Monday, August 31, 2015

10 “BAHASA DOSA” PENYEBAB ANAK DEGIL DAN BERMASALAH YANG WAJIB DIELAKKAN KETIKA BERCAKAP DENGAN ANAK



Dua minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri seminar pendek bertajuk “Memupuk Suasana Mawadah Wa Rahmah Di Sekolah dan Rumah” yang dianjurkan oleh sekolah anak kami. Penceramah yang dijemput adalah Dr. Azlina Roszy Bt. Mohamad Ghaffar, pakar psikologi klinikal di Hospital Pakar An-Nur (Bangi), yang juga pemilik Pusat Psikologi & Rehabilitasi Atfal Jannah di Bandar Putra, Kajang.


Saya tertarik dengan salah satu isi yang beliau kongsikan, iaitu mengenai “10 Bahasa Dosa Dalam Berbicara“. Sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada kita ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa dosa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan,  inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.

1) Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.

Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri. Ini mengingatkan saya pada status FB seorang kenalan saya yang mengendalikan sebuah tadika. Kesian, kan?


2) Bahasa MENYINDIR (SARCASM)
Contoh :
“Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”

Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.

Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang ALlah larang.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]
Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.My sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya. 

3) Bahasa BERDUSTA/MENIPU
Contoh :
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”

Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.

“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)
Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.

4) Bahasa MENEMPELAK
Contoh :
“Padan muka.”
“Tue lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”

Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.

5) Bahasa MEMBANDINGKAN
Contoh :
“Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”
“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”


Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak. *image googled*
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam b
anyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak. Anda boleh baca rintihan seorang anak 12 tahun yang sangat terkesan dengan keadaan nie, seperti yang dicerikan oleh Ustaz Ebit Lew di FaceBook. Kesian, kan?


Saya suka dengan nukilan Encik Nazali di FaceBook tentang kesan perbuatan membanding-bandingkan anak. Saya yakin pengalaman tersebut dapat menginspirasikan dan memberikan pengajaran untuk semua ibu bapa supaya melayani anak-anak dengan adil dan penuh kasih sayang.

6) Bahasa MENGKRITIK/MEMBEBEL
Yang nie mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.

7) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)
Contoh :
“Kenapa result teruk macam nie? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”

Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.

8) Bahasa MENGUGUT
Contoh :
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”


Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak. *image google*
Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. insyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.

9) Bahasa MENUDUH
Contoh :
“Macam mana barang boleh hilang? Nie mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?”

Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.

10) Bahasa BISU (silent treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.


Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing. 

Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas ya.
Subhanallah sangat benar...kesilapan biasa yg berlaku. Terimakasih atas perkongsian.

Jika ada tulisan yang memberi saranan bgmn menggantikan perkara perkara negatif ni...blh share disini...sangat membantu menjadi ibubapa yg berkesan.

7 Sunnah Hebat

Very nicely written 😊
By Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

🌝 Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

🌝 Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

🌝 Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Friday, August 28, 2015

10 “BAHASA DOSA” PENYEBAB ANAK DEGIL DAN BERMASALAH YANG WAJIB DIELAKKAN KETIKA BERCAKAP DENGAN ANAK



Dua minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri seminar pendek bertajuk “Memupuk Suasana Mawadah Wa Rahmah Di Sekolah dan Rumah” yang dianjurkan oleh sekolah anak kami. Penceramah yang dijemput adalah Dr. Azlina Roszy Bt. Mohamad Ghaffar, pakar psikologi klinikal di Hospital Pakar An-Nur (Bangi), yang juga pemilik Pusat Psikologi & Rehabilitasi Atfal Jannah di Bandar Putra, Kajang.


Saya tertarik dengan salah satu isi yang beliau kongsikan, iaitu mengenai “10 Bahasa Dosa Dalam Berbicara“. Sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada kita ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa dosa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan,  inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.

1) Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.

Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri. Ini mengingatkan saya pada status FB seorang kenalan saya yang mengendalikan sebuah tadika. Kesian, kan?


2) Bahasa MENYINDIR (SARCASM)
Contoh :
“Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”

Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.

Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang ALlah larang.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]
Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.My sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya. 

3) Bahasa BERDUSTA/MENIPU
Contoh :
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”

Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.

“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)
Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.

4) Bahasa MENEMPELAK
Contoh :
“Padan muka.”
“Tue lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”

Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.

5) Bahasa MEMBANDINGKAN
Contoh :
“Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”
“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”


Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak. *image googled*
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam b
anyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak. Anda boleh baca rintihan seorang anak 12 tahun yang sangat terkesan dengan keadaan nie, seperti yang dicerikan oleh Ustaz Ebit Lew di FaceBook. Kesian, kan?


Saya suka dengan nukilan Encik Nazali di FaceBook tentang kesan perbuatan membanding-bandingkan anak. Saya yakin pengalaman tersebut dapat menginspirasikan dan memberikan pengajaran untuk semua ibu bapa supaya melayani anak-anak dengan adil dan penuh kasih sayang.

6) Bahasa MENGKRITIK/MEMBEBEL
Yang nie mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.

7) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)
Contoh :
“Kenapa result teruk macam nie? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”

Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.

8) Bahasa MENGUGUT
Contoh :
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”


Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak. *image google*
Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. insyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.

9) Bahasa MENUDUH
Contoh :
“Macam mana barang boleh hilang? Nie mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?”

Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.

10) Bahasa BISU (silent treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.


Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing. 

Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas ya.
Subhanallah sangat benar...kesilapan biasa yg berlaku. Terimakasih atas perkongsian.

Jika ada tulisan yang memberi saranan bgmn menggantikan perkara perkara negatif ni...blh share disini...sangat membantu menjadi ibubapa yg berkesan.

Monday, August 24, 2015

Kehebatan Seorang Wanita , Khususnya Seorang Ibu Mendidik Anak Dan Membantu Keluarga Sehingga Hasanah


" Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberi berita yang baik khususnya kepada kaum wanita, Apabila wanita itu sempurnakan solat 5 Fardhunya, Berpuasa penuh di dalam Bulan Ramadan dan Mentaati Suaminya, maka masuklah kemana mana Pintu Syurga yang dia mahu.

Jika eloklah kehidupan seorang wanita, ibu khususnya, maka sudah pastilah anak anaknya di rumah juga akan mendapat kehidupan yang baik. Jika baik kehidupan isteri , sudah pasti memberi kesan baik kepada suaminya. 

Sepertimana Al Habib Hassan Bin Soleh Al Jufri رضي الله عنه وأرضاه , yakni dikalangan Wali Allah yang Besar, Auliya'Allah yang Besar. Neneknya Habib Hassan dulu pernah mendidik dia sehingga dia menjadi seorang Ulama Besar. 

Neneknya sering memberi Hadiah kalau cucunya yakni Habib Hassan ini mengamalkan amal amal yang baik,kata neneknya, Ambillah hadiah ini daripada Allah سبحانه وتعالى . Supaya dia rasa semuanya sentiasa datang daripada Allah سبحانه وتعالى.

Neneknya juga selalu memberi Nasihat, Pesanan dan sebagainya untuk menjadikan dia seorang yang Soleh. Sehinggakan kalau dia nak lakukan sesuatu, Ingat jangan buat perkara ni sebab Allah sedang Melihat kamu, Jangan pergi ke tempat ini sebab Allah sedang Melihat kamu. Jadi sering ditanam dari kecil lagi, Allah Melihat kamu, Allah Bersama kamu, Allah sentiasa Memantau kamu sehingga Habib Hassan merasakan Allah itu Sangat Dekat dengannya. 

Sehinggalah Al Habib Hassan Bin Soleh Al Jufri رضي الله عنه terkenal dengan amalan Zikr, Allahu Ma'i, Allahu Nadziri, Allahu Syahidi, Allahu Qoribun Minni. Allah Sentiasa Bersama dengan aku, Allah Sentiasa Melihat aku, Allah Sentiasa Menyaksi aku, Allah Sentiasa Berada Dekat dengan aku. 

Jadi bila Habib Hassan membacanya setiap hari, seolah olah Allah سبحانه وتعالى sangat dekat dengan dia sehingga dia tak mampu nak buat perkara yang bercanggah dengan Perintah Allah dan tak mampu nak tinggalkan apa saja Perintah Allah سبحانه وتعالى . 

Jika kita sentiasa menggambarkan dalam fikiran kita dan merasai yang Allah Melihat kita, Menyaksi kita, Allah sentiasa bersama kita, maka sudah pastilah Kewujudan Allah سبحانه وتعالى yang kita gambarkan itu menjadi penghalang kepada Kemaksiatan dimana saja kita berada, dan kehidupan kita juga bertambah baik. "

- Ad Da'ie IlaAllah Al Habibuna Omar Bin Abdur Rahman Al Jufri حفظه الله تعالى-

Kata-Kata Hikmah Imam As Syafi'e RH



👉 "Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan ✊ dua cinta dalam hatinya ❤ , cinta dunia 🌏 sekaligus cinta Allah 👆, maka dia telah berdusta 😡" 
— Imam As-Syafie 💗


👉 "Jika Ada seorang yang ingin menjual 💶 dunia 🌎 ini kepada ku dengan nilai harga sekeping roti 🍞 , nescaya aku tidak akan membelinya 🙅." 
(Imam Syafi'e) 💗


👉 "Bila kamu tak tahan penatnya 😪 belajar 🎓 , maka kamu akan menanggung 😰 peritnya kebodohan 😣." 
(Imam Syafie) 💗


👉 Berapa ramai  manusia yang masih hidup dalam kelalaian 💃👯👫 , sedangkan kain kapannya ⬜ sedang di tenun ✂ . 
(Imam As-Syafie) 💗


👉 Orang yang berilmu 🎓 dan beradab 🙇 , tidak 🙅 akan diam 😶 di kampung halaman 🏡 , tinggalkan negerimu 🏃 , merantaulah ke negeri orang 🌍. 
(Imam Syafie) 💗


👉 Aku tidak 🙅 pernah berdialog 📢 dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang 💁 jika ia berpendapat salah ⚠ . (Imam Syafiee) 💗


👉 Jangan cintakan 💖 orang yang tidak 🙅 cintakan Allah 👆 . Kalau dia boleh meninggalkan Allah 🏃, apalagi meninggalkan kamu 👎.
(Imam Syafie) 💗


👉 Barang siapa yang menginginkan Husnul Khotimah ☺ , hendaklah ia selalu bersangka baik 👍 dengan Manusia 👭👬👪 . 
(Imam As-Syafie) 💗


👉 "Doa 👐 di saat tahajud 😔 adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran 🎯 ." 
(Imam Syafie) 💗


👉 "Kamu seorang manusia 🚶 yang dijadikan daripada tanah  dan kamu juga akan disakiti 😣 (dihimpit) dengan tanah." 
(Imam as Syafie) 💗


👉 Perbanyakkan menyebut 👄 Allah 👆 daripada menyebut makhluk 😚. Perbanyakkan menyebut akhirat 👆 daripada menyebut dunia 🌏. 
(Imam Syafie) 💗


👉 Ilmu itu bukan yang dihafal 🎓 tetapi yang memberi manfaat 😊.  (Imam Syafie) 💗


👉 Sesiapa yang menasihatimu sembunyi-sembunyi 😄 maka ia benar-benar 👆 menasihatimu . Sesiapa yang menasihatimu dikhalayak ramai 📢 , ia sebenarnya menghinamu 😞 .
(Imam Syafie) 💗


👉 Empat 4⃣ perkara menguatkan badan 💪
1. makan daging 🍖
2. memakai haruman 😚 (⚠ bagi lelaki 👨👦👴)
3. kerap mandi 🚿
4. berpakaian dari kapas ☁


👉 4 perkara menajamkan mata 👀
1. duduk mengadap kiblat 👆 
2. bercelak sebelum tidur 😴 
3. memandang yang hijau 🍀🌲🌳 
4. berpakaian bersih 👕💎 
(Imam Syafie) 💗


👉 "Dosa-dosa ku kelihatan terlalu besar 😞 buatku , tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu 👍, ternyata keampunanMu jauh lebih besar 😊." 
(Imam Syafie) 💗


👉 "Bumi Allah amatlah luas 🌏 namun suatu saat 👆 apabila takdir sudah datang angkasapun 🌌 menjadi sempit 😣" 
(Imam Syafie) 💗


👉 Jadikan akhirat di hatimu ❤, dunia 🌏 di tanganmu ✊ , dan kematian di pelupuk matamu 👀 . 
(Imam Syafie) 💗


👉 Sebesar-besar aib (keburukan) ❌ adalah kamu mengira 👐 keburukan org lain 💃 sedangkan keburukan ❌ itu terdapat dalam diri kamu sendiri 😡. 
Imam Syafi'e 💗


👉 Aku mampu berhujah 📢 dgn 10 orang berilmu 🎓 , tapi aku akan kalah pada seorang yg jahil 😥 kerana mereka tak tahu 🙅 akan landasan ilmu . 
Imam Syafie 💗


👉 "Pentingnya menyebarkan ilmu agama ✉ . (Imam Syafie) 💗

👉 Ilmu itu seperti air 💧 . Jika ia tidak bergerak 🌊 , Menjadi mati lalu membusuk 🙊 ." 
(Imam Syafie

ADA sebuah perdebatan yang menarik tentang ijtihad dan taqlid, antara Syaikh Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthi,

ADA sebuah perdebatan yang menarik tentang ijtihad dan taqlid, antara Syaikh Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthi, seorang ulama Ahlussunnah wal Jama’ah di Syria, bersama Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, seorang tokoh Wahhabi dari Yordania.

Syaikh al-Buthi bertanya: “Bagaimana cara Anda memahami hukum-hukum Allah, apakah Anda mengambilnya secara langsung dari al-Qur’an dan Sunnah, atau melalui hasil ijtihad para imam-imam mujtahid?”

Al-Albani menjawab: “Aku membandingkan antara pendapat semua imam mujtahid serta dalil-dalil mereka lalu aku ambil yang paling dekat terhadap al-Qur’an dan Sunnah.”

Syaikh al-Buthi bertanya: “Seandainya Anda punya uang 5000 Lira. Uang itu Anda simpan selama enam bulan. Kemudian uang itu Anda belikan barang untuk diperdagangkan, maka sejak kapan barang itu Anda keluarkan zakatnya. Apakah setelah enam bulan berikutnya, atau menunggu setahun lagi?”

Al-Albani menjawab: “Maksud pertanyaannya, kamu menetapkan bahwa harta dagang itu ada zakatnya?”

Syaikh al-Buthi berkata: “Saya hanya bertanya. Yang saya inginkan, Anda menjawab dengan cara Anda sendiri. Di sini kami sediakan kitab-kitab tafsir, hadits dan fiqih, silahkan Anda telaah.”

Al-Albani menjawab: “Hai saudaraku, ini masalah agama. Bukan persoalan mudah yang bisa dijawab dengan seenaknya. Kami masih perlu mengkaji dan meneliti. Kami datang ke sini untuk membahas masalah lain”.

Mendengar jawaban tersebut, Syaikh al-Buthi beralih pada pertanyaan lain: “Baik kalau memang begitu. Sekarang saya bertanya, apakah setiap Muslim harus atau wajib membandingkan dan meneliti dalil-dalil para imam mujtahid, kemudian mengambil pendapat yang paling sesuai dengan al-Qur’an dan Sunnah?”

Al-Albani menjawab: “Ya.”

Syaikh al-Buthi bertanya: “Maksud jawaban Anda, semua orang memiliki kemampuan berijtihad seperti yang dimiliki oleh para imam madzhab? Bahkan kemampuan semua orang lebih sempurna dan melebihi kemampuan ijtihad para imam madzhab. Karena secara logika, seseorang yang mampu menghakimi pendapat-pendapat para imam madzhab dengan barometer al-Qur’an dan Sunnah, jelas ia lebih alim dari mereka.”

Al-Albani menjawab: “Sebenarnya manusia itu terbagi menjadi tiga, yaitu muqallid (orang yang taklid), muttabi’ (orang yang mengikuti) dan mujtahid. Orang yang mampu membandingkan madzhab-madzhab yang ada dan memilih yang lebih dekat pada al-Qur’an adalah muttabi’. Jadi muttabi’ itu derajat tengah, antara taklid dan ijtihad.”

Syaikh al-Buthi bertanya: “Apa kewajiban muqallid?”

Al-Albani menjawab: “Ia wajib mengikuti para mujtahid yang bisa diikutinya.”

Syaikh al-Buthi bertanya: “Apakah ia berdosa kalau seumpama mengikuti seorang mujtahid saja dan tidak pernah berpindah ke mujtahid lain?”

Al-Albani menjawab: “Ya, ia berdosa dan haram hukumnya.”

Syaikh al-Buthi bertanya: “Apa dalil yang mengharamkannya?”

Al-Albani menjawab: “Dalilnya, ia mewajibkan pada dirinya, sesuatu yang tidak diwajibkan Allah padanya.”

Syaikh al-Buthi bertanya: “Dalam membaca al-Qur’an, Anda mengikuti qira’ahnya siapa di antara qira’ah yang tujuh?”

Al-Albani menjawab: “Qira’ah Hafsh.”

Al-Buthi bertanya: “Apakah Anda hanya mengikuti qira’ah Hafsh saja? Atau setiap hari, Anda mengikuti qira’ah yang berbeda-beda?”

Al-Albani menjawab: “Tidak. Saya hanya mengikuti qira’ah Hafsh saja.”

Syaikh al-Buthi bertanya: “Mengapa Anda hanya mengikuti qira’ah Hafsh saja, padahal Allah subhanahu wata’ala tidak mewajibkan Anda mengikuti qira’ah Hafsh. Kewajiban Anda justru membaca al-Qur’an sesuai riwayat yang dating dari Nabi Saw. secara mutawatir.”

Al-Albani menjawab: “Saya tidak sempat mempelajari qira’ah-qira’ah yang lain. Saya kesulitan membaca al-Qur’an dengan selain qira’ah Hafsh.”

Syaikh al-Buthi berkata: “Orang yang mempelajari fiqih madzhab asy-Syafi’i, juga tidak sempat mempelajari madzhab-madzhab yang lain. Ia juga tidak mudah memahami hukum-hukum agamanya kecuali mempelajari fiqihnya Imam asy-Syafi’i. Apabila Anda mengharuskannya mengetahui semua ijtihad para imam, maka Anda sendiri harus pula mempelajari semua qira’ah, sehingga Anda membaca al-Qur’an dengan semua qira’ah itu. Kalau Anda beralasan tidak mampu melakukannya, maka Anda harus menerima alasan ketidakmampuan muqallid dalam masalah ini. Bagaimanapun, kami sekarang bertanya kepada Anda, dari mana Anda berpendapat bahwa seorang muqallid harus berpindah-pindah dari satu madzhab ke madzhab lain, padahal Allah tidak mewajibkannya. Maksudnya sebagaimana ia tidak wajib menetap pada satu madzhab saja, ia juga tidak wajib berpindah-pindah terus dari satu madzhab ke madzhab lain?”

Al-Albani menjawab: “Sebenarnya yang diharamkan bagi muqallid itu menetapi satu madzhab dengan keyakinan bahwa Allah memerintahkan demikian.”

Syaikh al-Buthi berkata: “Jawaban Anda ini persoalan lain. Dan memang benar demikian. Akan tetapi, pertanyaan saya, apakah seorang muqallid itu berdosa jika menetapi satu mujtahid saja, padahal ia tahu bahwa Allah tidak mewajibkan demikian?”

Al-Albani menjawab: “Tidak berdosa.”

Syaikh al-Buthi berkata: “Tetapi isi buku yang Anda ajarkan, berbeda dengan yang Anda katakan. Dalam buku tersebut disebutkan, menetapi satu madzhab saja itu hukumnya haram. Bahkan dalam bagian lain buku tersebut, orang yang menetapi satu madzhab saja itu dihukumi kafir.”

Menjawab pertanyaan tersebut, al-Albani kebingungan menjawabnya.

Demikianlah dialog panjang antara Syaikh al-Buthi dengan al-Albani, yang didokumentasikan dalam kitab beliau al-Lamadzhabiyyah Akhthar Bid’ah Tuhaddid asy-Syari’at al-Islamiyyah. Tentu saja mengikuti madzhab para ulama salaf, lebih menenteramkan bagi kaum Muslimin. Keilmuan, ketulusan dan keshalehan ulama salaf jelas diyakini melebihi orang-orang sesudah mereka. [pustakamuhibbin]


https://www.islampos.com/dialog-panjang-syeikh-said-ramadhan-al-buthi-syeikh-al-albani-49256/

Bukan perpecahan dan kehancuran tetapi KESEJAHTERAAN & KEDAMAIAN yg diajar oleh Imam Abdullah Al Haddad.

 Bisirril Fatihah...
Sedikit nota Ringkas Tausiyah oleh Habib Abu Bakar Al-Adni sempena Majlis Haul Imam Abdullah Ibn Alawi Al-Hadad 2015 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. (Diterjemahkan oleh Habib Ali Zainal Abidin).

Habib Abu Bakar memuji kepada Allah, Rasulullah saw, para Sahabat, dan Imam Abdullah Ibn Alawi Al-Hadad. Katanya, kita berada dalam malam yg indah, agung, yang mengenalkan kita pada semua manusia dan alam, nilai kedamaian, simbol keamanan, budi pekerti yg ditunjukkan oleh golongan yg berjalan dengan petunjuk Rasulullah s.a.w. ....

Tidak dinafikan di dunia ini ramai ulama', tidak akan sunyi setiap zaman kecuali ada ulama' yang hidup pada zaman itu. Setiap zaman terdapat ramai ulama' untuk kita dapatkan ilmu, jadi kenapa Kita raikan Ulama' yg meninggalkan berkurun2 lamanya? (Tujuan mengadakan Majlis Haul) 

Ia adalah untuk mengenangkan kita kepada seseorang yang meninggalkan lama seperti Imam Abdullah Ibn Alawi al-Hadad. Kita ingin mengambil keberkesanan dan contoh- mendidik anak-anak, wanita dan ummah dgn kedamaian dan akhlak yg indah. 

2 objektif penting dalam menghadiri Haul. 

1) Mengambil keberkatan dari orang-orang yang dekat dgn Allah SWT. Mengambil pengajaran daripada para auliya' & orang soleh. Dalam mengingati org soleh, Allah akan menurunkan rahmat.

2) Mengenalkan generasi dahulu kepada generasi sekarang supaya anak muda generasi sekarang mempunyai keterikatan yg kuat dgn manhaj dari Hadhramaut, adat, tasawwuf, manhaj Asyairah. Kita menghadapi cabaran dahsyat pada zaman banyak perubahan sehingga mengancam kehormatan orang yg bersyahadah.

Mengingatkan contoh yang menjadi teladan kepada kita. Mengingati kepada satu sifat, golongan yang bersungguh-sungguh menepati janji Allah. 
Kita perlu kaji sirah mereka seperti bagaimana mereka atur waktu mereka, wirid mereka dan sebagainya. 

Supaya diperbaharui pemahaman kita dengan orang orang mulia seperti Imam Al-Haddad. Imam Al-Hadad ialah seorang yang mempunyai rahsia ilmu Allah bersambung nasabnya kepada Rasulullah. Kita perlu warisan ilmu tersebut.

Imam Al-Haddad yg perbaharui dakwah Nabi dgn sanad yg bersambung, mewarisi ilmu dari Nabi Muhammad. Nendanya, Imam Ahmad Isa Al-Muhajir berhijrah dari Iraq ke Hadhramaut, membawa risalah perdamaian.

Nendanya di atas lagi, Ali Al-Uraidhi menghidupkan ajaran perdamaian di Kota Madinah, belajar dari Imam Zainal Abidin yang diwarisi dari Hasan dan Hussin seterusnya diwarisi daripada sahabat.

Sanad yg disebut sebentar tadi dalam bait-bait syair asal-usul ajaran beliau tentang guru-gurunya iaitu Imam Ali Zainal Abidin, Muhammad al-Baqir dll.
Sanadnya yang bersambung, kata Imam al-Hadad, "Guru-guru yang aku ambil ilmu daripadanya mendapat hidayah dan sentiasa beriringan dengan Quran (akhlaknya). Imam al-Hadad mewarisi ilmunya, 

5 Perkara penting ajran Imam al-Hadad :
1) Ilmu
2) Amal
3) Ikhlas 
4) Rasa takut kepada Allah
5) Wara'

Pentingnya kita menjaga lisan daripada memaki orang lain. Elakkan diri kita daripada tergelincir dalam fitnah yang menumpahkan darah.

Acara Haul diraikan untuk mengkaji apa yang diletakkan oleh Imam Al-Hadad yang kuat dengan pegangan syariat. Beliau mengatur gaya hidup melalui kitab-kitabnya, karya2, syair2 - membawa konsep perdamaian. Maka tidaklah menakjubkan kita mengatakan Imam Abdullah Ibn Alawi Al-Haddad ialah Mujaddid abad ke-13.

Di manakah mereka yang mengajak kepada kedamaian, keselamatan yg dilaungkan di Timur dan Barat? Zaman sekarang banyak orang mencaci maki orang lain. Bacalah Kitab Imam Abdullah bin Alawi al-Hadad , isinya supaya menjaga lisan dan tangan. Juga terkandung dalam Wirdul Latifnya, doanya. Ajarannya menyesuaikan dengan hak Allah dan manusia seimbang. 

Dalam menghadiri Majlis Haul, saya menyeru kpd semua yg hadir untuk kita serius membaca kitab-kitab Imam Al-Haddad, pada hakikatnya isi kandungannya adalah satu manhaj dalam hidup dan kesan tulisannya adalah manfaat untuk seluruh manusia dalam dunia ini. Pegangan Imam al Haddad yang diwarisi ialah perdamaian pada setiap keadaan. Kita perlu memperbaharui pemahaman kita, baik anak muda, mahupun ibu bapa pada zaman fitnah yang sangat berat. Adakah ada seruan untuk bergaduh dan saling bermusuhan sesama kita ? Untuk menggulingkan sesebuah negara ?

Tulisannya mengandungi manhaj yang memberi kesannya di Malaysia, Indonesia, Afrika, Sri Lanka. Iaitu karya , manhaj ajaran dari Ulama' Hadhramaut. Konsep Kasih sayang dan perdamaian. 

Dalam menghadapi fitnah akhir zaman, supaya tidak bergabung dgn orang yang membawa fitnah pertumpahana darah dengan batil kecuali org yg benar dan Haq utk fisabililah. (Yang layak memimpin fisabililah).

Madrasah Hadhramaut, Alawiyah mengajar kita erti keamanan, kedamaian - mengambalikan dgn 2 kaedah penyelesaian masalah - dlm Ekonomi, akidah, sosial ..:

1) Konsep perdamaian 
" tiada Kebaikan untuk membicarakan melainkan perkara yg mengajak pd Kebajikan...." 

2) Mengingati Allah, Zikir, takut pd Allah, Majlis Selawat - ada nasihat -ajaran utama Nabi 
Allah berfirman : " Wahai orang beriman , berzikirlah banyak2... "

Masalah politik, Ekonomi, akidah, sosial, - Ingat Allah, takut Allah,...bila berdepan dgn kepelbagaian masalah. Tidak pernah kita diajar untuk mengangkat senjata dan saling berbunuhan. Ajaran Imam al-Hadad wajib kita kaji dan dalami. Manhaj dibawa beliau dalam negeri ini penuh barakah. Konsep ajaran Imam al-Hadad mengajar erti Kasih sayang bukan permusuhan dan pembunuhan.

Pada penghujung Majlis, saya ingin menyampaikan dalam Masjid ini perhimpunan Kita - Kita pada hakikatnya ada 1 tugasan penting - kerja Kita utk mendamaikan manusia & ikat manusia dgn Allah. Ramai manusia tidak mengetahui konsep yg dibawa Imam al-Hadad. Di dalamnya ada perkara penting yang menjadi wasilah kepada Allah. 

Di dalam media sosial apa yang dipelajari daripada sekolah-sekolah yg ada menyalahi adab sopan santun. Hidup pada zaman kini menyampaikan segala daripada media2, filem2 , penuh cabaran yang dahsyat.

Kekeliruan anak muda pada zaman fitnah kini. Banyaknya yang ada di media sosial menyalahi, bermuhasabah diri dan kaji ilmu dengan guru yang bersanad. Supaya generasi anak muda sekarang terdidik dengan baik. 

* menegakkan konsep Al-Islah
* penting Guru bersanad - mendidik hati & jiwa baik Lelaki dan perempuan . ( Guru terbaik)
* zaman kini, Ilmu banyak, cara memahami ilmu menggunakan akal yang banyak. Masalah memahami menggunakan hati "Bukan buta mata, tetapi buta hati.
* Pentingnya mengambil Ilmu daripada Ulama' yg mengajar hubungan dgn Allah. Bersihkan hati dan jiwa supaya generasi muda zaman kini terdidik dengan kebaikan. 

"Beri pada aku hati kamu, aku sampaikan kamu pd Allah". 

( Habib Abu Bakar Al-Adni)

" I'm Malakul Maut "

Very touching
Beautiful Poem –
It was early in the morning at four,
When death knocked upon a bedroom door.

Who is there? The sleeping one cried.
I'm Malkul Maut (Angel Of Death), let me inside.

At once, the man began to shiver,
As one sweating in deadly fever,

He shouted to his sleeping wife,
Don't let him take away my life.

Please go away, O Angel of Death!
Leave me alone; I'm not ready yet.

My parents and family on me depends,
Give me a chance, O please prepense!

The angel knocked again and again,
Friend! I'll take your life without a pain,

Its your soul Allah requires,
I come not with my own desires..

Bewildered, the man began to cry,
O Angel I'm so afraid to die,

I'll give you gold and be your slave,
Don't send me to the unlit grave.

Let me in, O Friend! The Angel said,
Open the door; get up from your bed,

If you do not allow me in,
I will walk through it, like a Jinn.

The man held a gun in his hand,
Ready to defy the Angel's stand..

I'll point my gun, towards your head,
You dare come in; I'll shoot you dead.

By now the Angel was in the room,
Saying, O Friend! Prepare for you doom.

Foolish man, Angels never die,(except when Allah will give death to everyone on day of kayamat)
Put down your gun and do not sigh.

Why are you afraid! Tell me O man,
To die according to Allah's plan?

Come smile at me, do not be grim,
Be Happy, to return to Him.

O Angel! I bow my head in shame;
I had no time to take Allah's Name.

From morning till dusk, I made my wealth,
Not even caring for my own health.

Allah's command I never obeyed,
Nor five times a day I ever prayed.

Ramadan came and a Ramadan went,
But I had no time to repent.

The Hajj was already FARD on me,
But I would not part with my money.

All charities I did ignore,
Taking usury more and more.

Sometimes I sipped my favorite wine,
With flirting women I sat to dine...

O Angel! I appeal to you,
Spare my life for a year or two.

The Laws of Quran I will obey,
I'll begin my SALAT this very day.

My Fast and Hajj, I will complete,
And keep away from self-conceit.

I will refrain from usury,
And give all my wealth to charity,

Wine and wenches I will detest,
Allah's oneness I will attest.

We Angels do what Allah demands,
We cannot go against His commands..

Death is ordained for everyone,
Father, mother, daughter or son.

I’m afraid this moment is your last,
Now be reminded, of your past,

do understand your dreadful fears,
But it is now too late for your tears.

You lived in this world, two score and more,
Never did to you, your people adore.

Your parents, you did not obey,
Hungry beggars, you turned away.

Your two ill-gotten, female offspring,
In nightclubs, for livelihood they sing.

Instead of making many more Muslims,
You made your children non-Muslims?

You did ignore the Mua'dhin Adhaan,
Nor did you read the Holy Quran.

Breaking promises all your life,
Backbiting friends, and causing strife

From hoarded goods, great profits you made,
And for your poor workers, you underpaid.

Horses and cars were your leisure,
Moneymaking was your pleasure.

You ate vitamins and grew more fat,
With the very sick, you never sat.

A pint of blood you never gave,
Which could a little baby save?

O Human, you have done enough wrong,
You bought good properties for a song.

When the farmers appealed to you,
You did not have mercy, tis true.

Paradise for you? I cannot tell,
Undoubtedly you will dwell in hell.

There is no time for you to repent,
I'll take your soul for which I am sent.

The ending however, is very sad,
Eventually the man became mad

With a cry, he jumped out of bed,
And suddenly, he fell down dead.

O Reader! Take moral from here,
You never know, your end may be near

Change your living and make amends
For heaven, on your deeds depends.

if this poem inspires you,
It can help someone too.

At least take some time, and do not ban
And send it to as many people as you can.

This poem may change many lives,
And Allah may have for you a great surprise...

" I'm Malakul Maut "

Very touching
Beautiful Poem –
It was early in the morning at four,
When death knocked upon a bedroom door.

Who is there? The sleeping one cried.
I'm Malkul Maut (Angel Of Death), let me inside.

At once, the man began to shiver,
As one sweating in deadly fever,

He shouted to his sleeping wife,
Don't let him take away my life.

Please go away, O Angel of Death!
Leave me alone; I'm not ready yet.

My parents and family on me depends,
Give me a chance, O please prepense!

The angel knocked again and again,
Friend! I'll take your life without a pain,

Its your soul Allah requires,
I come not with my own desires..

Bewildered, the man began to cry,
O Angel I'm so afraid to die,

I'll give you gold and be your slave,
Don't send me to the unlit grave.

Let me in, O Friend! The Angel said,
Open the door; get up from your bed,

If you do not allow me in,
I will walk through it, like a Jinn.

The man held a gun in his hand,
Ready to defy the Angel's stand..

I'll point my gun, towards your head,
You dare come in; I'll shoot you dead.

By now the Angel was in the room,
Saying, O Friend! Prepare for you doom.

Foolish man, Angels never die,(except when Allah will give death to everyone on day of kayamat)
Put down your gun and do not sigh.

Why are you afraid! Tell me O man,
To die according to Allah's plan?

Come smile at me, do not be grim,
Be Happy, to return to Him.

O Angel! I bow my head in shame;
I had no time to take Allah's Name.

From morning till dusk, I made my wealth,
Not even caring for my own health.

Allah's command I never obeyed,
Nor five times a day I ever prayed.

Ramadan came and a Ramadan went,
But I had no time to repent.

The Hajj was already FARD on me,
But I would not part with my money.

All charities I did ignore,
Taking usury more and more.

Sometimes I sipped my favorite wine,
With flirting women I sat to dine...

O Angel! I appeal to you,
Spare my life for a year or two.

The Laws of Quran I will obey,
I'll begin my SALAT this very day.

My Fast and Hajj, I will complete,
And keep away from self-conceit.

I will refrain from usury,
And give all my wealth to charity,

Wine and wenches I will detest,
Allah's oneness I will attest.

We Angels do what Allah demands,
We cannot go against His commands..

Death is ordained for everyone,
Father, mother, daughter or son.

I’m afraid this moment is your last,
Now be reminded, of your past,

do understand your dreadful fears,
But it is now too late for your tears.

You lived in this world, two score and more,
Never did to you, your people adore.

Your parents, you did not obey,
Hungry beggars, you turned away.

Your two ill-gotten, female offspring,
In nightclubs, for livelihood they sing.

Instead of making many more Muslims,
You made your children non-Muslims?

You did ignore the Mua'dhin Adhaan,
Nor did you read the Holy Quran.

Breaking promises all your life,
Backbiting friends, and causing strife

From hoarded goods, great profits you made,
And for your poor workers, you underpaid.

Horses and cars were your leisure,
Moneymaking was your pleasure.

You ate vitamins and grew more fat,
With the very sick, you never sat.

A pint of blood you never gave,
Which could a little baby save?

O Human, you have done enough wrong,
You bought good properties for a song.

When the farmers appealed to you,
You did not have mercy, tis true.

Paradise for you? I cannot tell,
Undoubtedly you will dwell in hell.

There is no time for you to repent,
I'll take your soul for which I am sent.

The ending however, is very sad,
Eventually the man became mad

With a cry, he jumped out of bed,
And suddenly, he fell down dead.

O Reader! Take moral from here,
You never know, your end may be near

Change your living and make amends
For heaven, on your deeds depends.

if this poem inspires you,
It can help someone too.

At least take some time, and do not ban
And send it to as many people as you can.

This poem may change many lives,
And Allah may have for you a great surprise...

Sunday, August 23, 2015

TAREEM : KOTA SEJUTA WALI



Apa itu Tareem?

Tareem itu nama sebuah tempat di Hadramaut, Yamen.
Kota sejuta para wali. Medan ILMU 
Tempat lahirnya pelbagai Ulama'-ulama' hebat berketurunan Rasulullah SAW.
Di sana semua wanita yg sudah baligh pasti memakai 'cadar di muka' . Niqab/Burqa

Sangat sukar sekali jumpa wanita di sana.
Sungguh lain di Malaysia kalau nampak wanita pun kerjanya sikit-sikit 'selfie' sahaja .

Di pasar-pasar tareem pun khusus buat laki-laki sahaja membeli keperluan dapur .
Pasar tareem sangat menarik.
Lain dari semua tempat.
Di sana mereka sambil tunggu pelanggan sambil mengkhatamkan beberapa kali alquran.

Jika tiada pelanggan mereka sesama mereka belajar kitab, menyampaikan ilmu di pasar itu.
Pasar mereka selalu di pasangkan selawat, qasidah .

Kata seorang Ulama' tarim ;

Di pasar tareem aku dapati ada 200+ orang Waliyullah (kekasih Allah swt),
Jika di pasar tempat yg sebegitu sudah 200+ orang wali apatah lagi jika yang berada di masjid-masjid?

Ketahuilah hanya Wali Allah sahaja dapat mengetahui siapa wali-wali.

Di pasar , apabila mendengar waktu azan terus mereka tutup kedai dan berlari pergi ke masjid. 
Jika habis sahaja azan, 
mereka masih belum ttup kedai, 
mereka akan biarkan dah terus ke masjid tanpa merisaukan kedainya .

Bila tanya kenapa?

Katanya adakah dunia lagi penting dari Allah swt?

MASHAALLAH.

Di pasar itu Tiada perempuan di situ.
Mereka terjaga/terpelihara suci dirumah mereka atau di tempat belajarnya . 
Dan laki-laki kebanyakkanya duduk di Masjid-masjid.
Masjid di tarem sungguh banyak.
Baru berape KM sudah ada masjid lagi.
Dan Masjid mereka penuh dengan orang.
Bahkan waktu solat tahajjud tengah malam pun ramai seperti solat jumaat.

Siapa yang datang ke Tarim pasti dan pasti tidak mahu pulang ke tanah air 
Tareem kota Akhirat .
Yang mengingatkan kita pada AKHIRAT.
Di tareem kalian harus menjaga Hati.

Kenapa??

Pernah ada suatu ketika seorang kawan melihat pakcik tua yang sedang membersihkan haiwannya di pagi hari .
Lalu kawanku ini terdetik dalam hatinya 'haih tak g masjid ke pakcik ni, kan dah nak subuh'

pastu apabila lalu depan pakcik tu tiba2 pakcik itu tegurnya.
katanya "jaga hati kamu"

terus kawan nangis dlm hati dan istigfar.
sebab dia hanya cakap DALAM HATI sahaja tapi pakcik tu boleh tahu.

MasyaAllah kebanyakkan Penduduk di tareem itu mereka boleh tahu isi hati kita,
perbuatan kita dan lain2nya
Kerna mereka kebanyakkan nya Wali Allah swt 
Nama pun KOTA SEJUTA WALI.


★★★★★★★★★★

##Subhanallahh..

Tareem fi Qalbi, wish to visit one day .. Smoga Allah mengizinkan

Jika kita bertemu...

1. Jika kita bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk kita MENIMBA ILMU.

2. Jika kita bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk kita BERBAGI ILMU.

3. Jika kita bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk kita MENYAMPAIKAN ILMU.

4. Jika kita bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu kita RAPATKAN DIRI.

5. Jika kita bertemu dengan orang yang banyak BICARA PErkara dunia, itulah waktu untuk kita DIAM dan BERLALU PERGI.

Wednesday, August 19, 2015

🌞7 Truths



1st
Don't let someone become a priority in your life, when you are just an option in their life. Relationships work best when they are balanced..

2nd
Never explain yourself to anyone. Because the person who likes you doesn't need it and the person who doesn't like you won't believe it..

3rd
When you keep saying you are busy, then you are never free. When you keep saying you have no time, then you will never have time. When you keep saying that you will do it tomorrow, then your tomorrow will never come..

4th
When we wake up in the morning, we have two simple choices. Go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams.
Choice is yours..

5th
We make them cry who care for us.    We cry for those who never care for us. And we care for those who will never cry for us. This is the truth of life, it's strange but true. Once you realize this, it's never too late to change..

6th
Don't make promises when you are in joy. Don't reply when you are sad.
Don't take decision when you are angry. Think twice, act wise.....

7th
Time is like river. You can't touch the same water twice, because the flow that has passed will never pass again...

Live life 😊🙏🌹

Bagaimana Untuk Tahu Kita Ikhlas Atau Tidak Ikhlas

PERKONGSIAN ILMU PAGI INI (P.I.P.I) - Rabu 4 Zulkaedah 1436H. 
IKHLAS

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Tidak ada sesiapa yang mengatakan tidak ikhlas bila berbuat kebaikan. Semua manusia akan mengatakan ikhlas dengan setiap perbuatannya. Ada orang terang-terang menyebut Saya Ikhlas setiap kali beramal dan ada yang mencatat Yang Ikhlas dalam setiap surat atau emel.

Adakah kita benar-benar ikhlas dalam setiap kebaikan yang kita buat?

PENCERAHAN:

Hakikat yang patut diketahui ialah tidak ada seorang pun yang tahu, siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak ikhlas. Malah kita sendiri pun tidak tahu, kita ini ikhlas atau tidak. 2 malaikat yang mencatat amalan seseorang juga tidak tahu, orang itu ikhlas atau tidak.

Sesungguhnya hanya Allah yang tahu, hamba-Nya ikhlas atau tidak dalam perbuatan mereka.

Bagaimanapun ada caranya untuk tahu kita ini ikhlas atau tidak. Jangan fikirkan keikhlasan orang lain. Periksa keikhlasan kita sendiri. Bagaimana caranya?

Cara menilai keikhlasan

Apa perasaan kita bila budi yang kita tabur tidak dikenang atau dibalas? Apa rasa hati kita bila kebajikan yang kita buat dibalas dengan kejahatan? Perasaan yang timbul itulah penentu mudah untuk tahu kita ini ikhlas atau tidak.

Hati kita belum benar-benar ikhlas jika ianya sakit bila budi yang kita buat dilupai. Hati kita belum benar-benar ikhlas jika ianya geram saat kebajikan kita dibalas kejahatan.

Bila seseorang itu lupa kebaikan yang dibuatnya pada orang lain. Bila hati orang itu tidak terasa apa-apa, tidak kesal bila madu dibalas dengan tuba. Itulah tanda hati kita ikhlas.

Periksa sendiri apa rasa hati dan perasaan kita bila kebaikan kita tidak dikenang dan bila kita dibalas jahat atas setiap baik yang kita buat.

Manusia selalu menganggap kebaikan yang dibuatnya adalah dari dia dan untuk dia. Dia menganggap kebaikan yang dibuat kerana kemurahan hatinya dan kebaikan itu mesti kembali pada dirinya. Kembali dengan cara…

Mesti mengucapkan terima kasih padanya.
Kenangkan apa yang dia buat.
Sebar-sebarkan cerita kebajikan yang dia buat pada orang lain.
Jangan tolak bila dia minta berbuat sesuatu.
Dan sebagainya.
Kebaikan kita pada orang sebenarnya adalah dari Allah. Allah telah menjadikan kita sebagai ‘saluran’ untuk Allah menyampaikan nikmat-Nya kepada manusia.

Sebagaimana Allah telah melantik Nabi dan Rasul sebagai wakil-Nya untuk menyampaikan ajaran-Nya. Begitulah Allah telah ‘melantik’ kita sebagai ‘wakil’ untuk menyebar nikmat kurniaan-Nya kepada manusia lain. #Jangan salah faham dengan maksud penerangan ini dan jangan jadikan ayat ini sebagai ayat kontroversi#

Maka kita tidak sepatutnya berbangga dengan kebaikan yang kita buat. Kita hanya melaksanakan amanah untuk mengagih-agihkan nikmat Allah kepada sesama manusia. Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah telah mengagihkan nikmat-Nya melalui kita.

KESIMPULAN:

Memang susah Nak menjaga hati kaitan ikhlas ini.. Namun kita boleh merasakan ikhlas bilamana setiap kebaikan yang kita lakukan kita anggap saya sedang buat kebaikan kerana Allah bukan kerana manusia. Ikutlah apa orang Nak kata pun, apa yang penting kerjasama bersama Allah, INSYAA Allah ikhlas. Okay semua? AURA

Friday, August 14, 2015

👪 F A M I L Y 👪


I banged into a stranger as he passed by, 
'Oh excuse me please' was my reply.

He said, 'Please excuse me too; 
I couldn't see you coming.' 

We were very polite, this stranger and I. 
We went on our way and we said goodbye. 

But at home a different story is told, 
How we treat our loved ones, young and old. 

Later that day, cooking the evening meal, 
My son stood beside me very still. 

When I turned, I nearly knocked him down.

'Move out of the way,' I said with a frown. 
He walked away, his little heart broken. 

I didn't realize how harshly I'd spoken. 

While I lay awake in bed,

God's small voice came to me and said, 
'While dealing with a stranger,
common courtesy you use, 

but the family you love, you seem to abuse. 
Go and look on the kitchen floor, You'll find some flowers there by the door.

Those are the flowers he brought for you. 

He picked them himself: pink, yellow and blue. 

He stood very quietly not to spoil the surprise, you never saw the tears that filled his little eyes.' 

By this time, I felt very small, 
And now my tears began to fall. 

I quietly went and knelt by his bed; Wake up, little one, wake up,' I said.

Are these the flowers you picked for me?' 

He smiled, 'I found them, out by the tree.. I picked them because they're pretty like you. 

I knew you'd like them, especially the blue.'

I said, 'Son, I'm very sorry for the way I acted today; 

I shouldn't have yelled at you that way.' 

He said, 'Oh, Mom, that's okay. 

I love you anyway.' 

I said, 'Son, I love you too, and I do like the flowers, especially the blue.' 


FAMILY 

Are you aware that if we died tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days. 

But the family we left behind will feel the loss for the rest of their lives. 

And come to think of it, we pour ourselves more into work than into our own family, an unwise investment indeed, don't you think? 

So what is behind the story? 


Do you know what the word FAMILY means? 

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU 


Pass this message to your friends with whom you want to share..🙏😊

A VERY TOUCHING STORY. IT FILLED MY HEART & EYES WITH TEARS.

Monday, August 10, 2015

HAK ANAK YANG PERLU SEORANG AYAH TUNAIKAN ANTARANYA ADALAH MEMILIH IBU YANG BAIK BAGI ANAK,MEMILIH NAMA YANG BAIK KEPADA ANAK DAN MENGAJARKAN ANAK ITU AL-QURAN



KALAU AYAH/SUAMI NAK ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA MENJADI ORANG-ORANG YANG SOLEH DAN SOLEHAH MAKA CHECKLAH DIRI ITU DULU BAIKI DIRI KITA DAHULU USAHAKAN UNTUK DIRI KITA MENJADI ORANG YANG SOLEH YANG BAIK DAHULU

ANTARA CARANYA ADALAH DENGAN KITA LUANGKAN MASA KITA MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU

Pada zaman Pemerintahan Amirul Mukminan Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu.Datang seorang ayah yang membawa bersama anaknya berjumpa dengan Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu mengadu mengenai anaknya yang degil,nakal yang tak dengar kata ayahnya.

Lalu Saidina Umar Al-Khattab bertanya kepada anak tersebut "Wahai anak.Kenapa kamu tidak dengar kata ayahmu kerana mendegar kata seorang ayah itu adalah hak yang perlu ditunaikan seorang anak kepada ayahnya."

Maka si anak itu bertanya kepada Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu "Tadi Tuan bagitahu hak seorang ayah yang saya kena buat maka saya ingin bertanya kepada Tuan apakah hak seorang anak yang perlu dibuat oleh ayah."

Lalu Saidina Umar menyebutkan ada 3 hak anak yang ayah kena buat iaitu

1)Memilih ibu yang baik bagi anak
2)Memilih nama yang baik
3)Mengajarkan anak itu Al-Quran

Maka budak itu berkata "Wahai Tuan.Ayah saya tak buat langsung ketiga-tiga hak saya.Yang pertama mak saya.Ayah saya beli hamba yang murah-murah dan bersama dengannya maka lahirlah saya.Bermakna dia tidak memilih ibu yang baik untuk saya.Yang kedua,ayah saya beri nama kepada saya Jula yang membawa maksud serangga dan ayah saya tidak pernah mengajarkan kepada saya walaupun 1 huruf Al-Quran."

Selepas mendengar kata-kata si anak itu maka Saidina Umar Al-Khattab melihat kepada si ayah dan berkata "Wahai ayah.Kamu dulu yang derhaka kepada anak sebelum anak itu derhaka kepada kamu."

Kadang-kadang kita ini pergi jumpa Ustaz minta nasihat,minta doa untuk anak kita,mengadu "Ustaz!!Anak saya tak dengar cakap.Kenapa nakal sangat."Check dulu kita ini macam mana dengan anak-anak kita.Yang pertama pilih ibu yang baik."Ustaz anak saya memang nakal.Jadi saya nak kena pilih ibu baru ke?"

Tak payah!!!Yang ada sekarang ini kita baiki.Bagaimana cara paling berkesan nak baiki isteri/ibu?Cara yang paling berkesan adalah baiki suami/ayah dulu.Suami/Ayah kena hadi baik dulu kena jadi soleh dulu.

Kita kadang-kadang selalu lihat salah orang.Ayah kata salah mak.Yang mak pula kata salah ayah.Jadi bila nak selesai masalah.Jadi penyelesaian kita mulakan dengan diri kita dulu.Kita muhasabah diri kita dulu kita ubah diri kita dulu.

Bila kita hadir majlis-majlis ilmu maka kita boleh baiki diri kita sedikit demi sedikit.Cara yang paling terbaik untuk kita nak ubah diri kita adalah kita hadir majlis ilmu.Yang kedua,kita kasi nama yang baik-baik kepada anak kita.Kita berikan nama Para Nabi,Para Sahabat ataupun kita berikan nama-nama yang membawa maksud yang baik-baik.

Akhir sekali adalah kita ajarkan kepada anak kita Al-Quran.Kalau kita tak boleh nak ajarkan kepada anak kita maka kita boleh hantar anak-anak kita belajar dengan Ustaz.Sekarang ini banyak pengajian-pengajian baik yang berbayar mahupun yang percuma.Yang paling terbaik adalah kita sendiri yang mengajarkan anak-anak kita.

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ SYED NORHISYAM AL-IDRUS HAFIDZOHULLAH]

#MuhasabahDiri
#JomKitaMengunjungiRumahAllah
#JomKitaSolatBerjemaah
#JomKitaHadiriMajlisIlmu
#JomKitaMengambilIlmuSecaraBersanadBertalaqqiDudukBersamaParaGuru
#JomKitaTunaikanHakHakKita
#PeringatanBuatDiriSendiriTerutamanyaDanBersamaSecaraUmumnya
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SemogaMendatangkanManfaatkanBuatDiriSayaTerutamanyaDanKepadaSemuaYangMembacanya
#SalingIngatMengingatkan

HAK-HAK YANG PERLU DITUNAIKAN OLEH SEORANG ANAK KEPADA ORANG TUANYA BEGITU JUGA

SEBALIKNYA ORANG TUA PERLU MENUNAIKAN HAK-HAK KEPADA ANAK-ANAKNYA

SESOLEH MANA PUN SESEORANG ITU BANYAK MANA PUN AMAL YANG DIA KERJAKAN TETAPI DIA TIDAK MENUNAIKAN HAK ORANG TUANYA DAN DERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA MAKA TIDAK AKAN DITERIMA SEGALA AMALANNYA DAN TIDAK AKAN DIAMPUNKAN OLEH ALLAH

IBU BAPA YANG TIDAK MENTARBIAH ANAK-ANAKNYA KETIKA KECIL,TIDAK MENGAJARKAN ILMU AGAMA KEPADA ANAK-ANAKNYA SEHINGGA MEREKA TIDAK TAHU ILMU AGAMA MELAKUKAN KEJAHATAN DAN DERHAKA KEPADA IBU BAPANYA MAKA NANTI DI HARI KIAMAT SESOLEH MANA PUN IBU BAPA ITU KETIKA INGIN MEMASUKI SYURGA MAKA ANAK-ANAKNYA AKAN MENUNTUT DARIPADANYA DAN MENARIKNYA MASUK KE DALAM API NERAKA 

Menjadi suatu kewajiban bagi setiap orang Islam itu untuk menuntut ilmu agama.Sebahagian kita mungkin sudah pun menuntut ilmu-ilmu melibatkan duniawi seperti ilmu kedoktoran,engineer,pertukangan,jual beli dan sebagainya.Itu adalah sesuatu yang bagus dan baik-baik sahaja.

Akan tetapi yang lebih utama daripada itu yang kita perlukan adalah kita menuntut ilmu agama.Jangan sampai kita tidak menuntut ilmu agama,menghadiri majlis-majlis ilmu.Kenapa?Kerana agama kita yakni Islam ini telah meletakkan garis panduan dan menentukan bilamana kita duduk bermasyarakat maka kita perlu untuk menunaikan hak-hak setiap daripada lapisan masyarakat tersebut.

Baik itu kita perlu tunaikan hak-hak kita sesama Islam dan juga hak-hak kita kepada orang-orang bukan Islam.Adanya perlu kita pelajari dan ketahui iaitu bagaimana hak seorang isteri kepada suaminya.Bagaimana hak seorang suami kepada isterinya.Bagaimana hak seorang anak dapat menunaikan hak orang tuanya untuk menjadi anak yang berbakti kepada orang tuanya.Begiti juga ibu bapa perlu menunaikan hak kepada anak-anaknya.

Maka semua itu tidak akan kita ketahui kecuali dipelajari oleh setiap individu agar semua hak dapat ditunaikan di antara satu sama lainnya.Itu tidak diketahui melainkan dengan kita menuntut ilmu agama,
kita menghadiri majlis-majlis ilmu.

Hak yang perlu ditunaikan oleh seorang anak kepada orang tuanya sangatlah besar sekali sehingga Allah سبحانه  وتعالى mengatakan di dalam Al-Quran "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.

Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu maka janganlah sekali-kali kamu mengucapkan perkataan "UH".Kalimat penolakan yang paling ringan.

Para Ulama mengatakan "Seandainya ada kalimat yang paling ringan daripada kalimat "UH" maka Allah   سبحانه  وتعالى akan menggunakan bahasa tersebut di dalam Al-Quran.Jangan sesekali kalian menggunakan kalimat penolakan seringan apa pun sekecil apa pun.

Janganlah kalian membentak,
mengherdik mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang sopan yang lembut dan rendahkanlah dirimu teehadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan sentiasalah mendoakan kepada mereka "Ya Allah.Kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah  mengasigi aku mendidik aku ketika aku kecil."

Diriwayatkan bahawasanya Nabi ﷺ mengatakan bahawasanya "Memandang wajah ibu itu dengan pandangan rahmat penuh kasih sayang maka pahalanya ganjarannya seumpama kamu menunaikan ibadah haji 1 kali."Maka Sahabat bertanya "Ya Rasulullah.
Sekiranya kami memandang wajah ibu kami seratus kali?"

Maka Nabi ﷺ mengatakan "Pahalanya seumpama Haji 100 kali.Dan barangsiapa yang mencium dahi ibunya maka itu baginya dapat membebaskan diri daripada Api Neraka Allah."

Di dalam hadis qudsi Allah سبحانه  وتعالى mengatakan kepada orang-orang yang berbakti kepada orang tuanya "Lakukan apa sahaja yang kamu ingin lakukan maka Aku akan ampunkan kesalahanmu."Ini satu berita gembira kepada orang-orang yang berbakti kepada ibu bapanya yang mana Allah pasti akan memberikan hidayah kepadanya ketika dia melakukan kesilapan,
kesalahan maka Allah akan jadikan dipenghujung hidupnya satu taubat baginya dan mendapatkan khusnul khatimah.

Sebaliknya bagi orang-orang yang derhaka kepada orang tuanya maka Allah  سبحانه  وتعالى mengatakan di dalam sambungan hadis qudsi itu "Maka apa pun ibadah yang kamu lakukan.Aku tidak akan hampirkan kepada kamu."

Maka bilamana ada seorang yang derhaka kepada ibu bapanya tidak kiralah sesoleh mana pun dia itu,sebanyak mana amal ibadah yang dia telah kerjakan dan sebanyak mana pun harta yang dia telah infakkan maka tidak akan diterima amalan tersebut dan tidak akan diampunkan oleh Allahسبحانه  وتعالى.

Begitu juga ibu bapa perlulah menunaikan hak-hak mereka kepada anak-anaknya.Yang pertamanya memberikan nama yang baik kepada mereka.Keduanya,mentarbiah dengan tarbiah yang baik.Kemudian yang berikutnya adalah memerintahkan anak-anaknya melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah terutama solat semenjak kecil lagi 
mengajarkan kepada mereka untuk mendirikan solat ketika berumur 7 tahun.

Kemudian kita mengasingkan memisahkan tempat tidur di antara lelaki dan perempuan ketika mereka nak mencecah mencapai usia baligh.Ini adalah antara hak yang terutama sekali yang perlu ditunaikan oleh orang tua kepada anak-anaknya 

Janganlah kita mengatakan anak-anak kita menderhaka kepada kita sedangkan kita tidak pernah memberikan tarbiah semenjak kecil kepada anak kita.Jangan mengatakan "Anakku telah menderhaka kepada aku."Akan tetapi katakan kepada diri kalian "Bilakah aku memberikan tarbiah kepada anakku?Kenapa kalian tidak memberikan tarbiah ketika mereka masih kecil lagi.

Ketahuilah bahawasanya anak-anak yang tidak ditarbiah ketika kecilnya dan dia berbuat kejahatan dan derhaka kepada orang tuanya maka di hari kiamat nanti orang tua yang soleh sekalipun ketika mereka nak masuk ke Syurga maka akan dituntut oleh anak-anaknya.

Mereka mengatakan "Ya Allah.Kami menuntut hak-hak kami kepada orang ini kerana mereka melaksanakan solat tetapi tidak pernah mengajarkan kepada kami tentang solat.Mereka pergi ke majlis ilmu tetapi mereka tidak pernah mengajak kami pergi ke majlis ilmu.

Orang tua kami tidak pernah mengajarkan kami ilmu agama sehingga kami pun tidak mengetahui."Maka Allah telah masukkan orang tua itu ke dalam Api Nereka kerana dia tidak menunaikan haknya kepada anaknya.

#MutiaraKata[AL-HABIB OMAR BIN ABDUR RAHMAN AL-JUFRI HAFIDZOHULLAH yang diterjemahkan oleh AL-FADHIL USTAZ ALI ZAINAL ABIDIN HAFIDZOHULLAH(Tenaga Pengajar Madrasah At-Tazkiyah)]

#MuhasabahDiri
#JomKitaMengunjungiRumahAllah
#JomKitaSolatBerjemaah
#JomKitaHadiriMajlisIlmu
#JomKitaMengambilIlmuSecaraBersanadBertalaqqiDudukBersamaParaGuru
#JomKitaTunaikanHakHakKita
#PeringatanBuatDiriSendiriTerutamanyaDanBersamaSecaraUmumnya
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SemogaMendatangkanManfaatkanBuatDiriSayaTerutamanyaDanKepadaSemuaYangMembacanya
#SalingIngatMengingatkan

Sunday, August 9, 2015

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya...

...agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. 


Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

_________________________
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."
~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.
BERSYUKURLAH DENGAN APA YG KITA MILIKI SEKARANG INI.

Ada seorang anak muda yg merasa dirinya tdk hendsom dan tidak kaya sehingga setiap saat merasa gelisah.

Datang seorang alim  kepadanya dan bertanya.

..:"Anak muda, kenapa engkau nampak gelisah dan tdk bahagia?"
..:"Saya merasa bingung dan berfikir... kenapa sy miskin ?"

..:"Miskin ? Bukankah kau kaya?"
..:"macam mana kau boleh cakap sy kaya? Dari mana anda menilainya?"

..:"Kalau sekarang kau kehilangan 1 jari tangan kau, sy bagi 1ribu.. kau mau?
..:"hmm tak mau "

..:"kalau kau kehilangan tangan kanan kau, sy bagi 5 ribu kau mau?"
.. :"mmm.. tak mauuu"

..:"Kalau kedua-dua mata kau buta, sy bagi 30 ribu kau mau?"
..:"uuu lagi tak mau oo"

..:"Kalau Allah jadikan kau orang tua berumur 80tahun dan berpenyakit kau mau? Sy bagi 50 ribu
..:"tidak mau "

..:"Kalau sekarang kau mati, sy bagi 1 juta, kau mau?"
.. :"eeeeiii tak mau"

..:"Hohoho.. jadi bereti kau sudah memiliki kekayaan yg tiidak terhingga...  sehingga setiap yg sy tawarkan kau x mau?"

Anak muda itu tiba2 termenung dan berfikir tanpa kata-kata..
dan tiba-tiba mengerti apa erti kekayaan.

Karena HIDUP adalah WAKTU yg dipinjamkan.

dan HARTA adalah ANUGERAH yg diamanahkan,

BERSYUKUR atas nafas yg masih kita miliki,

BERSYUKUR atas tubuh yg sihat yg kita masih miliki.

BERSYUKUR atas kesehatan yg baik yg masih kita miliki,

BERSYUKUR atas keluarga yg masih kita miliki,

BERSYUKUR atas teman & sahabat yg masih kita miliki.

BERSYUKUR atas rezeki yg masih kita miliki.

Mari kita sadari bahwa kita selalu DIBERI YG TERBAIK.

BERSYUKURLAH DENGAN APA YG KITA MILIKI SEKARANG INI. Ada seorang anak muda yg mera

sa dirinya tdk hendsom dan tidak kaya sehingga setiap saat merasa gelisah.

Datang seorang alim  kepadanya dan bertanya.

..:"Anak muda, kenapa engkau nampak gelisah dan tdk bahagia?"
..:"Saya merasa bingung dan berfikir... kenapa sy miskin ?"

..:"Miskin ? Bukankah kau kaya?"
..:"macam mana kau boleh cakap sy kaya? Dari mana anda menilainya?"

..:"Kalau sekarang kau kehilangan 1 jari tangan kau, sy bagi 1ribu.. kau mau?
..:"hmm tak mau "

..:"kalau kau kehilangan tangan kanan kau, sy bagi 5 ribu kau mau?"
.. :"mmm.. tak mauuu"

..:"Kalau kedua-dua mata kau buta, sy bagi 30 ribu kau mau?"
..:"uuu lagi tak mau oo"

..:"Kalau Allah jadikan kau orang tua berumur 80tahun dan berpenyakit kau mau? Sy bagi 50 ribu
..:"tidak mau "

..:"Kalau sekarang kau mati, sy bagi 1 juta, kau mau?"
.. :"eeeeiii tak mau"

..:"Hohoho.. jadi bereti kau sudah memiliki kekayaan yg tiidak terhingga...  sehingga setiap yg sy tawarkan kau x mau?"

Anak muda itu tiba2 termenung dan berfikir tanpa kata-kata..
dan tiba-tiba mengerti apa erti kekayaan.

Karena HIDUP adalah WAKTU yg dipinjamkan.

dan HARTA adalah ANUGERAH yg diamanahkan,

BERSYUKUR atas nafas yg masih kita miliki,

BERSYUKUR atas tubuh yg sihat yg kita masih miliki.

BERSYUKUR atas kesehatan yg baik yg masih kita miliki,

BERSYUKUR atas keluarga yg masih kita miliki,

BERSYUKUR atas teman & sahabat yg masih kita miliki.

BERSYUKUR atas rezeki yg masih kita miliki.

Mari kita sadari bahwa kita selalu DIBERI YG TERBAIK.

Friday, August 7, 2015

🎯 Motivasi



Istiqamah seperti rumput.
Berdakwah ikut tabiat rumput.

Walau dipijak berulang kali, ia masih mampu bertahan.

Rumput sememangnya lembut, ia melentur apabila dipijak, tetapi akan kembali ke bentuk asal. Cuba kalau rumput tu keras? 

Jadi, kelembutan pada rumput sebenarnya adalah satu kekuatan bukan kelemahan. Kita pun begitu, jangan terlalu berkeras. Kita boleh tegas, tapi jangan berkeras. 

Rumput juga tidak pernah tumbuh bersendirian. Sekali tumbuh mesti bersama dengan yang lain. Gerak tumbuhnya perlahan tetapi sangat konsisten. Sehari demi sehari tanpa kita sedari seluruh kawasan telah dilitupi. Itulah rahsia rumput, hidupnya sentiasa berjemaah dan istiqamah.

Jadilah seperti rumput....
Dengan hidup berjemaah dan bersikap konsisten, banyak kebaikan yang dapat dibuat. Musuh pun tidak dapat menggugat. 

Ya, rumput selalu dipijak tetapi ia tidak dihina. Ia selalu di bawah tetapi ia bukan lemah. Sekalipun lemah lembut, ia tidak musnah walau dipukul ribut. 😊😊

Bacalah dengan hati yang lapang.. :


Sesibuk kita di setiap hari..
Dengan pelbagai urusan kehidupan kita..
Yang mencari nafkah..
Menguruskan keluarga..
Menguruskan anak-anak..

Renungi wajah anak-anak kita..
Siapa dari kalangan mereka yang akan menguruskan kita..?

Bila kita dah uzur dan tua..
Bila kita tak mampu mandi sendiri..
Siapakah yang sudi memandikan tubuh kita nanti..?

Bila kita tidak lagi mampu ke tandas..
Siapa yang sudi mencemarkan tangannya dalam memuliakan kita nanti..?

Bila kita tak mampu menyuapkan makan ke mulut sendiri..

Siapakah yang akan bermanja-manja memberi suapan sepenuh hati..?

Di saat kita sakit sakit tak kunjung henti..
Siapakah dari anak-anak kita yang sudi berkhidmat membawa kita ke hospital & klinik hari demi hari..?

Dan..
Di saat kita berhenti menghela nafas yang terakhir..
Siapakah yang arif dalam adab menguruskan kematian kita nanti..?

Siapakah yang bersungguh memandikan jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan menjadi imam bagi solat jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan mengusung keranda kita ke liang lahad kita nanti..?

Siapakah yang turun ke liang lahad menyambut jenazah kita, serta merebahkan tubuh ini dengan penuh berlemah lembut dan penuh rasa kasih di hati..?

Siapakah yang terus menerus mendoakan kita saat kita sunyi di dalam kubur nanti..?

Siapakah dari anak-anak kita yang menjemput orang-orang 'alim dan soleh ke rumah mereka untuk majlis-majlis mendoakan kita yang sedang terbaring di dalam kubur..

Siapakah dari kalangan anak-anak kita yang menjadi bekalan sebagai cahaya untuk kita di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Atau mereka yang menjadi punca kita terseksa diazab di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Pandanglah wajah anak-anak kita..
Siapakah mereka buat kita di 'sana'nanti..

Dan sepertimana harapan kita buat anak-anak kita, maka jadilah kita seperti  harapan yang indah buat kedua orang tua kita yang mulia..



Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, Telegram untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

بارك الله فيكم..

Thursday, August 6, 2015

Utamakan Redha Allah Dari Redha Manusia



قال معاوية رضي الله عنه لما قال لها: اكتبي إلي كتاباً توصيني فيه ولا تكثري علي. فكتب عائشة رضي الله عنها إلى معاوية: سلام عليك أما بعد فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من التمس رضا الله بسخط الناس كفاه الله مؤنة الناس، ومن التمس رضا الناس بسخط الله وكله الله إلى الناس والسلام عليك. رواه الترمذي

Bermaksud "Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia." (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Apa Itu Redha

Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada AllahSWT. Redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah SWT.
Redha terhadap Allah SWT terbahagi kepada dua:

1. Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah SWT. yang dibebankan kepada manusia.

2. Redha menerima ketentuan Allah SWT. tentang nasib yang mengenai diri.

Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah SWT. yang dibebankan kepada manusia.

Redha menerima hukum-hukum Allah SWT. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan takwa dan kepatuhan kepada Allah SWT. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.

Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah SWT. dan Rasul-Nya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah SWT. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.

Firman Allah SWT. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' ayat 65 )

Dan firman Allah SWT yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasul-Nya akan berikan pada kami kurnia-Nya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ". ( Surah At Taubah ayat 59 )

Pada dasarnya segala perintah-perintah AllahSWT. baik yang wajib mahupun yang sunat ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah SWT. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .

Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah SWT. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah SWT.

Firman Allah SWT. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah . 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad ayat 26 )

Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah SWT yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.

Redha menerima ketentuan Allah SWT. tentang nasib yang mengenai diri.(Redha dengan Qada')

Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah SWT baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah SWT. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Diberitakan Rasulullah SAW. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata : " Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menja
di sempurnalah kebaikan ".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan : " Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah SWT. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentakdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Hadis Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah SWT Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

1. Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah SWT. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

2. Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah SWT. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia bersyukur (berterima kasih) bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".( Hadis Riwayat Muslim )

Tuesday, August 4, 2015

BERSYUKURLAH APABILA ALLAH TA'ALA MEMILIH DIRI KITA UNTUK HADIR DUDUK DI DALAM MAJLIS ILMU


Barangsiapa yang Allah سبحانه  وتعالى ingin berikan kebaikan kepadanya maka Allah سبحانه  وتعالى akan berikan kefahaman kepadanya.Jadi bersyukurlah kita sangat-sangat sebab Allah memilih diri kita untuk berada di dalam majlis ilmu.Itu tandanya Allah سبحانه  وتعالى ingin memberikan kebaikan kepada diri kita.
   
Majlis ilmu ini merupakan suatu majlis yang begitu mulia yang begitu agung dan besar di sisi Allah سبحانه  وتعالى.Di dalam hadis Nabi ﷺ banyak menceritakan mengenai kelebihan menghadiri majlis ilmu.Alhamdullilah bersyukur sangat-sangat sebab bila Allah pilih kita duduk di dalam majlis ilmu sudah tentu ada hikmah dan sebab-sebabnya.

Mungkin kita ini banyak sangat dosa.Jadi Allah nak hapuskan dosa-dosa kita sebab Allah سبحانه  وتعالى tahu kita banyak dosa.Kita pun tahu kita banyak dosa tapi Allah Maha Mengetahui Allah lebih tahu.Bila dosa kita banyak Allah letak kita di dalam majlis ilmu.Mudah-mudahan Allah nak hapuskan dosa-dosa kita yang bertimbun ini.

Bila Allah  سبحانه  وتعالى letak kita dalam majlis ilmu mungkin Allah nak berikan kita pahala sebab pahala kita tak banyak lagi.Kita pun tahu amal kita macam mana.Kurang sangat-sangat,kita masih lagi tak memanfaatkan masa kita lagi.Jadi Allah nak bagi pahala kepada kita maka Allah letak kita dalam majlis ilmu.

Kita hadir majlis ilmu bukan semata-mata nak ilmu itu sendiri.Mungkin kita dah tahu dah ilmu itu.Bukan ilmu itu yang membezakan kita datang ke tidak.Bukan sebab nak ilmu tapi kita nak kan lebih daripada itu iaitu nak kan dosa-dosa kita dihapuskan,
diberikan kebaikan dan ganjaran pahala dan tak lain adalah untuk kita nak bersihkan hati kita yang tak lepas daripada penyakit hati ini

Walaupun kita tak hadir majlis ilmu mungkin kita kata kita boleh dapat lagi mendengar majlis ilmu mendapat ilmu dengan perkongsian daripada kawan-kawan kita tapi sesuatu yang membezakan adalah apabila kita dengar daripada orang lain tak sama dengan kita rasa sendiri.Kita dengar sendiri dengan telinga kita depan-depan mata kita memandang Guru yang mengajar itu.

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ SYED ABDUL KADIR AL-JOOFRE HAFIDZOHULLAH]

Semoga Allah Ta'ala sentiasa memilih diri kita semua untuk istiqomah menghadiri majlis-majlis ilmu yang berdekatan mahupun yang jauh dengan kita agar kita sentiasa ditempatkan berada bersama-sama dengan orang-orang yang mampu membantu diri kita untuk mengingatkan diri kita yang sering leka dan lalai daripada mengingati Allah سبحانه  وتعالى.

#MuhasabahDiri
#JomKitaSolatBerjemaah
#JomKitaHadiriMajlisIlmu
#JomKitaMengambilIlmuSecaraBersanadBertalaqqiDudukBersamaParaGuru
#UntukMembersihkanHatiKita
#SemogaAllahMemilihDiriSayaDanTuanPuanUntukSentiasaIstiqomahMenghadiriMajlisIlmu
#SemogaKitaSentiasaBersemangatMelakukanAmalKetaatanKepadaAllah
#JomKitaPuasaEnamJanganLupa
#PeringatanBuatDiriSendiri
#YangSeringLekaDanLalaiMengingatiAllah
#PeringatanBersamaSecaraUmumnya
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SemogaMendatangkanManfaatkanBuatDiriSayaTerutamanyaDanKepadaSemuaYangMembacanya
#SalingIngatMengingatkan

Allah سبحانه وتعالى Sendiri Yang Menjaga Dan Menghiburkan Perasaan Seorang Ibu

Allah سبحانه وتعالى Sendiri Yang Menjaga Dan Menghiburkan  Perasaan Seorang Ibu Bilamana Anak Melukakan Hati Ibunya. Mulianya Ibu Disisi Allah سبحانه وتعالى .

" Bagaimana seseorang itu ada hati untuk melakukan sifat Derhaka atau menyakiti kepada perasaan seorang Ibu atau Ayah? Sementara Allah سبحانه وتعالى di dalam Al Quranul Kareem yang membela akan Kerisauan, Rintihan, dan perkara yang tidak menyenangkan di hati seorang Ibu, Allah سبحانه وتعالى yang Hiburkan ibu itu, Allah سبحانه وتعالى Menghilangkan perasaan kerisauan seorang Ibu, Bilamana Allahu Rabbil 'Alamin سبحانه وتعالى menjaga Hati seorang ibu daripada sikap sesiapa pun juga apatah lagi seorang anak yang tidak ambil berat kepada ibunya.

Siapakah Ibu yang dijaga hatinya oleh Allah سبحانه وتعالى ? Ibu Nabi Musa عليه السلام ,yang meletakkan anaknya di sebuah tempat yakni diletakkan di Sungai Nil ,kerana risau anaknya Nabi Musa عليه السلام akan dibunuh oleh Fir'aun. Ibunya berbuat demikian kerana Allah سبحانه وتعالى telah Mewahyukan kepada Ibu Nabi Musa untuk meletakkan Nabi Musa di sungai nil itu.

Kemudian Allah سبحانه وتعالى Mengilhamkan kepada Ibunya, Kami Allah akan kembalikan anakmu ini supaya kamu Wahai Ibu Nabi Musa seronok dan tidak susah hati. Lihat bagaimana Allah سبحانه وتعالى yang menghiburkan Hati seorang Ibu. Bukankah sepatutnya seorang anak mencari sebab untuk menjadikan Ibunya gembira? 

Kemudian dibawalah Nabi Musa عليه السلام oleh sungai itu dan termasuk ke tempat isteri Fir'aun yang bernama Asiah kemudian Nabi Musa dibawa, dijaga, dibela dan pada akhirnya ketika nak disusukan ,Nabi Musa tidak mahu. Berkata kakak kepada perempuam Nabi Musa, Mahukah aku temukan seorang yang boleh menyusui bayi ini?  Dan akhirnya yang menyusui Bayi itu adalah Ibunya Nabi Musa sendiri. 

MasyaAllahh Bukankah itu yang Dijanjikan Allah سبحانه وتعالى . SubhanaAllah. Dimanakah seorang Ibu ada hati untuk meletakkan anaknya di sungai seperti itu? akan tetapi dia buat itu demi untuk menyelamatkan anak tersebut dan bukan untuk dirinya. 

Maka demikianlah perasaan seorang Ibu tiada perasaan yang lebih Dasyat dalam Kasih Sayang melebihi kasih sayang seorang Ibu kepada Anaknya"

- Ad Da'ie IlaAllah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid حفظه الله تعالى -