Sunday, January 19, 2014

Kesabaran yang di contohi

Semalam Pengajian di jenderam 

kami terima tetamu dari Brongkal, Indonesia .. Kiyai JALIL Bakri. 

Dalam nasihat Kiyai ada menceritakan tentang sirah kepayahan yang di harungi Nabi Allah Ayob a.s.... Beliau mengalami dugaan kesihatan yang amat dahsyat selama banyak tahun.. Badan nya berkudis dengan luka terbuka dan ulat ulat memakan isi daging nya. Bila ulat itu terjatuh dari luka itu, Nabi Ayob mengambil ulat itu dan kembali kan ke kudis nya sambil berkata. "Makan lah engkau akan apa yang telah Allah rezeki kan untuk mu akan daging badan ku" Namum dalam keadaan sebegini beliau menahan derita dengan kesabaran yang tinggi. Isteri beliau mencadangkan untuk beliau mohon kepada Allah swt untuk mengangkat penderitaan ini kerana sebagai seorang Nabi yang maksum, Allah sedia mengqabulkan du'a Nabi NYA... Jawab beliau
"Allah Maha mengetahui bila dia memberi aku kepayahan dan dugaan ini, dan Allah juga Maha mengetahui waktu yang terbaik untuk semua ini berakhir, Sesungguhnya aku amat segan dan malu untuk memohon di hentikan nya... Biar la , aku hanya memohon Allah memberikan aku kesabaran dan kekuatan menunggu penyudah nya" 

"Sesungguhnya dalam setiap saat berlalu di mana kita sedang mengharungi dugaan dari NYA dengan penuh kesabaran .. akan tercatat lah oleh para malaikat dalam kitab amalan ku sebagai pahala! Kalau aku memohon kesudahan maka terhenti lah pahala itu di catat untuk ku."

Kepayahan Nabi Allah Ayob di akhiri bukan kerana dia mendoakan nya tetapi kerana kuasa kebesaran Illahi dan beliau di beri ganjaran yang berlipat kali ganda daripada sebelum beliau sakit. 

Maka tidak lah rugi akan mereka yang bersifat sabar apabila menghadapi apa apa permasalah dan dugaan. 

Semoga ini menjadi peringatan dan amalan untuk kita semua...

No comments:

Post a Comment