Monday, January 20, 2014

Pengajian di jenderam 18Jan 2014


Huraian dari USTAZ Rashid dalam group WA

AsSalamualaikum Semua Ahli kelab Talaqi.

Alhamdulilah Syukur kpd Allah krn masih lg di beri kesempatan utk bertaubat atas kelalain kita, masih di beri ruang utk menambah amal.
beruntung yg berpuasa hari ini, beruntung yg membiasakan diri solat berjemaah, 
beruntung yg suka mencari ilmu, dan moga kita semua menjadi org yg beruntung dan terus beruntung di sisi Allah swt..

Amin. Amin. Amin. Amin

Dari Hasil Perkongsian Raja Hj Abdul Rahman Ustaz Huraikan supaya mudah faham dan di ambil munafaatnya, 
inilah yg di kata oleh nabi, Sampaikanlah kamu dari aku walau pun sepotong ayat. krn ada di antara kita berbeza kefahaman, ada yg lebih memahami dari yg kita perolehi, oleh itu berkongsilah ilmu agar dapat lebih dimunafaatkan..

# Akal itu adalah Nur Dari Allah, Munafaatkanlah Nikmat akal itu.

# Sesiapa yg Munafaatkan Nikmat akal dgn baik, maka dia akan menjadi orang yg baik.

# Hasil dari baik menggunakan akal maka berterusanlah ia mendapat Pahala, Syaratnya ikhlas krn allah.

# Dari akal itulah terCetusnya Ilham, tetapi mesti dengan Rajin berUsaha, krn Allah cipta ilham itu 1% Rajin Usaha 99%, Baru akan berjaya 100%.. 

# Kita kena Rajin Usaha, dengan rajin akan membawa kita berjaya bukan setakat ilham yg banyak sahaja.

# Tidak guna kalau kita pandai shj tetapi tidak Rajin, krn Rajin akan menghasilkan kejayaan yg luar biasa. 

# Buatlah kejayaan yg luar biasa ini kpd diri kita terlabih dahulu sebelum mengajak orang lain..
...............

# Isikan akal kita dgn Roh Agama, nanti akan dtg taat kepada Allah, Hati akan cantik dan bersih, dan kita akan di rezekikan Iman.

# Hendaklah kita mengisi akal kita dengan Roh agama krn ada manusia yg sedikit akal dan ada yg banyak akalnya.. 
tetapi kebiasaan manusia tidak mengaku dirinya berkurangan akal, krn itulah jadinya hari ini berbagai bagai perbalahan.

# Setelah akal kita mempunyai Roh Agama, Allah akan rezekikan kita Iman,
ketika itu hendaklah kita usaha utk kekalkan dan usahalah pula utk tambahkan lagi iman itu dengan cara Usaha, Gali, Cari utk kita di jadikan contoh kpd Ahli keluarga kita semua..

# Carilah Gelaran Soleh dan Solehah bukan Gelaran dunia semata mata.

Inilah sedikit Perkongsian Ilmu yg di kongsikan Oleh Raja Hj Abdul Rahman yg Ustaz tumpang tumpang ilmunya utk Di amalkan bersama..
 
AllahuRabbi.

Tolong Doakan Ustaz juga agar Zuriat keturunan Ustaz mendapat Gelaran Soleh dan Solehah.. Amin

No comments:

Post a Comment