Sunday, March 13, 2016

3 PERKARA YANG MEMBUATKAN MANUSIA BINASA



3 perkara yang membuatkan Ummat-Ummat terdahulu dan Ummat sekarang jadi binasa iaitu percakapan yang lebih, makanan yang lebih dan rehat ataupun tidur yang lebih.

1) PERCAKAPAN YANG LEBIH DARIPADA KEPERLUAN

Apa gunanya kita komen sana, komen sini. Cerca sana, cerna sini ataupun juga dengan kita memperli kepada orang lain maka itu akan membawa kepada kebinasaan. Jadi yang pada saat kita bercakap biarlah sesuai dengan keperluan tempatnya, sesuai dengan tuntutan waktu. Jangan sampai kita bercakap perkara yang sia-sia.

Bercakap pada tempatnya itu adalah petanda orang-orang yang sempurna dan juga bercakap-cakap pada yang bukan waktunya itu adalah tidak ada bezanya dengan orang gila. Jadi percakapan yang lebih daripada keperluan itu yang menyebabkan binasanya seseorang itu. Kenapa? Kerana di saat pada kakinya yang terperosok masih boleh kita selamatkan tapi kalau pada waktu mulut yang terperangkap yang terperosok maka sulit untuk kita selamatkan.

Gara-gara kerana mulut, gara-gara kerana ucapan. Akhirnya seseorang itu dikatakan fasik. Akhirnya seseorang itu dikatakan sesat. Akhirnya seseorang itu dikatakan bodoh. Akhirnya seseorang itu diperli dan dicerca. Kenapa? Kerana akibat ucapan yang tidak sepatutnya. Jadi kalau seandainya kita ingin bercakap biarlah pada tempatnya. Yang kedua, kita bercakap itu biarlah sesuai dengan keperluannya. Dan yang ketiga kita bercakap itu adalah kerana Allah سبحانه  وتعالى.

Itu sangat-sangat ideal sekali tapi pada waktu bercakap itu tidak ada keperluannya, bukan pada tempatnya, berbual-bual tentang hukum-hakam atas kebodohan dirinya sendiri maka itu akan memerangkap dan juga membinasakan diri peribadinya sendiri.

2) MAKANAN YANG BERLEBIHAN

Makanan yang berlebihan itu maka saki-bakinya pasti akan dibuang. Makanan itu bukan untuk dibuang. Makanan itu bukan untuk di sia-siakan. Makanan itu bukan untuk kita binasakan. Makanan itu bukan untuk dipamerkan dan dibangga-banggakan. Jadi kira-kira dengan saat kita memesan jenis-jenis makanan. Tujuannya adalah untuk kita menikmati, untuk kita makan, untuk kita mendapatkan tenaga secukup-cukupnya untuk kita beribadah kepada Allah Jalla Wa'Ala.

Jangan sampai kita pesan itu pesan ini tetapi ternyata kita tidak mampu untuk menghabiskannya. Kalau tidak habis pun kita bawa baliklah. Jangan dibuang makanan itu kecuali ada yang ingin memakannya setelah kita memakannya misalnya kita makan di restoran-restoran yang ada tasik yang kita tahu di situ banyak ikan-ikan maka kita pesan makanan banyak. Sambil kita makan, kita kasi ikan makan attaupun juga kita kasi kepada kucing makan. Itu ok sahaja tidak ada masalah sebab makanan tidak akan terbuang.

Siapa tahu justeru yang bercucuk tanam yang menuai padi, yang menanam sayur-sayuran, yang menternak ayam dan lembu dan menangkap ikan-ikan di lautan itu adalah hasil salah seorang daripada Wali-Wali Allah tapi ternyata nasi yang kita makan itu, makanan yang kita makan itu kita buang dan kita sia-siakan jasa baik hamba Allah yang soleh, Wali Allah Jalla Wa'Ala.

Jadi makanlah sesuai dengan keperluan kita. Jangan kita buang, kita membazir, kita masukkan makanan kita ke dalam tong sampah. Begitu juga makan secara berlebihan ini merupakan salah satu asbab binasanya seseorang itu. Jadi dikeranakan selalu mengutamakan urusan perut, perut, perut melulu maka akan terhakis peluang kita untuk zikir, peluang kita untuk ibadah.

Boleh kita pastikan. Kalau kita makan lebih daripada yang cukup sampai ke leher penuh dengan makanan. Itu yang kita hanya fikir tidur sahaja lagi. Zikir? Tak sedap mana. Tasbih? Tidak nyaman. Ibadah? Tidak selesa. Semuanya tidak selesa!!!! Yang paling selesa itu tidur tapi kadang-kadang tidur pun itu jadi tak selesa sebab perut kita penuh dengan makanan. Jadi makanan yang berlebihan, makanan yang disia-siakan dan makan secara berlebihan ini adalah merupakan salah satunya binasanya Ummat-Ummat terdahulu dan Ummat sekarang.

3) REHAT ATAUPUN JUGA TIDUR YANG BERLEBIHAN

Orang yang banyak tidur bererti akan menghakis peluang waktu untuk beribadah kepada Allah Jalla Wa'Ala. Kita kalau mempunyai pekerja yang banyak tidur. Kalau kita mempunyai polis yang banyak tidur. Kalau kita mempunyai pemimpin yang banyak tidur. Kalau kita mempunyai pemain-pemain kebelasan yang banyak tidur. Itu gawat kita!!! Habis kita!! Siapa mahu bukan?

Jadi kalau seandainya kita tidak mahu seperti itu maka begitulah kita di dalam urusan ibadah kita. Akan tetapi kita ini selalu mengantuk ketika berzikir, mengantuk ketika baca Al-Quran, mengantuk ketika mengaji. Jadi kalau mengantuk itu memang kerana keperluan kerana tuntunannya itu ok-ok sahaja.

Akan tetapi ini kerana tidur kita sudah cukup. Idealnya untuk usia-usia tertentu 8 jam. Itupun sudah sepertiga umur. Umur kita sudah habis sepertiga!! Jangan ditambah lebih daripada 8 jam. Kalau nak tidur senyenyak-nyenyaknya, selena-lenanya. Tidak ada yang mengejutkan, tidak menganggu dan tidur secara bersambung siang dan malam nanti di dalam kubur tapi di dunia ini tak boleh tidur nyenyak macam itu.

Jadi di dunia 8 jam pun sudah cukup. Kita tidur setiap malam 8 jam itu pun lebih daripada cukup. Itulah bezanya tidur kita dengan mereka yang dekat dengan Allah Jalla Wa'Ala. Sepertimana yang pernah diceritakan oleh Tuan Guru Syeikh mengenai kehidupan Habib Salim Assyatiri (Sultonul Ilim) ketika mana menuntut ilmu di Mekkah dahulu setiap hari beliau hanya tidur 2 jam sahaja.

Begitulah kehidupan Para Salafunassoleh, kehidupan Para Alim Ulama, kehidupan orang-orang soleh. Yang mana tidaklah mereka mempunyai hubungan yang erat dengan Allah Jalla Wa'Ala, mendapatkan kemuliaan, keistimewaan daripada Allah Jalla Wa'Ala dengan banyak tidur sepertimana kita ini.

Tidur mereka hanya sedikit tetapi ibadah mereka banyak!!! Kita ini tidur banyak tapi ternyata itupun tidak cukup lagi. Kita tidur di masa pengajian, kita tertidur di waktu solat, kita tidur di waktu berzikir, kita tidur di waktu baca yaasin. Tidur yang banyak yang berlebihan ini.

Itulah yang menyebabkan binasanya Ummat-Ummat yang terdahulu dan juga Ummat sekarang iaitu lebih tidur, lebih makanan, lebih perbualan.

#MutiaraKata[TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI HAFIDZOHULLAH]

SEMOGA KITA DAPAT MENGAMBIL IBROH, PENGAJARAN DARIPADA APA YANG DISAMPAIKAN. BACALAH, HAYATILAH DENGAN MATA HATI

SEMOGA ALLAH TA'ALA MEMBERIKAN KEPADA KITA KEFAHAMAN DI DALAM MEMAHAMI AGAMA-NYA. MUDAH-MUDAHAN APA YANG KITA BELAJAR, APA YANG KITA DENGAR, APA YANG KITA BACA ALLAH PERMUDAHKAN KITA MEMBERIKAN KEPADA KITA TAUFIK UNTUK MENGAMALKANNYA.

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG SEMAKIN BERADAB DAN BERAKHLAK, MENJADI ORANG YANG CINTA KEPADA PARA ULAMA, ORANG YANG SUKA BELAJAR ILMU, ORANG YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN

SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA

#JomKitaMuhasabahDiri
#JomKitaBersihkanHatiKita
#JomKitaBetulkanNiatNiatKitaDiDalamKitaMenuntutIlmuAgama
#JomKitaMengimarahkanRumahAllahBerusahaMenjagaSolatBerjemaahDanMenghadiriMajlisIlmu
#JomKitaDekatkanDiriDenganParaUlamaDanParaSolihin
#MelihatWajahMerekaMemberikanKetenanganKepadaHatiMengingatkanKitaKepadaAllahTaala
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanKesilapanKesalahanDiDalamPenulisanTidakSamaSepertiYangAsalDisampaikan
#SemogaMendatangkanManfaatKepadaSemuaYangMembacanya
#JomKitaSalingIngatMengingatkanNasihatMenasihatiMembawaKepadaTaqwaKepadaAllahTaala

No comments:

Post a Comment