Friday, February 19, 2016

KELEBIHAN HARI JUMAAT

KELEBIHAN HARI JUMAAT YANG DIBERIKAN KHUSUS KEPADA UMMAT NABI MUHAMMAD ﷺ YANG SEPATUTNYA KITA MEMANFAATKAN SEPENUHNYA

MARILAH KITA BERUSAHA UNTUK DATANG KE MASJID SEAWAL YANG KITA MAMPU UNTUK KITA MEREBUT LIMPAHAN RAHMAT DAN ANUGERAH SERTA GANJARAN PAHALA YANG DISEDIAKAN OLEH ALLAH TA'ALA PADA HARI YANG PENUH KEMULIAAN INI

Hari jumaat adalah hari yang dikhususkan kepada kita Ummat Nabi Muhammad ﷺ. Hari jumaat adalah hari yang penuh kemuliaan di sisi Allah سبحانه  وتعالى. Hari jumaat juga adalah hari di mana disesatkan orang-orang yahudi dan nasraro. Pada hari jumaat ini adanya
satu saat yang mustajab doa yang dirahsiakan oleh Allah  سبحانه  وتعالى yang mana barangsiapa berdoa pada saat mustajab tersebut maka Allah akan memberi apa sahaja yang ia minta.

Hari jumaat adalah hari di mana Allah سبحانه  وتعالى melimpahkan limpahan rahmat dan kurniaan-Nya yang begitu luar biasa kepada hamba-hamba-Nya. Amal kebajikan dan juga kesolehan yang dilakukan pada hari ini akan digandakan pahala dan ganjarannya di sisi Allahسبحانه  وتعالى

Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud di dalam kitab sahihnya mengatakan bersabda Rasulullah ﷺ "Setiap langkah yang diambil oleh seorang mukmin itu untuk menuju ke Rumah Allah pada setiap hari jumaat maka setiap langkahnya itu akan diganjari oleh Allah سبحانه  وتعالى dengan 1 tahun ibadah yang sempurna.

Yang mana pada malam hari penuh dengan amal ketaatan dengan qiamuallai dan pada siang harinya dengan ibadah puasa." Maka setiap langkah yang diperlangkahkan untuk menuju ke Rumah Allah akan diganjari 1 tahun ibadah yang sempurna oleh Allah سبحانه  وتعالى.

Jika demikian halnya dengan satu langkah yang kita ambil untuk menuju ke Rumah Allah سبحانه  وتعالى pada setiap hari jumaat dengan lipatan dan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah سبحانه  وتعالى maka bagaimana dengan solat jumaat itu sendiri ganjarannya di sisi Allah سبحانه  وتعالى sudah tentu ianya lebih besar dan agung di sisi Allah سبحانه  وتعالى.

Hari jumaat adalah penghulu kepada seluruh hari. Pada hari akhirat nanti hari jumaat dipilih oleh Allah سبحانه  وتعالى , orang-orang mukmin akan menyaksikan wajah Allah سبحانه  وتعالى. Sehebat-hebat nikmat dan keseronokan di dalam Syurga Allah apabila mukmin dapat melihat wajah Allah سبحانه  وتعالى.

Dan Ulama mengatakan bahawa "Hari jumaat adalah hari di mana manusia akan melihat wajah Allah   سبحانه  وتعالى Yang Maha Indah di Syurga adalah benar-benar tepat pada hari jumaat."

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab sahihnya daripada Saidina Abu Said Al-Kudri Radhiyallahu'Anhu maka pada suatu ketika Nabi Muhammad ﷺ bersabda "Adakah kalian berasa syak wasangka bahawa seluruh manusia itu dapat melihat bulan yang mengambang pada ketika ini?"

Maka seluruh Para Sahabat mengatakan "Tidak!! Kami sudah pasti dapat melihatnya." Rasulullah ﷺ mengatakan "Sepertimana tidak ada halangan untuk kalian untuk melihat kepada bulan yang sedang mengambang ini. Di mana-mana manusia berada pasti dapat melihat. Demikianlah kalian akan melihat wajah Allah سبحانه  وتعالى dengan jelas di akhirat kelak."

Demikian Rasulullah ﷺ menanam keyakinan di dalam jiwa Para Sahabat Radhiyallahu'Anhum Ajmain mengenai kehidupan mereka di akhirat nanti bahawa mereka akan menyaksikan wajah Allah سبحانه  وتعالى. Bukan maksud Nabi Muhammad ﷺ untuk menyerupaikan menyerupakan bulan itu dengan Allah سبحانه  وتعالى

Akan tetapi itu hanya suatu bentuk kiasan ataupun suatu bentuk perumpamaan untuk memahamkan manusia bagaimana manusia akan dapat melihat wajah Allah سبحانه  وتعالى dengan jelas dan terang di hari akhirat nanti.

 Tidak ada nikmat yang lebih besar yang lebih agung ke atas mukmin lelaki dan juga perempuan di Syurga nanti di mana mereka akan dapat melihat wajah Allah سبحانه  وتعالى.

Diriwayatkan oleh Imam Yahya Bin Muaz di dalam sebuah hadis dengan sanad yang kuat. Bersabda Rasulullah ﷺ bahawa "Apabila seorang mukmin itu masuk ke dalam Syurga Allah سبحانه  وتعالى dan apabila mereka melihat wajah Allah سبحانه  وتعالى maka selama 800 TAHUN mereka akan terpegun melihat keindahan dan kecantikan Allah سبحانه  وتعالى.

Dan setelah 800 tahun berlalu maka hati dan jiwa mukmin itu menjadi puas sehingga dia akan sentiasa memperolehi kelazatan daripada pemandangan mereka terhadap Allah سبحانه  وتعالى."

Ketika ini Allah سبحانه  وتعالى sentiasa melihat kita, sentiasa mengawasi kita, memantau dan juga menyaksikan kita tanpa Allah سبحانه  وتعالى berhajat kepada sebarang "direction". Demikian ketika di akhirat manusia itu akan menyaksikan Allah سبحانه  وتعالى tanpa memerlukan arah, tanpa fizikal dan tanpa bentuk.

Dan kadar hampir seseorang hamba itu dapat melihat Allah  سبحانه  وتعالى dengan dekat di hari akhirat nanti adalah berdasarkan kepada kadar bagaimana mereka itu meletakkan posisi mereka di dalam solat jumaat ketika di dunia. Segeranya orang itu pergi ke masjid.

Di dalam hadis Nabi Muhammad ﷺ bersabda "Barangsiapa yang pergi ke masjid pada hari jumaat pada jam yang pertama maka seakan-akan ia berkorban seekor unta. Dan barangsiapa yang pergi pada jam yang kedua maka seakan-akan ia berkorban seekor lembu. Dan barangsiapa yang pergi pada jam yang ketiga maka seakan-akan ia berkorban seekor kambing. Dan barangsiapa yang pergi pada jam yang keempat maka seakan-akan ia berkorban seekor ayam. Dan barangsiapa yang pergi pada jam yang kelima maka seakan-akan ia berkorban sebiji telur dan apabila Khatib sudah keluar naik ke atas mimbar maka dilipatlah buku catitan dan diangkat segala qalam( yang diperbuat daripada emas dan tinta diperbuat daripada emas) dan Para Malaikat yang bertugas sebagai pencatit pergi duduk di tepi mimbar untuk mendengar khutbah."

Oleh kerana itu, hendaklah seseorang manusia itu mempunyai semangat dan motivasi yang kuat untuk hadir ke masjid pada hari jumaat dengan awal. Dan hendaklah kita pada setiap tibanya hari jumaat kita memperbaiki amalan kita dan kita memperbaiki kedudukan saf kita supaya setiap minggu hari jumaat kita berada di saf yang paling depan sekali. Kita datang awal walaupun kita hadir 1 minit lebih awal daripada jumaat-jumaat yang sebelumnya.

#MutiaraKata[AL-HABIB KADZIM BIN JA'AFAR BIN MUHAMMAD AS-SEGGAF HAFIDZOHULLAH Yang Diterjemahkan Oleh AL-FADHIL USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI HAFIDZOHULLAH]

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMANFAATKAN SEPENUHNYA MENGKHUSUSKAN HARI JUMAAT INI ADALAH UNTUK URUSAN AKHIRAT. JANGAN KITA LEPASKAN DAN SIA-SIAKAN SETIAP WAKTU YANG ADA PADA HARI YANG CUKUP MULIA DAN AGUNG INI MELAINKAN KITA MELAKUKAN AMAL KETAATAN DAN KESOLEHAN KEPADA ALLAH TA'ALA

JADIKANLAH HARI JUMAAT INI SEBAGAI HARI UNTUK KITA KHUSUSKAN BAGI AKHIRAT KITA. MUDAH-MUDAHAN IANYA MENJADI KIFARAH BAGI HARI-HARI YANG LAIN DALAM SEMINGGU KITA.

JANGAN KITA LUPAKAN UNTUK MANDI SUNAT JUMAAT, MEMOTONG KUKU, BERSIWAK, MEMAKAI PAKAIAN YANG TERBAIK YANG KITA MILIKI YANG SERBA PUTIH PAKAIANNYA KERANA ITU LEBIH DISUKAI DI SISI ALLAH TA'ALA  DAN JANGAN LUPA JUGA KITA BERWANGI-WANGIAN SEBELUM KITA MENUJU KE RUMAH ALLAH UNTUK MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT.

AKHIR SEKALI, PESAN BUAT DIRI DAN KEPADA SEMUA MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMPERBANYAKAN SALAM DAN SELAWAT KEPADA PENGHULU KITA NABI MUHAMMAD ﷺ DENGAN SEBANYAK-BANYAKNYA KHUSUSNYA SELEPAS WAKTU ASAR

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN

SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA

#JomKitaMuhasabahDiri
#JumaatMubarakah
#JagalahAqidahKita
#TakutlahKepadaAllah
#MenangislahKeranaAllah
#HidayahItuMilikAllah
#MahalnyaNilaiImanDanYakin
#IkatlahNikmatIDenganKitaBeramal
#JomTingkatkanKetaqwaanKita
#OrangYangMuliaDiSisiAllahAdalahMerekaYangPalingBertaqwa
#JomKitaBetulkanNiatNiatKitaDidalamKitaMelakukanAmalKebaikan
#JomKitaBersihkanHatiKita
#JomKitaBerzikirDanBerselawat
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaJagaSolatBerjemaah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#UbatBagiHatiAdalahIlmu
#JomKitaDekatkanDiriDenganParaUlamaDanSolihin
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisanTidakSamaSepertiYangAsal
#ApaYangBermanfaatItuAmbillah
#YangSalahSilapHarapDimaafkan
#JomKitaSalingIngatMengingatkan
#SemogaMendatangkanManfaatKepadaSemuaYangMembacanya

No comments:

Post a Comment