Thursday, February 25, 2016

MEMERANGI SIFAT "ANANIAH" IAITU SIFAT "EGOIS",

MEMERANGI SIFAT "ANANIAH" IAITU SIFAT "EGOIS", SIFAT "KEAKUAN", SIFAT MERASAKAN DIRINYA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN DENGAN SIFAT "TAWADHUK" DAN JUGA SIFAT "ITSAR" YAKNI MENDAHULUKAN ORANG LAIN SEBELUM DIRINYA

Perkara yang pertama sekali di dalam kita bermujahadah melawan nafsu kita adalah untuk memerangi "ananiah" iaitu ego kita. Sifat ananiah ini adalah sifat yang mana seseorang itu merasakan dirinya lebih baik, lebih mulia, lebih hebat daripada orang lain. Sifat ini adalah sifat yang sangat tercela dikeranakan inilah sifat utama iblis laknatullah

Sifat di mana disebabkan oleh kesombongan di dalam hati. Sepertimana syaitan yang sombong ketika mana di suruh oleh Allah سبحانه  وتعالى untuk sujud kepada Nabi Adam عليه السلام. Syaitan mengatakan "Tak mahu kerana aku lebih baik daripada Nabi Adam عليه السلام." Maka disebabkan itulah Allah menghalaunya daripada Syurga Allah سبحانه  وتعالى.

Sifat "ananiah" ini adalah sifat syaitan. Oleh kerana itu, hendaklah seseorang itu menjauhnya dengan dia mengambil sifat yang berlawanan dengannya iaitu sifat kemanusian iaitu sifat saling tolong-menolong di antara satu sama lain untuk menyatukan manusia di dalam jalan Allah سبحانه  وتعالى.

Mengambil sifat "itsar" yakni sifat mengutamakan orang lain berbanding dirinya kerana Allah سبحانه  وتعالى. Apabila tersemailah di dalam diri seseorang itu sifat tawadhuk maka akan hilanglah daripada orang itu sifat ananiah. Sifat ananiah ini adalah lahir daripada sifat sombong. Dan sifat sombong ini lahir daripada sifat ujub.

Sifat ujub ini adalah sifat merasa bangga diri. Merasakan semuanya adalah datang daripada dirinya bukannya datang daripada Allah سبحانه  وتعالى. Contohnya sepertimana seseorang yang mempunyai harta kekayaan. Dia merasakan hartanya itu adalah hasil titik peluhnya sendiri "Aku kaya sebab aku bekerja keras, aku yang kumpul semua ini". Dia menisbahkan semuanya adalah hasil dirinya sendiri bukannya datang daripada Allah سبحانه  وتعالى.

Begitu juga seseorang yang mempunyai ilmu. Apabila seseorang itu merasakan dirinya mempunyai ilmu, menjadi pandai disebabkan hasil kepandaian dirinya sendiri tanpa menisbahkan kepada Allah maka dia telah terkena penyakit ujub.

Untuk mengubati kepada penyakit ujub ini. Pertama sekali yang perlu seseorang itu lakukan adalah dia melihat setiap nikmat yang dia perolehi itu semuanya adalah datang daripada Allah سبحانه  وتعالى bukannya datang daripada dirinya.
    
Apabila seseorang itu menisbahkan segala nikmat yang dia perolehi baik itu harta kekayaannya, jawatan, pangkatnya, ilmunya dan sebagainya kepada Allah سبحانه  وتعالى maka sudah tentu dia akan bersyukur kepada Allah سبحانه  وتعالى dan dia akan terselamat daripada penyakit hati ini.

Kerana sekiranya sesuatu nikmat yang manusia perolehi itu tidak disyukuri maka kadang-kalanya ianya akan ditarik oleh Allah سبحانه  وتعالى. Mungkin apa yang dia miliki itu akan diambil orang lain ataupun dicuri orang lain dan sebagainya. Oleh kerana itu hendaklah kita selalu bersyukur kepada Allah سبحانه  وتعالى
agar nikmat yang kita perolehi itu sentiasa ditambah oleh Allah dan tidak diambil, ditukarkan oleh Allah سبحانه  وتعالى.

Seorang mukmin itu apabila dia mendapat nikmat hendaklah dia bersyukur kepada Allah  سبحانه  وتعالى dan yakin di dalam hatinya bahawasanya nikmat yang dia dapat itu bukanlah datang daripada dirinya sendiri ataupun daripada orang lain tetapi ianya adalah datang daripada Allah سبحانه  وتعالى.

Jangan sesekali kita menjadi sepertimana orang kafir yang mana mereka melihat segala nikmat yang mereka perolehi itu adalah datang daripada usaha dirinya sendiri bukannya daripada Allah maka disebabkan itu mereka tidak akan bersyukur kepada Allah سبحانه  وتعالى.

Apabila hilang sifat ananiah daripada diri seseorang itu maka dia akan lihat bahawa segala nikmat itu adalah datang daripada Allah سبحانه  وتعالى
dan dia akan sentiasa membasahi lisannya dengan ucapan syukur "Alhamdullilah" kepada Allah      سبحانه  وتعالى dan dia akan berusaha sedaya upayanya menggunakan segala nikmat yang dia perolehi itu untuk melakukan amal ketaatan untuk dia meraih keredhaan Allah سبحانه  وتعالى.

Sifat opposite daripada sifat "ananiah" ini adalah sifat "itsar" iaitu sifat mengutamakan, mendahulukan kepada orang lain berbanding dirinya sendiri. Inilah sifat yang dimiliki oleh Nabi Muhammad ﷺ dan juga diwarisi oleh Para Sahabat Baginda ﷺ.

Diriwayatkan di dalam suatu peperangan Yarmuk mengenai kisah 3 Sahabat Nabi Muhammad ﷺ yang mati syahid yang mereka bertiga mengutamakan kepada sahabatnya yang lain. Mereka itu adalah Saidina Ikrimah Bin Abu Jahal Radhiyallahu'Anhu, Saidina Al-Harith Bin Hisyam Radhiyallahu'Anhu dan Saidina Ayyasy Bin Abu Rabiah Radhiyallahu'Anhu.

Ini adalah suatu kisah yang sangat menakjubkan yang mana mereka ini mengutamakan sahabatnya lebih daripada diri mereka sendiri. Setelah berakhirnya peperangan di medan Yarmuk maka ada sebahagian Para Sahabat yang pergi kepada Para Sahabat yang lain yang mana mereka ini dalam keadaan cedera parah.

Lalu ada 3 orang Sahabat Nabi ﷺ yang dalam keletihan, cedera parah dan kehausan serta dalam keadaan kritikal maka datanglah seseorang yang ingin memberikan air kepada salah seorang di antara mereka bertiga ini. Ketika air hendak diberikan kepada Saidina  Al-Harith Bin Hasyim Radhiyallahu'Anhu maka beliau melihat kepada Saidina Ikrimah Bin Abu Jahal Radhiyallahu'Anhu yang sedang kehausan dan sangat memerlukan maka dia mengatakan "Berikan air ini kepadanya."

Lalu orang itu pun beralih kepada Saidina Ikrimah Radhiyallahu'Anhu untuk diberikan air kepadanya. Ketika Saidina Ikrimah ingin meminumnya maka beliau melihat pula kepada Saidina Ayyasy Bin Abu Rabiah Radhiyallahu'Anhu yang kelihatan lebih memerlukan air tersebut berbanding beliau maka dia mengatakan "Berikan air ini kepadanya."

Dalam riwayat yang lain disebutkan apabila air ingin diberikan kepada orang yang ketiga maka orang yang ketiga itu mendengar pul ada orang yang keempat yang lagi memerlukan air daripada dirinya. Maka pergilah orang yang membawa air kepada orang yang keempat itu. Akan tetapi setelah tiba kepada orang yang keempat itu untuk diberikan minum air maka orang itu pun meninggal dunia.

Maka orang yang membawa air pun cepat-cepat kembali kepada orang yang ketiga itu untuk diberikan minuman tetapi Saidina Ayyasy Bin Abu Rabiah Radhiyallahu'Anhu juga didapati telah meninggal dunia. Begitu jugalah yang terjadi kepada Saidina Ikrimah Bin Abu Jahal Radhiyallahu'Anhu dan juga Saidina Al-Harith Bin Hasyim Radhiyallahu'Anhu yang mana mereka ini telah didapati meninggal dunia gugur syahid kembali kepada Allah سبحانه  وتعالى sebelum sempat untuk diberikan air minuman.

Akhirnya orang yang membawa air itu kembali ke khemah tanpa air yang dibawanya itu berkurangan diberikan kepada sesiapa pun dikeranakan 3 orang Sahabat Nabi Muhammad ﷺ telah didapati gugur syahid kerana mereka mengutamakan kepada sahabatnya yang lain. Inilah sifat "itsar" yang diamalkan oleh Para Sahabat Radhiyallahu'Anhum Ajmain yang mana mereka mengutamakan kepada orang lain walaupun dalam keadaan mereka sangat memerlukan.

Inilah sifat kaum mukminin yang sebenarnya iaitu sentiasa mengutamakan kepada orang lain berbanding keperluan dirinya sendiri. Dan sebenarnya kita yang berada di akhir zaman ini lebih berhajat kepada sifat "itsar" ini dikeranakan syaitan pada hari ini telah menjadikan manusia itu bersifat sebaliknya iaitu lebih mementingkan kepentingan diri sendiri berbanding orang lain.

Oleh kerana itu, seorang muslim yang kamil itu adalah mereka yang sentiasa mengambil berat akan kebersihan hatinya. Mereka akan sentiasa merasa risau dan gusar "Bagaimanakah keadaan hatinya? Mereka ini adalah orang-orang yang akan sentiasa takut dan akan selalu membersihkan hatinya daripada sifat-sifat yang tercela daripada penyakit-penyakit hati dengan mereka melakukan amal ketaatan, mereka membaca Al-Quran, mereka sentiasa berzikir, mereka berselawat dan sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu untuk membersihkan kepada hatinya.

#MutiaraKata[AL-HABIB KADZIM BIN JA'AFAR BIN MUHAMMAD AS-SEGGAF HAFIDZOHULLAH]

SEMOGA ALLAH TA'ALA MEMBERSIHKAN HATI KITA DAN SENTIASA MENJAGA HATI KITA DAN MENETAPKAN HATI KITA DI JALAN-NYA.

MARILAH KITA SENTIASA MEMBERSIHKAN HATI KITA DENGAN KITA MELAKUKAN AMAL KETAATAN KEPADA ALLAH TA'ALA DAN JUGA KITA SENTIASA MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU MENDEKATKAN DIRI KITA DENGAN PARA ULAMA DAN ORANG-ORANG SOLEH AGAR KITA DAPAT MENGENAL PASTI DAN MENGUBATI KEPADA HATI KITA YANG SENTIASA BERPENYAKIT INI.

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN

SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA

#JomKitaMuhasabahDiri
#JomKitaBersihkanHatiKitaSelalu
#ManfaatkanNikmatUmurDanWaktu
#JagalahAqidahKita
#TakutlahKepadaAllah
#MenangislahKeranaAllah
#HidayahItuMilikAllah
#MahalnyaNilaiImanDanYakin
#IkatlahNikmatIDenganKitaBeramal
#JomTingkatkanKetaqwaanKita
#OrangYangMuliaDiSisiAllahAdalahMerekaYangPalingBertaqwa
#JomKitaBetulkanNiatNiatKitaDidalamKitaMelakukanAmalKebaikan
#JomKitaBerzikirDanBerselawat
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaJagaSolatBerjemaah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#UbatBagiHatiAdalahIlmu
#JomKitaDekatkanDiriDenganParaUlamaDanSolihin
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisanTidakSamaSepertiYangAsal
#ApaYangBermanfaatItuSilalahAmbilDanAmalkanDalamHidupKita
#YangSalahSilapHarapDimaafkan
#JomKitaSalingIngatMengingatkan
#SemogaAllahMemberikanKepadaKitaKefahamanDiDalamMemahamiAgamaNya
#SemogaMendatangkanManfaatKepadaSemuaYangMembacanya

No comments:

Post a Comment