Thursday, March 19, 2015

JANGAN TERLALU GEMBIRA DAN SENANG DENGAN NIKMAT DUNIA

JANGAN TERLALU GEMBIRA DAN SENANG DENGAN NIKMAT DUNIA YANG KITA PEROLEHI SEHINGGA KITA TAK ADA MASA,LALAI DAN LUPA UNTUK BERIBADAH KEPADA ALLAH SEMATA-MATA INGIN MENGEJAR NIKMAT DUNIA KERANA NIKMAT DI DUNIA ITU HANYALAH SEMENTARA SAHAJA SEDANGKAN NIKMAT DI AKHIRAT YAKNI SYURGA ITU ADALAH HAKIKI KEKAL SELAMA-LAMANYA.

BURU DAN DAPATKANLAH REDHA ALLAH TA'ALA DENGAN KITA MENGABDIKAN DIRI KITA KEPADA ALLAH TA'ALA DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAHNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGAN-NYA KERANA ITU ADALAH BUKTI KASIH SAYANG ALLAH KEPADA KITA SEMUA.

Kita hidup di dunia ini adalah bermatlamatkan yang sebenarnya adalah tak lain tak bukan adalah untuk mendapatkan REDHA ALLAH.Kalau ada niat yang lain maka perbetulkanlah kerana tiada yang lebih MAHAL yang ingin untuk didapatkan berbanding REDHA ALLAHسبحانه وتعالى.

Nak supaya dapat redha Allah maka mestilah didahului dengan redha kita kepada Allah سبحانه وتعالى.Kalau hidup kita redha dengan apa sahaja pembahagian,ketetapan dan dikurniakan daripada Allah maka kita akan hidup dalam keadaan penuh nikmat.

Sebaliknya kalau kita tidak redha dengan ketetapan dan ketentuan Allah maka kita akan hidup dalam keadaan penuh sedih sepanjang masa.Itulah bezanya apabila kita ini redha ataupun tidak.Ianya melihat kepada HATI dan JIWA kita sama ada kita TENANG ataupun TIDAK TENANG bergantung sejauh mana REDHA kita kepada Allah سبحانه وتعالى.

Kalau kita menyebut tentang redha Allah kepada kita.Itu jelas.Itu merupakan matlamat,tujuan kita tetapi ukuran untuk melihat sejauh mana kita redha kepada Allah  سبحانه وتعالى adalah sejauh mana kita ini TENANG KEHIDUPAN KITA ataupun SERABUT KEHIDUPAN KITA.

Itulah tanda sejauh mana kita redha kepada Allah.Kalau benar kita TENANG dalam kehidupan kita bermakna kita redha dengan Allah  سبحانه وتعالى kerana selalu kita akan ditanya bagaimana kita nak mencapai redha Allah.Jawapannya adalah iaitu sejauh mana kamu redha kepada Allah سبحانه وتعالى.

Sebab itu Baginda Rasulullah ﷺ ketika mana menceritakan mengenai seseorang ketika nanti di Yaumul Qiyamah.Nak bagi bandingan dan nak bagi kita faham sebab kita ini ketika kita belajae kita ada ILMU.

Maka akan datang KEYAKINAN kepada kita.Kita nak pergi kepada AINUL YAQIN iaitu seolah-olah kita sudah nampak.Oleh kerana itu Nabi ﷺ selalu nak buka MATA kita iaitu ILMU BASHIRAH(MATA HATI KITA).

Macam mana nak membuka MATA HATI kita?Dengan kita memahami apa yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah ﷺ sebab Nabi ﷺ selalu membongkarkan rahsia Allah.

Sebab itu di antara Allah  سبحانه وتعالى KASIH kepada hamba-Nya dan tanda Nabi ﷺ KASIH kepada Ummat adalah peristiwa ISRAK MIKRAJ.Kenapa?Kerana semuanya dibongkar di dalamnya.

Baik itu keadaannya,apa sahaja yang dilakukan yang membuatkan seseorang itu masuk ke dalam SYURGA.Bagaimana INDAHNYA SYURGA.Semuanya diperlihatkan kepada Nabi ﷺ.Untuk siapa?Untuk kita semua ini Ummat Baginda Rasulullah ﷺ

Supaya Nabi ﷺ cerita kepada kita dan kita tak perlu pakai mata kita lagi.Tak!!!Kita hanya perlu melihat dengan PANDANGANNYA Baginda Rasulullah ﷺ

Begitu juga Nabi ﷺ melihat kepada NERAKA dan ISINYA.Siapa yang berada di dalamnya.Apa perbuatan yang membawa kepadanya Semuanya adalah tanda KASIH SAYANG Baginda Rasulullah ﷺ kepada kita sehingga Nabi ﷺ dah bagitahu siap-siap supaya kita tak tergolong dalam golongan itu.

Sebab itu kata Imam Izzuddin Abdus Salam Rahimahullah.Beliau mengatakan bahawa "Sesungguhnya tidak cukupkah bagi kamu wahai hamba-hamba Allah سبحانه وتعالى bahawa Allah سبحانه وتعالى itu MAHA PENYAYANG DAN PENGASIH.

Dan bukti tanda KASIH SAYANG Allah kepada hamba-Nya adalah dengan PERINTAH-PERINTAH-NYA dan LARANGAN-LARANGAN-NYA.Kalau kita kata perintah ini bukannya kasih sayang ini menyeksa.Larangan ini menyusahkan.Itu kata kita.Kita punya pemikiran.Sebab apa?

Sebab kita telah terkawal dengan HAWA NAFSU dan SYAITAN tapi pada hakikatnya kata Imam Izzuddin Abdus Salam Rahimahullah mengatakan "Tidakkah kamu melihat bahawa setiap perintah Allah  سبحانه وتعالى itu disebaliknya pasti ada KEMASLAHATAN dan KEBAIKAN kepada hamba.

Dan setiap larangan Allah itu disebaliknya pasti ada KEMUDARATAN dan KEBURUKAN kepada hamba-Nya.Nampak itu tanda SAYANG.

Sepertimana kita seorang bapa yang sayang kepada anak.Ketika mana MELARANG kepada anak bukannya kita BENCI kepadanya tapi kerana kita melihat KEMUDARATAN yang akan menimpa kepadanya.Begitu juga kita SURUH dia buat sesuatu.Bukan kita nak MENYEKSA kepadanya.Tidak!!Tetapi kita melihat KEMANFAATAN yang ada.

Yang Maha Melihat itu Allah  سبحانه وتعالى.Yang Maha Bijaksana itu Allah  سبحانه وتعالى.Tidakkah Allah itu SEBIJAK-BIJAK dan SEADIL-ADIL di dalam menghukum ataupun menurunkan hukuman-hukuman-Nya.Tiada yang lebih ADIL daripada Allah سبحانه وتعالى.

Jadi demikian Nabi ﷺ nak memahamkan kepada kita sehingga Nabi ﷺ banyak menceritakan kepada kita mengenai PERISTIWA-PERISTIWA yang akan berlaku nanti di YAUMUL QIYAMAH.

Di antaranya Nabi ﷺ mengatakan "Nanti ada seorang hamba Allah yang di dunia dia tak pernah merasa SUSAH.Tak pernah merasa PAYAH.Tak pernah MISKIN.Tak pernah ada KEKURANGAN.NIKMAT sepanjang hidupnya.

Tetapi dia INGKAR,MAKSIAT kepada Allah.Maka pada Yaumul Qiyamah dia ketika dihisab maka ditetapkan dia masuk ke dalam NERAKA Allah.Maka Allah سبحانه وتعالى memerintahkan Malaikat untuk memasukkan dia ke dalam neraka tapi sebentar sahaja yang mana dicelupkan sekejap dan dikeluarkan.

Maka Allah bertanya kepadanya "Wahai hamba-Ku.Pernah tak dekat DUNIA dulu kamu merasa NIKMAT?"Maka dia mengatakan "Tak pernah Ya Allah."Lupa dia pada KENIKMATAN sepanjang kehidupannya DI DUNIA dulu.Sebab apa?

Sebab dahsyatnya seksaan NERAKA itu sehingga dia terlupa kerana SEKSA NERAKA yang begitu DAHSYAT.

Begitu juga sebaliknya kata Nabi ﷺ ada seorang hamba yang dekat DUNIA ini tak pernah SENANG.Hidup SUSAH,MISKIN,PAYAH tapi dirinya BERIBADAH kepada Allah.TAAT kepada Allah.

Maka nanti di Yaumul Qiyamah ketika dihisab dia ditetapkan masuk ke dalam SYURGA Allah.Maka Allah mengatakan kepada Malaikat supaya masukkan dia ke dalam SYURGA sekejap selepas itu dikeluarkan.

Ditanya oleh Allah "Wahai hamba-Ku dekat DUNIA pernah SUSAH tak?"Dijawab "Tak pernah Ya Allah."Lupa dia KESUSAHAN,KEPERITAN HIDUP ketika DI DUNIA hanya sebentar selepas merasa KENIKMATAN SYURGA ALLAH.

Sebab itu Para Ulama mengatakan "Kita ini bertuah ketika Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang itu dan Yang Maha Memberi Kebaikan itu.Bayangkan kalaulah Allah mengatakan 1 HARI di AKHIRAT itu samalah dengan 1000 TAHUN di DUNIA.

Kalau umur kita 100 tahun.Dibandingkan dengan 1 hari di Yaumul Qiyamah.Berapa?0.001 punya nilai kehidupan kita.Kalau kita ibadah sepanjang hidup kita pun 100 TAHUN itu berapa PERCENTLAH hari di AKHIRAT?Tak ada NILAINYA sikit sangat.

Tapi ketika Allah balas dengan NIKMAT-NYA.Berapa lama?Selama-lamanya.Bermakna alangkah bertuahnya kita memiliki Tuhan yakni Allah  سبحانه وتعالى sebab itu kita kena BURU REDHA ALLAH  سبحانه وتعالى.Kita kena DAPATKAN REDHA ALLAH سبحانه وتعالى kerana dengan REDHA Allah lah kita akan BAHAGIA DI DUNIA dan DI AKHIRAT.

#MutiaraKata[AL-HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH]

#PertingkatkanAmalIbadahKita
#SelamiDanHayatiErtiPengabdianDiriKitaKepadaAllah
#MemburuRedhaAllah
#MuhasabahDiri
#PeringatanBuatDiriSendiri
#PeringatanBersama
#SalingIngatMengingatkan

No comments:

Post a Comment