Wednesday, January 15, 2014

Tazkirah selepas Asar td bersama Anak Tahfiz


"Au zubillah hi minash syaitan nirrajim...

bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum kita memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh badan kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing2 kepanasan.

 Sebelum kita masuk rumah, bacalah dia, 
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.)
 sebanyak 3 kali.

Dan Masuklah rumah dengan kaki kanan dengan membaca bismillah. 
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam juga kerana malaikat rumah akan menyahutnya.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat itu akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan payah menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat itu akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, 
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya 
dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
 (Demikianlah
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

 Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya, 
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Al Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit?

 Tiada seorang pun dari sahabat2 yang menjawab. Malah Saiyidina Umar ibnul khattab telah berkata bahawa mustahil untuk kita dapat
menghatam alQur'an dalam begitu cepat. 
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali(yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. 
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. 
Nabi berkata barangsiapa yg Membaca surah Al-Ikhlas sekali,@ ganjarannya sama dengan membaca 10 juz dari Al-Quran, Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali pahalanya seperti mengkhatamkan Al Quran..

Dlm Hadith lain 
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. 
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. 
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. 
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Allah,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas ini baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, 
Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, 
Walam yakullahu kufuwan ahadu 
tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s...

Semoga kalian mendapat ilmu pada Ptg ini... 

Aminnn

No comments:

Post a Comment