakutlahKepadaAllah
#MenangislahKeranaAllah
#HidayahItuMilikAllah
#MahalnyaNilaiImanDanYakin
#IkatlahNikmatIDenganKitaBeramal
#JomTingkatkanKetaqwaanKita
#OrangYangMuliaDiSisiAllahAdalahMerekaYangPalingBertaqwa
#JomKitaBetulkanNiatNiatKitaDidalamKitaMelakukanAmalKebaikan
#JomKitaBerzikirDanBerselawat
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaJagaSolatBerjemaah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#UbatBagiHatiAdalahIlmu
#JomKitaDekatkanDiriDenganParaUlamaDanSolihin
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisanTidakSamaSepertiYangAsal
#ApaYangBermanfaatItuSilalahAmbilDanAmalkanDalamHidupKita
#YangSalahSilapHarapDimaafkan
#JomKitaSalingIngatMengingatkan
#SemogaAllahMemberikanKepadaKitaKefahamanDiDalamMemahamiAgamaNya
#SemogaMendatangkanManfaatKepadaSemuaYangMembacanya

Friday, February 19, 2016

KELEBIHAN HARI JUMAAT

KELEBIHAN HARI JUMAAT YANG DIBERIKAN KHUSUS KEPADA UMMAT NABI MUHAMMAD ï·º YANG SEPATUTNYA KITA MEMANFAATKAN SEPENUHNYA

MARILAH KITA BERUSAHA UNTUK DATANG KE MASJID SEAWAL YANG KITA MAMPU UNTUK KITA MEREBUT LIMPAHAN RAHMAT DAN ANUGERAH SERTA GANJARAN PAHALA YANG DISEDIAKAN OLEH ALLAH TA'ALA PADA HARI YANG PENUH KEMULIAAN INI

Hari jumaat adalah hari yang dikhususkan kepada kita Ummat Nabi Muhammad ï·º. Hari jumaat adalah hari yang penuh kemuliaan di sisi Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰. Hari jumaat juga adalah hari di mana disesatkan orang-orang yahudi dan nasraro. Pada hari jumaat ini adanya
satu saat yang mustajab doa yang dirahsiakan oleh Allah  Ø³Ø¨Ø­Ø§Ù†Ù‡  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ yang mana barangsiapa berdoa pada saat mustajab tersebut maka Allah akan memberi apa sahaja yang ia minta.

Hari jumaat adalah hari di mana Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ melimpahkan limpahan rahmat dan kurniaan-Nya yang begitu luar biasa kepada hamba-hamba-Nya. Amal kebajikan dan juga kesolehan yang dilakukan pada hari ini akan digandakan pahala dan ganjarannya di sisi Allahسبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰

Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud di dalam kitab sahihnya mengatakan bersabda Rasulullah ï·º "Setiap langkah yang diambil oleh seorang mukmin itu untuk menuju ke Rumah Allah pada setiap hari jumaat maka setiap langkahnya itu akan diganjari oleh Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ dengan 1 tahun ibadah yang sempurna.

Yang mana pada malam hari penuh dengan amal ketaatan dengan qiamuallai dan pada siang harinya dengan ibadah puasa." Maka setiap langkah yang diperlangkahkan untuk menuju ke Rumah Allah akan diganjari 1 tahun ibadah yang sempurna oleh Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰.

Jika demikian halnya dengan satu langkah yang kita ambil untuk menuju ke Rumah Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ pada setiap hari jumaat dengan lipatan dan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ maka bagaimana dengan solat jumaat itu sendiri ganjarannya di sisi Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ sudah tentu ianya lebih besar dan agung di sisi Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰.

Hari jumaat adalah penghulu kepada seluruh hari. Pada hari akhirat nanti hari jumaat dipilih oleh Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ , orang-orang mukmin akan menyaksikan wajah Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰. Sehebat-hebat nikmat dan keseronokan di dalam Syurga Allah apabila mukmin dapat melihat wajah Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰.

Dan Ulama mengatakan bahawa "Hari jumaat adalah hari di mana manusia akan melihat wajah Allah   سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ Yang Maha Indah di Syurga adalah benar-benar tepat pada hari jumaat."

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab sahihnya daripada Saidina Abu Said Al-Kudri Radhiyallahu'Anhu maka pada suatu ketika Nabi Muhammad ï·º bersabda "Adakah kalian berasa syak wasangka bahawa seluruh manusia itu dapat melihat bulan yang mengambang pada ketika ini?"

Maka seluruh Para Sahabat mengatakan "Tidak!! Kami sudah pasti dapat melihatnya." Rasulullah ï·º mengatakan "Sepertimana tidak ada halangan untuk kalian untuk melihat kepada bulan yang sedang mengambang ini. Di mana-mana manusia berada pasti dapat melihat. Demikianlah kalian akan melihat wajah Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ dengan jelas di akhirat kelak."

Demikian Rasulullah ï·º menanam keyakinan di dalam jiwa Para Sahabat Radhiyallahu'Anhum Ajmain mengenai kehidupan mereka di akhirat nanti bahawa mereka akan menyaksikan wajah Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰. Bukan maksud Nabi Muhammad ï·º untuk menyerupaikan menyerupakan bulan itu dengan Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰

Akan tetapi itu hanya suatu bentuk kiasan ataupun suatu bentuk perumpamaan untuk memahamkan manusia bagaimana manusia akan dapat melihat wajah Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ dengan jelas dan terang di hari akhirat nanti.

 Tidak ada nikmat yang lebih besar yang lebih agung ke atas mukmin lelaki dan juga perempuan di Syurga nanti di mana mereka akan dapat melihat wajah Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰.

Diriwayatkan oleh Imam Yahya Bin Muaz di dalam sebuah hadis dengan sanad yang kuat. Bersabda Rasulullah ï·º bahawa "Apabila seorang mukmin itu masuk ke dalam Syurga Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ dan apabila mereka melihat wajah Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ maka selama 800 TAHUN mereka akan terpegun melihat keindahan dan kecantikan Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰.

Dan setelah 800 tahun berlalu maka hati dan jiwa mukmin itu menjadi puas sehingga dia akan sentiasa memperolehi kelazatan daripada pemandangan mereka terhadap Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰."

Ketika ini Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ sentiasa melihat kita, sentiasa mengawasi kita, memantau dan juga menyaksikan kita tanpa Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ berhajat kepada sebarang "direction". Demikian ketika di akhirat manusia itu akan menyaksikan Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ tanpa memerlukan arah, tanpa fizikal dan tanpa bentuk.

Dan kadar hampir seseorang hamba itu dapat melihat Allah  Ø³Ø¨Ø­Ø§Ù†Ù‡  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ dengan dekat di hari akhirat nanti adalah berdasarkan kepada kadar bagaimana mereka itu meletakkan posisi mereka di dalam solat jumaat ketika di dunia. Segeranya orang itu pergi ke masjid.

Di dalam hadis Nabi Muhammad ï·º bersabda "Barangsiapa yang pergi ke masjid pada hari jumaat pada jam yang pertama maka seakan-akan ia berkorban seekor unta. Dan barangsiapa yang pergi pada jam yang kedua maka seakan-akan ia berkorban seekor lembu. Dan barangsiapa yang pergi pada jam yang ketiga maka seakan-akan ia berkorban seekor kambing. Dan barangsiapa yang pergi pada jam yang keempat maka seakan-akan ia berkorban seekor ayam. Dan barangsiapa yang pergi pada jam yang kelima maka seakan-akan ia berkorban sebiji telur dan apabila Khatib sudah keluar naik ke atas mimbar maka dilipatlah buku catitan dan diangkat segala qalam( yang diperbuat daripada emas dan tinta diperbuat daripada emas) dan Para Malaikat yang bertugas sebagai pencatit pergi duduk di tepi mimbar untuk mendengar khutbah."

Oleh kerana itu, hendaklah seseorang manusia itu mempunyai semangat dan motivasi yang kuat untuk hadir ke masjid pada hari jumaat dengan awal. Dan hendaklah kita pada setiap tibanya hari jumaat kita memperbaiki amalan kita dan kita memperbaiki kedudukan saf kita supaya setiap minggu hari jumaat kita berada di saf yang paling depan sekali. Kita datang awal walaupun kita hadir 1 minit lebih awal daripada jumaat-jumaat yang sebelumnya.

#MutiaraKata[AL-HABIB KADZIM BIN JA'AFAR BIN MUHAMMAD AS-SEGGAF HAFIDZOHULLAH Yang Diterjemahkan Oleh AL-FADHIL USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI HAFIDZOHULLAH]

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMANFAATKAN SEPENUHNYA MENGKHUSUSKAN HARI JUMAAT INI ADALAH UNTUK URUSAN AKHIRAT. JANGAN KITA LEPASKAN DAN SIA-SIAKAN SETIAP WAKTU YANG ADA PADA HARI YANG CUKUP MULIA DAN AGUNG INI MELAINKAN KITA MELAKUKAN AMAL KETAATAN DAN KESOLEHAN KEPADA ALLAH TA'ALA

JADIKANLAH HARI JUMAAT INI SEBAGAI HARI UNTUK KITA KHUSUSKAN BAGI AKHIRAT KITA. MUDAH-MUDAHAN IANYA MENJADI KIFARAH BAGI HARI-HARI YANG LAIN DALAM SEMINGGU KITA.

JANGAN KITA LUPAKAN UNTUK MANDI SUNAT JUMAAT, MEMOTONG KUKU, BERSIWAK, MEMAKAI PAKAIAN YANG TERBAIK YANG KITA MILIKI YANG SERBA PUTIH PAKAIANNYA KERANA ITU LEBIH DISUKAI DI SISI ALLAH TA'ALA  DAN JANGAN LUPA JUGA KITA BERWANGI-WANGIAN SEBELUM KITA MENUJU KE RUMAH ALLAH UNTUK MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT.

AKHIR SEKALI, PESAN BUAT DIRI DAN KEPADA SEMUA MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMPERBANYAKAN SALAM DAN SELAWAT KEPADA PENGHULU KITA NABI MUHAMMAD ï·º DENGAN SEBANYAK-BANYAKNYA KHUSUSNYA SELEPAS WAKTU ASAR

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN

SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA

#JomKitaMuhasabahDiri
#JumaatMubarakah
#JagalahAqidahKita
#TakutlahKepadaAllah
#MenangislahKeranaAllah
#HidayahItuMilikAllah
#MahalnyaNilaiImanDanYakin
#IkatlahNikmatIDenganKitaBeramal
#JomTingkatkanKetaqwaanKita
#OrangYangMuliaDiSisiAllahAdalahMerekaYangPalingBertaqwa
#JomKitaBetulkanNiatNiatKitaDidalamKitaMelakukanAmalKebaikan
#JomKitaBersihkanHatiKita
#JomKitaBerzikirDanBerselawat
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaJagaSolatBerjemaah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#UbatBagiHatiAdalahIlmu
#JomKitaDekatkanDiriDenganParaUlamaDanSolihin
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisanTidakSamaSepertiYangAsal
#ApaYangBermanfaatItuAmbillah
#YangSalahSilapHarapDimaafkan
#JomKitaSalingIngatMengingatkan
#SemogaMendatangkanManfaatKepadaSemuaYangMembacanya

Tuesday, February 16, 2016

Formula menjemput Rezeki:



1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT..

2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya..

3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..

4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari..

5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih..

6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang..

7. BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali..

8. SOLAT AWAL WAKTUSolatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat..

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana..

10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:
1. Minumlah air masak 3 liter sehari.

2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH..

Wallaahua'lam..

Saturday, February 13, 2016

JANGAN PERNAH KITA MERASA PENAT, BOSAN DAN JEMU UNTUK MENCARI ILMU,

JANGAN PERNAH KITA MERASA PENAT, BOSAN DAN JEMU UNTUK
MENCARI ILMU, MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU DIKERANAKAN MAJLIS SEUMPAMA INI MENDATANGKAN FAEDAH YANG SANGAT BESAR SEKALI KEPADA MEREKA YANG MENCARI DAN SANGAT INGINKAN RAHMAT DAN KEREDHAAN ALLAH TA'ALA

MARI KITA ISTIQOMAH MENGHADIRI MAJLIS ILMU, DEKATKAN DIRI DENGAN PARA ULAMA DAN SOLIHIN. PELAJARI ILMU MENGENAI SEJARAH DAN SIRAH AKHLAK BAGINDA RASULULLAH ï·º UNTUK KITA MENGENAL DAN MENCONTOHI KEPADA INSAN YANG AGUNG INI.

IKHLASKAN DIRIMU DALAM MENUNTUT ILMU, BETULKAN NIAT-NIATMU TATKALA MENGHADIRI MAJLIS ILMU DAN HENDAKLAH KAMU MENJADI ORANG YANG MENDENGAR ILMU DAN MENGAMALKAN ILMU YANG KAMU PEROLEHI ITU.

JANGAN KAMU MENJADI ORANG YANG RUGI IAITU ORANG YANG BELAJAR ILMU, MENGHADIRI MAJLIS ILMU, DENGAR ILMU TAPI DIRINYA TIDAK MENGAMALKAN AKAN APA YANG DIA PELAJARI

Hari ini ada orang yang tidak dapat membezakan di antara yang manakah yang haq dan yang manakah yang batil sehingga mereka berani untuk mengatakan apa sahaja, meletakkan larangan-larangan untuk menganjurkan kebaikan oleh orang yang jahil. Yang mana  mereka tidak dapat membezakan yang manakah yang buruk dan yang manakah yang baik.

Ketahuilah apa sahaja yang dilakukan oleh Para Ulama kita itu semuanya berlandaskan, merujuk kepada nas dan dalil. Yang mana sudah pastilah ianya mengikut syarak yang ditetapkan di dalam Agama. Diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam hadisnya "Ketika mana Baginda Rasulullah ï·º sedang duduk di biliknya.

Kemudian setelah itu Baginda Rasulullah ï·º keluar dari biliknya melihat ketika itu Para Sahabat yang sedang berkumpul, membuat halaqah maka Nabi ï·º menghampiri kepada mereka dan Baginda Rasulullah ï·º
bertanya "Apa yang kalian lakukan?" Mereka mengatakan "Kami berzikir kepada Allah, kami berselawat kepadamu Ya Rasulullah tidak lain adalah kerana kami bersyukur dengan nikmat Islam dan nikmat Iman yang diberikan oleh Allah  Ø³Ø¨Ø­Ø§Ù†Ù‡  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ dan bersyukur kerana kami dikurniakan Engkau sebagai Nabi kami".

Kata Baginda Rasulullah ï·º "Demi Allah. Adakah betul itu yang sebab kamu duduk-duduk bagi lakukan ini?" Kata Para Sahabat "Demi Allah. Tidak akan kami duduk-duduk kerana itu Ya Rasulullah."

Lalu Baginda Rasulullah ﷺ mengatakan "Tidaklah aku itu menyuruh kamu untuk bersumpah dan bertanya dengan pertanyaan seperti itu untuk menuduh kamu berbuat yang bukan-bukan. Akan tetapi bahawasanya sebentar tadi Jibril عليه السلام datang kepada aku dan menyampaikan sesungguhnya Allah sedang banggakan kalian di hadapan Para Malaikat-Nya."

Oleh kerana itu maka keluarlah daripada hukum-hukum dan pendapat bolehnya untuk kita berkumpul mengadakan majlis seumpama ini yang mana kita mengenang kepada insan yang cukup agung, insan yang banyak berjasa kepada kita.

Yang kalau tidak tanpa Baginda Rasulullah ï·º maka sudah tentu tiadanya orang yang menjadi orang Islam. Yang kalau tidak tanpa Baginda Rasulullah ï·º sudah tentu kita tidak dapat mengenal kepada Allah Ta'ala. Kita tidak akan tahu apakah itu Syurga dan apakah itu Neraka. Kalau tidak kerana Baginda Rasulullah ï·º sudah tentulah kehidupan manusia itu seperti binatang-binatang.

Dan disebabkan keberkatan Baginda Rasulullah ï·º maka kita menjadi sebaik-baik Ummat untuk mendapatkan kemuliaan yang tinggi daripada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ Kita menjadi sebaik-baik Ummat yang telah dipilih dikeranakan berkat Baginda Rasulullah ï·º.

#MutiaraKata[AL-MUHADDITH AL-ALLAMAH SYEIKH DR.MOHAMED IBRAHIM ABDUL BAITH AL-KATTANI AL-HASANI HAFIDZOHULLAH Yang Diterjemahkan oleh AL-HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH]

Antara pesanan Al-Muhaddith Al-Allamah Al-Syeikh Dr. Mohammed Ibrahim Abdul Baith Al-Kattani Hafidzohullah ketika hadir di Majlis Talim Darul Murtadza pada tahun 2014. Beliau mewasiatkan kepada kita semua 2 perkara :

1)Perkara pertama adalah hendaklah kita semua bersemangat untuk mencari ilmu yang bermanfaat dan berpegang teguh pada Para Ulama dan mengikhlaskan diri mencari ilmu dan menjadikan ilmu itu adalah tujuan dan bukan di perantara ataupun bukan mempunyai tujuan lain selain daripada memperkayakan diri dengan ilmu.

Bukan dengan ilmu kita pandai dalam berdialog bukan dengan ilmu kita mempunyai tujuan-tujuan selain daripada matlamat sebenar ilmu tersebut iaitu untuk kita mengamalkannya mendekatkan diri kita kepada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰
    
Sepertimana yang dikatakan bahawasanya ilmu tanpa amal adalah umpama perantara tanpa tujuan. Ada perantara tapi tak ada tujuan. Orang belajar ilmu tanpa amal ataupun amal tanpa ilmu adalah jenayah. Orang yang beramal tanpa ilmu maka orang itu adalah melakukan satu jenayah. Imam Al-Ghazali Rahimahullahu' Taala mengatakan "Ilmu tanpa amal adalah tidak waras atau gila. Adapun amal tanpa ilmu adalah tidak boleh. Jadi ianya mesti kedua-duanya diiringi dengan ilmu dan juga amal." Ingatlah asas kepada amal adalah Ilmu.

2)Perkara kedua adalah Syeikh berpesan supaya kita berusaha lebih untuk memperkayakan diri dengan ilmu. Menguasai akan ilmu. Bagaimanakah caranya? Caranya itu adalah dengan kita belajar bahasa Arab kerana itu adalah sebab utama untuk memperkaya diri kita dengan ilmu yang bermanfaat kerana bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran.

#MutiaraKata[AL-MUHADDITH AL-ALLAMAH AL-SYEIKH DR.MOHAMMED IBRAHIM ABDUL BAITH AL-KATTANI AL-HASANI HAFIDZOHULLAH Yang Diterjemahkan oleh AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN ABU BAKAR AL-HAMID HAFIDZOHULLAH]

Disebutkan di dalam hadis Imam Muslim dan Imam Bukhari di dalam kitab hadisnya dari Saidina Abu Hurairah Radhiyallahu'Anhu bahawasanya Nabi ï·º bersabda "Sesungguhnya Allah memiliki suatu kelompok Malaikat yang bertebaran di atas muka bumi ini yang mana tugasnya adalah mencari-cari orang yang berzikir. Apabila mereka menemukan sekelompok orang yang berzikir kepada Allah

Maka mereka saling menyeru "Kemarilah kepada apa yang kamu hajatkan." Lalu mereka yakni Para Malaikat mengelilingi, menaungi kepada orang-orang yang berzikir itu dengan sayap-sayap mereka hingga ke langit. Apabila orang itu telah berpisah, selesai daripada majlisnya maka Para Malaikat berpaling dan naik ke langit.

Maka bertanyalah Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ kepada Para Malaikat yang hakikatnya Allah sudah mengetahui akan segala-galanya tetapi Allah tetap bertanya kepada Para Malaikat tanda Kekuasaan dan Kebesaran Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰

Allah  Ø³Ø¨Ø­Ø§Ù†Ù‡  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ berfirman "Dari manakah kalian semua?" Malaikat berkata "Kami datang dari sekelompok hamba-Mu di bumi. Mereka bertasbih, bertakbir dan bertahlil kepada-Mu." Allah berfirman "Apakah mereka pernah melihat-Ku?" Malaikat berkata "Tidak pernah." Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰
 berfirman "Seandainya mereka pernah melihat-Ku?"

Kata Malaikat "Ya Allah. Andai mereka pernah melihat-Mu nescaya mereka akan lebih meningkatkan ibadahnya kepada-Mu, lebih bersemangat memuji-Mu dan lebih banyak bertasbih kepada-Mu." Lalu Allah berfirman lagi "Apa yang mereka pinta pada-Ku?" Malaikat berkata "Mereka meminta Syurga kepada-Mu."

Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ berfirman "Apa mereka pernah melihat Syurga?" Kata Malaikat "Tidak pernah Ya Allah." Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ berfirman "Bagaimana kalau  mereka pernah melihatnya?" Jawab Malaikat "Andai mereka pernah melihatnya nescaya mereka akan semakin bersemangat terhadapnya, lebih ghairah untuk memintanya dan semakin besar keinginannya untuk memasukinya."

Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ berfirman "Dari hal apa mereka minta perlindungan?" Malaikat berkata "Dari Api Neraka-Mu Ya Allah." Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ berfirman "Apa mereka pernah melihat Neraka?" Malaikat berkata "Tidak pernah Ya Allah." Allah berfirman "Bagaimana kalau mereka pernah melihat Neraka?"

Malaikat berkata "Kalau mereka pernah melihatnya nescaya mereka akan sekuat tenaga menghindarkan diri darinya." Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ berfirman "Wahai Malaikat. Persaksikanlah bahawasanya Aku telah mengampuni mereka." Maka salah satu Malaikat mengatakan "Ya Allah. Di situ ada seseorang yang tidak termasuk ke dalam kelompok mereka.Dia datang semata-mata kerana ada keperluan lain bukan kerana-Mu. Apakah mereka akan diampuni juga?"

Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ berfirman "Dia juga termasuk mendapatkan pengampunan-Ku . Mereka  adalah satu kelompok di mana orang yang duduk bersama mereka tidak akan kecewa."

Ya Allah!! Mulianya majlis seumpama ini yang di dalamnya itu ada zikirullah mengingat kepada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰, ada dibacakan ayat Al-Quran,  membicarakan mengenai hukum hakam Allah dan mengenangkan kepada Baginda Rasulullah ï·º yang disebutkan mengenai sejarah sirah hidup akhlaknya Baginda Rasulullah ï·º yang terpuji.

Majlis yang sangat dimuliakan dan dibanggakan oleh Penghuni Langit. Oleh kerana itu, kita ini ingin mendapatkan kemuliaan di sisi Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰. Salah satu jalannya adalah dengan kita menghadiri majlis ilmu. Kenapa? Kerana dengan kita menghadiri majlis ilmu maka kita akan dapat semakin kenal akan Kebesaran dan Keagungan Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰.

Tidaklah kita dapat semua itu melainkan dengan kita beramal didasari dengan ilmu. Ilmu yang akan menyampaikan kita kepada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰. Ilmu yang membuatkan kita semakin rindu dan cinta kepada Allah dan juga kepada Baginda Rasululullah ï·º.

Tanpa ilmu kita tidak akan mengenal kepada Baginda Rasulullah ï·º. Hari ini kita lihat banyaknya usaha-usaha yang dilakukan untuk menjauhkan Ummat ini daripada Baginda Rasulullah ï·º. Diciptakan ikon-ikon yang bukan-bukan sehingga a ramainya orang yang terikut dan dijadikan idola.

Akhirnya minta maaf cakap betapa ramai orang yang tidak mengenali kepada Baginda Rasulullah ï·º sehingga mereka memandang Nabi ï·º itu sebagai insan yang biasa, tiada bezanya dengan manusia yang lainnya.

Janganlah kita menjadi seperti Abu Jahal yang memandang Nabi Muhammad ï·º sebagai seorang insan yang biasa. Yang mana sesungguhnya Abu Jahal itu tidak melihat kepada Baginda Rasulullah ï·º dengan pandangan yang takzim.

Akan tetapi dia melihat dan memandang Baginda Rasulullah ï·ºsebagai anak yatim yang dipelihara oleh Abu Talib dengan pandangan yang hina, merendahkan, diperlekehkan bukannya memandang Nabi ï·º dengan pandangan yang mulia dan hebat.

Sebaliknya berbeza pandangannya dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu'Anhu yang memandang Baginda Rasulullah ï·º dengan kemuliaan. Dengan memandang Nabi ï·º sebagai contoh tauladan. Apa sahaja yang dilakukan dan apa sahaja yang diperkatakan oleh Baginda Rasulullah ï·º diambil dan dijadikan contoh.

Demikianlah perbezaan pandangan dan penglihatan ini membawa kesan kepada orang yang memandang Baginda Rasulullah ï·º.

Zaman kita ini ada 2 golongan iaitu

1) Golongan yang memandang Nabi ï·º dengan kemuliaan, kehebatan, memandang Nabi ï·º dengan cinta sebagai tauladan dalam kehidupan.

2) Golongan yang kedua adalah golongan yang memandang Nabi ï·º dengan pandangan kemanusiaan, pandangan kelemahan, pandangan yang merendahkan Baginda Rasulullah ï·º.

Maka kesan pada orang-orang yang menolak kepada sunnah dan hadis Baginda Rasulullah ï·º darjatnya sama dengan Abu Jahal kerana memandang Nabi ï·º dengan pandangan yang merendahkan.

Akan tetapi bagi orang yang memandang Nabi ï·º dengan kemuliaan hati akan dinaikkan darjatnya, kedudukannya sepertimana  Para Sahabat Rasulullah ï·º.

Contohnya, melihat bagaimana Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu yang asalnya
memandang Nabi ï·º sebagai anak yatim yang dijaga oleh Abu Talib asalnya sehingga dia ingin membunuh kepada Baginda Rasulullah ï·º.

Akan tetapi, setelah Saidina Umar menukar pandangannya kepada Rasulullah ï·º
sebagai kekasihnya, orang yang dicintai dan orang yang dihormatinya. Ketika itu dia menjadi mulia sehingga kata Baginda Rasulullah ï·º "Saidina Umar itu syaitan pun takut dari bayangannya. Kalau lalu Saidina Umar pada satu lorong maka syaitan akan lalu dilorong yang lain." Naik darjatnya, kemuliaannnya sehinggakan syaitan pun takut kepada Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu.

Naik darjatnya, kemuliaannnya sehinggakan syaitan pun takut kepada Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu. Yang pada asalnya Saidina Umar ini adalah orang yang paling memusuhi kepada Nabi ï·º sehingga beliau akan menyekat dakwahnya Baginda Rasulullah ï·º.

Akan tetapi setelah beliau mula mengenali kepada Baginda Rasulullah ï·º, selalu bersama Baginda Rasulullah ï·º, melihatkan akan keindahan akhlaknya Baginda Rasulullah ï·º akhirnya tiada manusia yang beliau lebih kasihi melebihi kasih sayang, cintanya kepada Baginda Rasulullah ï·º.

Ini adalah kesan tatkala seseorang itu betul-betul dapat mengenal kepada insan agung, insan yang dimuliakan oleh Allah Ta'ala iaitu Baginda Rasulullah ï·º maka percaya dan yakinlah bahawa tidak kira sesiapa pun hatta kepada ahli maksiat sekalipun.

Apabila dia dapat mengenali akan keistimewaannya Baginda Rasulullah ï·º, keindahan akhlak Baginda Rasulullah ï·º maka pasti dia akan jatuh cinta dan pasti akan mengubah kehidupannya mengikut orang yang ia cintai itu.

Ketahuilah bahawasanya kenalnya kita kepada Baginda Rasulullah ï·º dan cintanya kita kepada Baginda Rasulullah ï·º itu akan menyampaikan kita dan melayakkan seseorang itu untuk mendapatkan cintanya Allah dan kenalnya dia kepada Allah.

Oleh kerana itu, marilah kita bersama-sama mengajak diri kita, ahli kerabat kita, sahabat andai kita untuk bersama-sama menghadiri majlis-majlis ilmu, majlis zikir dan majlis-majlis kebaikan yang mana kita inginkan  hadirnya kita dari majlis ke majlis itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kita semakin dekat kepada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰.

Janganlah kita hadir di majlis seumpama ini hanya sekadar ingin mengambil keberkatan sahaja dan untuk mendengar sahaja. Na'am memang kita inginkan keberkatan majlis tersebut tetapi yang lebih besar dan penting daripada itu adalah bagaimana keadaan kita setelah kita pulang ke rumah kita masing-masing.

Adakah kita ini semakin bertambah baik ataupun sebaliknya? Kita ingin mendapatkan kebaikan yang besar daripada majlis-majlis yang kita hadiri yang mana kita menginginkan kesan yang positif di dalam kehidupan kita.

Sentiasalah kita untuk memperbetulkan niat-niat kita tatkala kita menghadiri majlis-majlis ilmu dan melakukan amal kebaikan. Ilmu yang kita perolehi itu hendaklah kita amalkan dan sampaikan dikeranakan buah hasil kepada ilmu itu adalah adalah amal. Kita beramal dan kita menyampaikan kepada orang lain untuk sama-sama mendapatkan kebaikan.

#MutiaraKata[AL-HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH]

SEMOGA ALLAH TA'ALA MENGURNIAKAN KEPADA DIRI KITA FUTUH (PEMBUKAAN) UNTUK KITA MENGENAL ALLAH TA'ALA DAN BAGINDA RASULULLAH YANG MANA MUDAH-MUDAHAN DENGAN KERANA ITU KITA AKAN SEMAKIN BERSEMANGAT UNTUK NAK MELAKUKAN AMAL KEBAIKAN, MENCONTOHI AKHLAK MENGIKUTI KEPADA BAGINDA RASULULLAH DAN HATI KITA SEMAKIN RINDU KEPADA ALLAH TA'ALA DAN TAK SABAR-SABAR NAK KEMBALI BERTEMU DENGAN-NYA.

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN

SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA

#JomKitaMuhasabahDiri
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#JomKitaBeramalDenganIlmu
#JomKitaSebarkanKebaikan
#JomJagaAdabDanAkhlakKita
#JomTingkatkanKetaqwaanKita
#OrangYangMuliaDiSisiAllahAdalahMerekaYangPalingBertaqwa
#JomKitaBersihkanHatiKita
#JomKitaBerzikirDanBerselawat
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaJagaSolatBerjemaah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#UbatBagiHatiAdalahIlmu
#JomKitaDekatkanDiriDenganParaUlamaDanSolihin
#MengambilIlmuSecaraBersanadBertalaqqiMendapatkanIlmuYangBarokahYangBermanfaat
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#JomKitaSalingIngatMengingatkan
#SemogaMendatangkanManfaatKepadaSemuaYangMembacanya

Friday, February 12, 2016

Kiamat menurut Agama islam

Kiamat menurut Agama islam di tandai dgn beberapa petanda. Kita boleh baca novel sampai bribu2 muka surat x kan xbleh baca 5 mnit pnya masa untuk ini...
          - Kemunculan Imam Mahdi
          
          - Kemunculan Dajjal
          
          - Turunnya Nabi Isa (AS) 
          
          - Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
          
          - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
          
          - Pintu pengampunan akan ditutup
          
          - Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
          
          - Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
          
          - Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
          
          - Pemusnahan/runtuhnya Kabah
          
          - Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
          
          - Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
          
          - Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
          
          Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
          "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku  buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
          
          Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang  terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.
          
          Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
          
          Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya mmikirkan duniawi drpda akhirat.          Kerugian meninggalkn solat:
          Subuh:
          Cahaya wajah akan pudar.
          Zuhur:
          Berkat pendapatan akan hilang.
          Asar:
          Kesihatan mulai terganggu.
          Maghrib:
          Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
          Isya': 
          Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
          Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama
          Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)
          
          Nasihat Kubur:          ..
          
          1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
          
          2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM ..
          
          3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca .. AL-QUR'AN.
          
          4). Aku adalah tempatnya binatang2 .. yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
          
          5). Aku yg menyepitmu hingga hancur  bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT 
          
          6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, .. bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
          
          7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
          
          Kirim .. ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
          Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
          Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
          Saat kamu membacanya, ia gelisah.
          Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
          Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke.
          Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.
          Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.
          
          Syaitan berbisik;
          "SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pown, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...
          
          Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda  
#sebarkan dengan hati yang ikhlas ..

TUNTUTLAH ILMU AGAMA,HADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU D

TUNTUTLAH ILMU AGAMA,HADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU DAN BERAMAL DENGAN ILMU NESCAYA ALLAH TAALA AKAN PERMUDAHKAN
BAGINYA JALAN MENUJU KE SYURGA

Baginda Nabi ï·º bersabda "Barangsiapa yang menempuh suatu jalan bertujuan untuk mencari ilmu agama maka dengan perjalannya dia untuk menuntut ilmu ke suatu tempat, Allah Taala akan permudahkan baginya jalan menuju ke Syurga."

Jika ditanya kepada setiap orang. Adakah mereka ingin masuk ke Syurga ataupun ke Neraka? Jawapannya pasti tidak ada seorang pun yang akan berkata ingin masuk ke dalam Neraka. Semuanya ingin dimasukkan ke dalam Syurga.

Sepertimana yang dikatakan oleh Al-Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad "Tiada satu pun manusia yang dapat masuk ke Syurga melainkan dia melewati 5 fasa masa.

1)Alam Roh

2)Alam Dunia

3)Alam Barzakh

4)Alam Mahsyar

5)Alam Akhirat. Alam di mana manusia akan dikekalkan buat selama-lamanya. Adakah dia termasuk ke dalam Syurga ataupun masuk Neraka Allah.

Maka orang yang menuntut ilmu akan dipermudahkan oleh Allah  Ø³Ø¨Ø­Ø§Ù†Ù‡ وتعالى untuk menempuh jalan-jalan yang jauh ini untuk menuju Syurganya Allah. Di mana ketika semasa hidupnya di dunia. Ciri-ciri orang yang akan menjadi Penghuni Syurga ini adalah orang yang taat dan bertaqwa kepada Allah.

Dan orang yang menuntut ilmu akan diiring dan dibawa kepada jalan ketaatan kepada Allah dan juga jalan ketaqwaan kepada Allah yang mana ia akan membawa menuju ke Syurga Allah. Jangan ingat semua orang yang solat itu semuanya adalah orang yang bertaqwa kepada Allah. Tidak!!!! Apatah lagi kalau orang yang tak solat. Tidak semua orang yang solat itu akan mendapat jaminan Syurga.

Di dalam Al-Quran Allah berfirman "Celakalah bagi mereka yakni orang-orang yang solat. Yang mana mereka melaksanakan solat tapi lalai dalam mengingati Allah di dalam solatnya." Sebab apa? Kerana orang yang beramal tanpa didasari dengan ilmu maka tidak akan dinilai di sisi Allah Taala amal ibadahnya. Begitu jugalah dengan ibadah-ibadah yang lainnya.

Imam Hasan Al-Basri Rahimahullah menyebutkan "Setiap solat yang dilakukan oleh seseorang hamba itu yang mana dia tidak khusyuk di dalam solatnya maka ia akan menghantarnya kepada seksa Allah lagi cepat berbanding redha Allah سبحانه وتعالى.

Hal sedemikian tidak akan diketahuinya melainkan seseorang itu mempelajari ilmu agama. Sebab itu orang-orang yang beribadah didasari dengan ilmu maka ibadahnya akan menghantarnya ke jalan menuju Syurga Allah سبحانه وتعالى.

Sebaliknya orang-orang yang beribadah tanpa didasari dengan ilmu (sekadar ikut-ikutan) maka ibadahnya itu bukan menghantarnya ke Syurga tetapi menghantar dia ke Api Neraka Allah سبحانه وتعالى.

Berkata Para Ulama "Barangsiapa yang beribadah tanpa didasari dengan ilmu maka amal ibadahnya tertolak, tidak diterima oleh Allah سبحانه وتعالى. Hanya menjadi sia-sia sahaja." Sepertimana Baginda Nabi ﷺ mengatakan "Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi apa yang dia dapat hanyalah lapar dan dahaga sahaja."

Ketika seseorang itu beribadah didasari dengan ilmu maka dia dapat melaksanakan ibadah tersebut sesuai dengan apa yang diinginkan oleh Allah Taala sehingga kehidupannya semasa di dunia sentiasa diisi dengan ibadah kepada Allah yang mana didasari dengan ilmu agama.

Selepas alam dunia yakni alam barzakh. Setiap manusia pasti akan mengalami kematian. Tiada seorang pun yang akan dapat mengelakkan diri daripada kematian. Sepertimana yang dikatakan oleh Baginda Nabi ï·º "Sesungguhnya kematian itu terdapat sakaratul maut yang mana sakitnya itu melebihi daripada 70 kali tikaman pedang."

Kalau kita jari kita terhiris dengan pisau itu pun kita sudah terasa sakitnya. Bayangkan ketika mana di saat Sakaratul Maut. Akan tetapi kita melihat ada sebahagian orang yang mana mereka mati dalam keadaan yang begitu mudah seperti tidak merasa sakitnya sakaratul maut ini. Mereka ini adalah mereka yang hidupnya penuh ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah Taala.

Apabila di Alam Barzakh maka setiap orang akan ditanya di soal oleh Malaikat. Pada masa itu tidak ada seorang pun yang boleh menghafal jawapannya dengan menggunakan kebijaksanaan akal fikirannya. Akan tetapi amal perbuatan ia yang akan menolongnya.

Orang-orang sentiasa menuntut ilmu agama dan mengamalkannya maka dia akan dipermudahkan oleh Allah semasa dia menjawab soalan daripada Malaikat Mungkar dan Nangkir sehingga dia ketika di Alam Barzakh mendapatkan rahmat dan nikmat daripada Allah  Ø³Ø¨Ø­Ø§Ù†Ù‡ وتعالى.

Begitu juga ketika masuk ke Alam ke-4 iaitu Alam Mahsyar yang mana dihimpunkan semua manusia, jin-jin dan Para Malaikat berbaris pada ketika itu. Disaat itu Allah menurunkan matahari sehingga hampir mendekati manusia hanya satu jengkal di atas kepala manusia. Allah menggambarkan kehebatan Alam Mahsyar ini bagaimana dahsyatnya keadaan pada waktu itu. Di mana semua manusia dan makhluk Allah akan menunggu.

Disebutkan nanti di waktu itu dahsyatnya sehingga ada sebahagian orang yang keringatnya sampai kepada buku lali, ada yang sampai ke lutut dan ada sebahagian orang yang mana tenggelam terus dengan air peluh/keringat yang dirasai pada ketika itu.

Semakin banyak dosa dan kemaksiatan yang dia buat, dia lakukan  kepada Allah maka semakin besar pula apa yang bakal dia hadapi ketika di Padang Mahsyar. Melainkan orang-orang yang dikehendaki oleh Allah.

Baginda Nabi ï·º menyebutkan "Ada 7 golongan yang Allah akan menaunginya di mana tiada naungan melainkan naungan daripadaNya sehingga dia tidak merasakan panasnya matahari yang sangat-sangat terik pada waktu itu."

Di antaranya adalah seseorang yang hatinya terpaut, terikat dengan Rumah-Rumah Allah yakni Masjid. Apabila ketika di dunia dia selalu istiqomah datang ke Masjid untuk menghadiri majlis-majlis ilmu. Apabila azan berkumandang dia segera menyahut panggilan azan tersebut dengan pergi berjemaah di masjid.

Kata Para Ulama apakah ciri-ciri orang-orang yang betul-betul terpaut hatinya dengan masjid? Dikatakan apabila dia selesai daripada solatnya di dalam masjid. Setelah itu dia pulang ke rumah ataupun meneruskan pekerjaannya melakukan perkara-perkara yang lainnya. Apa yang dia fikirkan adalah bila lagi dia akan pergi ke masjid untuk mendirikan solat. Tidak sabar menunggu waktu solat kerana hatinya berasa seronok berada di dalam Rumah Allah tempat turunnya rahmat Allah mencurah-curah.

Ini adalah salah satu daripada 7 golongan hamba-hamba yang akan mendapat naungan Allah kelak. Janji Baginda Nabi ï·º adalah orang yang sentiasa menuntut ilmu semasa hidupnya maka Allah akan permudahkan untuk dia jalan menuju ke Syurga.

Maknanya ketika di Alam Mahsyar sebelum dia masuk ke dalam Syurga Allah akan permudahkan urusannya di sana baik ketika dihisab. Di dalam Mizan. Apabila ditimbang amalan perbuatan maka Allah akan permudahkan urusannya. Bilamana dia melewati titian sirat untuk menuju ke Syurga maka Allah akan permudahkan.

Setiap manusia pasti akan melalui titian sirat ini yang mana sifatnya itu jambatan yang terbentang di antara tepi 2 Neraka Jahanam yang mana luasnya lagi kecil dan halus daripada rambut. Lagi tajam daripada pedang. Kemudian dikatakan lagi panjangnya 1 000 tahun mendaki,
1 000 perjalanan mendatar, 1 000 perjalanan menurun. Maknanya 3 000 tahun perjalanannya jauhnya.

Akan tetapi di situ sepertimana yang diberitahu oleh Baginda Nabi ï·º kepada kita semua iaitu "Ada sebahagian orang yang akan melalui titian sirat tersebut semacam kilat yang menyambar. Apabila dia berpijak terus sampai ke Syurga Allah. Ini paling laju.

Ada sebahagian orang yang melalui titian sirat tersebut semacam angin yang bertiup. Cepat!! Ada sebahagian lagi ada semacam orang yang berlari walaupun berlari memerlukan masa yang lama. Akan tetapi sekiranya dia mendapatkan pertolongan Allah walaupun mereka berlari mngambil masa yang agak panjang yang penting sampai, tak terjatuh terjerumus ke dalam Api Neraka. Ada sebahagian lagi yang berjalan kaki dan ada yang merangkak-rangkak untuk melalui jambatan itu.

Yang kekadang dia terjatuh dan kembali bangkit untuk melaluinya dan ada yang terus terjerumus jatuh ke dalam Api Neraka tidak berjaya melalui titian sirat tersebut. Ini menandakan gambaran amal ibadah seseorang itu ketika di dunia.

Orang-orang yang sentiasa menuntut ilmu agama dan mengamalkannya. Baginda Nabi ï·º memberikan satu khabar yang gembira bahawa Allah akan permudahkan dia untuk menuju ke Syurga.

Mungkin ketika di Padang Mahsyar itu seseorang itu akan menghadapi mendapat kesulitan. Mungkin amal ibadahnya dengan perbuatan dosanya berimbangan lebih kurang sama berat sehingga ketentuan dia untuk dimasukkan ke dalam Syurga ataupun Neraka.

Pada saat itu Allah mengatakan "Ilmu yang dahulu dia cari maka ilmunya akan memberikan timbangan yang sangat berat sehingga ianya lebih berat daripada dosa-dosanya.

Dan apa-apa pun yang dihadapi oleh seseorang ketika di dunia di mana dia menghabiskan masanya untuk mencari ilmu dan mengamalkan ilmu tersebut maka ianya akan menghantarnya kepada Syurganya Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰.
    
#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ ALI ZAINAL ABIDIN HAFIDZOHULLAH MADRASAH AT-TAZKIYAH]

Marilah kita semua bersama-sama menuntut ilmu, mempelajari ilmu agama. Tidak kira kita ini orang yang muda ke mahupun orang yang sudah lanjut usianya ke maka kita niatkan dalam diri kita masing-masing "Selagi aku masih lagi hidup, Selagi itu aku akan terus menuntut ilmu, menghadiri majlis-majlis ilmu dan mendekatkan diri dengan Para Ulama."

Jangan pernah kita merasa bosan, jemu dan malas untuk menghadiri majlis ilmu dikeranakan terlalu banyak kelebihan, faedah dan manfaat yang disediakan dan dijanjikan oleh Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ untuk nak diberikan kepada hamba-Nya yang terpilih itu. Bersyukurlah kita setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat-Nya tatkala Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ masih memilih diri kita yang penuh dosa dan kemaksiatan ini untuk terus nak diberikan kebaikan untuk menjadi Tetamu Istimewa Allah menghadiri majlis ilmu dan berada di dalam Rumah Allah tempat yang paling dicintai-Nya.

Sedang kita akui dan kita sedari bahawasanya diri kita ini seringkali lupa, leka dan lalai daripada mengingati kepada-Nya. Kita semua pasti akan mengatakan kita cinta Allah, kita cinta Rasul dan kita ingin kembali ke Negeri Akhirat yang kekal selama-lamanya. Akan tetapi hakikatnya di dalam hati kita ini penuh dengan kecintaan yang bukan-bukan yang sehingga membuatkan hati kita ini terhijab daripada melihat, merasai dan menjiwai akan kebesaran Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ dan kita terhalang daripada melakukan amal-amal yang akan mengundang keredhaan Allah.

Yang walaupun mungkin ada di antara kita akan katakan "Saya tahu mengenai perkara sekian. Saya dah tahu dah. Saya dah pernah dengar dah. Saya tahu akan kelebihan fadhilat amalan sekian. Saya tahu sunnah-sunnah ini." Dia ada ilmu, dia mengetahui akan semua itu tapi dikeranakan hati ini yang penuh dengan cinta yang bukan-bukan akhirnya hati ini terhijab dan terhalang untuk beramal dikeranakan hatinya yang sedang berpenyakit, gelap, keras hatta sehingga membawa kepada hati yang mati.

Oleh kerana itu kita ingin menyuburkan kembali cinta kita ini. Kita ingin menghidupkan kembali hati kita ini. Bagaimana caranya? Caranya dengan kita membersihkan hati-hati kita ini dengan kita menghadiri majlis-majlis ilmu, kita selalu bercampur dan bergaul dengan Para Ulama dan orang-orang soleh yang mana tatkala kita bersama mereka maka hati kita ini akan dicuci, dibersihkan dan dihidupkan oleh Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ dengan cahaya yang ada pada hati mereka orang-orang yang dekat dengan Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ yang mempunyai hubungan secara khusus dengan Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰.

Tatapan wajahnya sahaja akan menghidupkan hati kita. Apatah lagi apabila mereka mula menyampaikan mutiara-mutiara ilmu, kata-kata nasihat yang pasti akan membuatkan hati kita kembali bergetar dan sedar seterusnya membuatkan kita mengingati kepada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰

Apabila hati kita ini selalu dihantar untuk nak dibersihkan maka sedikit demi sedikit Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ akan memudahkan untuk kita ini kembali menyuburkan cinta kita kepada Allah  Ø³Ø¨Ø­Ø§Ù†Ù‡  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ dan juga kepada Baginda Rasulullah ï·º dan hati kita akan mula merasakan perasaan rindu dan tak sabar untuk kembali kepada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰.

Kita akan dipermudahkan untuk beramal dan akan dibukakan kepada seseorang itu jalan seluas-luasnya untuk dirinya sampai kepada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ dan mengenal kepada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ dengan apa-apa cara kebaikan sekalipun baik itu perkara yang ibadah seperti zikirnya, bacaan Al-Qurannya, selawatnya, solatnya dan sebagainya hatta kepada perkara-perkara yang harus pun semuanya akan membawanya menjadi ibadah kepada Allah.

Untuk seseorang itu mengenal kepada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰  untuk sampai kepada Allah pertama sekali mestilah dengan ilmu. Yang mana ilmu yang diketahui itu apabila diamalkan maka Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ akan mengajarkan kepada dirinya apa yang ia tidak ketahui sehingga dirinya akan mengetahui dirinya adalah hamba dan Allah itu adalah Tuhan kepada hamba. Dia akan selalu merasakan kebesaran Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ di dalam dirinya dan akan timbul dan lahirlah perasaan takut dan berharap kepada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰.
    
Oleh itu marilah kita menuntut ilmu. Hadirlah majlis-majlis ilmu dan mengamalkan ilmu yang kita perolehi itu agar supaya kita dapat kembali kepada Allah dengan hati yang aman dan sejahtera seterusnya memudahkan kita untuk menuju ke Syurganya Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰.

Dan marilah kita memperbaiki dan mencantikkan lagi ibadah kita khususnya ibadah solat kita dikeranakan di dalam solat ini ada segala-galanya yang kita inginkan. Marilah kita bersungguh-sungguh menjaga ibadah solat fardhu kita dengan kita solat secara berjemaah lagi-lagi waktu subuh dan isyak kerana di antara sifat orang munafik itu disebutkan adalah mereka yang susah dan tak suka solat subuh dan isyak berjemaah.

Jadi kita takut dan tak nak kalau diri kita ini digolongkan bersama dengan golongan munafik kelak. Yang mana mereka ini adalah golongan yang akan kekal selama-lamanya di dalam Api Neraka Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰. Oleh kerana itu, marilah kita bersama-sama. Saya mengajak diri saya dan semua saudara-saudara SeIslam untuk kita sama-sama berusaha bersungguh-sungguh untuk kita cuba mendirikan solat fardhu 5 waktu secara berjemaah di masjid ataupun juga surau tidak kira di mana-mana pun kita berada.

Berjemaahlah walaupun sekali sehari untuk permulaan. Setelah itu cuba dipertingkatkan lagi untuk diri kita ini nak sentiasa solat berjemaah di masjid sehinggalah lama-kelamaannya hati kita terikat dengan masjid tak sabar-sabar nak ke masjid setiap harinya. Alangkah ruginya kita ini kalau seandainya kita langsung tiada masa untuk menunaikan solat fardhu secara berjemaah di masjid walaupun minimum sekali sehari.

Janganlah kita memberikan alasan mengatakan kita sibuk, kita tiada masa dan sebagainya dikeranakan Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰ hanya memanggil kita setiap kali 5 kali dalam sehari. Panggilan yang teristimewa yang diserukan kepada kita adalah solat. Kalau seandainya itu pun kita masih lagi berat dan susah untuk melaksanakannya maka alangkah tidak beradabnya kita kepada Allah   سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰.

Ibadah solat yang daripada 50 waktu dikurangkan kepada 5 waktu sahaja kepada kita Ummat Nabi Muhammad ï·º itu adalah suatu kurniaan, nikmat dan anugerah yang sangat besar diberikan oleh Allah kepada kita. Jadi janganlah kita sampai tak nak solat dan mengambil mudah mengenai ibadah solat kita ini dikeranakan perkara pertama yang akan dihisab kelak adalah solat kita.

Macam mana kita nak selamat di sana kalau seandainya ketika hidup kita di dunia ini pun kita masih lagi malas , terasa berat dan tak nak solat. Yang akan meneliti setiap amalan kita itu adalah Yang Maha Teliti. Tidak kira sekecil apa pun dosa yang kita lakukan pasti akan diberikan balasan oleh Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰. Begitu juga sekecil apa pun kebaikan yang kita kerjakan. Semua itu pasti akan diteliti dan diberikan ganjaran pahala kebaikan dan azab sesuai dengan kerja yang diusahakannya.

Tuntutlah ilmu, cepat-cepatlah kita mengerjakan amal ketaatan kepada Allah سبحانه  ÙˆØªØ¹Ø§Ù„Ù‰. Jangan kita menangguh-nangguh untuk beramal, kita tunggu di saat usia tua kerana kita tidak tahu bilakah masanya kematian akan menjemput kita.

Ingatlah apabila datangnya perasaan malas untuk kita nak menghadiri majlis ilmu dan mengerjakan amal ketaatan maka selalu ingatkan dalam diri kita ini akan ganjaran pahala kebaikan yang akan menyampaikan ke Syurga Allah dan janji-janji Allah akan azab dan seksaan yang disediakan di dalam Api Neraka serta
kematian dan alam-alam yang bakal kita tempuhi kelak agar kita sentiasa bersedia untuk menyediakan bekalan yang secukupnya InshaAllah.

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN

SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA

#JomKitaMuhasabahDiri
#HidayahItuMilikAllah
#MahalnyaNilaiImanDanYakin
#BersyukurlahDenganNikmatYangDiberikanAllahKepadaKita
#IkatlahNikmatItuDenganKitaBeramal
#JomTingkatkanKetaqwaanKita
#OrangYangMuliaDiSisiAllahAdalahMerekaYangPalingBertaqwa
#JomHidupkanMalamJumaatDenganIbadah
#MalamJumaatDanHariJumaatAdalahHariYangManaBesarFadhilatnyaRugiKitaTakManfaatkanWaktuIni
#JomKitaBersihkanHatiKita
#JomKitaBerzikirDanBerselawat
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaJagaSolatBerjemaah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#UbatBagiHatiAdalahIlmu
#JomKitaDekatkanDiriDenganParaUlamaDanSolihin
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisanTidakSamaSepertiYangAsal
#ApaYangBermanfaatItuAmbillah
#YangSalahSilapHarapDimaafkan
#JomKitaSalingIngatMengingatkan
#SemogaMendatangkanManfaatKepadaSemuaYangMembacanya