Friday, February 22, 2013

Tausiyah Friday 15hb Feb 2013



Habib Soleh Mohamad Al Jufri – anak didik Habib Umar bin Hafiz Darul Mustafa.

Tausiyah Friday 15hb Feb 2013 – Malam Majlis HOL MASHEIKH MASHEIKH Al Jenderami

Majlis ini adalah majlis mulia yang menyambung ruh kita dengan guru guru lama kita yang telah meninggal kita yang terus sambung ruh sampai ke junjungan kita RASULULLAH. Kita mendapat siraman rohani daripada sheikh kita dengan pesanan2, zikir, qaseedah, selawat.

Bila kita menziarahi saudara se-islam kita dengan hanya niat kerana cinta/saying akan kita kepada nya, maka ALLAH akan menyediakan satu mahligai untuk kita  di surga nanti.

Siapa yang keluar dari rumah nya hanya untuk mencari ilmu, maka ALLAH akan menetapkan dia di jalan yang BENAR dan di lindungi oleh ALLAH dengan sayap  malaikat sehingga ia kembali ke rumah nya. Malaikat dengan rela hati dengan arahan ini untuk hamba itu….malaikat itu menghormati kita kerana kita di hormati/muliakan oleh ALLAH.

Guru guru kita yang bersilsilah / rantai dengan sanad terus kepada Nabi Mohamad saw akan membantu ruh kita dalam mendekati diri kita kepada ALLAH swt.
Nurr itu ada dalam sanad sheikh2 kita dan kita “caj” energy kita dengan berkumpul dengan sheikh2 sebegini. Sanad dari merata rata yang ujung sanad nye adalah Rasulullah saw.

Kalau org duduk dengan keldai, dia akan mendapat pengaruh keldai itu, sama juga bila dia duduk dengan kuda atau apa juga binatang lain, dia akan mendapat pengaruh binatang itu....jadi macam mana kalau kita tidak bule dapat pengaruh daripada guru guru, masheikh masheikh kita bila kita duduk dengan mereka???...tidak mungkin kita tidak dapat kebaikan pengaruh nya.

Majlis seperti ini adalah seperti satu ubat untuk hati kita yang kotor, maka rajin rajin lah kita, rebut rebut lah kita, cari cari lah kita akan majlis majlsi seperti ini untuk kebaikan diri kita sendiri.

No comments:

Post a Comment