Monday, March 7, 2016

JADILAH 4 GOLONGAN YANG

JADILAH 4 GOLONGAN YANG DIREDHAI OLEH ALLAH TA'ALA INI DAN JANGAN KITA MENJADI GOLONGAN YANG KELIMA NESCAYA KITA AKAN BINASA DI DUNIA APATAH LAGI DI AKHIRAT KELAK

Nabi ﷺ bersabda "Jadilah kamu orang alim ataupun orang yang belajar (menuntut) ilmu ataupun orang yang selalu mendengar pelajaran agama ataupun orang yang mencintai 3 golongan tersebut. Dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima yang dengan sebabnya engkau akan binasa."

1)Jadilah Aliman ( Para Ulama, Ahli Ilmu). Menuntut ilmu wajib ke atas semua orang tetapi menjadi orang alim hukumnya adalah fardhu kifayah. Orang alim itu macam mana? Boleh menjawab pelbagai-bagai permasalahan, boleh menguraikan pelbagai-bagai kemusykilan, boleh memberikan panduan kepada Ummat, boleh menangkis segala fahaman-fahaman yang mengelirukan. Itu namanya orang alim.

Dan pelbagai-bagai cabang ilmu ada pada dirinya dan bukan hanya sahaja berbagai cabang-cabang ilmu bahkan setiap cabang ilmu yang ada pada dirinya itu adalah mendalam lagi meluas. Itu namanya orang alim. Ini perintah Nabi ﷺ bermakna kita kena jadi orang alim. Tak boleh kita bilang "Eh!! Tak apalah aku tak jadi orang alim pun tak apalah."

Nabi ﷺ bilang "Nanti akhir zaman kurang orang alim tapi ramai pensyarah." Maknanya apa? Nanti akhir zaman ramai orang yang boleh bersyarah berjam-jam tanpa tengok teks, tahu itu, ini tapi dia belum tentu lagi termasuk menjadi orang alim. Kenapa? Yang namanya orang alim itu adalah adalah membawa taqwa kepada Allah Ta'ala dan takut kepada Allah Ta'ala. Hanyasanya yang takut kepada Allah hanya Ulama sahaja. Bermakna kalau engkau tak takut kepada Allah, engkau bukan orang alim.

2)Jadilah Muta'alliman (Orang yang belajar ilmu daripada Guru). Yang namanya belajar itu tentulah ada yang mengajar, ada yang memimpin, ada yang mendengar dan ada silibus yang dia cover. Yang namanya muta'allim itu adalah dia belajar dari Guru, duduk dengan Guru dengar apa yang Guru ajar cover satu silibus kepada satu silibus sampai khatam kitab dan dia pun satu hari boleh jadi Guru. Dia belajar daripada Guru yang matlamatnya itu adalah mencapai kepada takut kepada Allah Ta'ala.

3)Jadilah Mustami'an (Orang yang suka mendengar nasihat agama). Hanya mendengar daripada penceramah sahaja. Yang setakat mustami'an ini biasanya hanya boleh share ilmu sahaja tapi tak boleh ajar ilmu. Saya dengar daripada Guru saya maka dia pun whatsapp kepada kawannya. Oklah itu. Hantar nota-nota. Bolehlah tapi untuk mengajar tak boleh. Itu pun bagus jugalah daripada tak belajar langsung.

4)Jadilah Muhibban (Orang yang cinta Para Ulama, cinta orang belajar ilmu, cinta orang yang mendengar ilmu, cinta majlis ilmu.) Orang yang cinta kepada ilmu. Ada orang dia ini tak boleh mengajar, belajar pun tak boleh, mendengar pun tak boleh. Rasa boring, gelisah masuk majlis ilmu nanti dia pergi belakang dia susun kerusi ke, susun selipar ke, nanti dia bikin teh, dia atur makanan. Jadilah. Pasal apa? Kerana dia cinta orang yang belajar ilmu. Ada ceramah bukan main dia datang awal tapi belajar dia tak dapat nak masuk.

5)Dan akhir sekali golongan kelima ini alim pun tidak, belajar pun tidak, mendengar pun tidak, cinta ilmu pun tidak. Walaupun pada zahirnya dia ini macam golongan yang pertama sekalipun. Selagi engkau ada tak suka bidang ilmu maka engkau bukan alim walaupun pandangan orang nampak engkau macam orang alim.

Eh!! Boleh ke jadi orang alim tak cinta ilmu? Tak!! Tak!! Yang namanya orang alim itu kena cinta ilmu. Bukan hanya ilmu yang dia ajarkan sahaja hatta ilmu kepada sesiapa pun dia cinta juga. Jadi yang namanya orang alim dengar ada kelas, majlis sana sini "Siapa yang mengajar? Siapa itu? Ada tauliah ke? Ada pengalaman daripada mana-mana ke?" Dia pasang question mark, dia ada pasang tak suka, suudzon pada orang lain bermakna dia itulah orang yang tak suka ilmu maka gugurlah engkau punya walaupun engkau alim juga.

"Ana muta'allim, ana belajar, masuk madrasah, kuliah ini sampai beberapa tahun tapi dia belajar ilmu yang dia belajar sahaja tapi kelas lain dia rasa kelas lain tak macam kelas dia maka engkau masuk group yang kelima ini. Walaupun engkau daripada golongan yang pertama tapi engkau masih ada yang kelima maka engkau dikira daripada group yang kelima bukan yang pertama.

Walaupun engkau daripada group yang kedua tapi engkau masih ada sifat yang kelima maka engkau masuk group yang kelima bukan group yang kedua. Walaupun engkau group ketiga tetapi engkau masih ada hati dalam group kelima maka engkau tetap group yang kelima bukan group yang ketiga.

Begitulah seterusnya.Jadi kita belajar ilmu daripada kita  nak jadi alim ke, muta'allim ke, mustami'an ke, muhibban ke. Asal jangan sampai ada tak suka ilmu.

#MutiaraKata[SYEIKH ABU ZAKI BIN YUSUF AS-SANGGAFURI HAFIDZOHULLAH]

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG CINTA KEPADA PARA ULAMA, ORANG YANG SUKA BELAJAR ILMU, ORANG YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN

SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA'ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA

#JomKitaMuhasabahDiri
#JomKitaBersihkanHatiKita
#ManfaatkanNikmatUmurDanWaktu
#JagalahAqidahKita
#TakutlahKepadaAllah
#MenangislahKeranaAllah
#HidayahItuMilikAllah
#MahalnyaNilaiImanDanYakin
#IkatlahNikmatIDenganKitaBeramal
#JomTingkatkanKetaqwaanKita
#OrangYangMuliaDiSisiAllahAdalahMerekaYangPalingBertaqwa
#JomKitaBetulkanNiatNiatKitaDidalamKitaMelakukanAmalKebaikan
#JomKitaBerzikirDanBerselawat
#JomKitaMengimarahkanRumahAllah
#JomKitaJagaSolatBerjemaah
#JomKitaMenghadiriMajlisIlmu
#UbatBagiHatiAdalahIlmu
#JomKitaDekatkanDiriDenganParaUlamaDanSolihin
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisanTidakSamaSepertiYangAsal
#ApaYangBermanfaatItuAmbillah
#YangSalahSilapHarapDimaafkan
#JomKitaSalingIngatMengingatkan
#SemogaMendatangkanManfaatKepadaSemuaYangMembacanya

2 comments:

  1. Guru itu yang dikatakan bapa roh kepada orang yang mengamalkan tarikat... para ulama itu mengatakan sesiapa yang tiada berbapa dalam tarikat maka ia adalah di ayayai atas dirinya

    ReplyDelete
  2. As-Salam.

    Hadir.

    Barakalla.....

    Allahumma solli ala syaidina Muhammad.

    ReplyDelete