Saturday, March 12, 2016

4 PERKARA YANG ALLAH TA'ALA RAHSIAKAN DI DALAM 4 PERKARA

4 PERKARA YANG ALLAH TA'ALA RAHSIAKAN DI DALAM 4 PERKARA

Di dalam hadis qudsi dikatakan "Allah merahsiakan 4 perkara di dalam 4 perkara iaitu Allah merahsiakan keredhaan-Nya dalam taat, Allah merahsiakan kemungkaran-Nya dalam maksiat, Allah merahsiakan detik-detik waktu ijabah doa yang kita mohon dan Allah merahsiakan siapakah Kekasih-Kekasih-Nya (Wali Allah) di dalam kalangan hamba-hamba-Nya"

1) KEREDHAAN ALLAH DALAM TAAT.

MashaAllah Tabarakallah. Allah rahsiakan keredhaan-Nya dalam taat. Dengan ketaatan yang mana satu? Mungkin dengan ibadah yang kita lakukan. Mungkin dengan apa yang kita kongsi di facebook. Mungkin juga dengan whatsapp yang kita kongsikan. Mungkin juga dengan selawat. Mungkin juga dengan bersalaman. Mungkin juga dengan senyuman. Mungkin juga dengan kita beri makan kepada orang walaupun sebesar biji tamar.

Mungkin juga asbabnya kipas mati, kita bukakan kibas. Aircond mati, kita bukakan aircond. Lampu mati, kita bukakan lampu. Mungkin juga sewaktu kita melangkah terkena, terbalik kasut seseorang. Dengan ikhlas hati kita ambil dan betulkan kasut orang itu, kita susunkan supaya tidak menyusahkan kepada si pemilik. Mungkin itu asbab Allah redha dengan kita. Mungkin juga dengan sedekah, duit yang kita berikan kepada seorang muslim dengan secara sopan.

Jadi kita tak tahu kebaikan yang mana kita lakukan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Mungkin asbabnya ziarah kubur. Mungkin asbabnya hadir majlis ilmu. Mungkin asbabnya bersilaturami. Mungkin asbabnya masuk masjid dengan kaki kanan. Mungkin asbabnya kita berkumpul dalam majlis kebaikan. Mungkin asbabnya kita menghormati, menjawab panggilan azan dan terus ke Rumah Allah untuk sembahyang berjemaah.

Dan siapa tahu pada saat kita pergi ke masjid, kita tinggalkan handphone kita supaya kita tak ganggu orang di masjid, supaya kita tak menganggu orang untuk beribadah, supaya tak merosakkan sembahyang kita, supaya tak menganggu zikir kita. Siapa tahu asbabnya kita tinggalkan handphone kita maka Allah Jalla Wa'Ala redha dengan kita.

Kalau seandainya pelacur yang boleh mendapatkan Syurga dengan memberi minum kepada seekor anjing maka tidak mustahil dengan seseorang untuk mendapatkan kebaikan yang abadi daripada amal, ketaatan yang dilakukan dengan tulus ikhlas kerana Allah Jalla Wa'Ala.

2) MURKA ALLAH DALAM MAKSIAT.

Hah!! Siapa tahu kecik sahaja maksiat yang kita lakukan itu mendatangkan kemurkaan Allah kepada diri kita. Kita masukkan gambar kita yang seksi yang tidak menutup aurat itu di dalam facebook. Mata kita bermaksiat tengok gambar bogel, gambar yang bukan-bukan yang ada di dalam facebook dan di mana-mana sahaja. Mulut kita mengumpat, mengadu domba, memfitnah dan sebagainya. Tangan kita menyakiti kepada orang.

Menyakiti orang itu tidak semestinya kita memukulnya sahaja. Kita pandang rendah dan hina kepada orang lain. Kita menyinggung hati dan perasaan orang lain. Itu semua pun termasuk dalam menyakiti orang juga. Mungkin disebabkan maksiat tadi yang kita lakukan itu membuatkan Allah murka.

Mungkin juga tidak lebih ketika kita mengkongsikan perkara yang tidak patut kita kongsikan. Mungkin tidak lebih juga menyebarkan sesuatu yang tidak sesuai untuk kita sebarkan. Mungkin juga asbab kita yang selalu, suka main handphone dalam Rumah Allah sampai menganggu orang. Mungkin itu menjadi asbab kita mendapatkan murka Allah. Apa buktinya? Kita susah nak bangun tahajjud. Kita susah nak bangun solat subuh berjemaah. Kita susah nak sembahyang berjemaah. Kita susah nak berzikir.

Kita sampai menjadi binggung. Kenapa kita ini menjadi malas? Kenapa kita susah nak datang ke masjid? Kenapa kita sentiasa masbuq? Kenapa kita selalu ketinggalan jemaah? Kenapa kadang-kadang susah bangun tahajjud? Kenapa kadang-kadang azan tidak kedengaran. Kenapa!! Kenapa!! Kenapa!! Kenapa!!!!!!!!!!!!!!!

Mungkin asbabnya kerana kita ganggu orang dengan peralatan telekomunikasi. Akhirnya itu menjadi hijab yang menghalang kita daripada melakukan kebajikan. Mungkin kita dilanda dengan pelbagai macam musibah baik itu gempa bumi, tanah runtuh, banjir dan sebagainya tetapi tidak ada musibah YANG PALING BERAT kalau di saat Allah Jalla Wa'Ala SUDAH BERPALING DARIPADA KITA. TIDAK PEDULI LAGI DENGAN KITA. TAK KISAH LAGI DENGAN KITA.

Awak sembahyang, tak sembahyang. Bangun tahajjud, tak bangun. Mengaji (hadir majlis ilmu), tak mengaji. Hadir sembahyang berjemaah, tak hadir sembahyang berjemaah. Mahu tak mahu. Itu bukan kita yang paling takutkan bilamana Allah TIDAK MEMPEDULIKAN kita lagi. Itulah MUSIBAH YANG PALING BERAT bila Allah jauh daripada hidup kita.

3) WAKTU-WAKTU IJABAH DOA.

Allah merahsiakan waktu-waktu ijabah. Bila? Kita tak tahu. Mungkin pada waktu kita berdoa pada hari jumaat. Mungkin di waktu malam. Mungkin waktu kita di laut, waktu kita di dusun. Mungkin pada waktu kita mendengarkan lantunan azan. Mungkin pada waktu kita melihat masjid. Mungkin pada waktu kita singgah di RnR. Siapa tahu ternyata pada waktu kita berdoa itulah waktu ijabah doa.

4) SIAPAKAH WALI ALLAH.

Allah merahsiakan siapakah Kekasih Allah di dalam kalangan hamba-hamba-Nya. Hah!! Jangan-jangan abang yang di hadapan ini. Jangan-jangan abang yang di belakang itu. Jangan-jangan saya. Jangan-jangan tuan. Jangan-jangan Haji. Jangan-jangan yang kurus itu. Jangan-jangan yang gemuk itu. Jangan-jangan orang-orang yang dipandang kerdil dan rendah. Hah!!! Kita tak tahu siapakah Wali Allah.

Jadi kepada sesiapa pun kita akan berikan hormat, penghargaan yang sebaik-baiknya. Kenapa? Sebab dengan kita tidak tahu. Siapa tahu dengan hatinya yang tulus. Dengan peralatan yang kecil. Dengan penampilan yang tulus, ekonominya tulus, perilakunya tulus, badannya kurus, ilmunya tulus tetapi dia mempunyai sebuah hubungan yang erat dengan Allah Jalla Wa'Ala.

Akhirnya kalau itu ada dalam hati kita maka kita tidak akan tergamak dengan kita MELUNJURKAN KAKI di hadapan seseorang. Duduk santai-santai. Apatah lagi ketika kita berada DI RUMAH ALLAH. Jadi ketika kita duduk di Rumah Allah kita duduklah dengan sopan santun. Duduk iftirasyi ataupun kita duduk bersila. Tundukkan pandangan kita ke bawah. Tidak ada masa nak tengok ke sana dan ke sini.

Kita duduk sebagaimana kita bayangkan kita menjadi tetamu istimewa Tuanku Yang Dipertuan Agung. Seperti itulah kita menjadi tetamu Allah Jalla Wa'Ala. Akhirnya kita dipandang, ditatap mendatangkan anugerah, rahmat, kasih sayang, pengampunan dan keredhaan Allah Jalla Wa'Ala.

#MutiaraKata[TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI HAFIDZOHULLAH]

BANYAK PENGAJARAN YANG BOLEH KITA AMBIL. DI ANTARANYA:

1) KITA LIHAT ORANG BUAT KEBAIKAN MAKA JANGANLAH SESEKALI KITA MEREMEHKAN KEBAIKAN WALAU SEKECIL APA PUN YANG DILAKUKAN ORANG ITU. SEPATUTNYA KITA TENGOK ORANG BUAT BAIK MAKA KITA PUN NAK KENA BUAT BAIK JUGA SEBAB TIADA YANG DAPAT TOLONG KITA NANTI DI ALAM BARZAKH DAN DI AKHIRAT KELAK MELAINKAN AMAL KEBAIKAN YANG KITA LAKUKAN DI DUNIA INI. BUATLAH KEBAIKAN SESUAI DENGAN KEMAMPUAN KITA

2) DAN BEGITU JUGA JANGAN SESEKALI KITA MEREMEHKAN WALAU SEKECIL APA PUN KEMAKSIATAN YANG KITA LAKUKAN SEBAB KITA TAK TAHU MUNGKIN SAHAJA DOSA YANG KITA RASA KECIL ITU, MAKSIAT YANG KITA RASA MACAM TAK ADA APA-APA KITA BUAT ITULAH YANG MENYEBABKAN KITA DICAMPAKKAN KE DALAM API NERAKA ALLAH.

3) KITA KENA LAWAN NAFSU KITA, PAKSA DIRI KITA UNTUK SENTIASA ISTIQOMAH MELAKSANAKAN AMAL KETAATAN. KITA TAK BOLEH ADA RASA MALAS, PENAT , RASA CUKUP, RASA PUAS DENGAN SEGALA AMAL IBADAH YANG KITA KERJAKAN DAN SEBAGAINYA

DIKERANAKAN SIAPA TAHU DI SAAT KITA PAKSA DIRI KITA UNTUK BERIBADAH BILA KITA MALAS BERIBADAH, BILA KITA PENAT NAK BERIBADAH DAN SEBAGAINYA MAKA ITULAH IBADAH, AMALAN YANG DITERIMA DAN DIPANDANG OLEH ALLAH DAN DITERIMA DOA-DOA KITA.

4) JANGAN KITA PANDANG RENDAH DAN HINA KEPADA SESIAPA PUN APATAH LAGI SAMPAI KITA BERANI, SANGGUP MENZALIMI, MENCACI-MAKI, MENYAKITI KEPADA ORANG LAIN. TIDAK KIRALAH ORANG ITU HINA DI MATA MANUSIA SEKALIPUN.

KITA TAK TAHU MUNGKIN DIA ITU WALI ALLAH. BERANI KITA NAK BERPERANG DENGAN ALLAH? TAK AMAN HIDUP KITA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. MUNGKIN  KITA SELALU ANGGAP, KITA SELALU RASA ORANG-ORANG YANG MULIA INI ADALAH MEREKA YANG MULIA DI MATA MANUSIA YANG ADA JAWATAN BESAR, KEDUDUKAN TINGGI, HARTA YANG BANYAK DAN SEBAGAINYA.

MEMANG KITA TIDAK NAFIKAN MEREKA ITU ADALAH ORANG-ORANG YANG PATUT DAN SEWAJARNYA KITA HORMAT DAN MULIAKAN TETAPI ITU HANYA MELIBATKAN URUSAN KEDUNIAAN SAHAJA BELUM TENTU LAGI MEREKA YANG MULIA DI MATA MAKHLUK ITU MENDAPATKAN KEMULIAAN DI SISI ALLAH TA'ALA ALLAH TA'ALA.

AKAN TETAPI ORANG YANG MULIA DI SISI ALLAH TA'ALA TETAP AKAN MENDAPATKAN KEMULIAAN DARIPADA ALLAH TA'ALA WALAUPUN DIRINYA ITU DIPANDANG HINA DAN RENDAH DI MATA MAKHLUK.

JANGAN KITA RASA SUSAH HATI, TAK PUAS HATI,  ADA IRI HATI, SAKIT HATI DENGAN SESIAPA PUN KALAU KITA INI TIDAK MENDAPATKAN KEMULIAAN DI MATA MAKHLUK KERANA KITA SEMUA MAMPU DAN LAYAK UNTUK MENDAPATKAN KEMULIAAN DI SISI ALLAH TA'ALA.

LEBIH BAIK KITA MEMILIH MENDAPATKAN KEMULIAAN DI SISI ALLAH TA'ALA. MARILAH KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MULIA DI SISI ALLAH TA'ALA DENGAN KITA MENINGKATKAN KETAQWAAN KITA KEPADA ALLAH TA'ALA

MARILAH KITA SALING NASIHAT-MENASIHATI, MENYEBARKAN KEBAIKAN DAN MEMBAWA KEPADA TAQWA KEPADA ALLAH TA'ALA.

SEMOGA KITA DAPAT MENGAMBIL IBROH, PENGAJARAN DARIPADA APA YANG DISAMPAIKAN. BACALAH, HAYATILAH DENGAN MATA HATI

SEMOGA ALLAH TA'ALA MEMBERIKAN KEPADA KITA KEFAHAMAN DI DALAM MEMAHAMI AGAMA-NYA. MUDAH-MUDAHAN APA YANG KITA BELAJAR, APA YANG KITA DENGAR, APA YANG KITA BACA ALLAH PERMUDAHKAN KITA MEMBERIKAN KEPADA KITA TAUFIK UNTUK MENGAMALKANNYA.

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG SEMAKIN BERADAB DAN BERAKHLAK, MENJADI ORANG YANG CINTA KEPADA PARA ULAMA, ORANG YANG SUKA BELAJAR ILMU, ORANG YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN

SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA

#JomKitaMuhasabahDiri
#JomKitaBersihkanHatiKita
#JomKitaBetulkanNiatNiatKitaDiDalamKitaMenuntutIlmuAgama
#JomKitaMengimarahkanRumahAllahBerusahaMenjagaSolatBerjemaahDanMenghadiriMajlisIlmu
#JomKitaDekatkanDiriDenganParaUlamaDanParaSolihin
#MelihatWajahMerekaMemberikanKetenanganKepadaHatiMengingatkanKitaKepadaAllahTaala
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanKesilapanKesalahanDiDalamPenulisanTidakSamaSepertiYangAsalDisampaikan
#SemogaMendatangkanManfaatKepadaSemuaYangMembacanya
#JomKitaSalingIngatMengingatkanNasihatMenasihatiMembawaKepadaTaqwaKepadaAllahTaala

No comments:

Post a Comment